DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

20 December 2009

ZAID IBRAHIM - BERSATUPADULAH PAKATAN RAKYAT

Datuk Zaid Ibrahim ketika menyampaikan ucapannya ketika sesi perbahasan, menyatakan kebanggan dan keyakinan dirinya terhadap masa depan Pakatan Rakyat. Beliau menyanggah tuduhan yang dilemparkan oleh Umno/BN kepada Pakatan Rakyat sehingga pelbagai ungkapan dan kejian termasuk menganggap pakatan politik ini "tidur di satu tilam tapi mimpi berlainan" dengan dokumen Dasar Pakatan Rakyat.
Beliau juga turut menempelak mahaguru Barisan Nasional UMNO, Dr. Mahathir Mohamad dengan sindiran sinis "Dia kata kalaulah pembangkang memerintah negara ini, hancur," sebelum menyambung, "Memang hancur, hancur UMNO, bukan (hancur) negara."
Zaid Ibrahim, bekas Menteri Jabatan Perdana Menteri yang meletak jawatan dan beliau menyertai PKR pada Jun 2009.
Beliau berkata bahawa inilah saatnya kita merdekakan rakyat kita dari penjajah UMNO dan Barisan Nasional dan beliau mahu kesepakatan ini dapat memberi erti yang baru kepada perkataan muafakat negara kita.
Beliau turut membayangkan bahawa 50 tahun yang akan datang merupakan era Pakatan keranan rakyat sudah bosan dengan politik perkauman, politik yang menipu.
Zaid turut mengkritik pimpinan Najib apabila beliau merujuk kepada isu yang melibatkan Ahmad Ismail apabila menuduh kaum Cina dan India kita pendatang dan Umno kemudiaannya bertindak menggantung keahlian Ahmad Ismail namun baru2 ini Umno menerima semula Ahmad Ismail.
Walau bagaimanapun, Zaid Ibrahim mengingatkan bahawa kekuatan PAS, DAP dan PKR tidak boleh lagi diukur dengan kayu ukur zaman dahulu. "Kekuatan PAS hanya akan menjadi benar, teguh dan kuat, bila rakan-rakan kita Keadilan (PKR) dan DAP kuat," kata-katanya disahut dengan tepukan.
Beliau mahukan setiap parti komponen saling bantu membantu dan membina kekuatan Pakatan Rakyat terlebih dahulu tanpa memikirkan soal pembahagian kerusi.
Zaid Ibrahim sekali lagi menyindir Najib dengan menatakan "sedikit pun saya tak bimbang (terhadap Najib) namun yang amat membimbangkan beliau adalah kesatuan, kekuatan yang tidak berkemampuan melonjakan Pakatan Rakyat ke satu tahap yang baik. Hanya kelemahan diri yang akan menggagalkan kita

No comments: