DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

27 March 2010

UTUSAN BAKAL DISAMAN LAGI

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail hari ini membuat laporan polis berhubung laporan sebuah akhbar yang disifatkannya telah menfitnah beliau telah keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Azan dalam laporannya berkata, akhbar Utusan Malaysia dengan sengaja mencetak laporan bertajuk: “Bahtera Siapa Semakin Bocor?” dengan tujuan memburukkan namanya dan parti tersebut yang disiarkan pada 6 Mac lepas.

Katanya, akhbar itu juga sengaja mencetak ruangan ralat dan menyatakan beliau tidak keluar dari PKR tetapi meletakkan semua jawatan dalam parti itu termasuk Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri dan Pengerusi Biro Keahlian Negeri.

Beliau menafikan kedua-dua kenyataan tersebut sambil menyatakan bahawa berita tersebut bertujuan menunjukkan bahawa beliau adalah ahli parlimen yang tidak bermoral, tidak berpegang kukuh kepada kepimpinan Ketua PKR dan tidak mempedulikan penduduk Indera Mahkota.

Beliau turut menyatakan bahawa tulisan itu memberi implikasi sebagai pemimpin yang tidak bertanggungjawab untuk menjatuhkan air muka dan maruahnya. Beliau membuat kenyataan kepada pemberita selepas membuat laporan polis mengenai perkara itu di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini, hari ini.

Beliau berkata, kesan daripada tulisan itu menyebabkan reputasinya sebagai Ahli Parlimen terjejas dan dipandang rendah masyarakat.

Saman ini sekaligus membuktikan bahawa akhbar Utusan Malaysia adalah akhbar yang tidak bermaruah dan seringkali di saman akibat mengeluarkan berita fitnah dan mengeluarkan propaganda. Akhbar yang pernah dilabelkan sebagai "akhbar racist" oleh seorang pemimpin BN.

No comments: