Naib Presiden PKR, Sivarasa Rasiah berkata parti itu tidak akan melayan tuntutan RM200 juta berkenaan dan tidak akan memohon maaf kepada Felda sebaliknya bersedia ke mahkamah bagi mengemukakan segala bukti terhadap pendedahan yang dilakukan itu.
Beliau juga mengalu-alukan kes tersebut dibicarakan dimahkamah agar segala pendedahan dan pembongkaran mengenai isu penipuan Felda terhadap peneroka2 dapat diketahui oleh seluruh rakyat Malaysia.
Semalam Datuk Zaid Ibrahim juga mengalu-alukan agar Ahmad Maslan membawa kes ini ke mahkamah dan barisan peguam PKR bersedia untuk "membogelkan" pengurusan Felda yang menipu peneroka2. Ini terbukti apabila peneroka Felda Kemahang 3, Tanah Merah, Kelantan, menang dalam tuntutan mereka apabila Mahkamah Tinggi memerintahkan Felda dan Felda Palm Industries Sdn Bhd membayar ganti rugi RM7.8 juta kepada peneroka terlibat kerana menipu urus niaga penjualan hasil kelapa sawit.
Pengerusi Persatuan Anak2 Felda kebangsaan (ANAK), Sdr.Mazlan Aliman telah mencabar Ahmad Maslan untuk berdebat berhubung kemerosotan rizab Felda. Mazlan juga menyifatkan tindakan menyaman Suara Keadilan hanyalah untuk melindungi sesuatu yang cuba disembunyikan. Beliau mencabar Ahmad Maslan yang juga Ahli Parlimen Pontian mengemukakan segala bukti bagi menafikan bahawa Felda mengalami kemerosotan rizab paling kritikal semenjak ianya ditubuhkan.
Semalam,kira2 200 orang yang menggelar diri mereka Generasi Ke-2 Peneroka Felda membuat demontrasi di depan Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat sambil membakar akhbar Suara Keadilan tanda protes. Mereka datang dengan menaiki 6 bas yang dipercayai ditaja oleh pihak tertentu bagi membuktikan kononnya kemarahan Generasi ke-2 Felda terhadap laporan akhbar Suara Keadilan itu.
No comments:
Post a Comment