DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

20 November 2011

17 November 2011

PERTEMUAN DENGAN PROFESOR AZIZ BARI




11 Nov. 2011 - Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah bersama beberapa pimpinan AMK Zon Selatan telah diberikan kesempatan untuk berbual bicara bersama Pakar Perlembagaan, Profesor Aziz Bari di Pejabat Keadilan Zon Selatan, Permas Jaya.
Dalam pertemuan singkat tersebut, beliau telah memberikan beberapa "tips" untuk anak muda terus cergas bangkit untuk memimpin perubahan. Beliau turut menegaskan agar Angkatan Muda perlu tegas dalam membawa gelombang perubahan kepada rakyat dengan SEGERA tanpa bertangguh lagi.
Profesor Aziz Bari turut menegaskan agar Angkatan Muda Keadilan meninggalkan politik KEDAI KOPI yang kosong namun perlu menumpukan perhatian kepada gerakerja mempromosikan parti secara berterusan. Gerakerja yang tersusun juga perlu dilaksanakan dengan segera....

07 November 2011

IBADAH KORBAN AMK GELANG PATAH

6hb Nov 2011 (Ahad) - Sempena Hari Raya Idul Adha atau Hari Raya Korban, Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah tidak melepaskan peluang untuk turut serta dalam menjayakan ibadah tersebut.



Ketua AMK Gelang Patah, Sdr. Nazri Ismail telah berkesempatan bersama penduduk Taman Desa Skudai telah sama-sama menjayakan program Ibadah Korban di Surau Harmoni, Jalan Harmoni 6, Taman Desa Skudai. Sebanyak 4 ekor lembu dan seekor kerbau telah dikorbankan. Ibadah korban yang diadakan kira2 jam 10.30am dihadiri oleh puluhan jemaah dan orang ramai. Kerja-kerja telah siap sepenuhnya selepas Zohor telah memperlihatkan semangat gotong royong dan kerjasama yang diberikan oleh penduduk setempat bagi menjayakan program ini.

Sementara itu Bendahari AMK Gelang Patah, Dato' Paduka Abdul Kadir bin Sainuddin turut melakukan ibadah korban di bersama peneroka di Felda Ulu Tebrau. Beliau turut menyumbang seekor lembu untuk dikorbankan.




Hari ini (7hb Nov. 2011) Dato' Paduka Abdul Kadir akan ke Riau, Indonesia untuk melakukan ibadah korban di sana. Beliau menyumbangkan seekor lembu dan 3 ekor kambing untuk dikorbankan dan daging2 tersebut diagih-agihkan kepada penduduk tempatan.

AMK Gelang Patah mengambil kesempatan untuk mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA IDUL ADHA" kepada muslimin dan muslimat..

03 November 2011

BEKAS KETUA AMK GELANG PATAH DIMASUKKAN KE HOSPITAL

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Gelang Patah, Sdr. Adnan Hasyim telah dimasukkan ke Hospital Besar Ipoh setelah pihak hospital mengesahkan buah pinggang beliau bengkak dan perlukan pembedahan segera.
Penulis mengenali beliau ketika hadir pada perbicaraan DS Anwar beberapa bulan lalu. Beliau yang kini menetap di Ipoh, Perak dan merupakan antara nadi penggerak Keadilan Perak. Bak kata pepatah melayu "benih yang baik, campak ke laut akan jadi pulau, campak ke darat akan jadi bukit". Beliau kini ditempatkan di Wad 2A, Hospital Besar Ipoh.
Pada 9 Julai lalu, beliau menyertai demo "BERSIH 2.0" di ibu negara dan beliau antara mereka yang telah ditahan oleh pihak polis.
AMK Gelang Patah menyeru kepada orang ramai terutama AJK AMK Gelang Patah menghulurkan bantuan bagi meringankan beban Sdr. Adnan yang banyak berjasa kepada pergerakan Keadilan di Gelang Patah ini.
Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun Maybank beliau (1581 1812 8567) "Adnan bin Hasyim". Mudah-mudahan sumbangan kita dapat meringankan beban keluarga Sdr. Nan.
Kami dari AMK Gelang Patah mendoakan agar Sdr. Nan Hashim selamat menjalani pembedahan dan segera sembuh dari penyakit yang ditanggungnya.


~ DEMI RAKYAT ~

01 November 2011

KHIDMAT BAKTI AMK GELANG PATAH



Pada 30hb Oktober 2011 lalu, Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah (AMK Gelang Patah) telah menghulurkan bantuan kepada Sdr. Md Fadil bin Ahmad (40 tahun) yang terpaksa berpindah setelah rumahnya di Taman Pulai Indah terpaksa dikosongkan berikutan beberapa masalah yang melibatkan bank.
Sdr. Fadil pernah menyuarakan masalah beliau kepada ADUN Nusajaya namun aduan beliau tidak diendahkan sehinggalah mahkamah mengeluarkan perintah agar premis tersebut perlu dikosongkan. Beliau kemudiannya membawa isu ini kepada Pusat Aduan Rakyat (PAR) PAS Kawasan Gelang Patah yang akhirnya memanjangkan isu ini kepada Keadilan Cabang Gelang Patah. Hasil perbincangan ringkas akhirnya PAS dan keadilan bersetuju membantu untuk meringankan beban Sdr. Fadil yang mana PAS membantu dari segi urusan rumah manakala Keadilan/AMK Gelang Patah membantu dari segi pengangkutan.
Dengan kerjasama beberapa AJK yang turut disertai oleh Ketua AMK Cabang Gelang Patah, Sdr. Nazri akhirnya kerja-kerja tersebut dapat diselesaikan dalam tempoh 2 jam.
Tahniah kepada AMK Gelang Patah....

Teruskan khidmat bakti kepada masyarakat

- DEMI RAKYAT -

TAKLIMAT PACA BA (PERSEDIAAN MENGHADAPI PILIHANRAYA)

Biro Pilihanraya dibawah yang diketuai oleh Ketua AMK Gelang Patah, Sdr. Mohamad Nazri Ismail telah mengadakan Taklimat Khas mengenai "POLLING AGENT/COUNTING AGENT/BARUNG AGENT" (PACA BA) pada 30 Oktober 2011 yang lalu.

Taklimat tersebut yang dikendalikan oleh Mr. Mong berjaya memberi pemahaman tentang fungsi dan tugasan yang akan dilaksanakan ketika pilihanraya nanti.

Biro Pilihanraya akan mengadakan taklimat ini setiap minggu dan mengharap AJK atau sukarelawan yang mahu menjadi petugas PACA BA dapat menggunakan kesempatan ini untuk menambahkan pengetahuan mengenai fungsi dan tugasan sebagai PACA BA.

Sedang menyanyikan lagu "Penyambung Warisan" diakhir taklimat