DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

24 February 2010

KITA RAKYAT JOHOR TAK "JEALOUS" KE....??? TAK KAN TENGOK JE...

Ketua Umum PKR yang juga Penasihat Ekonomi Negeri Selangor dalam ucapannya malam tadi berkata bahawa Kerajaan Negeri Selangor telahpun mengagihkan sejumlah RM49 juta kepada rakyat Selangor tanpa mengira bangsa, agama atau fahaman politik. Pada majlis tersebut, kira-kira 400 anak negeri yang layak telah menerima bantuan kewangan, antaranya kanak-kanak baru lahir, warga tua dan penuntut universiti.

Rata-raya penerima sumbangan daripada program-program MES menunjukkan perasaan gembira mereka terhadap skim-skim bantuan yang diperkenalkan kerajaan Pakatan Rakyat selepas mengambil alih kerajaan dua tahun lalu.

Program kebajikan yang menjadi teras kepada MES ialah Tabung Anak Warisan Selangor, Skim Mesra Usia Emas, Hadiah Anak Masuk Universiti dan Tabung Kebajikan Anak-anak Pekerja Ladang.

Menurut kenyataan daripada pejabat penasihat ekonomi Selangor, sejak dilancarkan pada Jun 2008, sebanyak RM49 juta telah dibelanjakan bagi tujuan kebajikan di negeri itu.

Berbeza dengan Johor yang diberitakan hampir "muflis" berikutan ketidakcekapan kerajaan negeri pimpinan Umno/BN mengurus tadbir kewangan negeri.

Selama tiga tahun berturut-turut negeri itu mengalami defesit sebanyak RM2.04 juta (bajet 2008), RM2.746 juta (bajet 2009) dan RM1.5 juta (bajet 2010). Dalam masa yang sama katanya, hutang kerajaan negeri kepada Kerajaan Persekutuan meningkat 20.6 peratus daripada RM841.13 juta pada 2007 kepada RM1,010 juta atau RM1.01 bilion pada 2008.

Bahkan laporan dari Ketua Audit Negara 2008, kecairan tunai (Liquidity Ratio) kerajaan Johor adalah rendah kerana jumlah aset semasa hanyalah berjumlah RM201.53 juta (Tunai RM36.37 juta dan pelaburan RM165.16 juta) berbanding tanggungan semasa yang berjumlah RM943.54 juta.

Perbelanjaan negeri Johor lebih kurang RM785 juta setahun atau RM65 juta sebulan dan ini bermakna jika tiada pendapatan baru diterima, maka jumlah aset semasa sebanyak RM201.53 juta hanya membolehkan kerajaan Johor bertahan selama tiga bulan sahaja sebelum diisytiharkan muflis.

Hutang terkumpul Jcorp pula berjumlah RM4.032 bilion.

Pada 2002, melalui Pelan Induk Penstrukturan Semula Korporat di bawah Bank Negara, Jcorp telah menerbitkan bon (surat hutang) berjumlah RM4.032 bilion dengan kerajaan negeri sebagai penjaminnya.Tempoh matang bon-bon tersebut adalah pada 2007,2009, dan 2012.

Dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada 2009, Jcorp telah menebus bayar sebanyak RM393.76 juta (bon yang matang 2007) dan RM694.98 juta (bon yang matang 2009).Oleh itu, jumlah baki bon yang perlu ditebus pada 31 Julai 2012 ialah RM3.58 bilion.

Beliau juga mempersoal kemampuan Jcorp menampung kekurangan sebanyak RM2 bilion atau RM2,000 juta memandangkan purata keuntungan sebelum cukai Jcorp adalah lebih kuran 600 juta setahun.

Ini bermakna menjelang tahun 2012, Jcorp hanya mampu mengadakan lebih kurang RM1.5 bilion bagi menebus bayar bon.

Beliau tidak menolak kemungkinan Jcorp dan kerajaan negeri Johor akan mengambil jalan pintas dengan cara menjual aset-aset ataupun hartanah strategik milik mereka.

CEO Iskandar Investment Berhad (IIB) juga telah membuat kenyataan baru-baru ini bahawa IIB telah membeli Menara Pejabat Plaza Kotaraya daripada Jcorp dan tapak CIQ di Stulang daripada kerajaan Johor.

Apakah rakyat Johor masih sanggup dibebani hutang akibat kebodohan dan ketidakcekapan kerajaan negeri pimpinan Umno/BN yang ternyata gagal dalam menguruskan kewangan negeri dengan baik...??? Berbangga bila adanya orang melayu tersenarai dalam antara orang paling kaya di Malaysia namun dia tidak sedar dan tidak terfikir "apa yang aku dapat".....
Sedangkan kedua-dua aset atau hartanah tersebut mempunyai lokasi yang sangat strategik dan sangat baik untuk disimpan sebagai pelaburan jangka panjang.

No comments: