21 October 2009

KUASA ROSMAH

Walaupun telah dipertunjukan bahawa rakyat menolak mereka pada PRU-12 yang lalu, namun ianya tidak mampu menginsafi pimpinan Umno/BN dari terus mengaut kekayaan hasil penderitaan rakyat dan kini isteri tersayang Perdana Menteri dikatakan mulai menguasai "tingkat 4" yang dahulunya dikuasai oleh Khairi Jamaluddin semasa era pemerintahan Tun Pak Lah. Pegawai2 kanan Kementerian Kewangan dikatakan semakin gusar dengan campurtangan Rosmah Mansor yang dianggap sudah berada dalam tahap kritikal termasuk dalam urusan Perbendaharaan Negara,termasuk penyediaan Belanjawan 2010 dan pemberian kontrak dan tender kerajaan. Rosmah juga diberitakan sudah mulai mempertikaikan keputusan tertentu Timbalan Perdana Menteri Muhyyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Beliau juga dikatakan mencampuri urusan Kementerian Pembangunan Wanita & Masyarakat apabila menterinya, Sharizat Abdul Jalil dikatakan gagal mengendalikan kementerian tersebut dengan baik. Rosmah bijak mempergunakan kelebihannya sebagai "first lady" bagi menjuarai isu2 wanita dan kemasyarakatan yang secara langsung membuatkan fungsi Sharizat hanyalah ibarat "melukut di tepi gantang"...

Jangan sampai Rosmah bertindak menentukan halatuju negara. Oleh yang demikian, wajarkah kita berdiam diri...???

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda...
Walau kita berbeza pendapat namun tujuan kita 1, memperkuatkan parti dan menumbangkan BN di Negeri Johor ini adalah matlamat kita...