DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

30 September 2009

PRK BAGAN PINANG - AHMAD MASLAN SI YB PONTIAN

Ahli Parlimen Pontian, Yang Berhormat Ahmad Maslan semalam ditanya mengenai pencalonan Tan Sri Isa Samad sebagai calon BN pada PRK Bagan Pinang. Antara kenyataan beliau adalah "Tan Sri Isa umpama sehelai pakaian yang kotor sedikit dan kemudiannya dicuci, dan kini beliau bersih dan adalah tidak adil untuk terus menghukum beliau...." demikianlah kenyataan dari Ketua Penerangan Umno. Ahmad Maslan mahu memperbodohkan rakyat terutamanya penduduk Bagan Pinang dengan kenyataan dangkalnya.

Jika rakyat biasa memberi atau menerima sogokkan, pastinya mereka akan dipenjarakan, dibuang kerja dan pelbagai lagi hukuman yang dikenakan namun pemimpin Umno yang korup, dengan secara terang2an menggunakan kekuatan "wang" untuk terus berpengaruh, hanya dihukum dengan menggantung keahliannya. Itu sahajakah hukuman untuk pemimpin yang korup semacam ini...??? Itu sahajakah...??? Jika rakyat biasa menerima atau memberi sogokan, pasti hukuman berat menanti tapi pemimpin "bangsat" ini masih bebas melakukan aktiviti seperti biasa kerana hanya keahlian Umnonya digantung untuk tempoh tertentu. Apakah ini cukup untuk menginsafkan mereka... Berat sangatkan hukuman yang diberikan oleh Umno kepada ahlinya yang korup... Aduh..!!!! Rakyat diperbodohkan lagi oleh Umno "lakhnat" ini. Setakat gantung keahlian...... Boleh anda bayangkan dan bezakan hukuman dengan rakyat biasa yang melakukan perkara yang hampir sama.... Walaupun dalam Umno ianya dipanggil "politik wang" namun "Rasuah tetap Rasuah"... Jika beginilah hukuman kepada pesalah2 "politik wang" dalam Umno, percayalah bahawa Umno adalah sebuah institusi yang bakal melahirkan perasuah2 tegar....

Rakyat Bagan Pinang mesti menolak pemimpin yang korup dan juga perasuah... Biar Ahmad Maslan dan Muhyiddin Yassin sahaja yang menerima pemimpin "lakhnat" ini...

PRK DUN BAGAN PINANG - CALON PR (PAS)

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah mengumumkan bahawa calon PAS pada PRK DUN Pulau Pinang adalah Tuan Hj. Zulkefly Mohamed Omar iaitu Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan. Anak watan Negeri Sembilan ini yakin dapat meneruskan dominasi kemenangan kepada Pakatan Rakyat yang sebelum ini telah memenangi 8 dari 9 pilihanraya kecil.

Pakatan Rakyat berdepan tugas yang berat untuk memenangi kerusi DUN tersebut apabila Umno/BN telah memilih Tan Sri Isa Samad (Ketua Bahagian Teluk Kemang) sebagai calonnya pada PRK tersebut. Isa Samad yang sememangnya telah dikenali oleh penduduk tempatan apatahlagi beliau adalah bekas Menteri Besar merupakan cabaran getir yang harus dihadapi oleh Pakatan Rakyat. Diberitakan lebih 10 ribu orang hadir semasa pengumuman calon BN yang mana pengumuman tersebut diadakan serentak dengan majlis rumah terbuka sempena hari raya aidilfitri.

Kesepaduan serta kesepakatan PAS-PKR-DAP perlu digembeling sebaik mungkin jika mahu menafikan kemenangan Umno/BN di DUN tersebut.

Kepada petugas2 Pakatan Rakyat tidak kira PAS-PKR-DAP perlu lebih agresif dan berkongsi idea mencari alternatif yang terbaik bagi memenangi hati pengundi DUN Bagan Pinang.

29 September 2009

PRK BAGAN PINANG : ISA SAMAD - CALON BN

Umno/BN Negri Sembilan telah menamakan Tan Sri Isa Samad sebagi calon BN pada Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang. Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno/BN Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tan Sri Isa Samad pernah digantung keahliannya setelah didapati bersalah oleh LEMBAGA DISIPLIN UMNO kerana terlibat dalam politik wang semasa pemilihan Naib Presiden Umno ketika Tun Abdullah menjadi Presiden Umno ketika itu. Namun sekarang, Isa Samad diangkat kembali walaupun beliau secara terang2an bersalah menggunakan kekuatan wang untuk membeli pengaruhnya walaupun BPR tindak berani bertindak mendakwa Isa Samad.

Demikianlah Umno yang masih mengiktiraf pemimpin korup untuk terus menerajui kepimpinanya. Apakah Umno ketandusan pemimpin sehinggakan tiada yang layak untuk menjadi calon di Bagan Pinang selain Isa Samad atau Isa Samad akan menggunakan kekuatan wang sekali lagi untuk memenangi PRK DUN Bagan Pinang ini.

Sesungguhnya Umno - Rasuah tidak dapat dipisahkan lagi. Umpama Lagu dan Irama. Umpama Isi dan Kuku...

28 September 2009

KEDIAMAN ANGGOTA POLIS YANG BERTUGAS DI BAGAN PINANG



Khemah yang agak selesa untuk kediaman anggota polis yang bertugas di Bagan Pinang. Yang pastinya ratusan ribu wang rakyat dibelanjakan namun yang menjadi persoalan siapakah pembekal bertuah yang mendapat projek ini dan apakah ianya diuruskan melalui proses2 yang telus ????



Jangan terkeliru dengan tarikh digambar tersebut. Jurugambar lupa nak "setkan" tarikh.....

KEBANGSATAN MANUSIA BERNAMA "IBRAHIM ALI"

Datuk Paduka Ibrahim Ali yang terkenal dengan kesombongannya lagi bongkak telah mengeluarkan kenyataan bahawa YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan adalah satu kenyataan biadap dan kurang ajar oleh seseorang yang telah dibenarkan bertanding pada PRU-12 yang lalu atas tiket PAS. Inilah bangsatnya mereka yang telah dididik dengan budaya songsang Umno. Apatah lagi bila beliau tanpa segan silu menyatakan sokongan terhapa apa juga program kerajaan Umno/BN tanpa perlu menjaga hati orang yang telah mengutip beliau dari buangan Umno. Dasar manusia yang tak mengenang budi. Umpama "Kacang lupakan kulit". Pepatah melayu juga mengatakan "Anjing kalau biasa makan tahi, kalau dah tak makan sekalipun dia akan cium juga tahi tu".... Inilah perumpamaan yang layak untuk manusia yang bernama Ibrahim Ali.

Ibrahim Ali harus sedar bahkan rakyat boleh menilai sendiri apa yang telah dilakukannya sepanjang mentadbir Kelantan selepas memenangi pilihan raya umum 1990.

Beliau sewajarnya membuka mata kerana banyak perubahan dari segi pembangunan telah dilaksanakan di Kelantan, termasuk di daerah-daerah terpencil seperti Gua Musang, Tanah Merah dan Jeli walaupun berdepan dengan kepayahan akibat beberapa sekatan peruntukan.

Mungkin Ibrahim Ali tercabar berikutan desakan Menteri Besar itu supaya Ahli Parlimen Pasir Mas itu melepaskan jawatan ekoran tindak tanduknya yang semakin bertentangan dengan parti itu walaupun telah diberi kebenaran untuk bertanding pada PRU-12 atas tiket PAS.

25 September 2009

ISTERI TIMBALAN PESURUHJAYA PAS NEGERI JOHOR MENINGGAL DUNIA

Kira2 jam 9.00am pagi ini kami menerima berita yang menyedihkan di kala syawal baru diraikan apabila isteri kepada Utz. Amirolhuda (Timbalan Pesuruhjaya (I) PAS Negeri Johor) telah kembali ke Rahmatullah awal subuh tadi.

Solat Jenazah akan dilakukan selepas Solat Jumaat hari ini di Masjid Taman Sri Skudai dan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah, Johor Bahru.

Bagi yang beragama islam, marilah kita sama2 menghadiahkan Al-Fatihah kepada Allahyarhamah Dr. Asiah serta mendoakan agar roh arwah ditempatkan bersama-sama para kekasih Allah...

Salam Takziah untuk Utz. Amirolhuda dan seluruh keluarganya dari kami Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah.

SULTAN PAHANG MAHU RAKYAT SOKONG BEE END

Ampunkan kami Tuanku, Sembah Derhaka kami sembahkan...

Niat kami bukan mahu memperlekehkan titah Tuanku akan tetapi adalah lebih elok jika Sultan yang dianggap sebagai Payung Rakyat bersikap berkecuali dan biarlah rakyat yang menentukan parti mana yang lebih wajar memerintah Malaysia yang kami cintai ini.

Ampun Tuanku...

Setelah lebih 50 tahun rakyat memberi kepercayaan kepada Kerajaan Barisan Nasional namun mereka telah menderhakai amanah rakyat. Mereka membolot harta rakyat secara terang2an atau sembunyi tanpa segan silu. Gelaran Yang Berhormat yang diberikan oleh rakyat kepada mereka seolah-olah satu lesen "agung" bagi si bangsat ini memunggah harta rakyat untuk kepentingan tembolok mereka.

Ampun Tuanku...

Jika kejayaan Kerajaan Barisan Nasional membina jambatan Kuala Krau yang bernilai RM64juta sebagai sandaran untuk Tuanku meminta seluruh hamba rakyat menyokong parti ini, berapakah bilionkah pula harta rakyat yang mereka punggah untuk kepentingan perut mereka ini dan apakah wajar rakyat memaafkan mereka hanya dek kerana jambatan ini...??? Masih ramai rakyat Pahang berada dalam tahap kemiskinan.

Ampun Tuanku...

Rakyat Pahang mulai sedar betapa ruginya mereka memilih Kerajaan Barisan Nasional yang korup apabila Kerajaan Pahang telah disaman dengan nilai ratusan jutaan ringgit oleh beberapa pihak. Apakah ini melambangkan kecekapan pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional mentadbir Negeri Pahang..???

Ampun Tuanku...

Bukan niat kami untuk derhaka namun kami percaya bahawa rakyat Pahang dan seluruh rakyat yang sedar tentang kebejatan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional ini akan membuat perubahan pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Hamba rakyat bukan mahu menderhaka kepada titah Tuanku namun hamba rakyat yang tiada berkepentingan dengan mana2 pihak, mahukan kerajaan yang lebih telus, adil dan amanah...

Ampun Tuanku...

24 September 2009

PANDANGAN DARI PEMBACA

Pada hari raya ke-2, saya ada menerima e mail dari seorang pembaca yang mungkin kita boleh fikirkan bersama "logik"nya pandangan penghantar e mail tersebut....

Catatan E mail dari Sdr. Jebat...

Sdr,

Sepanjang perjalanan pulang ke kampung halaman di Kluang bermula dari Johor Bahru kemudian saya sengaja mengikut jalan lama melalui Parlimen Gelang Patah, Pontian, Batu Pahat, Sri Gading, Ayer Hitam dan akhir sekali di Semberong adalah satu perjalanan yang panjang. Saya sengaja melalui jalan lama kerana ingin melihat panorama sehari sebelum raya.

Apa yang menghairankan saya, disepanjang perjalanan melalui 7 kawasan Parlimen dan beberapa kawasan DUN, saya langsung tidak melihat 'banner' atau kain rentang mahupun poster ucapan "Selamat Hari Raya" dari parti yang saya sertai 11 tahun yang lalu. Mungkinkah banner, kain rentang ataupun poster ini diletakan dikawasan2 pendalaman bukan di laluan utama. Kenapa begini...???? Mana keperihatinan kita kepada rakyat jika begini sikap kita... Mana perginya Ketua Cabang? Mana menghilangnya Ketua Penerangan? Mana sembunyinya Ketua AMK? Jika perkara "se-enteng" inipun kita tidak mampu melakukan, apakah kita akan mampu mentadbir dengan baik jika kita diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah Johor. Inikah yang dinamakan kita telah bersedia dari segi fizikal dan mental....??? Inikah buktinya...???

Saya akui PKR Cabang Gelang Patah terutama AMKnya antara yang paling aktif di Johor namun mereka seolah-olah terkena badi "mayat", kaku dan bisu. Cabang PKR Pontian sewajarnya semakin gah apabila bekas calon Parlimen Pontian pada PRU-12 lalu di lantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri namun PKR Pontian terus lesu. Begitu juga Batu Pahat, Sri Gading, Air Hitam dan Semberong... Apakah pimpinan PKR Johor hanya pandai bercakap sahaja dari melakukan kerja??? Kekurangan AJKkah atau sememangnya anda sendiri tidak mahu ambil peduli dan langsung tidak bertanggungjawab...???

Inikah yang dinamakan "Johor Bangkit" seperti yang dilaung-laungkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim??? Memetik kata2 Sdr. "Anggaplah kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Johor sebagai kehadiran yang luar biasa dan kita perlu mencari dimanakah yang dikatakan "luar biasa" itu. Jika tidak, kita akan sekadar berjaya meraikan kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Johor tanpa impak yang maksimum...."

Saya meminta maaf jika pandangan jumud saya ini agak ketinggalan. Mungkin ucapan melalui SMS lebih baik dari "kerja bodoh" menggantung banner ucapan Selamat Hari Raya untuk menghargai mereka2 yang menyokong PKR. Salam Aidil Fitri dan Salam kemaafan...

..... Terima kasih Sdr. Jebat atas teguran dan pandangan...
..... Kepada semua... "Fikirkanlah jika kita benar2 pimpinan yang bertanggungjawab...."

18 September 2009

SALAM AIDIL FITRI DARI AMK GELANG PATAH


Angkatan Muda Keadilan Cabang Gelang Patah mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada rakyat Malaysia yang berugama Islam samada didalam atau diluar negara. Ucapan juga ditujukan kepada YB Dato' Seri Anwar Ibrahim (Ketua Umum), YBhg Dato' Seri Wan Azizah Ismail serta keluarga. Salam Aidilfitri buat Ketua Cabang, Dr. Zaliha Mustaffa serta semua pimpinan PKR disemua peringkat samada diperingkat Ranting, Cabang, Majlis Pimpinan Negeri mahupun Majlis Pimpinan Pusat. Salam Aidilfitri buat semua teman2 seperjuangan, ahli2 PKR, PAS dan DAP serta seluruh rakyat Malaysia.

Semoga kehadiran Syawal kali ini dapat menginsafi kita dengan erti perjuangan yang memerlukan pengorbanan agar sirna kecemerlangan terpancar seperti terpancarnya cahaya syawal menyuluhi segenap pelusuk bumi. Ayuh anak2 muda... Beranikan diri memegang panji2 perjuangan agar dapat bersama ke medan perjuangan tanpa rasa takut dan gentar. Ingat pesanan ayahanda "Kalau Takut Dengan Risiko Usah Bicara Soal Perjuangan"...

Salam Aidilfitri dari kami :-
Ahli Jawatankuasa
Angkatan Muda Keadilan Cabang Gelang Patah

Zainal Hilmi Hussin (Pengerusi Tetap Cabang)
Azlan Ishak (Ketua AMK Cabang)
Azman Idris (Timbalan Ketua AMK Cabang)
Mohd Ramli Ahmad (Naib Ketua AMK Cabang)
Yusri Abd Hamid (Naib Ketua AMK Cabang)
Ismail Hassan (Naib Ketua AMK Cabang)
Mohamad Nazri Ismail (Setiausaha AMK Cabang)
Zulkaria Ali (Ketua Penerangan AMK Cabang)
Zainal Fitri Hussin (Bendahari AMK Cabang)
Ardie Yuzlie Tohijah (AJK AMK Cabang)
Asrol Affandi Kamri (AJK AMK Cabang)
Noor Azan Abas (AJK AMK Cabang)
Ahmad Nazree Mohamad (AJK AMK Cabang)
Zainal Hadi Hussin (AJK AMK Cabang)
Muhammad Afiq Khasly (AJK AMK Cabang)
Hasbullah Akoi (AJK AMK Cabang)
Mohd Aidil Ismail (Ketua Squad AMK Cabang)

SAMY VELLU LIABILITI BN - KATA TUN DR. M


Krisis antara Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu dan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir asih belum berakhir apabila dr. Mahatir mengeluarkan kenyataan bahawa DS Samy Vellu akan menjadi liabiliti kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang disebabkan DS Samy telah gagal melaksanakan kepimpinannya.

Sebagaimana desakannya terhadap Pak Lah agar melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada Najib, mantan Perdana Menteri itu melahirkan kebimbangan bahawa sokongan rakyat (terutama kaum india) terhadap BN akan merosot kerana Samy Vellu masih lagi memimpin MIC. Beliau mendesak agar DS Samy Vellu perlu melepaskan jawatan presiden MIC kerana beliau perlu bertanggungjawab terhadap kegagalan parti itu dalam pilihan raya umum yang lepas malah beliau sendiri juga kalah. Beliau turut membandingkan prestasi Pak Lah yang lebih baik dari DS Samy namun Pak Lah mengmbil keputusan untuk melepaskan jawatan Perdana Menteri ekoran pretasi buruk BN pada PRU-12 yang lalu.

Dr Mahathir seolah-olah lupa yang dirinya hanyalah bekas Perdana Menteri berkata beliau berhak menegur sesiapa pun termasuk Pak Lah apatah lagi DS Samy Vellu yang jelas gagal dalam kepimpinannya.

Siapapun liabiliti kepada BN samada Mahathir ataupun Samy Vellu yang penting Umno/BN mesti dikuburkan pada PRU-13 nanti..

SAIFUL OH SAIFUL... DIA MUNCUL LAGI

Satu berita yang menarik untuk diperkatakan sekarang ini ialah perihal keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya pasukan pendakwaraya digugurkan atas beliau tuduh mendakwa dengan prejudis dan berat-sebelah. Keputusan berkenaan telah dibuat oleh Hakim Alizatul Khair Osman Kamaruddin. Anwar sebelum ini telah memfailkan permohonan untuk menggugurkan kesemua tujuh orang pendakwaraya dari terbabit dalam pendakwaan kes beliau sekarang ini. Namun, apa yang menarik untuk diperkatakan susulan daripada keputusan hakim ini ialah "mangsa liwat" Saiful Bukhari Azlan dilihat bertambah yakin bahawa kemenangan akan berpihak kepada beliau. Tanpa mengambil kira laporan perubatan hospital yang telah mengesahkan dia masih "suci".

Saiful tiba-tiba nampak berani untuk tampil dikhalayak ramai bagi menunjukkan yang beliau berada di pihak yang benar. Biarpun seluruh rakyat melihat bahawa adengan "liwat" yang berlaku antara beliau dengan Anwar itu adalah satu "konspirasi", namun dari hati kecil Saiful beliau tetap mahu mengaku dia memang diliwat. Tanpa laporan perubatan secara klinikal, DNA bakal dijadikan bukti kukuh bagi mensabitkan Anwar dengan kes ini. Malah, ada juga puak-puak UMNO yang menyatakan memang terdapat "Air Mani" Anwar di dalam dubur Saiful.

Entah dari mana mereka mendapat maklumat tersebut agaknya. Semua ini bakal mengesahkan lagi Anwar akan menjadi "mangsa" permainan jahat musuh-musuh yang ingin menamatkan karier politik beliau selama ini.


Aksi menarik, Saiful dan bapanya di dalam Masjid Wilayah itu

Kelibat Saiful Bukhari, seolah-olah untuk mencari populariti dilihat di Masjid Wilayah baru-baru ini. Masjid yang menjadi saksi "sumpah laknat" anak muda itu, dikunjungi sekali lagi oleh Saiful untuk tujuan "bergambar dan membuat rakaman video" atas nama bersolat Tarawih. Apakah benar niat Saiful ini, atau hanya kerana untuk mencari satu lagi "publisiti murahan" selepas setahun berlalu. Kehadiran Saiful siap dengan jurugambar jelas sekali menunjukkan bahawa niat beliau sememangnya untuk "menunjuk-nunjuk".

Kononnya beliau dipihak yang benar dan sudah insaf atas segala keterlanjuran yang berlaku selama ini. Malahan kelibat beliau itu langsung tidak mendapat perhatian dari kalangan jemaah yang hadir, kerana mereka tahu siapakah Saiful sebenarnya. Saiful adalah "manusia munafik dan terkutuk" kerana sanggup membenarkan "duburnya ditusuk dari belakang" oleh orang lain. Itu pun jika ia benar-benar berlaku. Namun, ramai dikalangan rakyat sebenarnya melihat apa yang terjadi ini hanya "imiganasi Saiful Bukhari" sendiri, yang amat mengidamkan untuk popular dan hidup dalam kemewahan selepas berjaya melakukannya.

Kini, harapan beliau untuk "menuju puncak" dalam sandiwara ini sudah hampir tercapai, pabila Mahkamah Tinggi menolak permohonan Anwar baru-baru ini. Saiful bertambah yakin yang beliau pasti akan berjaya dan habuan yang dijanjikan bakal diterima bila-bila masa sahaja selepas ini agaknya

15 September 2009

SEMOGA BERBAHAGIA - MR CHOONG

Angkatan Muda Keadilan Cabang Gelang Patah mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Sdr. Choong Tong Yuen yang telah menamatkan zaman bujangnya pada tarikh istimewa 09.09.09 yang lalu.
Berikutan majlis beliau pada hari tersebut diadakan pada bulan puasa, maka agak sukar bagi teman2 yang berugama islam untuk hadir. Sehubungan dengan itu beliau telah berbesar hati untuk mengadakan majlis tersebut sekali lagi bagi memberi kesempatan kepada teman2 yang berugama islam agar dapat bersama bagi meraikan perkahwinan beliau. Majlis tersebut akan diadakan pada04 Oktober 09 (Ahad), di 33 Jalan Molek 1/8, Taman Molek, Johor Bahru.
Beliau amat2 mengharapkan kehadiran rakan2 terutama ahli PKR Cabang Gelang Patah hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.

SPRM MULA SIASATAN TERHADAP KHIR TOYO

Setelah didesak oleh pelbagai pihak, akhirnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuat siasatan terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Mohd Khir Toyo berhubung dengan rumah agam yang dianggarkan bernilai lebih dari RM20juta. SPRM akhirnya berjaya menafikan tuduhan pimpinan Pakatan Rakyat yang sering melabelkan SPRM sebagai parti komponen BN apabila sering bertindak "pantas dan tegas" terhadap laporan yang melibatkan Pimpinan Pakatan Rakyat walaupun laporan tersebut diambil dari blog2 yang boleh dipertikaikan kesahihannya.

Namun begitu, tindakan SPRM memulakan siasatan terhadap Khir Toyo bolehlah dianggap seperti paku dan penukul atau SPRM ini boleh diibaratkan sebagai kerbau yang malas, hanya suka berkubang dilopak-lopak lumpur. Ini kerana apabila didesak barulah mereka memulakan siasatan, umpama kerbau yang malas, bila dipukul barulah ia hendak bergerak. Amat bertepatan sekali tindakan Ketua AMK Malaysia yang menghadiahkan lembu kepada SPRM apabila SPRM begitu "lembab" bertindak terhadap laporan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat.

Khir Toyo juga mengesahkan bahawa beliau telah disiasat oleh SPRM selama 6 jam termasuk bersembang dengan pegawai SPRM. Siasatan yang begitu mesra sekali dan dalam suasana yang begitu gembira tidak seperti siasatan terhadap individu lain.

AMG Cabang Gelang Patah pula mendesak SPRM Johor membuka fail siasatan terhadap beberapa laporan yang dibuat oleh Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Johor. Jika Sdr Zabidie telah disiasat selama lebih 5 jam oleh Pegawai SPRM atas laporan yang dibuat olehnya maka adalah tidak adil jika Muhyiddin dan beberapa pimpinan Umno Johor langsung tidk dicuit atau disiasat.

siasat... siasat... siasat

TUN MAHATHIR DIHINA OLEH PERWAKILAN MIC

"Dasar Pengampu", itulah gelaran yang layak diberikan kepada Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia Datuk Razali Ibrahim apabila mana beliau mengecam perwakilan MIC yang dikatakan banyak mengecam bekas PM Tun Dr Mahathir pada Perhimpunan Agung MIC baru2 ini. Akhbar Utusan Malaysia pula yang dilabelkan sebagai akhbar 'rasis' oleh Presiden MIC, telah meletakkan tulisan berwarna merah pada tajuk besar akhbar berkenaan hari ini.


Perlu diingat bahawa Mahatirlah punca pepecahan orang2 melayu. Bermula dari penetangan Ku Li terhadap kepimpinan Mahathir sehingga membawa kepada penubuhan Parti Semangat 46. Pimpinan ala Diktaktor yang dibawa oleh Mahathir jelas menjadi punca awalan kepada perpecahan orang2 melayu. Kemucaknya apabila Mahathir memecat DS Anwar yang ketika itu adalah TPM dan Timbalan Presiden Umno dengan alasan pemecatan yang terlalu bodoh dan tidak masuk akal. Namun pengampu2 Mahathir tetap menyokongnya kerana khuatirkan periuk nasi mereka. Hasil dari sikap angkuh dan sombong seorang Perdana Menteri iaitu Mahathir, maka belaku perpecahan orang melayu yang amat dahsyat. Kebanyakan mereka sudah jelak dan muak dengan pimpinan Umno yang bermuka-muka telah memilih untuk memberi sokongan kepada DS Anwar.

Semasa penentangan Mahathir terhadap kepimpinan Pak Lah, beliau telah mengeluarkan pelbagai kenyataan bagi memberi tekanan kepada Pak Lah. Orang yang bertanggungjawap mempertahankan Pak Lah pada ketika itu adalah Nazri Aziz. Beliau paling banyak mengutuk, memperlekeh dan menghina Mahathir namun tiada seorangpun dari Umno mempertahankan beliau hatta Ibrahim Ali sendiri turut membisu. Akhbar Utusan Malaysia juga tidak mengutuk tidak berani mengeluarkan sebarang artikel yang mempertahankan kenyataan Mahathir.

Bukanlah satu yang pelik jika Mahathir dihina oleh perwakilan MIC kerana ruang penghinaan terhadap Mahathir telah dibuka oleh Nazri Aziz dan beberapa pimpinan Umno/BN yang lain sebelum ini.

PRK BAGAN PINANG - AJK PKR TURUT BERTANDING..???

Diberitakan bahawa seorang ahli jawatankuasa PKR Kota Lukut, Shahrudin Abdul Hamid hari ini tampil menawarkan diri sebagai calon bebas dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang 3 Oktober ini.

AMK Cabang Gelang Patah memandang serius hasrat beliau yang ingin bertanding atas tiket BEBAS dan jika menjadi kenyataan beliau bolehlah dianggap telah menderhaka terhadap kepimpinan tertinggi parti yang telah bersetuju untuk meletakkan calon PAS di DUN Bagan Pinang pada PRK dun tersebut. Walaupun ianya adalah hak peribadi beliau untuk bertanding atau mencuba nasib namun beliau sewajarnya menghormati sikap setia kawan dalam Pakatan Rakyat.

Ada sumber mengatakan bahawa beliau mempunyai pertalian keluarga dengan Tan Sri Isa Samad, nama yang disebut-sebut sebagi calon BN pada PRK itu nanti dan apakah ada perancangan yang tersembunyi atau mungkinkah ahli PKR ini telah dibeli oleh pihak tertentu demi untuk memenangkan calon BN itu nanti..?? Umum amat mengenali siapakah Tan Sri Isa Samad....

Pimpinan PKR Pusat dan Negeri wajar bertindak kerana dikhuatiri disebabkan "nila setitik maka rosak susu sebelanga". Pimpinan PKR wajar bertindak secara ilmiah umpama "menarik rambut dari dalam tepung, rambut tak putus dan tepung tidak berselerak".

14 September 2009

PRK BAGAN PINANG - 11 OKTOBER 09

Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan akan diadakan pada 11 Oktober ini dengan hari penamaan calon ditetapkan 3 Oktober.

Tarikh diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas mesyuarat khas di sini sebentar tadi.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong berikutan kematian penyandangnya Azman Mohamad Noor, 54, daripada Barisan Nasional (BN) yang meninggal dunia pada 4 September lalu.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof dalam sidang medianya pagi Isnin berkata, pihaknya memberi jaminan pengundian secara pos akan dilakukan secara telus.

"Tidak mungkin akan ada penipuan dalam pengundian pos memandangkan syarat-syarat ketat yang dilaksanakan semasa proses pengundian," ujarnya.

Berikut adalah sedikit info mengenai PRK DUN Bagan Pinang, Negri Sembilan.

Tarikh penamaan calon: 3 Oktober 2009 (Sabtu)

Tarikh pengundian: 11 Oktober 2009 (Ahad)

Pusat penamaan calon dan penjumlahan rasmi undi: Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson.

Tempat proses pengeluaran dan pengiraan undi: Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Port Dickson.

Tarikh daftar pemilih dikemas kini: 4 September 2009

Jumlah pemilih berdaftar: 13,664 orang

Jumlah pemilih biasa: 9060 orang

Jumlah pemilih pos: 4604 orang

Jumlah pusat mengundi: 8 pusat melibatkan 8 sekolah

Jumlah saluran mengundi: 18 saluran

Angkatan Muda Keadilan Cabang Gelang Patah sudah pasti akan bersama-sama dengan teman2 yang lain dalam usaha untuk merampas kerusi DUN Bagan Pinang dari Umno/BN. AMK Cabang Gelang Patah juga menyeru teman2 pimpinan AMK Cabang diseluruh Negeri Johor agar dapat bersama-sama untuk berkerja bagi memenangkan siapa juga calon Pakatan Rakyat yang dipilih nanti.

Berjuanglah... Berjuanglah... Berjuanglah... Berjuanglah...

SPRM PERLU BUKTIKAN BAHAWA SPRM BUKANLAH PARTI KOMPONEN BN

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia wajar menafikan kata2 sindiran dari beberapa Pimpinan Pakatan Rakyat dengan gelaran "SPRM Parti Komponen BN" apabila desakan dari Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Korupsi (Gerak Malaysia) yang memberi tempoh tujuh hari kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan perkembangan sisatan kes kediaman mewah bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohd Khir Toyo yang didakwa bernilai RM20 juta.

Pengerusinya, Mohd Nazri Mohd Yunus semalam berkata, SPRM dilihat lambat bertindak sehingga tiada apa apa laporan dikeluarkan sejak kes itu dibangkitkan sejak tiga bulan lalu. Sewajarnya SPRM perlu bertindak secara adil dan saksama tanpa mengira seseorang yang didakwa itu dari Pakatan Rakyat atau pemimpin penting Umno sendiri.

Ditanya mengapa perlu tunggu tujuh hari untuk mengantar memo tersebut, Nazri menjelaskan bahawa pihaknya akan bersemuka dengan SPRM bukan untuk membuat pengaduan atau laporan, sebaliknya menunggu maklum balas siasatan berbangkit.

Beliau turut menjelaskan bahawa laporan mengenai kes Tan Sri Khalid (Menteri Besar Selangor) dan kes peruntukan DUN Selangor telah diambil tindakan oleh SPRM dalam tempoh dua minggu dan siasatan terus dimulakan tetapi sebaliknya kes yang melibatkan Khir Toyo masih belum ada siasatan.

Perkara serupa juga berlaku keatas laporan SPRM yang dibuat oleh Ketua AMK Johor, Sdr. Zabidie Abas ke atas Muhyiddin Yassin atas penyelewengan penggunaan harta kerajaan untuk kegunaan politik dan isu penjualan kawasan tadahan air Empangan Lingyu di Kota Tinggi kepada Kerajaan Singapura. SPRM perlu membuktikan ketelusan siasatan dan tidak dipengaruhi oleh mana2 pimpinan parti politik. SPRM wajar membuktikan bahawa mereka tidaklah "sebangsat" pemimpin Umno/BN namun jika mereka bertindak dengan secara "pilih kasih" iaitu hanya segera bertindak terhadap mana2 laporan yang melibatkan pimpinan Pakatan Rakyat, sewajarnya label "BANGSAT SEBANGSAT-BANGSATNYA" adalah layak untuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

BN SEMAKIN CELARU - MAHATIR PULA DIBIDAS

Pimpinan Parti Komponen dalam Barisan Nasional semakin celaru. Kemelut PKFZ dan Skandal Video Lucah telah menyebabkan MCA seperti telur dihujung tanduk dan petanda kehancuran parti tersebut sudah mulai tersingkap.
Sebelum pemilihan kepimpinan MIC pada perhimpunan agung parti itu, Mahatir telah memuji Subramniam (seteru Samy Vellu) didalam blognya yang mana pujian itu telah menimbulkan kemarahan kepada Samy Vellu. Dalam kenyataan balasnya Presiden MIC, Samy Vellu membidas mantan Perdana Menteri itu serta menyelar Utusan Malaysia yang dianggapnya milik Umno kerana mencampuri urusan pemilihan parti itu.

Beliau menggelar Dr. Mahatir sebagai pakar dalam seni "memusnahkan timbalannya". Samy Vellu berkata, sepanjang 25 tahun beliau menjadi Presiden MIC beliau hanya mempunyai seorang Timbalan Presiden namun Dr Mahathir mempunyai empat timbalan selama 22 tahun memegang jawatan sebagai Presiden Umno.

Konflik antara Samy Vellu dan Dr. Mahatir semakin jelas apabila beliau mempersoalkan 4 Timbalan Dr. Mahatir dengan mengatakan "Apa yang berlaku kepada (Tun) Musa Hitam, apa yang berlaku kepada (Tun) Ghafar Baba dan apa yang terjadi kepada (Datuk Seri) Anwar Ibrahim... orang yang amat dipujinya?"

Inilah kali pertama Samy Vellu mengkritik Mahathir secara terbuka walaupun mantan Perdana Menteri itu telah beberapa kali membuat komen negatif terhadapnya sebelum ini.

Beliau turut membidas akhbar Utusan Malaysia dan melabelkan akhbar tersebut sebagai satu penerbitan yang 'rasis' yang berlagak sebagai "abang-besar" apabila akhbar tersebut telah memetik beberapa penganalisa politik yang berpendapat Samy Vellu harus berhenti sebagai presiden parti tersebut.

Jika sebelum ini Najib dan pimpinan BN yang lain begitu angkuh dan sombong dengan memperlekeh dan mengatakan bahawa gabungan Pakatan Rakyat merupakan gabungan yang rapuh dan akan hancur pada bila2 masa namun kini mereka2 terpaksa menelan kata2 mereka apabila parti komponen dalam Barisan Nasional mula bercelaru dengan pelbagai skandal yang boleh membawa kehancuran Barisan Nasional.

Pakatan Rakyat dilihat semakin kukuh disamping usaha2 pemimpin utama parti mencari titik keserasian sambil mempereratkan lagi kerjasama.

09 September 2009

KEBIADAPAN MELAMPAU DIDIKAN UMNO/BN JADI KEBANGGAAN ANAK MUDA INI...


Ni anak sape ni? Mak Bapak diaorang mana?
Apasal ajar anak kencing berdiri macam Hanjing?
Tu pakai baju parti sesat mana pulak tu?
Macam ni ke caranya kalau diaorang protes kat mak bapak diaorang selama ni?
Ajaran agama mana yang mak bapak diaorang ajarkan ek?

Rasanya kalau Manusia yang waras, tak mungkin mengecapi kepuasan "Kencing" kat gambar orang kot...

Tapi kalau "Binatang" tu mungkin la sebab dah memang tak berakal... nama pun BINATANG

Therefore... "Kaki Kencing" kat dlm gambar tu nak dipanggil apa ek???

sumber maklumat dari Suaraselatanonline.blogspot.com

08 September 2009

LAPORAN SPRM : 07/09/2009

Tarikh : Isnin 7 September 2009


Terdapat dua isu yang mahu dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) Cawangan Negeri Johor iaitu :

A. Isu Pertama :

37,000 hektar Hutan Simpanan Kekal Terosot Negeri Johor telah diluluskan untuk tujuan Program Ladang Hutan Getah atau Latex Timber Clone (LTC) pada September 2007.

Jangkaan nilai Kayu balak ini adalah RM 3 hingga 5 billion. Projek ini telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu 10,010.25 hektar Hutan Simpanan Kekal Terosot, diperuntukkan kepada 6 buah syarikat swasta seperti dibawah :

1. Serece Track Sdn. Bhd. - 1,296.09 hektar

2. Makmurplus Industry Sdb Bhd - 1,304.00 hektar

3. Groplus Industries Sdn. Bhd - 1,738.16 hektar

4. Jasa Wibawa Sdn. Bhd - 1,624.00 hektar

5. Setindan Sdn. Bhd - 2,024.00 hektar

6. Hamid Sawmill Sdn. Bhd - 2,024.00 hektar

Baki 27,871.31 hektar diperuntukkan kepada 3 buah Badan Berkanun seperti dibawah :

1. Perbadanan Islam Johor. - 12,340.75 hektar

2. Yayasan Pelajaran Johor - 6,316.87 hektar

3. Perbadanan Johor Bioteknologi & Biodiversiti - 9,213.68 hektar

Kawasan Hutan Simpanan Kekal Terosot terbabit adalah merupakan Hutan Sambungan atau “Central Forest Spine” (CFS) , di mana binatang-binatang liar merentasi kawasan ini dalam perjalanan berimigrasi ke Utara waktu musim monsun.

CFS diklasifikasikan sebagai Hutan Simpanan Kekal yang mesti dikekalkan dalam Rancangan Fizikal Nasional (2005). Program LTC adalah melibatkan Hutan Simpanan Kekal Endau-Kahang dan Sungai Mas di Hutan Simpanan Endau-Kota Tinggi.

Hutan Simpanan Labis diwartakan pada tahun 1929. Hutan Perlindungan Hidupan Liar Segamat, Hutan Perlindungan Hidupan Liar Endau-Kluang dan Hutan Perlindungan Hidupan Liar Endau-Kota Tinggi diwartakan pada tahun 1933 untuk tujuan memperlindungi habitat hidupan liar di bawah Seksyen 6(i)(b) Enakmen Perlindungan Mergastua dan Burung 1923.

Walaupun Enakmen-enakmen negeri tentang Hutan Perlindungan Hidupan Liar telah digantikan dengan Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 (Akta 76), sebarang Hutan Simpanan Perlindungan Hidupan Liar diwartakan sebelum wujudnya Akta tersebut adalah masih berkuat kuasa di bawah peruntukan Seksyen 2(2) kecuali enakmen terbabit dimansuhkan secara sahih.

Seksyen 10 (3) Akta Perhutanan Negara menghendaki Pengarah Jabatan Perhutanan, dengan kelulusan Kerajaan Negeri, melalui pemberitahuan dalam Warta, menukar pengelasan hutan simpanan kekal dan hutan perlindungan hidupan liar kepada tujuan lain.

Selain itu, Seksyen 12 Akta tersebut juga menghendaki Kerajaan Negeri mengambil kira keperluan pemuliharaan tanah dan air, kepelbagaian hayat, kesan kepada alam sekitar serta dapat menggantikan suatu kawasan tanah yang lebih kurang sama luasnya sebagai suatu hutan simpanan kekal.

Ekoran pembalakan besar-besaran sedemikian banjir besar-besaran musim tengkujuh akan mendatangkan pemusnahan 50 perkampungan Orang Asli dan Kampung Tradisi Melayu di sepanjang Sungai Mas di Hutan Simpanan Endau-Kluang dan Endau-Kota Tinggi.

Di samping itu, kekurangan bekalan air seperti berlaku pada pertengahan tahun 2005 akan berlaku semula sebab hutan simpanan terbabit adalah juga kawasan tadahan air dan asal sungai-sungai di seluruh Nageri Johor.

Masalah alam sekitar termasuk banjir lumpur dan permasalahan binatang-binatang liar termasuk gajah-gajah akan kehilangan habitat semulajadi mereka dan terpaksa merayau-rayau di ladang-ladang serta memusnahkan tanaman tani di persekitaran Sungai Mas di Hutan Simpanan Kekal tersosot di sepanjang persempadanan Hutan Simpanan Mersing, Labis, Kluang dan Kota Tinggi.

Pemuda Pakatan Rakyat beranggapan baawa terdapatnya kecuaian dalam pelaksanaan Projek LTC Negeri Johor seperti berikut :

1. Tiadanya laporan DEIA (Detailed Environmental Impact Assessment). Sedangkan sebarang penebangan hutan lebih daripada 500 hektar perlu mendapat laporan berkenaan. Oleh itu pembalakan melibatkan beribu-ribu hektar di bawah Perjek LTC telah dilakukan tanpa DEIA. Ia juga telah melanggar piawaian yang ditentukan oleh Majlis Pensijilan Kayu Malaysia.
2. Tiadanya perbincangan dengan jabatan dan badan berkaitan untuk melaksanakan projek LTC. Jabatan dan badan berkiatan adalah seperti Jabatan Perhutanan, Jabatan Perhilitan, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pengairan dan Saliran, UPEN(Unit Perancangan Ekonomi Negeri), Penasihat Undang-undang Negeri dan Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan seperti Malaysian Nature Society dan Majlis Peguam.
3. Terdapat kawasan projek LTC yang ditanam dengan kelapa sawit bukannya pokok getah. Amalan ini adalah bercanggah projek yang sebenar.

B. Isu Kedua:

Dalam soalan bertulis bernombor B 26 semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Johor pada bulan November 2009, Y.B Dr. Boo Cheng Hau ADUN Skudai telah mengutarakan soalan berkaitan Penanaman Pokok Getah dan Akasia. Berikut adalah jawapan yang telah diberikan:

d. .... Kelulusan yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri ke atas Projek Ladang Hutan Getah ini adalah seperti berikut :

§ Serece Track Sdn. Bhd. - 1,296.09 hektar
§ Makmurplus Industry Sdb Bhd - 1,304.00 hektar
§ Groplus Industries Sdn. Bhd - 1,738.16 hektar
§ Jasa Wibawa Sdn. Bhd - 1,624.00 hektar
§ Setindan Sdn. Bhd - 2,024.00 hektar
§ Hamid Sawmill Sdn. Bhd - 2,024.00 hektar

Dalam soalan bertulis bernombor B 163 semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Johor pada bulan November 2009, Y.B Dr. Boo Cheng Hau ADUN Skudai telah mengutarakan soalan berkaitan Konsesi Pembalakan. Dalam jawapan yang telah diberikan telah dinyatakan seperti berikut :

1. Konsesi pembalakan yang telah dikurniakan di antara tahun 2000 hingga 2008 di Seluruh Negeri Johor ialah sebanyak 8 syarikat iaitu :

i. Syarikat kilang papan Hamid Sawmill Sdn. Bhd

........

Berdasarkan kepada dua jawapan sidang Dewan Undangan Negeri Johor ini maka telah didapati Syarikat kilang papan Hamid Sawmill Sdn Bhd telah dikurniakan konsesi balak di antara tahun 2000 hingga 2008. Pemilik syarikat ini adalah seperti berikut :

1. Suhailah Binti Abd Malek, Datin (540915-01-5794)
2. Abdul Hamid Bin Abdul Rahman, Datuk (530720-02-5731)

Y.B Abdul Hamid Bin Abdul Rahman adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap telah dilantik oleh Dewan Undangan Negeri Johor sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Raya Negeri Johor, pada tahun 2008. Malangnya semasa perlantikan itu ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Johor tidak dimaklumkan berkaitan penglibatannya secara terus dalam projek LTC.

Salah satu tugas yang telah diberikan kepada Jawatankuasa Kira-kira Raya Negeri Johor adalah untuk menyiasat kecuaian Kerajaan Negeri Johor berhubung dengan projek LTC.

C. Tindakan SPRM :

Oleh itu, Suruhanjaya Pencegarahan Rasuah Malaysia(SPRM) seharusnya menyiasat perkara-perkara berikut :

1. Adakah kawasan pemusnahan hutan-hutan simpanan terbabit dalam projek LTC telah dikeluarkan daripada pewartaan Hutan Simpanan Johor?
2. Adakah projek LTC dilaksanakan secara halal menurut Undang-undang Persekutuan dan Enakmen Negeri?
3. Adakah telah disediakan Hutan Simpanan gantian kepada projak LTC?
4. Apakah sistem ekologi tidak terjejas selepas penebangan hutan simpanan?
5. Adakah kecuaian berlaku dipihak Kerajaan Negeri Johor semasa perlaksanaan projek LTC?
6. Adalah perlantikan Y.B Abdul Hamid Bin Abdul Rahman sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Raya Negeri Johor tidak bertentangan dengan tugas Jawatankuasa ini yang bertujuan sebagai check & balance Kerajaan Negeri Johor.

Yang Benar;

Nama : SDR KHAIRUL FAIZI BIN AHMAD KAMIL.
Jawatan : Ketua Pemuda PAS Johor.
No K/P : 730111-01-6625

Nama : SDR ZABIDIE BIN ABAS.
Jawatan : Ketua Angkatan Muda PKR Johor
No K/P : 680220-01-6293

Nama : SDR TAN HONG PIN
Jawatan : Setiausaha Pemuda DAP, Johor
No K/P : 810320-01-5645

04 September 2009

ADUN BAGAN PINANG, NEGRI SEMBILAN MENINGGAL DUNIA

ADUN BN bagi Bagan Pinang, Negri Sembilan, YB. Azman Mohd Noor meninggal dunia di Seremban hari ini. Beliau meninggal dunia kerana serangan sakit jantung pada jam 2.30 petang tadi di Pusat Pakar Seremban.

Dalam pilihanraya umum lalu, Azman, 55, menang dengan mendapat 6,430 undi, menewaskan calon PAS, Ramli Ismail yang mendapat 4,097 undi. Berdasarkan maklumat piliharaya umum yang ke 12, penduduk DUN Bagan Pinang terdiri dari 66% Melayu, 10.5% Cina 19.9% India dan 3.5% Lain2.

Seperti lazimnya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan pilihanraya kecil dalam tempoh 60 hari ini.

Ia merupakan pilihanraya kecil kesembilan selepas pilihanraya umum tahun lalu.

Bagan Pinang merupakan salah satu dari lima DUN dalam Parlimen Telok Kemang. Pada PRU-12 yang lalu, Pakatan Rakyat berjaya memenangi 3 DUN iaitu Chuah(PKR), Port Dikson(PKR) dan Lukut (DAP). Dalam PRU-12 juga melihat Parlimen Telok Kemang berjaya di tawan oleh Pakatan Rakyat apabila Datuk Kamarul Baharin Abbas (PKR) berjaya menewaskan penyandang kerusi tersebut iaitu Datuk S. Sothinathan (MIC) dengan majoriti 2,804 undi.

Untuk rekod, Negri Sembilan mempunyai 36 kerusi DUN dan pada PRU-12 yang lalu, BN menang 21 kerusi DUN manakala Pakatan Rakyat menang 15 kerusi DUN (PAS (1) PKR (4) DAP (10). Mampukah Barisan Nasional mempertahankan kerusi Bagan Pinang jika berlaku pilihanraya kecil nanti.

AMK Cabang Patah mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Marilah kita sama2 menghadiahkan Allahyarham dengan bacaan al-fatihah, semoga roh beliau ditempatkan bersama-sama orang2 yang beriman dan dicucuri rahmat. Al-fatihah..

02 September 2009

LAWATAN DATO' SERI ANWAR IBRAHIM KE JOHOR

Dato' Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatannya ke Johor untuk kali yang ke-3 pada tahun ini apabila Cabang Sekijang dan Parit Sulong menjadi cabang pilihan pada lawatan kerja beliau ke Johor kali ini. Lawatan Dato' Seri Anwar ini juga mengambarkan betapa seriusnya usaha beliau untuk menawan Johor pada PRU-13 nanti. Bermula pada 25 Mei 2009, Dato' Seri Anwar membuat lawatan pertamanya di Parlimen Johor Bahru dan Gelang Patah. Disusuli dengan kemasukan Dato' Chua Jui Meng ke dalam PKR menambahkan lagi keyakinan dan semangat beliau untuk bersama-sama rakyat Johor yang mahukan perubahan untuk menumbangkan kerajaan Umno/bn pada PRU-13 nanti. 1 Ogos 2009, Dato' Seri Anwar membuat lawatan ke Batu Pahat dan Bakri dan pada 06 September ini sekali lagi beliau ke Johor dengan harapan agar Parti Keadilan Rakyat bersama PAS dan DAP dapat menumbangkan Umno/bn di Johor ini.

Kehadiran Dato Seri Anwar ke Johor kali ini menggambarkan kesungguhan beliau yang mahukan kejayaan lebih besar untuk Pakatan Rakyat pada PRU-13 nanti. Jika sebelum ini beberapa pimpinan Pakatan Rakyat menggambarkan bahawa amat mustahil untuk menumbangkan Umno/bn di Johor ini kerana di negeri inilah Umno lahir. Namun semuanya sudah berubah. Kesungguhan juga jelas apabila beberapa pimpinan utama parti dalam Pakatan Rakyat sudah mula turun padang untuk bersama-sama rakyat Johor yang dahagakan perubahan. Kehadiran pimpinan utama Pakatan Rakyat memberi sejuta kerisauan kepada pemimpin Umno/bn. Jika sebelum ini Menteri Besar memperkecilkan Pakatan Rakyat terutama PKR, kini beliau terpaksa menelan kata2nya apabila kemaraan Pakatan Rakyat di Johor ini semakin jauh melangkah.

Bermula dari kemasukan Datuk Chua Jui Meng ke dalam PKR, keretakan MCA Johor semakin ketara apabila Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek telah dipecat dari parti MCA gara2 skandal video lucah. Pemecatan tersebut telah membawa keretakan amat ketara dalam parti MCA Johor umpama "retak menanti belah". Khabar2 angin bertiup kencang apabila ada Yang Berhormat dari MCA bakal menyertai PKR semasa kehadiran Dato' Seri Anwar ke Johor 6 September nanti.

MCA Gelang Patah yang merupakan penyokong kuat Datuk Seri Chua Soi Lek diberitakan akan membubarkan beberapa cawangan di Parlimen ini jika kemelut pemecatan Datuk Seri Chua Soi Lek tidak dapat diselesaikan. Beberapa AJK MCA sudah menghubungi beberapa pimpinan PKR di Gelang Patah dan telah mengadakan pertemuan.

Namun apakah kita selaku pimpinan Parti Keadilan Rakyat bersedia untuk menerima perubahan ini...?? Apakah cukup sekadar meraikan kehadiran Dato' Seri Anwar Ibrahim ke Johor tanpa kita melakukan sesuatu yang lebih besar dari harapan Dato' Seri Anwar..??? Apakah sudah cukup ampuh dan kukuh jentera parti untuk digerakkan bagi PKR mencipta kemenangan dan sejarah di Johor ini..???

Sebagai anak muda, kami mengharapkan agar Pimpinan PKR Johor dapat memperkukuhkan lagi hubungan antara satu sama lain. Perkukuhkanlah jentera parti. Ketepikan agenda peribadi. Yang penting matlamat parti tercapai. Buang yang keruh ambil yang jernih. Ketepikan sementara keegoan masing2. Ingat... Kita masih pembangkang di Johor yang tiada apa2 kerusi yang kita menang pada PRU-12 yang lepas. Bermuhasabah adalah jalan terbaik. Jika mahu kemenangan di Johor, ketepikan segala yang negatif dan berfikirlah secara positif untuk mencipta kemenangan. Ingat... kita berdepan dengan musuh yang serba lengkap. Jika kita tidak bersedia dari segi fizikal dan mental pasti kekalahan menanti kita. Ingat kita mahu jatuhkan lawan iaitu Umno/Bn bukan kawan dalam jemaah kita.

LAPORAN SPRM TERHADAP MUHYIDDIN - APAKAH STATUS LAPORAN/SIASATAN..???

Pada 18 Ogos 2009 yang lalu, Ketua AMK Johor, Sdr. Zabidie Abas telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Johor Bahru bekaitan penyalahgunaan kuasa oleh Pengkhianat Rakyat Johor iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mana beliau telah menggunakan Helikopter milik Tentera Udara Di Raja Malaysia untuk merasmikan Mesyuarat Umno Bahagian Penampang. Muhyiddin yang terselamat dari mendapat kecelakaan apabila helikopter tersebut yang dalam penerbangan dari Kudat ke Kota Kinabalu terpaksa membuat pendaratan cemas di Impian Jadi, Tuaran berikutan cuaca buruk.

Apa yang amat dikesalkan, sehingga kini tiada khabar berita mengenai laporan tersebut samada siasatan ke atas Muhyiddin telah dilakukan atau laporan itu telah ditong sampahkan oleh SPRM Johor Bahru. Semasa laporan dibuat, Sdr. Zabidie telah disoalsiasat selama lebih 5 jam iaitu siasatan bermula jam 11.30 pagi hingga jam 5.00 petang. Beliau juga telah diberi keterangan jika laporan yang dibuat itu palsu, maka beliau akan dikenakan tindakan oleh SPRM.

Semasa kempen PRK Permatang Pasir, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyatakan bahawa kawasan tadahan air di Lingyu tidak digadai olehnya kepada Singapura. Namun apakah SPRM menghentikan atau tidak melakukan penyiasatan lanjut hanya dengan penafian si pengkhianat ini..?? Apakah ini yang dinamakan ketelusan dan intergriti yang dilaung-laungkan oleh SPRM. Jika dengan penafian "pak menteri" membuatkan SPRM menghentikan siasatan maka amat jelaslah bahawa SPRM adalah kuda tunggangan Umno/bn.

Kami AMK Cabang Gelang Patah menyeru SPRM Johor Bahru menyiasat dengan segera Si Pengkhianat Rakyat Johor, Tan sri Muhyiddin Yassin.

01 September 2009

APAKAH BENAR YB DARI JOHOR AKAN MENYERTAI PKR

Kebimbangan seorang ahli UMNO turut meluahkan perasaan beliau terhadap 2 Ahli Parlimen bukan dari UMNO itu. Ini adalah antara senarai Ahli Parlimen MCA di Johor, siapakah yang dimaksudkan penulis?.

P140 Jementah MCA-Lee Hong Tee

P142 Labis MCA - Chua Tee Yong (anak Chua Soi Lek)
P144 Tangkak MCA - Goh Tee Tee
P148 Ayer Itam MCA - Wee Ka Siong
P149 Parit Yaani MCA - Ng See Tiong
P150 Penggaram MCA - Koh Chee Chai

P152 Kluang MCA - Hou Kok Chung

Baca kenyataan dalam blog ahli UMNO Johor ini.

"Terdapat beberapa sumber menyatakan Anwar Ibrahim akan melawat sebuah daerah di utara Johor pada akhir bulan ini atau awal bulan hadapan.Lebih menggusarkan daerah terbabit terdapat 2 ahli parlimen yang kedua-duanya bukan daripada Umno. Salah seorang daripadanya anak kepada seorang pemimpin tertinggi yang baru di pecat dari parti komponen BN.

Ada kemungkinan Anwar akan mengumumkan sesuatu pada lawatannya itu. Adakah negeri Johor mula membuka ruang kepada PKR?

Sepertimana kebimbangan yang dinyatakan DS Najib, pergolakan dalaman parti komponen BN memungkinkan menjejaskan BN. Tentunya parti komponen BN boleh beralih arah menyertai parti pembangkang pada bila-bila masa.Namun Umno sebagai tunjang komponen BN yang berjuang selama ini untuk mengekalkan BN sebagai parti pemerintah.

Dalam masa Umno sudah membuat pelbagai transformasi untuk menarik hati rakyat, janganlah pula sikap parti komponen mengagalkan usaha tersebut!"
: umnojohor.blogspot.com

Benarkah akan berlaku siri lompat-melompat di negeri Johor?
Selepas Dato' Chua Jui Meng, semestinya jika perkara ini berlaku ia akan memberikan tamparan yang hebat dalam kerajaan BN Johor. Sama-sama kita tunggu dan lihat..

sumber berita dari : suaraselatanonline.blogspot.com