DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

31 July 2010

INI SAJAKAH YANG MEREKA BERANI

Pagi ini penulis telah menerima panggilan dari seorang AJK AMK yang mendakwa adanya banner provokasi yang jelas cuba mengelirukan rakyat. Jelas mereka sebenarnya mempersendakan Istana Johor apabila gambar DYMM Sultan Johor turut terpampang jelas dibanner tersebut. Jika perkara ini dilakukan oleh Pakatan Rakyat maka berderai-derailah salakkan mereka mengatakan Pakatan Rakyat Penderhaka Raja tapi apa pula yang mahu dilabelkan kepada golongan bangsat ini...???
Sememangnya PKR Johor menyokong penuh perlantikan Datuk Chua Jui Meng sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Johor namun apa masalahnya dengan golongan sebelah sana..?? Kenapa pula Datuk Chua dikatakan calon Menteri Besar Johor..?? Sedangkan jelas termaktub didalam Perlembagaan Negeri Johor bahawa Menteri Besar Johor mestilah beragama Islam dan berketurunan Melayu serta mendapat perkenan DYMM Sultan Johor. Kenapa dangkal dan benak sangat pemikiran golongan sebelah sana. Jika Pakatan Rakyat menang sekalipun di negeri Johor pada PRU akan datang (insya-ALLAH), tidak semestinya Datuk Chua Jui Meng akan menjadi Menteri Besar Johor dan golongan sebelah sana wajar faham bahawa kami hanya menukar kepimpinan bukan perlembagaan.
Hakikatnya inilah sebenarnya keberanian mereka. Baling batu sembunyi tangan. Hanya berani dengan menggantung banner provokasi namun bila diajak berdebat, mereka menikus bacul dan kecut. Lihat sahaja bila DS Anwar datang ke Johor, banner2 yang mencerca dan menghina DS Anwar banyak digantung disana-sini. Inilah keberanian mereka yang diibaratkan seperti "pondan". Pemimpin dan pencacai golongan ini sama sahaja. Bacul dan penakut.
Mereka2 ini telah diperbodohkan sehingga pemikiran mereka tepu dan tidak perlu mereka menjadikan rakyat juga bodoh seperti mereka kerana rakyat sudah bijak menilai mana yang baik dan mana yang buruk.
Jika mahu menjadi pendekar, jadilah pendekar yang berani berhadapan dengan realiti bukan seperti pendekar kangkong. Jika benar mereka berani, ayuh kita berdebat di pentas terbuka.. Namun persoalannya, beranikah mereka...????

ZUL DIN YANG MERAPU

TERNYATA YB Zul Kulim yang dikenali sebagai `firaun besar' telah kehabisan modal untuk berdepan dengan PR. Segala hujahnya selama ini sejurus dipecat dari PKR gagal menarik sesiapa pun untuk menjauhi PR khususnya PKR. Apatah lagi YB Zul pernah mengaku beliau ini `kaki kelentong' sudah lama, cuma beliau menjadi `jujur dan baik' sebaik sahaja intim dengan Najib.
Setelah kehabisan modal, pengakhirnya `firaun besar' ini mahu kerajaan mengharamkan DAP, sekutu PKR dan PAS. Apa hujah bangang loyar buruk ini? Anda boleh baca di sini. Adakah kerana seorang pemimpin DAP yang mengeluarkan pandangannya, maka DAP itu wajib diharamkan? Ke mana otak YB Zul ini diletakkan sehingga sebodoh ini pandangannya? Beliau yang sepatutnya digelar YB `haram' kerana menjadi Wakil Rakyat yang dipilih oleh penyokong parti yang telah memecatnya. Tidak sedar diri kah YB Zul ini?

Di mana maruah beliau yang menjadi MP yang tidak diredhai oleh majoriti pengundi-pengundi di kawasannya boleh mengeluarkan pendapat untuk mengharamkan parti yang sah, sedangkan `firaun besar' ini langsung tidak berparti? Apa masalah dengan pandangan dari pemimpin DAP itu berkaitan diskaun Bumiputera dalam pemilikan hartanah di Selangor? Sudah ada keputusankah dari Kerajaan Selangor? Dan, jika cadangan itu diterima, apa masalahnya kepada Bumiputera? Tidak dapat diskaun itu dianggap melanggar Perlembagaan? Kenapa tidak bising bila Kerajaan kurangkan Subsidi kepada rakyat dengan menaikkan harga petrol, diesel, gula dan gas? Di mana hak Bumiputera dan rakyat di dalam hal ini? YB Zul tidak mampu ulas kah?

Kita bukan menyokong sepenuhnya pandangan pemimpin DAP itu, tetapi kita juga tidak boleh menutup mulut sesiapa jua untuk memberikan pendapat. Akhirnya, serahkan kepada pimpinan Kerajaan Selangor untuk buat keputusan. Tentunya PAS dan PKR akan meneliti cadangan tersebut sebaik mungkin. Apa perlunya DAP mahu diharamkan? Jika itu dibenarkan, Umno lebih layak diharamkan untuk kali kedua kerana Umno pernah menghina Institusi Raja-Raja, menghina agama dan banyak lagi. Mengapa YB Zul takut untuk menyebut haramkan Umno? Bukan YB Zul tidak tahu semua yang telah Umno lakukan. Mulut YB Zul terkunci sudah.

YB Zul jelas kehabisan idea. Beliau seorang MP yang semakin celaru di dalam setiap pandangannya. Beliau semakin syok sendiri dan terlupa betapa pengundi-pengundi di kawasannya tidak sabar untuk menurunkannya dari kerusi warisan PKR di situ.

RAPAT ANAK MUDA

Angkatan Muda Keadilan Johor akan mengadakan program Rapat Anak Muda dengan tema "Menawan Johor Bererti Menawan Malaysia". Program yang akan diadakan di tiga tempat (mengikut zon) :-

Tarikh : 01hb Ogos 2010 (Ahad)

Tempat (mengikut zon) :
1) Zon Utara - Muar Traders (10am)
2) Zon Tengah - Restoran RNI, Simpang Renggam (3ptg)
3) Zon Selatan - Pej. PKR Taman Teratai, Skudai (8mlm)

Pimpinan AMK Malaysia yang akan hadir dalam program tersebut adalah Sdr. Shamsul Iskandar Mohd Akin (Ketua AMK Malaysia), Sdr. Faris Musa (Timb. Ketua AMK Malaysia), YB Amiruddin Shaari dan Sdr. Jonah (Naib Ketua AMK Malaysia).
Justeru semua AJK AMK Cabang di Johor Bahru, Tebrau, Pulai, Kulai, Pontian, Tanjung Piai, Pasir Gudang, Tenggara, Pengerang dan Kota Tinggi diminta menghantar wakil sekurang-kurangnya 5 orang ke program RAPAT ANAK MUDA.

30 July 2010

KES LIWAT II : RAKYAT SEMAKIN MERAGUI "SUMPAH" SAIFOOL

"The History Will Repeat By Itself".

Kita imbau kembali sejarah kes liwat 1 pada tahun 1998 dulu, sudah pasti kita akan masih teringat seorang yang bernama Azizan Abu Bakar dan juga kita masih terkenang kisah usung mengusung tilam masuk keluar mahkamah dan naik turun lori diangkut oleh polis Malaysia dan juga kita sudah pasti masih terkenang akan kisah usung mengusung tilam keluar masuk mahkamah Syariah apabila kes beliau sendiri di kendalikan di Melaka setelah beliau ditangkap bersama teman wanita beliau yang akhirnya menjadi isteri beliau.

Kisah beliau sudah pasti masih segar dalam ingatan kita dan sejarah itu kini kembali didalam kisah liwat II pula dimana kes Saiful yang mengadu diliwat dan masih dibicarakan didalam mahkamah sekarang ini , timbul pula satu kisah di mana salah seorang yang terlibat didalam perbicaraan tersebut diceritakan telah mengadakan hubungan intim dengan beliau saperti diceritankan oleh RPK didalam blog beliau, entah benar atau tidak dan keputusan Peguam Negara menggugur pegawai berkenaan daripada pasukan pendakwa memberikan satu persepsi bahawa RPK berkata benar dan sahlah apa yang berlaku tersebut.

Kisah perbicaraan liwat II yang penuh dengan tekateki dan pertikaian ini masih lagi didalam penangguhan sehingga 2 Ogos ini dan mempunyai seribu satu persoalan seperti yang disebut oleh DSAI .

Kisah bertemu dengan PM sebelum dakwaan liwat berlaku dan kisah menyimpan bukti selama dua hari sehingga tidak 'berak' dan tidak mandi wajib saperti dimaklumkan didalam mahkamah sudah pasti akan melakarkan sejarah baru dalam kes mahkamah didalam negara 1 Malaysia ini.

Pembongkaran hubungan beliau dengan DPP yang ditulis didalam Malaysia Today yang dikatakan oleh Timbalan Menteri MITI yang hanya benar 40 % itu kini menjadi satu persoalan yang berlegar didalam Pejabat AG sehingga terpaksa digugurkan nama beliau demi hendak menjaga persepsi awam terhadap integriti Pejabat AG. Konon inilah cara terbaik untuk menjaga kreadibiliti Pejabat AG negara 1 Malaysia ini dimata dunia setelah teruk dibelasah oleh rakyat terutama selepas pemecatan Tun Salleh Abbas dizaman Dr M menjadi PM.

Rakyat sebenarnya masih kabur dan keliru apakah persoalan integriti dan kredibiliti Pejabat AG sebelum ini yang mengenepikan laporan perubatan dari Pusrawi dan Hospital Besar KL yang mengesahkan tiada 'penetrasi' itu masih lagi relevan untuk meneruskan kes. Rakyat juga bertanya dan inginkan jawapan seandainya tidak ada penetrasi bagaimanakah pula kesan DNA yang diperoleh dari semen yang terpaksa disimpan selama 2hari daripada dikeluarkan atau dicuci oleh sikena liwat tersebut.

Persoalan ini sudah tentu menjadikan soal persepsi integriti dan kreadibiliti menjadi tajuk utama bukan hanya dengan menggugurkan salah seorang DPP daripada pasukan pendakwa , maka sudah selesai dan boleh cuci tangan. Amat malang dan sedih sekiranya itu saja jalan penyelesaian yang difikirkan oleh penjawat di Pejabat AG tersebut. Apakah siasatan terperinci dan laporan polis dan pemeriksaan kesihatan akan dilakukan terhadap dakwaan RPK ini hasil tulisan didalam Blog beliau?. Rakyat juga ini tahu apakah tulisan ini terkandung didalam 40 % yang betul atau hanya berada didalam kategori 60 % yang tidak benar saperti yang diperakukan oleh Timbalan Menteri MITI tersebut.

Sebenarnya dunia makin celaru dan 1Malaysia makin keliru, mana satu yang boleh dijadikan panduan dan ikutan kerana setiap yang timbul, selalunya dinafikan tetapi tindakan yang dibuat seolah-olah menyesahkan. Kalaulah begini yang terjadi, sudah pasti sampai kiamat pun segala persepsi akan menjadi realiti.

Satu persoalan yang menerpa didalam benak pemikiran ana apakah selepas ini akan ada satu lagi siaran langsung untuk upacara sumpah didalam mana-mana masjid yang akan menafikan tulisan RPK ini dan kemungkinan besar akan disaksikan oleh para ulamak yang menjadi ahli parti 1 Malaysia pula.

29 July 2010

DS ANWAR IBRAHIM DI BATU PAHAT

Iltizam dan kesungguhan DS Anwar Ibrahim untuk menawan Johor pada PRU-13 nanti jelas bukan sekadar omongan kosong. Beliau yang hampir setiap bulan mengadakan program di Johor telah memperlihatkan betapa seriusnya usaha beliau untuk menjadikan Johor negeri yang akan diperintah oleh Pakatan Rakyat. Ternyata kehadiran beliau telah menggusarkan beberapa pemimpin Umno/BN dan mereka memberi tekanan kepada pihak tertentu sebagai usaha menghalang program tersebut dari terus diadakan.
Jika sebelum ini program di Markas PAS Tmn Saujana, Plentong memperlihatkan provokasi "melampau" beberapa pemuda umno berhampiran tapak ceramah serta halangan pihak polis ke atas konvoi DS Anwar Ibrahim yang dalam perjalanan dari Taman Dahlia ke Taman Saujana, kali ini di Batu Pahat diberitakan bahawa tekanan yang bakal diberikan lagi hebat yang bakal melibatkan beberapa institusi kerajaan telah digunakan bagi menghalang kelancaran program tersebut.
Percayalah, walau apapun kekangan termasuk provokasi "bangsat" dari tentera upahan Umno/BN, kami Angkatan Muda Keadilan Johor tidak sekali berundur walau setapak. Kami bersedia "bertemu"dengan tentera2 upahan Umno. Kami tidak pernah mengganggu program kamu, tetapi jika kamu menjual kami sedia membeli.

Berikut adalah jadual program DS Anwar Ibrahim di Batu Pahat:-

MAJLIS MAKAN MALAM

Tarikh : 31hb Julai 2010 (Sabtu)
Masa: 7.30 – 10.30 malam
Tempat: Restoran The Grand Sea View, Jalan Tanjung Laboh, Batu Pahat.


CERAMAH PERDANA

Tarikh : 31hb Julai 2010 (Sabtu)
Masa: 9.00malam – 12tgh malam
Tempat: Markas PAS Sungai Tongkang, Rengit.

25 July 2010

PEMUDA UMNO TENGGARA TERSUNGKUR SEBELUM BERDEBAT

Debat "Isu Felda" dengan tajuk "Benarkah Peneroka Tertipu" sepatutnya berlangsung semalam (jam 9.00mlm) antara Ketua Pemuda Umno Tenggara (Halim Jalil) dan Wakil Pakatan Rakyat (Che'gu Bard), namun wakil Pemuda umno/Ketua Pemuda Umno Tenggara tidak muncul tiba hingga ke akhir. Cabaran dari Sdr. Halim terus disambut oleh Pemuda Pakatan Rakyat dan surat cabaran segera dihantar kepada beliau melalui serahan tangan.
Kegagalan Sdr.Halim hadir dalam debat tersebut ternyata mengecewakan ratusan peneroka yang hadir pada malam tersebut yang ingin mengetahui apakah hujah dari pimpinan Umno untuk menafikan bahawa sebenarnya Peneroka Felda telah lama ditipu dan tertipu. Kegagalan Ketua Pemuda Umno Tenggara hadir dalam debat tersebut juga memperlihatkan bahawa mereka sebenarnya "TAKUT" untuk berdepan dengan kebenaran apatah lagi jika hujah2 dari Pemuda Umno dengan mudah ditangkis oleh wakil Pakatan Rakyat di hadapan peneroka felda sendiri.
Debat malam tadi sebenarnya bukan mencari siapa salah siapa benar, namun ianya ingin merungkai dan memperjelaskan kepada peneroka isu sebenar yang berlaku agar mereka tidak dipolitikan atau menjadi mangsa kepada pihak tertentu. Pemuda Umno yang takut berdepan dengan kebenaran, memilih untuk tidak hadir dan mungkin Sdr Halim telah diberikan kata dua oleh pihak tertentu agar tidak hadir dalam debat tersebut bagi mengelakkan segala pembohongan oleh pihak kerajaan dan felda terbongkar.
Menurut sumber dalaman Umno Tenggara bahawa Sdr Halim aakan dikenakan tindakan disiplin oleh J/kuasa Tatatertib Umno atas cabaran debat ini.
Mungkin penyokong Umno merasakan ketidakadilan berlaku apabila Pakatan Rakyat menampilkan Che'gu Bard iaitu Majlis Pimpinan PKR Pusat manakala Pemuda Umno Tenggara menampilkan Sdr.Halim Jalil iaitu Ketua Pemuda Umno Bahagian Tenggara sebagai wakil Umno, namun Pemuda Pakatan Rakyat bersedia untuk berdepan dengan siapa sahaja termasuk Ahmad Maslan atau Najib sendiri. Persoalannya... beranikah mereka?????

24 July 2010

KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG PRIHATIN

Sebagai satu dorongan kepada anak2 supaya lebih bertanggungjawab dan prihatin kepada Ibubapa yang sudah menjangkau usia emas, Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah memperkenalkan Insentif baru menggalakkan anak-anak menjaga ibu bapa mereka yang telah berusia 60 tahun keatas atau berstatus warga emas. Insentif itu akan diberikan jika berlaku kematian yang melibatkan Ibu ataupun bapa yang dipelihara oleh waris atau anak-anak mereka, kerajaan negeri akan memberikan RM1,000 kepada waris atau anak-anak yang menjaga mereka.

Pemberian tersebut sekaligus mengurangkan beban menguruskan jenazah dan sebagai penghargaan dari kerajaan negeri buat waris.

Sebelum ini, kerajaan negeri Pulau Pinang telah memberikan saguhati sebanyak RM100 kepada warga emas berumur melebihi 60 tahun yang bermastautin di Pulau Pinang. Saguhati tersebut menunjukkan keperihatinan dan penghargaan kerajaan negeri kepada golongan warga emas. Walaupun ianya ditempelak oleh kebanyakkan pimpinan Umno, bahkan warga emas yang menyokong parti komponen BN pada mulanya enggan mendaftar bagi menerima saguhati tersebut, namun akhirnya mereka akur dan mendaftar untuk menerima saguhati tersebut.
Hasil rakyat wajar dikembalikan kepada rakyat. Pepatah melayu mengatakan "Hati gajah sama dilapah, Hati nyamuk sama dicicah". Biarpun sumbangan tersebut sedikit, namun sekurang-kurangnya ia melambangkan penghargaan kepada rakyat.

18 July 2010

RASIONALISASI SUBSIDI

Beberapa hari yang lalu, kita dikejutkan dengan kenaikan harga minyak dan 5 barangan yang lain. Dikala rakyat masih merintih akibat keperitan hidup, bukan sahaja di kampung2 malahan mereka yang tinggal di bandar2 terutama yang berpendapatan dibawah paras kemiskinan turut mengeluh dengan kenaikan ini. Walaupun beberapa blog penyokong kerajaan cuba menidakkan keluhan rakyat namun kenaikan harga petrol/disel bersama 5 barangan lain pasti dituruti oleh ribuan produk yang lain. Setakat mana kuasa pemantauan mampu dilakukan oleh pihak kementerian.
Penulis bersetuju dengan kenyataan Ustaz Dr. Asri dalam blognya dengan mengatakan "...di sana berbagai lagi pembaziran yang lain, tiba-tiba rakyat awam menjadi mangsa, subsidi mereka pula yang dirampas". Kita lihat pelbagai pembaziran yang kurang memberi manafaat kepada rakyat dan ianya turut disedari oleh rakyat seperti penubuhan pasukan formula 1 yang menelan ratusan juta, Kerugian PKFZ akibat dari masalah korupsi yang keterlaluan dan pelbagai lagi pembaziran wang rakyat yang disalahgunakan.
Alasan bahawa penyelarasan ini akan menjimatkan kira2 RM750 juta adalah sekadar mahu menutup "bangkai gajah dengan nyiru". Apakah benar spekulasi yang mengatakan kewangan negara sekarang dalam keadaan yang tidak setabil...??? Mengapa pula rakyat perlu dipertanggungjawabkan untuk menanggung kenaikan ini..??? Utz. Dr Asri juga dalam blognya menegaskan bahawa, "...kenangilah orang-orang kampung yang susah, ibu bapa yang terhad pendapatan mereka dan anak-anak miskin yang akan termangsa dari setiap kenaikan harga barang. Mereka tiada istana mewah, tiada kereta mewah, tiada hidangan mewah. Golongan bangsawan dan pembesar yang bersenang-lenang dengan kemewahan yang telah merampas subsidi rakyat". Apakah menteri2 ini merasa keperitan kenaikan harga barangan ini seperti mana rakyat bawahan ini rasakan..??? Rakyat mengangkat pemimpin untuk menjadi pembela mereka ketika mereka menghadapai kesusahan dan keperitan namun itu semua tidak berlaku. Ketika berdepan dengan krisis seperti ini maka yang pasti "RAKYAT AKAN DIDAHULUKAN" untuk menanggungnya...

17 July 2010

SUK AMK PUSAT MENINGGAL DUNIA

Setiausaha Kerja Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Sdr.Hasmuzair bin Hassan telah meninggal dunia sebentar tadi dipercayai akibat kemalangan jalanraya. Beliau dipercayai mangsa langgar lari oleh sebuah lori yang menyebabkan motorsikal yang ditunggangi beliau hilang kawalan. Allahyarham meninggalkan seorang balu (tidak berkerja) dan 3 orang anak yang berusia antara 1 hingga 6 tahun. Allahyarham amat dikenali dikalangan pimpinan AMK di seluruh Malaysia dan sikap beliau yang mudah mesra membuatkan beliau amat mudah didampingi oleh setiap pimpinan. Beliau adalah anak ke 4 dari 11 adik beradik.
Allahyarham berasal dari Perlis merupakan SUK AMK yang begitu komited dengan tugasannya. Penulis secara peribadi begitu rapat dengan Allahyarham dan kali terakhir penulis bertemu dengan Allahyarham ketika "Retreat AMK" di Dusun Eco Resort, Bentong, Pahang pada 9 -11 Julai 2010. Jenazah akan dibawa ke kampung halaman Allahyarham di Kg Sungai Geti, KM2 Jalan Mata Air, Arau, Perlis.
AMK Gelang Patah turut merasa kehilangan seorang sahabat yang begitu komited terhadap tugasannya. Salam takziah buat keluarga Allahyarham. Penulis sempat meminta Sdr. Din Binjai (Exco AMK Malaysia) untukmemaklumkan kepada semua pimpinan AMK di seluruh Malaysia agar dapat menubuhkan tabung derma bagi membantu keluarga Allahyarham. Alhamdulillah semuanya telah diuruskan sebaiknya oleh teman2 yang turut merasai kehilangan Allahyarham.
Penulis juga telah meminta Setiausaha AMK Johor agar memaklumkan kepada semua pimpinan AMK Cabang diseluruh Johor untuk mengadakan Tabung Derma bagi membantu keluarga Allahyarham. Segala sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun Nazylinda Abdullah (Balu Allahyarham) AMbank - 0040024033611. Penulis menyeru kepada pembaca agar sama2 menderma bagi meringankan beban keluarga Allahyarham.
Bersama kita menghadiahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Hasmuzair bin Hassan, semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama-sama roh orang2 yang beriman... Al-Fatihah..

BERSEDIA WAHAI ANAK MUDA UNTUK CABARAN LAGI HEBAT

Kembalinya DS Anwar Ibrahim ke arena politik selepas beliau keluar dari penjara telah memberikan satu dimensi baru dalam arah tuju politik pembangkang. Beliau berani dan optimis. Atas keberanian beliau yang tidak mengira apa juga rintangan, maka kita telah lihat bagaimana DS Anwar Ibrahim menjadi sasaran utama pemimpin2 bacul Umno yang khuatir dan takut rahsia besar mereka terbongkar sebelum sempat mereka memunggah harta rakyat. Jika DS Anwar ingin bersara dari politik selepas beliau keluar dari penjara beberapa tahun yang lalu, beliau boleh memilih jalan tersebut namun sifat dan semangat juangnya ingin memperbetulkan dan menyelamatkan Malaysia dari terus ditadbir oleh penyamun2 yang bertopengkan politik maka hari ini kita melihat pelbagai tuduhan dan serangan ke atas peribadi beliau termasuk dari rakan2 yang dulu beliau percayai. Beliau bukan ma'sum. Beliau hanyalah insan biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan. Pilihan beliau untuk bersama Umno selepas keluar dari ABIM walaupun mendapat tentangan dari rakan2 beliau termasuk Allahyarham Utz. Fadzil Noor, merupakan langkah yang kurang tepat dan akhirnya beliau disingkirkan dek kerana perselisihan dengan Mahathir Mohammad yang pada ketika itu menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Kini beliau berdepan kemungkinan dipenjarakan bagi menamatkan kerier politik beliau. Angin2 sepoi bahasa sudah mula bertiup mengatakan bahawa DS Anwar Ibrahim akan dipenjarakan sebelum PRU-13. Apakah perkhabaran ini benar??? Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa DS Anwar mungkin akan dibunuh setelah semua perancangan untuk memusnahkan DS Anwar dengan pelbagai tindakan sejak dari dulu hingga kini menemui kegagalan. Imejnya yang cuba dirosakkan tidak menjadi sebaliknya beliau mendapat sokongan dari rakyat bawahan.
Berikut adalah rentetan peristiwa/kemalangan yang hampir2 menamatkan riwayat DS Anwar Ibrahim :-

  1. Helikopter Angkatan Tentera Terhempas- Sebuah helikopter PUMA Angkatan Tentera telah ditugaskan untuk membawa Sdr. Anwar dari Perlis ke Kepala Batas. Tetapi dalam perjalanannya ke Perlis untuk mengambil Sdr. Anwar helikopter tersebut terhempas dekat Sungai Petani dan dua Anggota Angkatan Tentera terbunuh. Walaupun dinasihatkan supaya Sdr. Anwar menaiki kereta untuk pulang tetapi sebagai seorang pemimpin berwibawa beliau terus menaiki helikopter pengiring dan sempat melawat tempat kejadian helikopter terhempas. Inilah seorang Pemimpin Agong yang perlu disanjung bukan sahaja oleh Angkatan Tentera tetapi juga rakyat jelata. Beliau menunjukkan sifat keperwiraan beliau walaupun membahayakan nyawanya sendiri. Dengan ini maruah Angkatan Tentera terbela walaupun pada ketika itu rombongan Sdr. Anwar ketar lutut dan kecut perut takut apa-apa akan berlaku terhadapnya semasa menaiki helikopter pengiring yang dibawa oleh Angkatan Tentera. Sesampai di Kepala Batas, Presiden Habibie menalipon beliau dan menyatakan bahawa tidak mungkin helikopter tersebut terhempas sedemikian rupa melainkan disabotaj.
  2. Brek Kereta Rosak Dan Hampir Jatuh Gaung-Mesyuarat kabinet pertama yang diadakan diluar Kuala Lumpur ialah di pusat peranginan Gunung Rawa?..... di Pulau Langkawi pada pertengahan 1996. Perjalanan ketempat tersebut melalui jalan yang berliku-liku dan bergaung. Sampai di satu selekoh yang cukup bahaya drebar Sdr. Anwar tersedar bahawa kereta yang dibawanya tidak mempunyai brek. Kereta pun terbabas, berpusing beberapa kali dan hampir masuk kedalam gaung. Walaubagaimanapun ALLAH menyelamatkan Sdr. Anwar dari kejadian yang tidak diingini. Kereta disediakan oleh kerajaan Kedah. Mahathir pada waktu itu menaiki helikopter dan melihat apa akan terjadi kepada Sdr. Anwar. Cemas juga rasanya apabila melihat Sdr. Anwar terselamat dari nahas kemalangan.tersebut, takut-takut komplotnya terbongkar!!!
  3. Nahas Helikopter Tan Sri Yahya.-Peristiwa terhempas helikopter Tan Sri Yahya bersama isterinya berlaku dengan penuh misteri. Sdr. Anwar sepatutnya menaiki helikopter tersebut bersama Tan Sri Yahya pada pagi keesokannya. ALLAH telah menyelamatkan nyawa Sdr. Anwar dengan berlakunya sesuatu peristiwa kritikal terhadap ibu Tan Sri Yahya yang menyebabkan Tan Sri Yahya terpaksa pulang ke Terengganu pada malam itu juga. Perjalanannya ke Terengganu pada malam itu tidak dijadualkan. Sepatutnya jadual penerbangan ialah pada pagi esoknya bersama Sdr. Anwar. Dalam perjalanannya ke Terengganu helikopter yang telah disabotajkan meletup diudara, maka Sdr. Anwar terselamat dari nahas tersebut. Para konspirator sepatutnya bertanggongjawab diatas kematian Tan Sri Yahya bersama isterinya. Walaubagaimanapun segala bukti yang menunjukkan berlaku sabotaj telah dipadamkan kerana ia melibatkan pimpinan tertinggi negara.
  4. Peristiwa Penangkapan 20 September 1998 - Pada malam penangkapan Sdr. Anwar, beratus polis Unit Tindakan Khas dihantar dengan bertopeng dan bersenjatakan Sub-machine gun dan buloh runcing untuk menangkap Sdr. Anwar. Wal hal pada masa itu rumah Sdr. Anwar terbuka luas kerana beliau sedang mengadakan sidang akhbar diruang tamu rumahnya. Polis UTK merempuh masok tanpa membuang kasut dan memecah pintu rumah Sdr. Anwar sedangkan sejadah tempat sembahyang masih berselerak lagi. Pada masa yang sama Sdr. Anwar telah memberi jaminan kepada Ketua Polis Negara dan Peguam Negara sekiranya beliau dikehendaki melaporkan diri ke balai polis mana-mana pun beliau sanggup pergi tanpa perlu ditangkap. Alhamdulillah Sdr. Anwar sempat menenangkan para penyokongnya supaya jangan bertindak balas atau melawan tindakan kurang ajar polis tersebut. Sekiranya berlaku pergaduhan pada malam itu sudah tentu akan berlakulah pertumpahan darah didalam rumah Sdr. Anwar. Dan mangsanya tidak lain tidak bukan Sdr. Anwar sendiri. Secara sulit ada beberapa polis yang menyerbu itu membuat pengakuan bahawa mereka diarahkan supaya menamatkan riwayat Sdr. Anwar tetapi melihat wajah Sdr. Anwar mereka tidak sanggup dan ada yang menangis dan tidak sanggup mengikut arahan durjana bos mereka.
  5. Peristiwa Ketua Polis Negara Membelasah Di Bukit Aman - Peristiwa yang berlaku di Bukit Aman menjadi titik hitam dalam sejarah tamaddun Bangsa Melayu. Peristiwa seorang Ketua Polis Negara yang diamanahkan menjaga keselamatan awam membelasah seorang bekas Timbalan Perdana Menteri yang disayangi rakyat dalam jagaannya amat memalukan Bangsa, Negara dan Ugama. Menurut seorang doktor pukulan yang dikenakan terhadap Sdr. Anwar memanglah pukulan yang boleh membawa maut. Setelah dipukul Sdr. Anwar tidak dibenarkan dirawat sehingga empat hari kemudian. Dalam keadaan kesakitan sebelum diberi rawatan Sdr. Anwar dipaksa menaiki bangunan empat tingkat untuk disoalsiasat dan memaksanya membuat pelbagai pengakuan tetapi sebagai seorang pahlawan beliau tidak tunduk sedikitpun kepada tekanan dan paksaan polis durjana tersebut. Empat hari berlalu dalam keadaan kesakitan barulah beliau dibenarkan dirawat oleh seorang doktor perempuan andartu bangsa India. Menurut laporan Suruhanjaya Di Raja, perjalanan yang membawanya pergi berjumpa doktor tersebut memakan masa lebih kurang 50 minit, dan beliau dibawa dengan tangan bergari, mata ditutup dan dalam keadaan bertelanjang bulat. Begitulah layanan yang diberikan oleh polis terhadap seorang pemimpin negara. Setelah rakyat sedar apa yang berlaku terhadap Sdr. Anwar, maka Mahathir menuduh Sdr. Anwar memukul dirinya sendiri, jawapan seorang pemimpin yang penuh bertanggungjawab? Orang yang memukulnya pula, Rahim Nor memberi jaminan bahawa Sdr. Anwar berada dalam keadaan "sound and safe' (Selamat dan Terjamin). Rafidah Aziz pula menyatakan Sdr. Anwar membekam matanya dengan gelas supaya rakyat bersimpati dengannya. Inilah jawapan-jawapan yang bertanggongjawab yang diberi oleh pimpinan negara.
  6. Peristiwa Keracunan Arsenik - Kegagalan percubaan meracun Sdr. Anwar didalam penjara amat mengecewakan para konspirator. Memang dalam skrip mereka tidak ada cubaan untuk memeriksa kesan-kesan keracunan terhadap Sdr. Anwar. Sdr. Anwar sepatutnya mati secara perlahan-lahan tanpa disedari oleh sesiapapun. Tetapi ALLAH menggerakkan hati Dr. Wan Azizah untuk membuat ujian air kencing yang diseludup keluar dari mahkamah. Rakyat terkejut dengan keputusan ujian yang dibuat di Melbourne, Australia. Menggelabah mereka cuba menutup perbuatan durjana mereka. Air kencing yang mula-mula diambil oleh para doktor di HUKM tidak dibenarkan dibuat ujian. Hanya setelah hampir seminggu setelah Sdr. Anwar mendapat rawatan barulah air kencingnya dibenarkan dibuat ujian. Kononya ikut procedure Polis. Selama ini procedure tersebut tidak pernah dipakai. Hanya dalam kes Sdr. Anwar sahaja maka pelbagai procedure diperkenakan. Bukankah ini cubaan untuk menutup sesuatu??? Beberapa peristiwa yang pelik juga berlaku dimakmal ujian HUKM. Ibu kunci makmal hilang, pembantu makmal yang tidak dikenali berada dikawasan makmal, para penguji dikuti rapat oleh orang yang tidak dikenali, sampel yang dihantar ke luar negara dilambatkan, keputusan berlainan diantara para penguji didapati, dan pelbagai peristiwa yang mencurigakan berlaku. Jadi pengumuman keputusan HUKM tidak mengejutkan sesiapapun. Yang terkejut hanyalah orang-orang yang sudah tahu akan keputusannya seperti Mahathir, polis, Abdullah Badawi dan sebagainya. Mereka buat terkejut supaya rakyat nampak perbuatan cubaan meracun tidak benar. Rakyat sebenarnya terkejut dengan reaksi pimpinan negara sahaja.
Kenyataan Saifuddin Nasution - Harakah

KUALA LUMPUR, 15 Julai: Populariti Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin bakal memaksa beliau menghadapi pelbagai cabaran yang lebih dahsyat, termasuk ancaman bunuh.Bagi Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, pemimpin tertentu Umno sanggup berbuat demikian memandangkan mereka sejak 12 tahun yang lalu beberapa kali sanggup memfitnah Anwar sebagai agen asing.

"Saya tidak fikir Umno akan berhenti selepas 12 tahun menyerang Anwar, saya yakin pelbagai serangan yang lebih dasyat lagi mungkin akan menjerut leher Anwar."Ada satu perkara hujung pada itu yang Umno masih tidak buat, dia belum tamatkan riwayat Anwar saja," ujar beliau petang tadi pada satu wawancara di lobi Parlimen.

Sebelum pada itu, beliau berkata, Anwar pernah difitnah sebagai agen Libya sewaktu menjadi pemimpin mahasiswa kerana usahanya meniupkan ledakan kesedaran Islam mendapat perhatian dunia, termasuk Libya.Katanya lagi, Anwar sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri pernah difitnah sebagai pengkhianat serta mengamalkan homoseksual dengan beberapa individu.

Bertitik tolak pada sangkaan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, Anwar akhirnya terpenjara enam tahun.Selepas dibebaskan, beliau berkata, Anwar difitnah lagi sebagai ejen Yahudi pula kerana beberapa peribadi tertentu yang berbangsa Yahudi berminat dengan usaha Anwar menentang rasuah dan meniupkan reformasi dalam negara.

Menuduh Anwar sebagai 'ejen Israel' baru-baru ini, tambahnya lagi sudah cukup lengkap untuk pihak tertentu membunuh Anwar sebagaimana yang pernah terjadi di beberapa negara umat Islam sedunia.Dalam pada itu, beliau mempersoal keuntungan yang Umno nikmati dengan melakukan 'pembunuhan karektor' ke atas Anwar.

"12 tahun dia dan PKR menjadi beg tinju Anwar, apakah Umno tidak belajar itu semua," soal beliau dalam nada yang kesal.Menurut beliau, 'pembunuhan karektor' yang menimpa Anwar itu kadang-kadang menguntungkan Ketua Umum PKR itu serta Pakatan Rakyat sendiri.

"Serangan yang bertali arus ini adakah memberi kesan pada Anwar, saya fikir tidak," tegas beliau sambil menyuarakan rasa yakin bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dijangka berlangsung tidak lama lagi.

Dari segi lain, dakwanya lagi, Umno seakan masih menghantui pemimpin tertentu dalam kerajaan menjelang pilihan raya umum depan."Di sebalik mereka (kerajaan) telah fitnah dia, mereka telah penjara dia, tahan dia (di bawah ISA), dan sekarang ini dituduh pula agen CIA-Yahudi, nampaknya Anwar ini masih menakutkan beberapa pemimpin Umno.

KERAJAAN JOHOR DICABAR CONTOHI SELANGOR

Malaysiakini 16 Julai 2010 : Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor mengalu-alukan pelantikan ADUN BN Sungai Burong, Shamsuddin Lias sebagai pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Selangor (PAC) Selangor.

Ketuanya, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin berkata, ia merupakan langkah berani kerajaan Pakatan Rakyat dalam usaha mewujudkan kerajaan yang sedia diperiksa perbelanjaannya daripada parti berbeza.

"Malahan perkara ini belum berlaku di peringkat pusat dan langkah ini diharap mampu menjadikan Selangor contoh terbaik dari segi ketelusan perbelanjaan kewangannya," katanya dalam satu kenyataan.

"Kita berkeyakinan usaha-usaha kerajaan Selangor mampu menjadikannya contoh negeri yang matang dan mampu mengangkat suara dan kehendak rakyat," tambahnya.

Semalam, Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor meluluskan usul untuk melantik wakil rakyat pembangkang dari BN itu sebagai pengerusi PAC.

Sementara itu, AMK Selangor juga menghargai usaha kerajaan negeri itu membentangkan Akta Kebebasan maklumat yang pertama di negara ini.

Khairul Anuar berkata, ianya satu sejarah negara kerana akta seumpama itu masih belum dibentangkan di peringkat Parlimen.

"Kesungguhan kerajaan Selangor ini wajar diikuti negeri-negeri lain dalam usaha mewujudkan kerajaan telus dan terbuka.

"Langkah besar ini menunjukkan kesungguhan dan iltizam kerajaan Selangor menghargai kebebasan rakyat mendapatkan maklumat," katanya.

AMK Selangor, katanya, yakin usaha tersebut memberikan peluang kepada rakyat membuat penilaian terhadap kerajaan negeri agar ada 'semak dan imbang' daripada rakyat.

"Justeru, Akta Kebebasan Maklumat ini diharap memberikan manfaat kepada rakyat Selangor seterusnya menjadikan negeri ini lebih baik pentadbirannya," tambahnya.

Ulasan: Langkah berani Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor membuktikan bahawa ketelusan adalah matlamat kerajaan negeri. Kesediaan dan keberanian untuk melantik ADUN BN sebagai Pengerusi pasti membuatkan BN Selangor tercabar. Bukan mainan politik namun jika mahukan perubahan pentadbiran yang lebih baik, maka keberanian dan kebijaksanaan untuk merubah sesuatu pentadbiran ke arah yang lebih baik. Akta Kebebasan Maklumat yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor juga membuktikan bahawa rakyat berhak mengetahui setiap sen perbelanjaan wang rakyat dibelanjakan.
Apakah Kerajaan Johor berani bertindak sedemikian..???? Yang pasti Menteri Besar Johor hanya berani berkongsi kegembiraan bila berzapin....

15 July 2010

MAKAN MALAM BERSAMA PRESIDEN

Program Makan Malam bersama Presiden pada 7hb Ogos 2010 bertambah bermakna apabila Ahli Parlimen Kuala Selangor, YB Dr. Zulkifli Ahmad (PAS) yang juga merupakan Pakar Ekonomi telah memberi persetujuan untuk turut hadir dalam program tersebut. YB Lim Kit Siang dijangka hadir ke Majlis tersebut dan pihak urusetia masih menunggu jawapan dari pihak DAP.
PKR Gelang Patah mengalu-alukan kehadiran rakyat diseluruh kawasan Gelang Patah dan yang berhampiran untuk sama-sama mendengar mesej yang akan disampaikan oleh pimpinan Pakatan Rakyat pada hari tersebut.
Tiket2 sudah mula diedarkan dan jika anda ingin turut serta pada majlis tersebut, hubungi wakil kami di 017-7358397 @ 019-7122729 untuk sebarang tempahan atau pertanyaan. Tempat adalah terhad...

AJK PKR GELANG PATAH DI UGUT BEKAS KOMANDO

Cabaran dan tekanan terhadap AJK PKR Cabang Gelang Patah semakin menjadi-jadi. Tidak cukup dengan pemantauan oleh pihak polis pada setiap program kami, seorang bekas komando yang dipercayai rakan kepada seorang ADUN telah memberi ingatan kepada salah seorang AJK PKR Gelang Patah agar tidak "mengganggu" ADUN tersebut yang merupakan "junior" kepada bekas komando itu. Bekas komando itu juga turut memberi ingatan agar tidak mengganggu ceramah2 Ezam.
AMK Gelang Patah memandang serius perkara ini apatah lagi diberitakan bahawa bekas komando ini merupakan sahabat baik Datuk Sallehuddin (Bekas S/usaha Agung PKR). Namun begitu ianya sedikit pun tidak mengusarkan atau melemahkan perjuangan kami untuk mencari kemenangan di Gelang Patah ini bahkan kami bertambah semangat.
Kepada ADUN tersebut, usah rasa tergugat dengan pergerakan kami di Gelang Patah jika anda melakukan tanggungjawab anda dengan telus dan baik bahkan kami sedia berkerjasama. Namun jika sebaliknya berlaku, PKR Gelang Patah berjanji akan menentang habis-habisan walaupun seribu komando dihantar ugut dan tekan kami.
"... kalau takut dengan risiko, usah bicara soal perjuangan" merupakan kata2 azimat yang menjadi pegangan kepada perjuangan kami bagi memartabatkan hak rakyat.

DATUK CHUA JUI MENG - PENGERUSI MPN JOHOR

AMK Cabang Gelang Patah menyambut baik serta mengalu-alukan perlantikan Datuk Chua Jui Meng sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Johor. Perlantikan Datuk Chua dilihat sebagai satu tindakan yang tepat serta berani dan AMK Gelang Patah yakin dengan kemampuan serta pengalaman politik yang dimiliki Datuk Chua, mampu memimpin kebangkitan PKR di negeri Johor ini.
AMK Gelang Patah percaya bahawa perlantikan Datuk Chua akan menimbulkan beberapa persepsi serta berbeza pandangan dari kalangan Ketua2 Cabang bahkan ianya akan diputar belitkan oleh media milik Umno/BN, namun hakikatnya PKR Johor memerlukan pemimpin yang benar2 berpengalaman bagi menyaingi kekuatan Umno apatah lagi PKR tidak memenangi sebarang kerusi (DUN/Parlimen) di Johor pada PRU-12. Maka cabaran cukup2 hebat dan PKR Johor memerlukan seorang pemimpin seperti Datuk Chua. Perlantikan Datuk Chua sebenarnya satu tekanan kepada Umno/BN.
AMK Gelang Patah merakamkan jutaan terima kasih kepada Tn.Hj Anuar Salleh, mantan Pengerusi MPN Johor atas sumbangan serta tanggungjawab memantapkan organisasi PKR Johor.
Semua pimpinan PKR Johor mesti positif dan fokus kepada matlamat mencapai kemenangan pada PRU-13 nanti.

14 July 2010

TEKNIK MANIK URAI DIGUNAKAN, MUNGKINKAH PRU-13 SEMAKIN DEKAT

Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yassin mempelawa PAS berkerjasama dengan Umno bagi membincangkan isu melayu dan Islam di negara ini. Suara2 sebegini pernah kita dengari ketika mana PRK Manik Urai yang telah memperlihatkan keberkesanannya sehinggakan PAS hanya menang tipis dalam pilihanraya tersebut. Apakah Muhyiddin merapu lagi atau inikah petanda awal bahawa PRU-13 semakin hampir.
Lihat sahaja beberapa serangan terhadap Pakatan Rakyat terutama kepada PKR. Suara Keadilan, Harakah dan Roket tidak diperbaharui permitnya bahkan Suara Keadilan berdepan dengan tindakan mahkamah setelah menyiarkan isu "Felda Bangkrap" walaupun isu tersebut dibangkitkan berdasarkan butiran perbahasan di Parlimen. Namun Umno tidak mengira itu semua, mereka berkuasa dan mereka boleh buat apa saja mengikut kehendak mereka. Bilamana ANAK mencabar Timbalan Menteri, Ahmad Maslan untuk berdebat berkaitan isu Felda, ianya ditolak mentah-mentah oleh Ahmad Maslan bahkan beliau mencadangkan agar debat ditukar menjadi dialog... Kita tinggalkan isu Ahmad Maslan dan ANAK
Begitu juga serangan peribadi terhadap DS Anwar Ibrahim oleh akhbar arus perdana yang menyokong kerajaan. Mula-mula disiarkan isu "ANWAR PUJUK YAHUDI", kemudian "ANWAR AGEN CIA" dan yang terkini "ANWAR BAYAR CNN". Tiga berita besar ini cukup memperlihatkan bahawa serangan mereka kini lebih tertumpu kepada PKR dan DS Anwar Ibrahim. Ketiga-tiga berita yang tidak merujuk kepada sumber yang tepat, memperlihatkan keadaan terdesak media Umno untuk memburuk-burukkan imej DS Anwar, PKR dan Pakatan Rakyat. Isu DS Anwar dikatakan memujuk Yahudi berkaitan kenyataan beliau mengutuk serangan ganas Israel terhadap Gaza. Begitu juga kenyataan DS Anwar berhubung isu APCO dan Asiasoft yang dimiliki oleh Yahudi namun telah dilantik oleh Kerajaan Malaysia bagi membangunkan sistem telekomunikasi beberapa agensi kerajaan. Kritikan dan kenyataan tegas DS Anwar berhubung isu ini telah menyebabkan beliau dilabel sebagai "Musuh No. 1 Yahudi". Bila mana Washington Post menyiarkan berita DS Anwar memohon maaf kepada Yahudi, maka ianya semakin jelas bahawa adanya konspirasi untukmemburuk-burukan DS Anwar dan ianya sebenarnya semakin menyerlahkan lagi keberkesanan APCO Worldwide dalam usaha menyerang keperibadian DS Anwar.
Berita "Anwar Agen CIA"juga dilihat sebagai berita sampah apabila fakta itu hanya berdasarkan laporan dari bloggers yang konon blognya mendapat "ranking" paling top di Amerika. Namun bilamana beberapa bloggers pro Pakatan Rakyat mempersoalkan isu tersebut sambil membandingkan laporan Raja Petra dalam blognya yang mendakwa bahawa Najib dan Rosmah adalah antara individu yang bertanggngjawab dalam kes pembunuhan Altantuya Sharibu, isu "Anwar Agen CIA" senyap.
Timbul pula isu "ANWAR BAYAR CNN" untuk menyiarkan berita2 mengenainya, namun setelah stesen berita antarabangsa tersebut mengeluarkan kenyataan rasmi yang menafikan bahawa stesen tersebut tidak menerima apa2 bayaran dari mana-mana pihak sambil menyatakan kekesalan mereka terhadap Utusan Malaysia yang menyiarkan berita tersebut, isu itu juga senyap dan dilihat sebagai serangan peribadi terhadap DS Anwar manakala Utusan Malaysia adalah akhbar yang tidak beretika bahkan beritanya juga dilihat sebagai artikel sampah apabila beberapa beritanya segaja ditulis bagi meracuni pemikiran rakyat serta menidakkan kebenaran.
Isu percantuman antara PAS dan Umno dimainkan semula oleh Umno melalui Timbalan Presidennya. Mungkin beliau sudah terlupa bahawa baru2 ini, Naib Presiden Umno iaitu Shafie Afdal menuduh PAS sebagai pengamal ajaran sesat sehinggakan menimbulkan kemarahan pimpinan PAS dan sekarang bilamana kekuatan melayu mula berkurangan dalam Umno akibat perebutan kuasa, maka isu "perpaduan" kembali dicanang bagi menutup kelemahan Umno. Jika benar soal perpaduan melayu mahu diperbincangkan secara ikhlas dan telus, ianya perlu disokong namun apakah benar ada keikhlasan dalam Umno atau inilah masa dan kesempatan Umno untuk "spin" isu ini.
Jika pelawaan ini bersahut tanpa asas yang kukuh, maka PAS atau Pakatan Rakyat bakal menerima nasib seperti Manik Urai bahkan keadaan yang lebih buruk akan berlaku. Orang Melayu tidak berpecah tetapi mereka mula sedar bahawa Umno bukanlah wadah perjuangan memartabatkan orang melayu kerana buktinya orang melayu masih ketinggalan dalam ekonomi dan pelajaran berbanding bangsa lain setelah lebih 50 Umno menjadi parti dominan orang melayu. Yang dapat dilihat hanyalah beberapa pembesar melayu dalam Umno berjaya mengaut kekayaan dan membina empayar sendiri namun rakyat masih terhimpit dengan kemiskinan walaupun rakyat mengangkat mereka sebagai pemimpin.
persoalannya, sejauh manakah persediaan Pakatan Rakyat terutama PKR Johor menghadapi PRU-13 nanti...??? Soalan bocor sudah dapat dihidu apabila Muhyiddin mahukan Umno menyelesaikan masalah dalaman dalam tempoh 5 bulan dari sekarang. Ini bermakna berkemungkinan PRU-13 akan berlaku sebelum Jun 2011 dan apakah kita cukup2 bersedia...??? Jawapannya hanya anda yang mengetahui...

06 July 2010

MAJLIS JAMUAN MAKAN MALAM BERSAMA PRESIDEN PKR


Parti Keadilan Rakyat Cabang Gelang Patah akan mengadakan satu Majlis Makan Malam Bersama Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail pada Ogos nanti. Beberapa pimpinan utama PKR akan turut hadir dalam majlis tersebut. Berikut adalah butiran ringkas mengenai majlis yang akan diadakan itu nanti :-

Tarikh : 07hb Ogos 2010 (Sabtu)

Masa : 0800 malam ~ 1130 malam

Tempat : Restoran Mei Du Ying Bin, Pusat Sukan Taman Universiti, Skudai, Johor

Penceramah Lain : (1) Ybhg. Datuk Zaid Ibrahim (2) Ybhg. Datuk Chua Jui Meng (3) YB S. Manikumar (4) Sdr. Shamsul Iskandar Mohd Akin (5) Pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Johor

Menu Makanan : 1) Masakan Melayu (Dijamin Halal) (2) Masakan Nyonya (Sayuran)

Tiket-tiket sudah mula dijual dengan harga RM50.00/tiket. Sebarang pertanyaan, tempahan atau pembelian tiket, bolehlah terus berhubung dengan Ketua Sekretariat (Sdr. Nazri - 017-7358397) Pemangku Ketua Cabang (En. Abd Manan - 019-7122729) Ketua Penerangan (Sdr. Zulkaria - 019-7221223) atau mana2 AJK PKR Cabang Gelang Patah.

Setiausaha
PKR Cabang Gelang Patah

03 July 2010

DS ANWAR MANGSA LOBI ZIONIS

Malaysiakini (02hb Julai 2010) Kunjungan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Amerika Syarikat beberapa hari lalu bukanlah untuk 'memujuk' Yahudi, sebaliknya bagi menyampaikan ucapan berhubung Islam dan demokrasi di Asia Tenggara, kata ketua penerangan PKR.

Latheefa Koya (kiri) berkata perkara itu telah dijelaskan kepada pemimpin parti itu dalam mesyuarat majlis pimpinan pusatnya di Shah Alam Ahad lalu.

"Bukan untuk pujuk Yahudi. Beliau juga pergi untuk bertemu dengan anak lelakinya yang sedang menuntut di sana," katanya ketika diminta mengulas laporan bahawa ketua umum PKR itu berkunjung ke luar negara bagi 'menjernihkan' hubungan dengan kelompok tersebut.

Utusan Malaysia melaporkan, tindakan itu ekoran Anwar dikatakan membuat kenyataan yang dilihat beliau anti-Yahudi dalam isu firma perunding APCO Worldwide baru-baru ini.

Memetik tulisan dalam Washington Post, akhbar Umno itu melaporkan Anwar meluangkan banyak masa untuk menawarkan penjelasan kepada rakan-rakan lama beliau termasuk pengerusi jawatankuasa luar negeri, Howard Berman dan beberapa pemimpin Yahudi.

Malah, Anwar dalam tulisan itu juga dikatakan menyesal menggunakan istilah seperti "pencerobohan Zionis," yang biasanya digunakan oleh Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Latheefa berkata, Anwar telah menjelaskan kepada pemimpin PKR bahawa dalam pertemuannya dengan pemimpin negara kuasa besar itu, beliau mengambil peluang menjelaskan perbezaan istilah "Yahudi" dan "Zionisme" seperti yang digunakan dalam konteks Malaysia.

Ini kerana, kata Latheefa, sikap anti-Yahudi adalah satu bentuk rasis kerana Yahudi itu mewakili bangsa sesuatu kaum.

'Mereka American'

"Anwar jelaskan bahawa beliau bukan anti-Yahudi tetapi anti Zionis," katanya yang menyifatkan pemimpin nombor satu Pakatan itu menjadi mangsa lobi Zionis di Amerika Syarikat yang terlalu luas.

"Beliau tak pernah minta maaf kerana mengkritik Zionis."

Latheefa juga menjelaskan pertemuan Anwar dengan pemimpin-pemimpin tertentu di luar negara hanyalah atas dasar "pertemuan pemimpin Malaysia dan Amerika".

"Mungkin kebetulan mereka Yahudi. Tetapi ini bukan isu, mereka American (orang Amerika)," katanya lagi.

Sementara itu, Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Md Akin (kanan) pula menyifatkan laporan Utusan Malaysia hari ini berniat jahat dan bagi menggambarkan Anwar pro-Yahudi.

"Mereka tidak faham seluruh artikel (dalam Washington Post) dan tidak membacanya dengan penuh teliti," katanya.

Katanya, jika dinilai berdasarkan tindakan Anwar mengkritik keganasan Israel dalam insiden berdarah flotila Mavi Marmara, jelas bahawa Anwar konsisten menentang keganasan Zionisme.

Ditanya tentang laporan bahawa Anwar dikatakan menyesal menggunakan istilah "pencerobohan Zionis", Shamsul yang juga ketua majlis pimpinan PKR Melaka menjelaskan:

"Saya tidak rasa artikel dalam Washington Post itu ada menggunakan perkataan kesal."

01 July 2010

ISU FELDA BANKRUP : JUMPA DIMAHKAMAH

Naib Presiden PKR, Sivarasa Rasiah berkata parti itu tidak akan melayan tuntutan RM200 juta berkenaan dan tidak akan memohon maaf kepada Felda sebaliknya bersedia ke mahkamah bagi mengemukakan segala bukti terhadap pendedahan yang dilakukan itu.
Beliau juga mengalu-alukan kes tersebut dibicarakan dimahkamah agar segala pendedahan dan pembongkaran mengenai isu penipuan Felda terhadap peneroka2 dapat diketahui oleh seluruh rakyat Malaysia.
Semalam Datuk Zaid Ibrahim juga mengalu-alukan agar Ahmad Maslan membawa kes ini ke mahkamah dan barisan peguam PKR bersedia untuk "membogelkan" pengurusan Felda yang menipu peneroka2. Ini terbukti apabila peneroka Felda Kemahang 3, Tanah Merah, Kelantan, menang dalam tuntutan mereka apabila Mahkamah Tinggi memerintahkan Felda dan Felda Palm Industries Sdn Bhd membayar ganti rugi RM7.8 juta kepada peneroka terlibat kerana menipu urus niaga penjualan hasil kelapa sawit.
Pengerusi Persatuan Anak2 Felda kebangsaan (ANAK), Sdr.Mazlan Aliman telah mencabar Ahmad Maslan untuk berdebat berhubung kemerosotan rizab Felda. Mazlan juga menyifatkan tindakan menyaman Suara Keadilan hanyalah untuk melindungi sesuatu yang cuba disembunyikan. Beliau mencabar Ahmad Maslan yang juga Ahli Parlimen Pontian mengemukakan segala bukti bagi menafikan bahawa Felda mengalami kemerosotan rizab paling kritikal semenjak ianya ditubuhkan.
Semalam,kira2 200 orang yang menggelar diri mereka Generasi Ke-2 Peneroka Felda membuat demontrasi di depan Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat sambil membakar akhbar Suara Keadilan tanda protes. Mereka datang dengan menaiki 6 bas yang dipercayai ditaja oleh pihak tertentu bagi membuktikan kononnya kemarahan Generasi ke-2 Felda terhadap laporan akhbar Suara Keadilan itu.

ADUN BATU CAVES DIMINTA BER KETERANGAN KEPADA SPRM

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Johor yang juga ADUN Batu Caves, YB Amiruddin Saari dan ADUN Sri Muda, YB Shuhaimi Sahfie telah diarahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk hadir bagi memberi keterangan membantu siasatan dibawah kesalahan 17(A) Akta SPRM.
Kedua-dua ADUN itu akan hadir bersama peguam masing-masing ke Pejabat SPRM di Putrajaya pada jam 3 petang ini (1 Julai) untuk memberi kerjasama yang sewajarnya kepada pihak SPRM.
Kami juga tidak menyangkal kemungkinan SPRM dipergunakan untuk menjayakan agenda UMNO-Barisan Nasional merampas kuasa pentadbiran Selangor, sepertimana berlaku dalam insiden rampasan kuasa Kerajaan Negeri Perak pada tahun 2009. Ini kerana beberapa laporan rasuah dan penyalahgunaan kuasa beberapa pemimpin Umno/BN Selangor masih belum diambil tindakan namun SPRM begitu pantas bertindak jika melibatkan pimpinan Pakatan Rakyat.

Kepada YB Amir, usah gentar untuk berdepan dengan tekanan dari SPRM dan kami percaya anda dipihak yang benar... "Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah..."