Dr. Zaliha binti Mustaffa telah dimasukkan ke wad 202 di Johor Specialist Hospital Johor Bahru hari ini dan mengikut kenyataan Doktor yang bertugas, Dr. Zaliha akan dibedah pada khamis 11 Februari 2010.
Sehubungan dengan itu marilah kita mendoakan agar Dr. Zaliha diberikan kekuatan dan segera pulih untuk kembali memimpin PKR Cabang Gelang Patah yang sekarang semakin aktif dengan pelbagai aktiviti.
Kami dari Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Dr. Zaliha.
Zambry Kundeta dari Puak Gerombolan telah di tabalkan oleh Mahkamah Persekutuan sebagai Memanda Menteri Besar yang dikategorikan "SAH" bukan lagi "HARAM" sekaligus menafikan kemenangan awal Dato' Seri Nizar Jamaluddin. Inilah hakikatnya dimana Umno/BN sebenarnya takut untuk menyerahkan keputusan kepada rakyat sebagai penentu.
Hakikatnya rakyat Perak akan bermenteri besarkan Zambry Abd Kadir sehingga PRU-13. Umno/BN tidak akan berani membubarkan DUN Perak walaupun mereka diberikan kemenangan oleh mahkamah.
Berbeza dengan Pakatan Rakyat Perak bahawa jika kemenangan berpihak kepada Pakatan Rakyat, Nizar berjanji akan membubarkan DUN Perak dan seterusnya menyerahkan kepada rakyat Perak untuk membuat keputusan siapakah sebenarnya yang layak menjadi "Menteri Besar Perak".
Jejaka terpopular di Malaya ketika ini apabila mendakwa dirinya diliwat, hari ini membuat laporan polis apabila jejaka berani yang bernama ‘Anaz Zahari’ telah mengugut dia dengan memuatkan satu kenyataan pada ruangan Facebook peminat Anwar.
Saifool bersama bapanya melangkah penuh gaya dan ceria semasa di Mahkamah. Ianya juga dipercayai akibat buatan orang (bomoh) apabila tidak semena-mena anak beranak ini ceria tak pasal2..
Mesej itu berbunyi, “ANAZ ZAHARI: Kepada kawan-kawan... sesiapa yang tahu atau berjumpa dengan Saiful Bukhari Azlan di mana-mana, adalah wajib untuk membunuh, menggunakan apa jua cara sekalipun demi keamanan manusia...”
Saifool juga mendakwa bahawa setiap kali dia meninggalkan rumah, akan ada buah yang busuk di hadapan rumahnya yang menurutnya be kemungkinan satu bentuk bahan ilmu hitam.
Itulah selayaknya untuk dikau wahai Saifool....
Apalagi yang hendak diracaukan lagi oleh jejaka "lucah" ini. Setelah kenyataannya seolah-olah kenyataan skrip yang telah ditetapkan. Bahkan menurut laporan dari teman2 di mahkamah, semasa Saifool memberi keterangan, mulut Dato' Yusuf Zainal Abidin berkumat-kamit seolah-olah memberi panduan kepada Saifool menjawab keterangan di mahkamah.
Di beritakan juga bahawa penjualan "KY Jelly" meningkat setelah Saifool memberikan promosi percuma kepada syarikat pengeluar barangan tersebut.
Kes pertuduhan liwat ke atas Dato' Seri Anwar Ibrahim telah dibicarakan sejak 2hb Februari yang lalu. Jika kita mewaraskan pemikiran dan membaca hujah atau keterangan yang diberikan oleh Saiful, ianya tidak ubah seperti dailog2 dalam skrip. Skrip yang disunting tidak begitu kemas, mungkin kerana kesuntukan masa. Bahan2 bukti seperti "Ky Jelly" dan kenyataan "tidak buang air besar selama 2 hari" serta "menyerahkan sehelai lagi seluar dalam berwarna kelabu jenama Levis yang dipakainya semasa membuat laporan polis pada 28 Jun 2008, yang diambil di tepi mesin basuh di rumah tunangnya." seolah-olah menjawap persoalan yang dibangkitkan oleh penceramah2 pimpinan Pakatan Rakyat dalam ceramah2 mereka.
Mereka berusaha keras menyiapkan "homework" yang diberikan berdasarkan dengan kes yang lalu. Cuba memperbaiki kesilapan2 yang menyebabkan mereka "tewas" pada pertarungan yang lepas. Namun mereka lupa... "wamakaru wamakarullah wallahukhairun makirin"..
Fitnah ke-2 ini akan menyerang bukan sahaja batang tubuh Anwar Ibrahim bahkan jika saff kepimpinan tidak diperkukuhkan, maka sesuatu yang diingini oleh Umno/BN pasti akan berlaku. Hentikanlah pertelagahan sesama rakan dalam Pakatan Rakyat. Mana2 Yang Berhormat dan mereka yang merasakan bakal menjadi Yang Berhormat pada PRU-13 nanti, teruskan berkerja untuk rakyat, peduli akan kepayahan rakyat. Insya-Allah, janji yang maha ESA itu benar bahawa setiap kebaikan pasti akan dibalas baik oleh-NYA.
Dalam ayat surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud “Wahai orang2 yang beriman, hendaklah kamu bersabar, bertahanlah dalam kesabaran dan bersiagalah terhadap lawan dan bertawakallah kepada Allah supaya kamu menjadi umat yang berjaya".....
Justeru, kerjasama dari semua pimpinan AMK Cabang di seluruh Johor agar menjadi agen penerangan parti bagi memperjelaskan kedudukan sebenar perbicaraan Dato' Seri AnwarIbrahim kepada masyarakat setempat kerana media pro Umno/BN akan memanipulasi secukupnya perbicaraan ini untuk memberikan gambaran negatif kepada Anwar Ibrahim Gunakanlah apa cara sekalipun untuk memberi penerangan kepada masyarakat, yang penting masyarakat berhak tau apa yang sepatutnya mereka ingin tahu.
Berserah dan berdoa tidak cukup untuk menumbangkan kedurjanaan Umno/BN...
Bermula dengan kecurian senjata sehingga terjadinya peristiwa ngeri di Bukit Jenalik walaupun ramai yang mengatakan bahawa ianya adalah perancangan pihak tertentu untuk menutup isu yang lebih besar pada ketika itu.
Beberapa bulan lepas kita di kejutkan oleh kehilangan 2 enjin jet kapalterbang milik Tentera Udara Diraja Malaysia dan 2 individu telah pun ditangkap kerana dipercayai terlibat dalam kes tersebut. Perlu diingat barangan ketenteraan jika mahu dieksport keluar dari Malaysia perlu mendapat kelulusan (A.P) dari Kementerian Pertahanan sebelum mendapat kelulusan pihak kastam Malaysia. Pastinya dokumen tersebut adalah bahan bukti penting dalam perbicaraan itu nanti dan pastinya akan terdedah siapakah dalang yang sebenar.
Dan belum pun reda isu kehilangan 2 enjin jet tersebut, hari ini kita dikejutkan oleh kenyataan Menteri Pertahanan apabila maklumat dalaman Angkatan Tentera Malaysia di dapati "bocor" dan disalurkan kepada sebuah kedutaan asing negara ini.
Apa sudah jadi...???? Satu demi satu kelemahan ketenteraan Malaysia didedahkan sedangkan ribuan juta duit rakyat sudah dibelanjakan untuk menambahkan lagi tahap keselamatan dan kecanggihan sistem ketenteraan Malaysia. Terjaminkah keselamatan rakyat Malaysia...???? kecanggihan
Akibat dari ketidakpuashatian terhadap pentadbiran kewangan negeri yang lemah seperti yang pernah kami didedahkan pada 17 Disember 2009 yang lalu (klik sini...), Sultan Johor telah meminta Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Osman menghantar laporan kewangan negeri Johor ke Istana setiap minggu.
Akibat dari tindakan itu menyebabkan Timbalan Perdana Menteri segera menghadirkan diri ke istana bagi mengadap Tuanku Sultan Johor.
Jika benar seperti yang dilaporkan ketahuilah bahawa Johor berada diambang "muflis" akibat ketidakcekapan pentadbiran kerajaan negeri dibawah Umno/BN.
Menurut sumber yang lain, Johor Corporation sudah mula mahu menjual beberapa aset kepada beberapa pihak termasuk syarikat asing.
Apakah Johor akan tergadai sepertimana tergadainya Pulau Batu Putih kepada negara jiran...???
Berikut adalah salinan laporan polis yang dibuat oleh Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor bersama Pemuda DAP dan PAS di Balai Polis Central, Johor Bahru.
Datuk Nasir Safar yang merupakan bekas ADUN Pulai Sebatang, Pontian yang kini menjawat Pegawai Khas Perdana Menteri sebelum mengeluarkan kenyataan akan meletak jawatan ekoran kenyataan biadap beliau terhadap kaum India dan Cina di negara ini. Datuk Nasir Safar adalah pencipta slogan "Melayu Glokal" dan kini adalah Timbalan Ketua Umno Bahagian Tanjung Piai.
Penulis yang mengenali sifat Datuk Nasir Safar semasa bergiat cergas dalam Pemuda Umno di Pontian sekitar awal 90an dahulu sebelum mengambil keputusan untuk keluar dari Umno (namun nama masih ada dalam senarai ahli Umno) selepas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada September 1998. Datuk Nasir Safar adalah pemimpin yang petah bercakap , susun katanya teratur dan sesiapa yang mendengar pasti akan tertawan kerana Nasir memang dilahirkan untuk bijak berpidato . Namun setakat bijak berpidato saja tidak mencukupi kerana ilmu didada juga penting dan mungkin disebabkan kekurangan ilmu maka Nasir tersasul sehingga menjadi bahan kecaman sekarang ini. Beliau juga merupakan orang lemah lembut tetapi agak beremosi semasa berucap sehingga membuatkan dia kadang kala terlupa , kakinya berpijak di bumi yang mana .
Kenyataan "bangang" Nasir Safar pada Forum 1Malaysia di MITC, Melaka pada 2 Februari 2010, jelas menunjukan sikap biadap bekas Ketua Pemuda Umno Johor ini yang langsung tidak menghormati hak kaum lain yang tinggal di bumi Malaysia ini. Antara kenyataan beliau adalah :-
Kaum bukan melayu dinegara ini asalnya adalah pendatang dan peminta sedekah
Mengancam bahawa kerajaan akan menarik balik kerakyatan kaum India yang menentang keputusan kerajaan untuk menghadkan 12 mata pelajaran sahaja dalam peperiksaan SPM
Indian came to Malaysia as beggars and chinese especially the women came to sell their bodies.
Kenyataan biadap, kurang ajar, berbaur perkauman serta terdapat unsur hasutan dikhuatiri boleh mencetuskan ketidakpuashatian kaum India dan Cina jika mereka2 ini salah mentafsir kenyataan Nasir. Namun, rakyat sudah cerdik untuk menilai kenyataan "bodoh" dari seorang pemimpin yang datangnya dari Umno. Rakyat sudah semakinmengerti bahawa Umno akan menggunakan 3 isu utama sebagai "talian hayat" ketika mereka sedang nazak iaitu :
Isu Perkauman
Isu Raja2 Melayu
Isu Agama.
Namun rakyat semakin bijak dan mengerti permainan kolot Umno/BN. Yang "baghal" hanyalah pimpinan Umno/BN sementara penyokong/pendokong Umno terus dibodohkan oleh pimpinan mereka.
AMK Gelang Patah telah menerima sesalinan surat dari seorang pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang dipercayai daripada UMNO Johor kepada Naib Canselor UTHM.
Surat dari Menteri Besar Johor kepada Naib Canselor UTHM berkaitan pemberian peruntukan sebanyak RM20,000.00 kepada kumpulan Pro Aspirasi bagi menghadapi Pilihanraya kampus pada 28 Januari 2010. Peruntukan dipercayai untuk gerakerja bagi menjamin kemenangan Pro Aspirasi pada pilihanraya kampus tersebut.
Angkatan Muda Keadilan Cabang Gelang Patah mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pengendali Blog Aduka Taruna yang menghina Almarhum Sultan Iskandar yang telah mangkat pada 22 Januari 2010 yang lalu.
Walaupun pengendali blog tersebut telah meminta maaf namun kebiadapan dan keceluparannya telah menyebabkan keluarga Almarhum Sultan Iskandar murka di saat kesedihan menyelubungi seluruh keluarga dan kerabatnya. Seluruh rakyat Johor juga merasa kecewa dengan tindakan pengendali blog tersebut.
Buat pengendali blog Aduka Taruna, fikirkanlah jika Ibubapa anda di buat sedemikian rupa dihari kematian mereka.... Apa perasaan anda...
Sabtu (23 Januari 2010) : Sembilan pelajar universiti awam yang mengambil bahagian dalam perhimpunan mahasiswa di ibu negara pagi tadi ditahan polis. Mereka mula berkumpul di sekitar Dataran Merdeka dan Jalan Tuanku Abdul Rahman sejak pukul 10 pagi lagi.
Himpunan dan perarakan ini diadakan oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), menuntut mengembalikan demokrasi kampus dan kebebasan akademik di kampus yang telah mula dicemari dan dinodai oleh beberapa Pegawai/Kakitangan IPTA yang pro kepada parti politik tertentu. Ini termasuk bantahan penuntut2 IPTA terhadap sistem pengundian elektronik (e-voting) semasa pilihan raya kampus kerana dibimbangi ada campur tangan dari pihak tertentu untuk memenangkan calon pilihan mereka menggunakan sistem ini.
Mereka ditahan di kawasan berhampiran kompleks Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan kemudiannya mereka dibawa ke Balai Polis Daerah Dang Wangi.
Mereka ditahan dibawah Seksyen 28(A) Kanun Prosedur Jenayah pelajar-pelajar berkenaan seharusnya diberikan akses kepada peguam pilihan mereka.
Mereka yang ditahan terdiri daripada Mohammad Za’im Mustapha, Ahmad Shukri Kamarudin, Ahmad Syukri Ab. Razab, Mohd Idris Mohd Yussoff, Mohd. Fikhri Harun, Muhammad Hilman Idham, Syahriul Ismail, Mohd Aizat Mohd Salleh dan Mohd. Rudhuan Muhammad Jamil.
AMK Gelang Patah menyeru supaya Mahasiswa/i bangkit mempertahankan hak mereka sebagai pelajar. Mahasiswa/i perlu lebih vokal menyuarakan pandangan mereka kerana masa depan negara adalah ditangan anda. Mahasiswa/i adalah pewaris kepimpinan negara namun apakah mereka akan mewarisi kepimpinan yang korup...??
Justeru AMK Gelang Patah amat2 mengharapakan suara dan pandangan mahasiswa/i ini perlu didengari oleh semua pemimpin tanpa mengira fahaman politik. Kritikan mereka perlu dikaji kerana masa depan negara terletak di tangan2 mereka. Apa akan terjadi kepada negara sekiranya pandangan, suara dan kritikan mereka yang terpelajar ini disekat......???
Bekas Pengerusi Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Korupsi (GERAK Malaysia), Mohd Nazree Mohd Yunus secara rasmi menyertai PKR semalam.
Mohd Nazree berkata beliau memilih PKR kerana perjuangan parti itu selari dengan prinsipnya untuk melawan rasuah dan membina integriti sepertimana sebelum ini, ketika beliau menjadi pengerusi Gerak.
Penyertaan Nazree disambut oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Bekas pemimpin Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) sebelum ini menggariskan bahawa parti yang bakal disertainya harus mengamalkan prinsip keadilan, keterbukaan dalam memberi pandangan dan memperlihatkan sifat-sifat futuristik
Kemasukan beliau itu juga adalah disebabkan ketokohan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mewujudkan Malaysia baru dalam landskap politik Malaysia.
Di samping itu, katanya, penyertaan beliau dalam PKR itu bagi mengisi kekosongan generasi muda untuk terus berjuang bersama Anwar untuk membina masyarakat madani dan urustadbir yang lebih baik.
Angkatan Muda Keadilan Cabang Gelang Patah mengharapkan kemasukan Sdr. Nazree ke dalam PKR dapat menambahkan keyakinan dan memberi dimensi baru kepada anak2 muda untuk turut sama menyertai PKR.
Makluman dari Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri meminta semua ceramah/aktiviti luar parti ditunda ke tarikh lain dalam masa tempoh berkabung atas kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar semalam. Tempoh berkabung bagi seluruh rakyat Johor adalah 7 hari bermula dari semalam (22 Januari 2010).
Sehubungan dengan itu, Cabang2 yang akan mengadakan apa juga program adalah diminta mrujuk kepada Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Johor ataupun setiausaha Majlis Pimpinan Negeri Johor terlebih dahulu bagi mengelakan sebarang kemungkinan berlaku.
Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar dimasyhurkan sebagai Sultan Johor yang baru hari ini. Pemasyhuran itu, berdasarkan Undang-Undang Tuboh Kerajaan Johor 1895. Tunku Ibrahim Ismail, 51, mengangkat sumpah sebagai Sultan Yang Dipertuan Jajahan Johor Darul Takzim dan segala takluknya.
Tunku Ibrahim Ismail yang menikahi Raja Zarith Sofiah pada 1982 dikurniakan lima putera dan satu puteri, iaitu Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar, Tunku Amina, Tunku Idris, Tunku Abdul Jalil, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Iman.
Diputerakan pada 22 November 1958 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, putera sulung daripada 10 adik-beradik itu dilantik sebagai pewaris takhta Negeri Johor apabila ditabalkan sebagai Tunku Mahkota Johor pada 3 Julai 1981.
AMANAT DATO' SERI ANWAR IBRAHIM YANG PERLU KITA LAKSANAKAN..
TANAMKAN SIFAT KASIH SAYANG ANTARA KITA
SEASON IN THE SUN
SOLIDARITI ANAK MUDA - JOHOR
Anda Berani.. Anda Vokal.. Anda Perihatin Terhadap Permasaalahan Rakyat.. Ayuh Sertai SAM-J Wadah Perjuangan Anak Muda Johor
PENDAFTARAN SQUAD AMK
AMK Cabang Gelang Patah menyeru kepada anak2 muda berumur 18 tahun hingga 35 tahun (Lelaki atau Perempuan) untuk menyertai Skuad AMK yang akan bertindak sebagai sayap AMK Gelang Patah. Sebarang penyertaan dan pertanyaan bolehlah menghubungi Sdr. Aidil (0177870545) atau e mail di squad.amkgp@gmail.com
AKTIVITI AMK GELANG PATAH
20/2/2010 - 9mlm : Ceramah Perdana Pakatan Rakyat. Bertempat di Pejabat PAS Kawasan Gelang Patah. Penceramah : (1) YB Datuk Seri Hj. Abdul Hadi Awang (Presiden PAS) (2) YB Hj. Azmin bin Ali (Naib Presiden PKR) (3) YB Dr. Boo Cheng Hau.Anjuran PAS Kawasan Gelang Patah.
Blogger Perjuangan Rakyat
BLOGGER'S PAKATAN RAKYAT
MEMIMPIN HARAPAN RAKYAT
ILTIZAM DAN TEKAD AMK GELANG PATAH
1) Menggarap agenda perubahan dengan menyatukan generasi muda ; 2) Memperkasakan gerakan anak muda dengan elemen2 pengukuhan jatidiri dan pembudayaan ilmu agar bersiap siaga menjadi pemimpin masa depan ; 3) Memecah tembok perkauman untuk memartabatkan hak rakyat dan nilai insani ; 4) Menyebar luas faham demokrasi yang utuh dan tulen demi menjunjung ketuanan rakyat ; 5) Mendepani arus perjuangan untuk memimpin harapan rakyat dan merealisasikan Harapan Baru Untuk Malaysia