DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

13 March 2010

PROGRAM DS ANWAR DI KOTA TINGGI - UMNO SEMAKIN GELABAH

Sambutan hebat semasa kehadiran Dato' Seri Anwar Ibrahim ke Kota Tinggi malam tadi (12 Mac 2010) sempena Majlis Makan Malam anjuran PKR Cabang Kota Tinggi telah memperlihatkan bahawa adanya semangat kebangkitan rakyat Kota Tinggi yang mahukan perubahan pada PRU-13. Tiket telah habis dijual dan pihak penganjur terpaksa menolak ratusan permintaan dari individu yang ingin turut serta pada majlis tersebut.

Bahkan mereka yang tidak dapat membeli tiket tersebut turut menghadirkan diri dan sanggup berada diluar restoran hanya semata-mata ingin mendengar amanat serta melihat sendiri DS Anwar Ibrahim.
Namun gangguan bekalan elektrik selama 5 minit telah mencetuskan sedikit ketegangan apatah lagi sebaik sahaja bekalan elektrik terputus, lori TNB melalui depan restoran dan berhenti seolah-olah mahu mencari punca kenapa bekalan elektrik terputus. Namun lakonan dari mereka gagal memuaskan hati petugas2 di situ sehingga mencetuskan sedikit ketegangan. Laungan Reformasi bergema menandakan ketidakpuashatian mereka terhadap kebangsatan Umno.



Turut hadir pada Majlis Makan Malam tersebut adalah YB Tian Chua dan Datuk Chua Jui Meng.
Diharap malam tadi adalah malam kebangkitan semangat PKR Kota Tinggi untuk terus berjuang menumbangkan Umno di muka bumi Johor.


Tahniah PKR Cabang Kota Tinggi..

No comments: