DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

11 February 2010

ORANG PARIT SELANGOR, PONTIAN TERLIBAT DALAM PEMBUNUHAN ALTANTUYA???

Belum pun reda dengan isu perkauman yang menyebabkan kemarahan kepada kaum India dan Cina sehinggakan lebih dari 50 laporan polis dibuat terhadap Datuk Nasir Safar, beliau kini dikaitkan pula dengan keterlibatannya dalam kes pembunuhan model Monggolia, Altantuya Sharibu seperti mana yang didakwa oleh Penyiasat Persendirian (PI) P Balasubramniam.

Nasir yang sebelum ini merupakan bekas ADUN Pulai Sebatang, Pontian adalah anak jati Pontian dan kampung beliau adalah di Parit Selangor, kira-kira 10 kilometer dari Bandar Pontian. Menurut sahabatnya dalam Umno dahulu yang kini telah menyertai PKR Gelang Patah mendakwa bahawa Nasir bercita-cita membuka Restoran 1Malaysia di Pontian, namun akibat "ketidakcerdikan" beliau mengeluarkan pendapat dan hujah, Nasir kini menjadi kecaman dan makian penduduk setempat akibat "keceluparan" beliau. Dan yang terkini, terdapat penyokong2 beliau menubuhkan Kelab Penyokong Nasir Safar di Facebook bagi mempertahankan kenyataan Nasir Safar.

Bala dalam Akuan bersumpahnya mendakwa bahawa dia berada di tempat kejadian apabila polis membawa Altantuya dengan sebuah kereta di luar rumah kekasihnya, Abdul Razak Baginda, yang juga seorang lagi pegawai Najib. Beberapa minit sebelum Altantuya dibawa ke kereta, Bala mendakwa “sebuah Proton Saga biru yang dipandu oleh seorang lelaki Melayu melalui jalan itu secara perlahan. Tingkap pemandu tidak dinaikkan dan pemandu itu memandang ke arah kami.” Bala tidak tahu siapa lelaki Melayu itu tetapi berjaya memberitahu polis mengenai raut wajah lelaki itu ketika disoal siasat.

Menurut Sidhu (Peguam PI Bala), polis yang menyoalnya cuma memberitahu lelaki itu adalah jiran Abdul Razak (bawah, tengah). Bagaimanapun, Bala mengecam pemandu Melayu yang berkereta biru itu sebagai Nasir apabila melihat wajahnya di Internet, kata Sidhu.

Jika benar dakwaan PI Bala, apakah ini wajah dan sikap pimpinan Umno yang sanggup melakukan apa sahaja demi "WANG". Nasir Safar yang penulis amat kenali sebelum ini merupakan orang yang cukup beradab, bersusila bila bertutur bahkan cukup sederhana perwatakannya. Namun ketika beliau memegang jawatan tertinggi di Sebana Beach Resort, penulis sudah tidak lagi bersua dengan beliau.

Datuk Nasir Safar kini jauh berbeza.

No comments: