DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

17 July 2010

BERSEDIA WAHAI ANAK MUDA UNTUK CABARAN LAGI HEBAT

Kembalinya DS Anwar Ibrahim ke arena politik selepas beliau keluar dari penjara telah memberikan satu dimensi baru dalam arah tuju politik pembangkang. Beliau berani dan optimis. Atas keberanian beliau yang tidak mengira apa juga rintangan, maka kita telah lihat bagaimana DS Anwar Ibrahim menjadi sasaran utama pemimpin2 bacul Umno yang khuatir dan takut rahsia besar mereka terbongkar sebelum sempat mereka memunggah harta rakyat. Jika DS Anwar ingin bersara dari politik selepas beliau keluar dari penjara beberapa tahun yang lalu, beliau boleh memilih jalan tersebut namun sifat dan semangat juangnya ingin memperbetulkan dan menyelamatkan Malaysia dari terus ditadbir oleh penyamun2 yang bertopengkan politik maka hari ini kita melihat pelbagai tuduhan dan serangan ke atas peribadi beliau termasuk dari rakan2 yang dulu beliau percayai. Beliau bukan ma'sum. Beliau hanyalah insan biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan. Pilihan beliau untuk bersama Umno selepas keluar dari ABIM walaupun mendapat tentangan dari rakan2 beliau termasuk Allahyarham Utz. Fadzil Noor, merupakan langkah yang kurang tepat dan akhirnya beliau disingkirkan dek kerana perselisihan dengan Mahathir Mohammad yang pada ketika itu menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Kini beliau berdepan kemungkinan dipenjarakan bagi menamatkan kerier politik beliau. Angin2 sepoi bahasa sudah mula bertiup mengatakan bahawa DS Anwar Ibrahim akan dipenjarakan sebelum PRU-13. Apakah perkhabaran ini benar??? Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa DS Anwar mungkin akan dibunuh setelah semua perancangan untuk memusnahkan DS Anwar dengan pelbagai tindakan sejak dari dulu hingga kini menemui kegagalan. Imejnya yang cuba dirosakkan tidak menjadi sebaliknya beliau mendapat sokongan dari rakyat bawahan.
Berikut adalah rentetan peristiwa/kemalangan yang hampir2 menamatkan riwayat DS Anwar Ibrahim :-

  1. Helikopter Angkatan Tentera Terhempas- Sebuah helikopter PUMA Angkatan Tentera telah ditugaskan untuk membawa Sdr. Anwar dari Perlis ke Kepala Batas. Tetapi dalam perjalanannya ke Perlis untuk mengambil Sdr. Anwar helikopter tersebut terhempas dekat Sungai Petani dan dua Anggota Angkatan Tentera terbunuh. Walaupun dinasihatkan supaya Sdr. Anwar menaiki kereta untuk pulang tetapi sebagai seorang pemimpin berwibawa beliau terus menaiki helikopter pengiring dan sempat melawat tempat kejadian helikopter terhempas. Inilah seorang Pemimpin Agong yang perlu disanjung bukan sahaja oleh Angkatan Tentera tetapi juga rakyat jelata. Beliau menunjukkan sifat keperwiraan beliau walaupun membahayakan nyawanya sendiri. Dengan ini maruah Angkatan Tentera terbela walaupun pada ketika itu rombongan Sdr. Anwar ketar lutut dan kecut perut takut apa-apa akan berlaku terhadapnya semasa menaiki helikopter pengiring yang dibawa oleh Angkatan Tentera. Sesampai di Kepala Batas, Presiden Habibie menalipon beliau dan menyatakan bahawa tidak mungkin helikopter tersebut terhempas sedemikian rupa melainkan disabotaj.
  2. Brek Kereta Rosak Dan Hampir Jatuh Gaung-Mesyuarat kabinet pertama yang diadakan diluar Kuala Lumpur ialah di pusat peranginan Gunung Rawa?..... di Pulau Langkawi pada pertengahan 1996. Perjalanan ketempat tersebut melalui jalan yang berliku-liku dan bergaung. Sampai di satu selekoh yang cukup bahaya drebar Sdr. Anwar tersedar bahawa kereta yang dibawanya tidak mempunyai brek. Kereta pun terbabas, berpusing beberapa kali dan hampir masuk kedalam gaung. Walaubagaimanapun ALLAH menyelamatkan Sdr. Anwar dari kejadian yang tidak diingini. Kereta disediakan oleh kerajaan Kedah. Mahathir pada waktu itu menaiki helikopter dan melihat apa akan terjadi kepada Sdr. Anwar. Cemas juga rasanya apabila melihat Sdr. Anwar terselamat dari nahas kemalangan.tersebut, takut-takut komplotnya terbongkar!!!
  3. Nahas Helikopter Tan Sri Yahya.-Peristiwa terhempas helikopter Tan Sri Yahya bersama isterinya berlaku dengan penuh misteri. Sdr. Anwar sepatutnya menaiki helikopter tersebut bersama Tan Sri Yahya pada pagi keesokannya. ALLAH telah menyelamatkan nyawa Sdr. Anwar dengan berlakunya sesuatu peristiwa kritikal terhadap ibu Tan Sri Yahya yang menyebabkan Tan Sri Yahya terpaksa pulang ke Terengganu pada malam itu juga. Perjalanannya ke Terengganu pada malam itu tidak dijadualkan. Sepatutnya jadual penerbangan ialah pada pagi esoknya bersama Sdr. Anwar. Dalam perjalanannya ke Terengganu helikopter yang telah disabotajkan meletup diudara, maka Sdr. Anwar terselamat dari nahas tersebut. Para konspirator sepatutnya bertanggongjawab diatas kematian Tan Sri Yahya bersama isterinya. Walaubagaimanapun segala bukti yang menunjukkan berlaku sabotaj telah dipadamkan kerana ia melibatkan pimpinan tertinggi negara.
  4. Peristiwa Penangkapan 20 September 1998 - Pada malam penangkapan Sdr. Anwar, beratus polis Unit Tindakan Khas dihantar dengan bertopeng dan bersenjatakan Sub-machine gun dan buloh runcing untuk menangkap Sdr. Anwar. Wal hal pada masa itu rumah Sdr. Anwar terbuka luas kerana beliau sedang mengadakan sidang akhbar diruang tamu rumahnya. Polis UTK merempuh masok tanpa membuang kasut dan memecah pintu rumah Sdr. Anwar sedangkan sejadah tempat sembahyang masih berselerak lagi. Pada masa yang sama Sdr. Anwar telah memberi jaminan kepada Ketua Polis Negara dan Peguam Negara sekiranya beliau dikehendaki melaporkan diri ke balai polis mana-mana pun beliau sanggup pergi tanpa perlu ditangkap. Alhamdulillah Sdr. Anwar sempat menenangkan para penyokongnya supaya jangan bertindak balas atau melawan tindakan kurang ajar polis tersebut. Sekiranya berlaku pergaduhan pada malam itu sudah tentu akan berlakulah pertumpahan darah didalam rumah Sdr. Anwar. Dan mangsanya tidak lain tidak bukan Sdr. Anwar sendiri. Secara sulit ada beberapa polis yang menyerbu itu membuat pengakuan bahawa mereka diarahkan supaya menamatkan riwayat Sdr. Anwar tetapi melihat wajah Sdr. Anwar mereka tidak sanggup dan ada yang menangis dan tidak sanggup mengikut arahan durjana bos mereka.
  5. Peristiwa Ketua Polis Negara Membelasah Di Bukit Aman - Peristiwa yang berlaku di Bukit Aman menjadi titik hitam dalam sejarah tamaddun Bangsa Melayu. Peristiwa seorang Ketua Polis Negara yang diamanahkan menjaga keselamatan awam membelasah seorang bekas Timbalan Perdana Menteri yang disayangi rakyat dalam jagaannya amat memalukan Bangsa, Negara dan Ugama. Menurut seorang doktor pukulan yang dikenakan terhadap Sdr. Anwar memanglah pukulan yang boleh membawa maut. Setelah dipukul Sdr. Anwar tidak dibenarkan dirawat sehingga empat hari kemudian. Dalam keadaan kesakitan sebelum diberi rawatan Sdr. Anwar dipaksa menaiki bangunan empat tingkat untuk disoalsiasat dan memaksanya membuat pelbagai pengakuan tetapi sebagai seorang pahlawan beliau tidak tunduk sedikitpun kepada tekanan dan paksaan polis durjana tersebut. Empat hari berlalu dalam keadaan kesakitan barulah beliau dibenarkan dirawat oleh seorang doktor perempuan andartu bangsa India. Menurut laporan Suruhanjaya Di Raja, perjalanan yang membawanya pergi berjumpa doktor tersebut memakan masa lebih kurang 50 minit, dan beliau dibawa dengan tangan bergari, mata ditutup dan dalam keadaan bertelanjang bulat. Begitulah layanan yang diberikan oleh polis terhadap seorang pemimpin negara. Setelah rakyat sedar apa yang berlaku terhadap Sdr. Anwar, maka Mahathir menuduh Sdr. Anwar memukul dirinya sendiri, jawapan seorang pemimpin yang penuh bertanggungjawab? Orang yang memukulnya pula, Rahim Nor memberi jaminan bahawa Sdr. Anwar berada dalam keadaan "sound and safe' (Selamat dan Terjamin). Rafidah Aziz pula menyatakan Sdr. Anwar membekam matanya dengan gelas supaya rakyat bersimpati dengannya. Inilah jawapan-jawapan yang bertanggongjawab yang diberi oleh pimpinan negara.
  6. Peristiwa Keracunan Arsenik - Kegagalan percubaan meracun Sdr. Anwar didalam penjara amat mengecewakan para konspirator. Memang dalam skrip mereka tidak ada cubaan untuk memeriksa kesan-kesan keracunan terhadap Sdr. Anwar. Sdr. Anwar sepatutnya mati secara perlahan-lahan tanpa disedari oleh sesiapapun. Tetapi ALLAH menggerakkan hati Dr. Wan Azizah untuk membuat ujian air kencing yang diseludup keluar dari mahkamah. Rakyat terkejut dengan keputusan ujian yang dibuat di Melbourne, Australia. Menggelabah mereka cuba menutup perbuatan durjana mereka. Air kencing yang mula-mula diambil oleh para doktor di HUKM tidak dibenarkan dibuat ujian. Hanya setelah hampir seminggu setelah Sdr. Anwar mendapat rawatan barulah air kencingnya dibenarkan dibuat ujian. Kononya ikut procedure Polis. Selama ini procedure tersebut tidak pernah dipakai. Hanya dalam kes Sdr. Anwar sahaja maka pelbagai procedure diperkenakan. Bukankah ini cubaan untuk menutup sesuatu??? Beberapa peristiwa yang pelik juga berlaku dimakmal ujian HUKM. Ibu kunci makmal hilang, pembantu makmal yang tidak dikenali berada dikawasan makmal, para penguji dikuti rapat oleh orang yang tidak dikenali, sampel yang dihantar ke luar negara dilambatkan, keputusan berlainan diantara para penguji didapati, dan pelbagai peristiwa yang mencurigakan berlaku. Jadi pengumuman keputusan HUKM tidak mengejutkan sesiapapun. Yang terkejut hanyalah orang-orang yang sudah tahu akan keputusannya seperti Mahathir, polis, Abdullah Badawi dan sebagainya. Mereka buat terkejut supaya rakyat nampak perbuatan cubaan meracun tidak benar. Rakyat sebenarnya terkejut dengan reaksi pimpinan negara sahaja.
Kenyataan Saifuddin Nasution - Harakah

KUALA LUMPUR, 15 Julai: Populariti Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin bakal memaksa beliau menghadapi pelbagai cabaran yang lebih dahsyat, termasuk ancaman bunuh.Bagi Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, pemimpin tertentu Umno sanggup berbuat demikian memandangkan mereka sejak 12 tahun yang lalu beberapa kali sanggup memfitnah Anwar sebagai agen asing.

"Saya tidak fikir Umno akan berhenti selepas 12 tahun menyerang Anwar, saya yakin pelbagai serangan yang lebih dasyat lagi mungkin akan menjerut leher Anwar."Ada satu perkara hujung pada itu yang Umno masih tidak buat, dia belum tamatkan riwayat Anwar saja," ujar beliau petang tadi pada satu wawancara di lobi Parlimen.

Sebelum pada itu, beliau berkata, Anwar pernah difitnah sebagai agen Libya sewaktu menjadi pemimpin mahasiswa kerana usahanya meniupkan ledakan kesedaran Islam mendapat perhatian dunia, termasuk Libya.Katanya lagi, Anwar sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri pernah difitnah sebagai pengkhianat serta mengamalkan homoseksual dengan beberapa individu.

Bertitik tolak pada sangkaan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, Anwar akhirnya terpenjara enam tahun.Selepas dibebaskan, beliau berkata, Anwar difitnah lagi sebagai ejen Yahudi pula kerana beberapa peribadi tertentu yang berbangsa Yahudi berminat dengan usaha Anwar menentang rasuah dan meniupkan reformasi dalam negara.

Menuduh Anwar sebagai 'ejen Israel' baru-baru ini, tambahnya lagi sudah cukup lengkap untuk pihak tertentu membunuh Anwar sebagaimana yang pernah terjadi di beberapa negara umat Islam sedunia.Dalam pada itu, beliau mempersoal keuntungan yang Umno nikmati dengan melakukan 'pembunuhan karektor' ke atas Anwar.

"12 tahun dia dan PKR menjadi beg tinju Anwar, apakah Umno tidak belajar itu semua," soal beliau dalam nada yang kesal.Menurut beliau, 'pembunuhan karektor' yang menimpa Anwar itu kadang-kadang menguntungkan Ketua Umum PKR itu serta Pakatan Rakyat sendiri.

"Serangan yang bertali arus ini adakah memberi kesan pada Anwar, saya fikir tidak," tegas beliau sambil menyuarakan rasa yakin bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dijangka berlangsung tidak lama lagi.

Dari segi lain, dakwanya lagi, Umno seakan masih menghantui pemimpin tertentu dalam kerajaan menjelang pilihan raya umum depan."Di sebalik mereka (kerajaan) telah fitnah dia, mereka telah penjara dia, tahan dia (di bawah ISA), dan sekarang ini dituduh pula agen CIA-Yahudi, nampaknya Anwar ini masih menakutkan beberapa pemimpin Umno.

No comments: