15 July 2008

Apabila polis sendiri sebar berita BOHONG


Oleh bekas polis juga


Bila pula Pakatan Rakyat nak buat demo depan Parlimen. Hoi polis, mana kau orang dapat info akan ada demonstrasi hari ini, yang diketuai Anwar Ibrahim pula tu. Habis seluruh negara gempar hanya kerana pembohongan pihak polis, habis kacau dan sesak jalan raya dengan berita palsu yang dimulakan polis.


Berapa banyak yang rugi bila polis ada sekatan jalan raya di mana-mana? Sebenarnya ini juga boleh dianggap sabotaj ekonomi, justeru Ketua Polis Negara mesti ditangkap dan didakwa kerana buatkan negara kecoh dan huru-hara.parliament building police blockade 140708 05


Aku memang naik angin dengan provokasi melampau pihak polis ini. Darah aku menggelegak dengan sikap polis yang sengaja mahu menimbulkan keresahan. sudahlah polis, makin hari makin orang muak dan benci dengan gelagat dan telatah kamu.


Kamulah yang menyebabkan Malaysia makin tidak stabil.aku geram betul, geram dengan keangkuhan polis yang menyebarkan berita palsu dan bohong ini ....

Nadi Reformis


AMK Gelang Patah

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda...
Walau kita berbeza pendapat namun tujuan kita 1, memperkuatkan parti dan menumbangkan BN di Negeri Johor ini adalah matlamat kita...