DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

17 July 2010

KERAJAAN JOHOR DICABAR CONTOHI SELANGOR

Malaysiakini 16 Julai 2010 : Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor mengalu-alukan pelantikan ADUN BN Sungai Burong, Shamsuddin Lias sebagai pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Selangor (PAC) Selangor.

Ketuanya, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin berkata, ia merupakan langkah berani kerajaan Pakatan Rakyat dalam usaha mewujudkan kerajaan yang sedia diperiksa perbelanjaannya daripada parti berbeza.

"Malahan perkara ini belum berlaku di peringkat pusat dan langkah ini diharap mampu menjadikan Selangor contoh terbaik dari segi ketelusan perbelanjaan kewangannya," katanya dalam satu kenyataan.

"Kita berkeyakinan usaha-usaha kerajaan Selangor mampu menjadikannya contoh negeri yang matang dan mampu mengangkat suara dan kehendak rakyat," tambahnya.

Semalam, Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor meluluskan usul untuk melantik wakil rakyat pembangkang dari BN itu sebagai pengerusi PAC.

Sementara itu, AMK Selangor juga menghargai usaha kerajaan negeri itu membentangkan Akta Kebebasan maklumat yang pertama di negara ini.

Khairul Anuar berkata, ianya satu sejarah negara kerana akta seumpama itu masih belum dibentangkan di peringkat Parlimen.

"Kesungguhan kerajaan Selangor ini wajar diikuti negeri-negeri lain dalam usaha mewujudkan kerajaan telus dan terbuka.

"Langkah besar ini menunjukkan kesungguhan dan iltizam kerajaan Selangor menghargai kebebasan rakyat mendapatkan maklumat," katanya.

AMK Selangor, katanya, yakin usaha tersebut memberikan peluang kepada rakyat membuat penilaian terhadap kerajaan negeri agar ada 'semak dan imbang' daripada rakyat.

"Justeru, Akta Kebebasan Maklumat ini diharap memberikan manfaat kepada rakyat Selangor seterusnya menjadikan negeri ini lebih baik pentadbirannya," tambahnya.

Ulasan: Langkah berani Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor membuktikan bahawa ketelusan adalah matlamat kerajaan negeri. Kesediaan dan keberanian untuk melantik ADUN BN sebagai Pengerusi pasti membuatkan BN Selangor tercabar. Bukan mainan politik namun jika mahukan perubahan pentadbiran yang lebih baik, maka keberanian dan kebijaksanaan untuk merubah sesuatu pentadbiran ke arah yang lebih baik. Akta Kebebasan Maklumat yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor juga membuktikan bahawa rakyat berhak mengetahui setiap sen perbelanjaan wang rakyat dibelanjakan.
Apakah Kerajaan Johor berani bertindak sedemikian..???? Yang pasti Menteri Besar Johor hanya berani berkongsi kegembiraan bila berzapin....

No comments: