DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

14 July 2010

TEKNIK MANIK URAI DIGUNAKAN, MUNGKINKAH PRU-13 SEMAKIN DEKAT

Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yassin mempelawa PAS berkerjasama dengan Umno bagi membincangkan isu melayu dan Islam di negara ini. Suara2 sebegini pernah kita dengari ketika mana PRK Manik Urai yang telah memperlihatkan keberkesanannya sehinggakan PAS hanya menang tipis dalam pilihanraya tersebut. Apakah Muhyiddin merapu lagi atau inikah petanda awal bahawa PRU-13 semakin hampir.
Lihat sahaja beberapa serangan terhadap Pakatan Rakyat terutama kepada PKR. Suara Keadilan, Harakah dan Roket tidak diperbaharui permitnya bahkan Suara Keadilan berdepan dengan tindakan mahkamah setelah menyiarkan isu "Felda Bangkrap" walaupun isu tersebut dibangkitkan berdasarkan butiran perbahasan di Parlimen. Namun Umno tidak mengira itu semua, mereka berkuasa dan mereka boleh buat apa saja mengikut kehendak mereka. Bilamana ANAK mencabar Timbalan Menteri, Ahmad Maslan untuk berdebat berkaitan isu Felda, ianya ditolak mentah-mentah oleh Ahmad Maslan bahkan beliau mencadangkan agar debat ditukar menjadi dialog... Kita tinggalkan isu Ahmad Maslan dan ANAK
Begitu juga serangan peribadi terhadap DS Anwar Ibrahim oleh akhbar arus perdana yang menyokong kerajaan. Mula-mula disiarkan isu "ANWAR PUJUK YAHUDI", kemudian "ANWAR AGEN CIA" dan yang terkini "ANWAR BAYAR CNN". Tiga berita besar ini cukup memperlihatkan bahawa serangan mereka kini lebih tertumpu kepada PKR dan DS Anwar Ibrahim. Ketiga-tiga berita yang tidak merujuk kepada sumber yang tepat, memperlihatkan keadaan terdesak media Umno untuk memburuk-burukkan imej DS Anwar, PKR dan Pakatan Rakyat. Isu DS Anwar dikatakan memujuk Yahudi berkaitan kenyataan beliau mengutuk serangan ganas Israel terhadap Gaza. Begitu juga kenyataan DS Anwar berhubung isu APCO dan Asiasoft yang dimiliki oleh Yahudi namun telah dilantik oleh Kerajaan Malaysia bagi membangunkan sistem telekomunikasi beberapa agensi kerajaan. Kritikan dan kenyataan tegas DS Anwar berhubung isu ini telah menyebabkan beliau dilabel sebagai "Musuh No. 1 Yahudi". Bila mana Washington Post menyiarkan berita DS Anwar memohon maaf kepada Yahudi, maka ianya semakin jelas bahawa adanya konspirasi untukmemburuk-burukan DS Anwar dan ianya sebenarnya semakin menyerlahkan lagi keberkesanan APCO Worldwide dalam usaha menyerang keperibadian DS Anwar.
Berita "Anwar Agen CIA"juga dilihat sebagai berita sampah apabila fakta itu hanya berdasarkan laporan dari bloggers yang konon blognya mendapat "ranking" paling top di Amerika. Namun bilamana beberapa bloggers pro Pakatan Rakyat mempersoalkan isu tersebut sambil membandingkan laporan Raja Petra dalam blognya yang mendakwa bahawa Najib dan Rosmah adalah antara individu yang bertanggngjawab dalam kes pembunuhan Altantuya Sharibu, isu "Anwar Agen CIA" senyap.
Timbul pula isu "ANWAR BAYAR CNN" untuk menyiarkan berita2 mengenainya, namun setelah stesen berita antarabangsa tersebut mengeluarkan kenyataan rasmi yang menafikan bahawa stesen tersebut tidak menerima apa2 bayaran dari mana-mana pihak sambil menyatakan kekesalan mereka terhadap Utusan Malaysia yang menyiarkan berita tersebut, isu itu juga senyap dan dilihat sebagai serangan peribadi terhadap DS Anwar manakala Utusan Malaysia adalah akhbar yang tidak beretika bahkan beritanya juga dilihat sebagai artikel sampah apabila beberapa beritanya segaja ditulis bagi meracuni pemikiran rakyat serta menidakkan kebenaran.
Isu percantuman antara PAS dan Umno dimainkan semula oleh Umno melalui Timbalan Presidennya. Mungkin beliau sudah terlupa bahawa baru2 ini, Naib Presiden Umno iaitu Shafie Afdal menuduh PAS sebagai pengamal ajaran sesat sehinggakan menimbulkan kemarahan pimpinan PAS dan sekarang bilamana kekuatan melayu mula berkurangan dalam Umno akibat perebutan kuasa, maka isu "perpaduan" kembali dicanang bagi menutup kelemahan Umno. Jika benar soal perpaduan melayu mahu diperbincangkan secara ikhlas dan telus, ianya perlu disokong namun apakah benar ada keikhlasan dalam Umno atau inilah masa dan kesempatan Umno untuk "spin" isu ini.
Jika pelawaan ini bersahut tanpa asas yang kukuh, maka PAS atau Pakatan Rakyat bakal menerima nasib seperti Manik Urai bahkan keadaan yang lebih buruk akan berlaku. Orang Melayu tidak berpecah tetapi mereka mula sedar bahawa Umno bukanlah wadah perjuangan memartabatkan orang melayu kerana buktinya orang melayu masih ketinggalan dalam ekonomi dan pelajaran berbanding bangsa lain setelah lebih 50 Umno menjadi parti dominan orang melayu. Yang dapat dilihat hanyalah beberapa pembesar melayu dalam Umno berjaya mengaut kekayaan dan membina empayar sendiri namun rakyat masih terhimpit dengan kemiskinan walaupun rakyat mengangkat mereka sebagai pemimpin.
persoalannya, sejauh manakah persediaan Pakatan Rakyat terutama PKR Johor menghadapi PRU-13 nanti...??? Soalan bocor sudah dapat dihidu apabila Muhyiddin mahukan Umno menyelesaikan masalah dalaman dalam tempoh 5 bulan dari sekarang. Ini bermakna berkemungkinan PRU-13 akan berlaku sebelum Jun 2011 dan apakah kita cukup2 bersedia...??? Jawapannya hanya anda yang mengetahui...

No comments: