DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

21 December 2009

20 SYARIKAT MENJADI PERUNDING PENTADBIRAN NAJIB

"Sebab itu jangan kita terpedaya dengan slogan. Satu Malaysia sekarang mempunyai 20 consultant, terutamanya syarikat Yahudi, APCO. Anwar berkata, 20 consultant tersebut akan memberi pandangan dalam bidang kehakiman, media, memacu pertumbuhan, liberalisasi dan penswastaan". Demikian kata2 Anwar Ibrahim semasa menggulung perbahasan pada Konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam pada Sabtu lalu.
Tambah beliau lagi,"...memang kenyataan itu memukau. Bunyinya memukau namunisinya pekong busuk rasuah yang sama."
Beliau menyimpul, "kita lawan bukan kerana pertimbangan politik. Kita lawan atas keyakinan kita bahawa apa yang kita menentang itu ialah kemungkaran politik yang dahsyat yang dibawanya." hujah beliau.
Sebelum itu, Anwar turut mempersoalkan mainan isu agama Islam daripada pihak UMNO/BN, dengan menampilkan contoh keterbukaan dan kesediaan Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sanggup bertemu dan ditemui Sami Hindu untuk berbincang.
"Mengapa Tuan Guru (Nik Aziz, gambar kanan) boleh buat begitu? Kerana dia yakin dengan fahaman Islamnya. Saudara tahu mengapa orang yang angkat kepala lembu tidak dapat buat begitu? Kerana tidak faham agama mereka," ujarnya.
Beliau mempertikaikan selanjutnya, "Agama Islam mana yang mengajar kita menanam dendam kepada kaum-kaum lain. Budaya Melayu apa yang mereka bicarakan?"
Anwar sempat menyindir pimpinan Umno/BN apabila berkata, "Tapi jangan bicara heboh bukan main Islam, Islam Hadhari, Islam 1Malaysia, tapi rasuah menjala, merebak? Apa erti bicara soal Islam, kezaliman (dilakukan) kepada Islam dan bukan Islam? Apa erti bicara Islam apabila badan kehakiman kita rosak dan musnahkan? Islam apa yang kita ketengahkan bila kezaliman yang ditegakkan, (tapi) bukan keadilan?"

No comments: