DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

19 January 2011

NAJIB BERHATI MULIA

Semalam Najib Razak telah melawat DUN Tenang dan menyampaikan berita gembira buat warga Felda bahawa Felda mempunyai budget sebanyak RM1.6 bilion, aset sebanyak RM15 bilion dan saham2 lebih dari RM5bilion. Bagi Generasi ke-2 pula sebanyak RM85juta telah disediakan sekaligus membuat orang2 Felda terlopong begitu banyak hasil Felda tapi mengapa masih ada peneroka Felda hidup dalam kedaifan.
Najib Razak yang tiba di Labis kira2 jam 9.30am dengan helikopter telah merasmikan Pusat Jalur Lebar Komuniti dan Gelanggang Futsal di Felda Chemplak Barat. Namun begitu Najib Razak yang merupakan Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional telah membuatkan sebuah keluarga dan mungkin juga penyokong Umno yang lain berfikir... Inikah pemimpin yang selama ini aku sokong..???
Semalam juga berita yang menyayat hati apabila Setiausaha Umno Cawangan Felda Tenang, Abdul Latif Subhi bin Mohd Din telah meninggal dunia akibat serangan jantung dan darah tinggi yang melampau. Menurut keluarga Allahyarham, arwah mungkin kepenatan kerana bertungkus lumus menguruskan persiapan menyambut Najib Razak. Namun sumbangan dan penat lelah arwah tidak dihargai bukan sahaja Perdana Menteri malahan seluruh pimpinan Umno samada diperingkat Pusat, Negeri, Bahagian mahupun cawangan apabila jenazah arwah yang berada di masjid langsung tidak diziarahi oleh mana2 pemimpin Umno apatah lagi disembahyangkan. Mungkin jadual Najib Razak terlalu padat atau Najib terlalu asyik mencerca DS Anwar Ibrahim sehinggakan tidak berkesempatan melawat jenazah tersebut walaupun padang yang digunakan untuk majlis perjumpaan Najib dan warga DUN Tenang hanya kira2 100 meter dari masjid dimana jenazah Allahyarham Abdul Latif diletakkan. Suasana pilu, hiba dan terkilan menyelubungi keluarga Pn. Maimunah Hindun yang merupakan balu kepada Allahyarham Abdul Latif yang turut meninggalkan 4 orang anak. Allahyarham merupakan bekas tentera dan pertahanan awam.
Akhirnya jenazah Allahyarham Abdul Latif disempurnakan oleh petugas2 PAS (Unit Amal) sehingga sempurna. Calon PR untuk DUN Tenang, Cikgu Normala sempat menziarahi jenazah Allahyarham Abdul Latif serta bertemu dengan Pn. Maimunah serta keluarganya untuk mengucapkan takziah.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya... Al-Fatihah

18 January 2011

TAHNIAH PN. NORMALA SUDIRMAN

Tahniah kepada Cikgu Normala Sudirman yang telah dicalonkan sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri Tenang di Labis, Segamat, Johor.
Cikgu Normala yang merupakan Naib Ketua Dewan Muslimat PAS johor telah meletakkan jawatan sebagai guru sekolah pada penghujung 2010 untuk memberi tumouan kepada gerakerja parti. Namun takdir telah menentukan untuk beliau menjadi calon PAS pada PRK N.05 Tenang setelah kematian penyandang kerusi Datuk Sulaiman Taha meninggal dunia.
Serangan blogger Umno sudah bermula sedari awal penamaan calon lagi. DS Anwar Ibrahim yang tidak hadir semasa pengumuman calon pada 16hb Januari 2011 yang lalu telah difitnah oleh bloggers "bangsat" Umno. Mereka mengatakan bahawa DS Anwar tidak hadir kerana marahkan PAS kononnya PAS tidak menuruti cadangan DS Anwar supaya meletakkan calon lain selain Cikgu Normala. DS Anwar pada malam itu digantikan dengan Presiden Keadilan, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Ismail.
Diberitakan bahawa suami kepada Cikgu Normala yang merupakan seorang guru yang mengajar disebuah sekolah di DUN Tenang telah diarahkan berpindah serta merta ke Johor Bahru namun arahan itu ditarik balik selepas mendapat tekanan dan desakan dari pelbagai pihak.
Walaupun diakui bahawa agak sukar untuk Pakatan Rakyat memenangi kerusi DUn Tenang ini namun ianya bukan perkara mustahil dalam dunia politik. Kerjasama perlu diperkukuhkan lagi, perkongsian maklumat dan kebersamaan dalam melakukan gerakerja perlu dipereratkan lagi dan selebihnya kita berserah kepada Allah s.w.t.
AMK Cabang Gelang Patah menyokong penuh Cikgu Normala Sudirman menjadi calon Pakatan Rakyat bagi PRK N.05 Tenang...

**** Umno/BN disarankan menamakan Datin Seri Normala Shamsuddin (bekas pesonaliti TV3) sebagai calon DUN Tenang...

14 January 2011

80% PENDUDUK KG SEGAMAT KECIL BERAGAMA ISLAM

Skuad Unit Penerangan AMK Johor yang melawat perkampungan orang asal pada selasa dimaklumkan bahawa dahulunya penduduk di Kg. Segamat Kecil itu 80% adalah beragama islam. Namun akibat dari kurangnya pemantauan dan bimbingan diabaikan maka penduduk terbabit telah kembali ke agama asal mereka.
Akibat dari kelemahan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) yang kurang membuat pemantauan dan bimbingan sehinggakan mereka kembali ke agama asal mereka. Mereka turut mendakwa bahawa mereka layak menerima zakat namun prosedur yang bermacam-macam menjadikan mereka bosan untuk berurusan dengan Jabatan Agama Islam Daerah Segamat.

PRK DUN TENANG : SEKOLAH BERHARGA RM7 JUTA BUKTI KERAJAAN PERIHATIN

BUKTI pembaziran Kerajaan Umno/BN. Inilah bangunan sekolah di perkampungan orang asal di Kg. Segamat Kecil, Labis dimana kos pembinaan bagi sekolah ini dianggarkan lebih dari RM7juta sedangkan kawasan terpencil tersebut hanya menempatkan kurang dari 200 keluarga.
Menurut salah seorang guru yang mengajar disekolah tersebut, murid yang belajar disekolah tersebut kira2 70 orang.
Penduduk orang asal Kg. Segamat Kecil mempersoalkan mengapa sekolah yang melibatkan jutaan ringgit di bina dikawasan pendalaman terpencil sedangkan mereka (penduduk setempat) memerlukan bantuan perumahan (PPRT) tidak dilayan. Kalau dibinapun seolah-olah melepaskan batuk ditangga dimana rumah yang dibina tidak sempurna sehinggakan boleh mendatangkan bahaya pula kepada penghuni.
Ketika Skuad Unit Penerangan AMK Johor berjumpa dengan penduduk Kg. Segamat Kecil tempohari, beberapa "Special Branch" keluar masuk meninjau pergerakan kami bahkan menurut penduduk kampung tersebut mereka telah diugut dan ditakut-takutkan oleh "SB" bahawa mereka akan dipenjara sekiranya mereka menyertai PKR. Padamulanya penduduk takut untuk berjumpa dengan kami namun akibat tidak tahan dengan penderitaan dan tekanan hidup maka mereka memberanikan diri untuk berjumpa dengan kami.
Pembaca sendiri boleh menilai bagaimana kehidupan Orang Asal di Kg. Segamat Kecil berdasarkan gambar yang diberikan.

Rumah usang ini dihuni oleh 7 keluarga...

Inikah yang harus dirasai oleh Orang Asal yang dikatakan "ANAK EMAS" Kerajaan

13 January 2011

BANNER FITNAH DI SELANGOR..

Pada 11 Januari 2011 yang lalu, Pakatan Rakyat Selangor menafikan bahawa gabungan itu menggantung kain rentang yang yang didakwa menolak campur tangan sultan dalam pentadbiran negeri dalam isu perlantikan Setiausaha Kerja Negeri Selangor.
Mungkinkah banner yang satu ketika dulu menyebabkan Baginda Sultan Johor murka adalah angkara Umno/BN??? Mengapakah keputusan siasatan masih belum dikeluarkan sedangkan segala percakapan dan siasatan telah berlalu lebih dari 3 bulan termasuk rakaman percakapan dari beberapa AJK AMK Gelang Patah.
Apakah kes ini telah ditutup atau telah dibakul sampahkan?? Beberapa laporan polis juga telah dibuat oleh AMK meminta isu ini disiasat segera. Perlu diingat bahawa isu banner ini melibatkan Baginda Sultan Johor dimana nama baginda seolah-olah menjadi mainan pihak tertentu..

08 January 2011

APA KATA UMNO...

Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Datuk Mohamed Fadzill Hassan Pulau Pinang dilapor memohon maaf kepada pentadbiran negeri berikutan laporan media yang menyiarkan berita kononnya Pakatan Rakyat telah menyenaraihitamkan 46 kontraktor Melayu.

Perkara itu dinyatakan pada pertemuan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di George Town hari ini.

“Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu, YBhg Datuk Mohamed juga mengambil kesempatan memohon maaf berikutan laporan sesetengah pihak media yang menyiarkan berita yang negeri Pulau Pinang ‘blacklist’ 46 kontraktor Melayu,” kata Lim (gambar) dalam laman sosial Facebook hari ini.

Dialog itu turut dihadiri oleh Exco Kerajaan Negeri Abdul Malik dan Pegawai Kewangan Negeri Pulau Pinang, Datuk Farizan Darus.

Dalam mesej Twitternya pula Lim menulis, ketua kontraktor Melayu Fadzill juga mohon maaf atas tuduhan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat anti-Melayu.

Dalam satu kenyataan 29 November lalu, Lim dicabar mendedahkan secara terperinci nilai tender yang dianugerahkan kepada kontraktor Bumiputera dan bukan Bumiputera bagi membuktikan kepimpinannya benar-benar telus dalam mengagihkan projek kerajaan negeri.

Fadzill menegaskan, kenyataan Lim bahawa 70 peratus bidaan kontrak kerajaan negeri dimenangi kontraktor bumiputera tidak mencerminkan realiti sebenar pengagihan projek secara adil.

Ini kerana, kata beliau, sebanyak mana pun kontrak yang diterima kontraktor bumiputera, nilainya mungkin jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan habuan kontrak yang diterima kontraktor bukan bumiputera.

“Kalau Lim mahu membuktikan sesuatu dengan menyatakan peratusan besar projek yang diterima kontraktor Bumiputera, sila nyatakan sekali nilai projek yang diperolehi supaya orang ramai mendapat gambaran sebenar pengagihan projek yang dibuat.

“Tiada guna mengutarakan peratusan kononnya orang Melayu dapat banyak projek sedangkan nilainya mungkin tidak sebesar mana, perlu juga didedahkan siapa kontraktor bumiputera yang mendapat projek-projek kerajaan negeri,” katanya.

Justeru, Lim mendedahkan secara terperinci nilai tender yang dianugerahkan kepada kontraktor Bumiputera dan bukan Bumiputera bagi membuktikan kepimpinannya benar-benar telus dalam mengagihkan projek kerajaan negeri.

Setelah mendedahkan segala butiran secara terperinci, Lim menasihatkan Fadzill supaya janganlah berpura-pura sebagai kontraktor kalau lebih berminat jadi orang politik yang sentiasa serang kerajaan negeri Pulau Pinang.

“Adalah lebih baik beliau letak jawatan sebagai YDP Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang dan bertanding dalam pilihan raya akan datang kalau nak jadi orang politik,” kata Lim ketika itu.

Katanya, kontraktor Melayu dapat 100 peratus daripada projek Jabatan Pengairan dan Saliran dan 98 peratus nilai projek Jabatan Kerja Negeri yang di bawah peruntukan kerajaan negeri Pulau Pinang.

”Ini dengan sekali gus mematahkan fitnah jahat pemimpin Umno dan juga sekutu Umno seperti Fadzill.

“Datuk Fadzill telah mendakwa kenyataan saya bahawa 70 peratus bidaan kontrak kerajaan negeri dimenangi kontraktor Bumiputera tidak benar dan tidak mencerminkan realiti sebenar pengagihan projek secara adil.

“Datuk Fadzill telah mencabar saya mendedahkan secara nilai tender yang dianugerahkan kepada kontraktor Bumiputera kerana nilainya mungkin jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan habuan kontrak yang diterima kontraktor bukan Bumiputera,” katanya.

07 January 2011

PRK DUN TENANG : 6/1 - PROGRAM DS ANWAR IBRAHIM

Keadilan Johor telah menunjukkan kesungguhan dalam usaha membantu PAS memenangi PRK DUN Tenang apabila DS Anwar Ibrahim dan beberapa pimpinan yang lain termasuk Ketua AMK Malaysia, Sdr. Shamsul Iskandar Mohd Akhin, hadir ke DUN Tenang buat kali ke 2 dalam minggu ini. Ini membuktikan bahawa sikap, komitmen serta kesungguhan pimpinan parti bukan sekadar dibibir namun ia telah dibuktikan dengan kehadiran mereka walaupun terpaksa menempuh perjalanan yang panjang.
Malam tadi (6 Jan) DS Anwar telah hadir ke Majlis Makan Malam di Restoran G & D, Labis yang dihadiri ribuan masyarakat di sekitar DUN Tenang. Walaupun DS Anwar hadir agak lewat kerana perlu menyelesaikan beberapa tugasan penting yang melibatkan parti, namun orang ramai masih tidak berganjak dan setia menanti. Kira2 jam 9mlm DS Anwar selamat sampai di Restoran G & D dan menyampaikan ucapannya.
Kira2 jam 10mlm beliau bergegas ke Tenang Station untuk satu ceramah umum yang telah disusun atur dan agak mengejutkan, ribuan orang ramai telah mengerumi Bilik Gerakan PAS UPU Tenang Station. Beliau terus berceramah kira2 40minit dan terus bergegas ke Tenang Kampung. Sdr. Shamsul Iskandar (Ketua AMK Malaysia) pula mengambil tempat untuk meneruskan program.
Dalam perjalanan ke Tenang Kampung, kami dimaklumkan bahawa sekumpulan remaja bermotor telah bersedia untuk melakukan provokasi. Diberitakan, remaja ini telah dibayar sebanyak RM10 seorang oleh Ketua Pemuda Umno Pekan Air Panas bagi mengganggu ceramah tersebut. Ketika DS Anwar sedang berucap, sekumpulan remaja bermotor tadi membuat bising dan polis yang berkawal sekadar melihat sahaja aksi2 remaja tersebut tanpa berbuat apa2. Beberapa petugas Unit Amal dan AMK Johor menegur remaja terbabit namun langsung tidak diendahkan dan kemudiannya mereka berlalu.
Program tamat sekitar jam 11.30mlm dan di penghujung majlis, Sdr. Nazri (Ketua AMK Gelang Patah) yang bertindak sebagai Pengerusi Majlis pada malam tersebut menggantikan Sdr. Zabidie telah menegur pihak polis yang gagal bertindak terhadap remaja tersebut dan mengingatkan Pemuda Umno/BN agar tidak mengulangi insiden di PRK Bagan Pinang dan beliau turut menyeru agar Pemuda Pakatan Rakyat menunjukkan kematangan serta ahlak yang baik di sepanjang PRK DUN Tenang.

06 January 2011

KANDUNGAN SURAT PENGAKUAN KETUA CID KL

SURAT RAYUAN TERBUKA

Mat Zain bin Ibrahim

5 hb.Januari 2011


Kepada;

Yang Berbahgia Datuk Idrus Harun,

Peguam Cara Negara Malaysia,

(Solicitor General of Malaysia)

Jabatan Peguam Negara, Dengan tangan.

Block C3,Kompleks C,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62152 Putrajaya.

YBhg.Datuk,

Maklumat mengenai penipuan dan pemalsuan-pemalsuan yang dilakukan berkenaan ujian Deoxyribonucleic Acid (“DNA”) dalam kes berprofil tinggi 1998.

Assalamualaikum YBhg.Datuk,semoga dalam sihat walfiat.

2. Sehubungan dengan perkara tajuk,sukacita saya menjemput YBhg.Datuk menyemak semula surat saya bertarikh 27hb.Disember 2010,berkaitan isu diatas yang dialamatkan kepada YDH Tan Sri Ketua Polis Negara, dengan salinannya kepada YAB Perdana Menteri Malaysia dan YBhg.Datuk sendiri yang diakui telah diterima oleh masing-masing pada tarikh berkenaan juga.

2.1. Dalam Surat Rayuan Terbuka ini,saya akan tinggalkan dahulu buat sementara waktu, kandungan maklumat-maklumat berkaitan perkara tajuk,yang saya huraikan dalam Bahagian II dan Bahagian III dalam muka surat 7 hingga 20 surat tersebut.Saya berasa yakin bahawa YDH Ketua Polis Negara sedang dalam proses menyiasat kesahihan maklumat-maklumat berkaitan perkara tajuk dalam Bahagian II , manakala maklumat berkaitan “subsequent conduct” individu tertentu dalam Bahagian III surat tersebut.

2.2. Dalam surat saya bertarikh 27.12.2010 itu juga,saya telah jelaskan bahawa sebarang siasatan mengenai maklumat diatas,perlu merujuk kepada kertas siasatan kes mata-lebam oleh kerana beberapa insiden yang berlaku adalah “bertindih” (overlapping) lebih-lebih lagi “pemain utama” kedua-dua kes pemalsuan dalam insiden mata-lebam dan pemalsuan “DNA” adalah sama.

3. Fokus saya dalam Surat Rayuan Terbuka ini adalah kepada Bahagian I surat tersebut iaitu;

3.1. Berkaitan dengan “Penjelasan dan Jawapan secara bertulis kepada soalan-soalan yang tidak sempat dijawab semasa sessi penggulungan perbahasan Bajet 2011” yang diberi oleh YB Dato'Seri Hishammuddin Tun Hussein (YB Hishammuddin),Menteri Dalam Negeri,pada 2.12.2010,sebagai menjawab soalan daripada YB Tuan Lim Kit Siang dan;

3.2. Berkaitan dengan “Ministerial Statement” oleh Menteri Jabatan Perdana Menteri,YB Dato'Seri Mohamed Nazri Abdul Azizi (YB Nazri)), dibawah Peraturan Mesyuarat 14(1)(i) pada 14.12.2010,sebagai penjelasan kepada usul memotong RM10 daripada gaji Peguam Negara yang dibangkitkan oleh YB Tuan Lim Kit Siang juga.Saya percaya YBhg.Datuk sedar bahawa kenyataan berkenaan adalah terbit daripada arahan khusus Jemaah Menteri kepada YB Nazri dan seorang lagi Menteri Kanan iaitu YB Dato'Seri Utama Dr.Rais Yatim (YB Rais Yatim),supaya mendapatkan penjelasan lanjut daripada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail (Gani Patail) sendiri, berkaitan isu yang dibangkitkan sekembalinya Gani Patail daripada Mekah setelah menunaikan Haji musim lalu.

3.3. Saya percaya YBhg.Datuk akan bersetuju dengan saya, jika saya katakan bahawa, YB Hishammuddin dan YB Nazri mahupun YB Rais Yatim TIDAK mempunyai ekses kepada kertas siasatan Polis ataupun SPRM. Mereka juga TIDAK mempunyai sebarang kuasa penyiasatan sepertimana terdapat dalam Kanun Prosidur Jenayah (CPC), ataupun kuasa berkaitan pendakwaan atau perkara yang incidental mengenainya,sepertimana yang dibekalkan kepada Peguam Negara,mengikut Artikel 145(3) dan 145(3A) Perlembagaan Persekutuan. Oleh hal yang demikian pengumuman yang telah dibuat oleh YB Hishammuddin dan YB Nazri secara berasingan itu, adalah semata-mata berdasarkan kepada fakta-fakta yang dibekalkan dan nasihat yang diberikan oleh Peguam Negara,kerana perkara-perkara pengumuman berkenaan adalah berkaitan siasatan dan undang-undang.

4. Saya percaya YBhg.Datuk sendiri turut sedar bahawa pengumuman yang dibuat oleh kedua-dua YB Menteri berkenaan mengandungi fakta-fakta dan/atau maklumat-maklumat mustahak yang tidak benar dan/atau yang mengelirukan dan/atau yang telah dipesongkan (distorted).Saya juga percaya YBhg.Datuk turut sedar dengan demikian itu, Peguam Negara sama ada secara sengaja atau sebaliknya, telah menyebabkan YB Hishammuddin dan YB Nazri membuat pengumuman yang mengelirukan dalam Parlimen atau lebih jelas lagi, jika saya katakan, mereka telah memberi maklumat palsu kepada rakyat.Akibatnya, kedua-dua YB Menteri terlibat, mungkin terdedah kepada risiko dikenakan sesuatu tindakan undang-undang.

4.1. Tindakan Peguam Negara boleh diibaratkan,sebagai “sebuah roda yang terbenam didalam lumpur yang licin.Lebih ligat roda tersebut diputarkan untuk keluar dari lumpur tersebut,lebih dalam ia akan terbenam”. Begitulah keadaannya dalam isu ini.Lebih ligat Peguam Negara memutar belitkan undang-undang,fakta dan keterangan,untuk keluar daripada masaalah penipuan dan pemalsuan yang beliau telah lakukan sendiri,lebih kuat beliau menjerut leher sendiri.Malangnya orang lain yang tidak berkenaan pula turut menjadi mangsa keadaan.

5. Bagi meleraikan kekalutan diatas,yang telah berlarutan selama 12 tahun,saya merayu YBhg.Datuk,atas sifat Peguam Cara Negara,yang boleh dalam keadaan tertentu bertindak sebagai Pendakwa Raya,mengeluarkan kenyataan rasmi kepada umum, bagi mengesahkan posisi YBhg.Datuk sendiri dalam hal ini. Adalah sangat tidak wajar untuk pihak Peguam Negara mencari perlindungan di-belakang Menteri-Menteri dalam membuat kenyataan-kenyataan berkenaan perkara penyiasatan dan pendakwaan,sedangkan YBhg.Datuk sendiri yang telah berhujah menyatakan bahawa Perdana Menteri pun bukan “competent authority” untuk membuat kenyataan sedemikian bagi pihak Peguam Negara.Saya jemput YBhg.Datuk merujuk kepada kes yang diperturunkan dibawah;

5.1. Dalam Rayuan Jenayah No:43-(70)-2008,Keputusan “Decision on Revision” oleh Hakim Mahkamah Tinggi Yang Ariff Dato'Mohamad Zabidin bin Mohd.Diah bertarikh 5.3.2009.

“Suffice for me to say I agree with learned SDPP's submission that “it is well settled that the authority or discretion to institute a prosecution and all other powers incidental to it,is vested with the Attorney-General by virtue of Article 145(3)and 145(3A) of the Federal Constitution.Such being the case,any promise with regard to the prosecution or anything incidental to it can only be made by the Attorney-General and not the Prime Minister.Surely,the Prime Minister could not be seen to be making promise on behalf of a competent authority which is given the exclusive discretion under the Federal Constitution with regard to prosecution or any matter incidental thereto.”

5.2. Dalam premis diatas, diharap YBhg.Datuk dapat memberikan penjelasan mengenai status kenyataan YB Nazri yang beliau buat pada 14.12.2010 dan sama ada YB Menteri berkenaan merupakan “competent authority” membuat kenyataan sedemikian bagi pihak Peguam Negara.Lebih-lebih lagi kenyataan tersebut menyentuh bidang kuasa Pendakwa Raya.YBhg.Datuk juga wajar menjelaskan sama ada Jemaah Menteri merupakan “competent authority” untuk mengistiharkan perlantikkan Ahli Panel Bebas berkenaan sebagai “sah” atau sebaliknya, dan sama ada YB Menteri boleh mengistiharkan sesuatu siasatan kes jenayah itu ditutup.

6. Untuk faedah umum dan pihak-pihak yang mempunyai kepentingan berkaitan perkara dalam persoalan ini,saya merayu YBhg.Datuk menjelaskan persoalan-persoalan yang berikut dibawah dengan telus dan ikhlas.Semoga penjelasan YBhg.Datuk berikan kelak, akan dapat menyelesaikan kemelut ini “once and for all”.Tidak dapat tiada isu pemalsuan keterangan dalam insiden mata-lebam, akan berbangkit semula apabila siasatan menyeluruh dijalankan berkaitan maklumat sepertimana perkara tajuk.Persoalan utama adalah seperti berikut dibawah;

6.1. Benar atau tidak terdapat tiga (3) laporan perubatan yang berbeza antara satu sama lain,yang disediakan oleh Dr.Abdul Rahman Yusof.Laporan pertama disediakan pada 26.10.1998 atas arahan Gani Patail.Laporan kedua (yang akan dirujuk sebagai Ekshibit-A9) dan Laporan Ketiga masing-masing tanpa bertarikh disediakan oleh Dr.Rahman diantara 14.12.1998 hingga 21.12.1998 yang diarahkan oleh Tan Sri Mohtar Abdullah (Allahyarham Mohtar),Peguam Negara ketika itu.

6.2. Benar atau tidak dua(2) daripada tiga(3) Laporan diatas,iaitu Laporan Pertama bertarikh 26.10.1998 dan Ekshibit-A9 telah dikemukakan dalam prosiding Suruhanjaya Di-Raja Tersebut,dan dirakamkan dalam Laporan Suruhjaya berkenaan.

6.3. Benar atau tidak Laporan Pertama bertarikh 26.10.1998 yang penyediaannya diarahkan oleh Gani Patail,tidak terdapat dalam Laporan Suruhanjaya yang kemudiannya diperkenankan oleh SPB Yang Di-Pertuan Agong.

6.4. Jika Gani Patail dan/atau Tan Sri Musa Hassan (Musa Hassan),dan/atau Dr.Rahman dan/atau ACP Mat Zain Ibrahim (ketika itu Pegawai Penyiasat kes mata-lebam),sama ada secara bersendiri atau berpakat,tidak terlibat dengan apa cara sekalipun dalam pembikinan ketiga-tiga Laporan Perubatan seperti yang tersebut diatas,bolehkah YBhg.Datuk jelaskan bagaimana laporan-laporan tersebut,kesemuanya berjumlah 65 muka surat, boleh ujud dan siapa yang bertanggungjawab dalam pembikinannya.

(i) Bolehkah YBhg.Datuk turut jelaskan bagaimana laporan-laporan berkenaan boleh berada dalam kertas siasatan mata-lebam,kertas siasatan SPRM dan Laporan Suruhanjaya Di-Raja tersebut.

6.5. Berkaitan dengan kuasa Peguam Cara Negara (Solicitor General-SG) sepertimana terkandung dalam Seksyen 376 Kanun Prosidur Jenayah (CPC).

(i). Benarkah mengikut Seksyen 376 (2)CPC,kuasa SG sama dengan kuasa yang ada pada seorang Timbalan Pendakwa Raya (DPP) sahaja.Apabila SG bertindak sebagai Pendakwa Raya ketika ketiadaan Peguam Negara atau pada waktu ia tidak berupaya bertindak sebagainya,adalah untuk “administrative purposes” sahaja dan tidak melibatkan pengambilan “kuasa penuh” Pendakwa Raya. Kuasa penuh Pendakwa Raya hanya boleh dilaksanakan oleh Peguam Negara seorang sahaja yang dilantik oleh SPB Yang Di-Pertuan Agong.

(ii) Semua DPP,dan termasuk SG,boleh menjalankan semua atau mana-mana hak dan kuasa yang ada atau yang boleh dijalankan oleh Pendakwa Raya dengan atau dibawah CPC atau mana-mana undang-undang bertulis kecuali (diulangkan)..kecuali apa-apa hak atau kuasa yang dinyatakan wajar dilakukan oleh Pendakwa Raya sendiri, iaitu;

a) Melantik DPP dibawah Seksyen 376 subseksyen (3)CPC,dibaca bersama dengan Seksyen 376 subseksyen (4).

b) Menandatangani sijil dibawah Seksyen 418A subseksyen (2) CPC iaitu untuk memindahkan perbicaraan dari Mahkamah Rendah kepada Mahkamah Tinggi.

c) Perintah menjalankan perbicaraan terhadap pengarang,tuan punya, pencetak atau penerbit sebarang buku atau surat khabar yang didaftarkan dibawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 atau dibawah Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986.

6.5.1. Sehubungan perkara diatas,izinkan saya merujuk sekali lagi nota prosiding Rayuan Jenayah 43-(70)-2008 mengenai “Decision on Revision” di-hadapan Hakim YA Dato'Mohamad Zabidin bin Mohd.Diah.Dalam hujah pihak Pendakwaan,YBhg.Datuk sendiri telah menekankan dengan membawa contoh-contoh case-laws bahawa hanya Pendakwa Raya sahaja yang mempunyai kuasa untuk menandatangani sijil dibawah Seksyen 418A tersebut,oleh kerana keperluan tersebut adalah “statutory requirement”,atau dalam bahasa mudah ianya adalah kehendak undang-undang.Jika demikian,bolehkah YBhg.Datuk jelaskan mengapakah aplikasinya dalam perlantikkan DPP mengikut Seksyen 376 (3) CPC dibaca bersama dengan Seksyen 376(4) berbeza dengan apa yang YBhg.Datuk hujahkan di-Mahkamah,sedangkan undang-undang yang dipakai ialah CPC yang sama.

6.6. Dengan mengenepikan persoalan kesahihan perlantikkan DPP-DPP berkenaan sebagai Ahli Panel Bebas,diharap YBhg.Datuk jelaskan sama ada sekumpulan DPP yang dilantik sedemikian itu mempunyai hak dan kuasa untuk mengadili (adjudicate) perkara berkaitan kelakuan dan/atau salah-laku jenayah seorang Peguam Negara,sama sepertimana hak dan kuasa sebuah Tribunal yang dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong setelah dinasihatkan oleh Perdana Menteri mengikut Perlembagaan Persekutuan.

6.7. Saya percaya YBhg.Datuk tidak akan menafikan telah menerima ketiga-tiga laporan perubatan disediakan oleh Dr.Rahman dalam persoalan ini,menerusi salinan surat-surat saya bertarikh 15.4.2009 dan 7.5.2009.Saya percaya YBhg.Datuk bukan orangnya yang akan membakul-sampahkan dokumen-dokumen tersebut, sebaliknya YBhg.Datuk telah meneliti kesahihan laporan-laporan berkaitan dengannya.

6.7.1. Oleh hal yang demikian itu,bolehkah YBhg.Datuk jelaskan,keterangan yang macam mana lagi YBhg.Datuk ingin cari.

6.7.2. Malahan dengan hanya bersandarkan laporan saya bertarikh 15.4.2009 dan 7.5.2009 itu sahaja,saya yakin YBhg.Datuk telah boleh membentuk suatu kes prima facie terhadap Gani Patail dan orang atau orang-orang yang bersubahat dengannya, kerana memalsukan keterangan ketika proses penyiasatan kes mata lebam,tanpa perlu merujuk kepada kertas siasatan kes itu sendiri ataupun kertas siasatan SPRM berkaitan.

YBhg.Datuk,

7. Saya telah menunggu sehingga hari ini 5hb.Januari 2011 untuk mengedarkan maklum balas bersangkutan dengan kenyataan yang dibuat oleh YB Menteri-Menteri tersebut itu.Saya percaya YBhg.Datuk dan khasnya Gani Patail,masih ingat bahawa dua belas tahun lalu, pada 5hb.Januari 1999, Peguam Negara,Allahyarham Mohtar telah mengeluarkan Press Statement yang disediakan oleh Gani Patail berkaitan dengan Penyiasatan Polis dalam insiden mata-lebam kepada umum.Saya sendiri tidak akan lupa tarikh bersejarah ini.

7.1. Press Statement 5.1.199 inilah yang telah memusnahkan kredibiliti PDRM dan khasnya Pasukan Penyiasat insiden mata lebam ketika itu.Press Statement ini juga telah menyebabkan Jemaah Menteri terpedaya untuk mempercayai bahawa PDRM tidak berupaya untuk menangani sesuatu siasatan jika melibatkan pucuk pimpinan tertinggi sendiri,dan dalam hal ini penglibatan Ketua Polis Negara.Akibatnya Jemaah Menteri telah memutuskan bahawa Suruhanjaya Di-Raja pula dibentuk untuk mengambil alih siasatan daripada Polis.

7.2. Bagaimanapun PDRM akhirnya telah membuktikan bahawa ia adalah satu Pasukan yang berkecuali dan professional dan mampu menjalankan penyiasatan yang adil “without fear or favour”,sekalipun ianya adalah terhadap orang nombor satunya.Ini telah diakui oleh Ahli Suruhanjaya Di-Raja tersebut sepertimana yang dirakamkan dalam “Part Two,muka surat 69 perenggan 6.6.Laporan Suruhanjaya”,walaupun ramai yang tidak menyedarinya atau mempedulikannya.

8. Saya percaya YBhg.Datuk serta Pimpinan Tertinggi dalam Jabatan Peguam Negara,turut sedar, bahawa Press Statement 5.1.1999 itu adalah merupakan bukti utama yang boleh digunakan untuk mensabitkan beberapa kesalahan jenayah terhadap Gani Patail dan orang atau orang/orang yang bersubahat dengannya,berkaitan penipuan dan pemalsuan keterangan.

8.1. Bersempena dengan ulang tahun ke-duabelas Press Statement 5.1.1999 itu pada hari ini,saya mengajak YBhg.Datuk “to come clean” untuk menyelesaikan kemelut ini.

9. YBhg.Datuk bebas memilih untuk terus melindungi perbuatan jenayah ini dan terpaksa bersedia untuk terus berbohong untuk menutup pembohongan terdahulu yang tidak akan berkesudahan, ataupun YBhg.Datuk memilih untuk menyelamatkan kredibiliti Jabatan Peguam Negara pada hari ini,supaya membolehkan YBhg.Datuk dan rakan-rakan yang lain membuka tirai baru dalam membawa AG's Chambers kezaman kecermelangannya sebelum 1998.

9.1. Apa pun pilihan yang akan dibuat,saya inginkan YBhg.Datuk tahu bahawa penipuan dan pemalsuan yang dilakukan sejak 1998 itu dan terus terpaksa dilakukan sehingga hari ini, adalah berputik daripada perasaan marah, dendam peribadi dan keegoan sesaorang yang mengambil kesempatan situasi tidak menentu ketika itu.

10. Akhir kata saya menuntut maaf sekiranya surat rayuan terbuka saya kepada YBhg.Datuk ini membebankan,dan saya memohon maaf juga sekiranya terdapat kata-kata saya yang terlanjur atau menyinggung perasaan.Saya pernah membuat rayuan yang serupa kepada Allayarham Tan Sri Peguam Negara ketika itu, menerusi minit saya dalam muka surat 26 hingga 29 perenggan 10,11 dan 12 bertarikh 27.1.1999,dan diharap YBhg.Datuk sudi melihatnya jika ada kelapangan.

Salam sejahtera, selamat maju jaya dan Selamat Tahun Baru.

Terima kasih.

Yang benar,

(Mat Zain bin Ibrahim)

5hb.Januari 2011

PENGAKUAN BEKAS KETUA CID KUALA LUMPUR

Bekas pegawai penyiasat polis tragedi mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim, - Datuk Mat Zain Ibrahim sekali lagi membuat pendedahan menggemparkan melalui surat terbukanya kepada Peguam Cara Negara.

Dalam surat bertarikh 5 Januari lalu, yang dialamatkan kepada Datuk Idris Harun itu, bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur itu, mendakwa, ujian DNA yang dilakukan ke atas Anwar, sebelum ini adalah satu pemalsuan.

Sesalinan surat berkenaan dibekalkan kepada pihak media hari ini.

Mat Zain bagaimanapun tidak membekalkan butirannya tetapi berkata fakta yang dibekalkan dalam suratnya yang bertarikh 27 Disember tahun lalu sepanjang 13 halaman kepada Ketua Polis Negara dengan salinannya kepada perdana menteri dan Idrus adalah cukup jelas.

Beliau juga mendakwa pemalsuan berlaku dalam insiden mata lebam Anwar itu.

Selain itu, Mat Zain melalui surat berkenaan berkata kenyataan yang dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Husein di parlimen adalah maklumat palsu atau penyelewengan fakta.

Mat Zain dalam suratnya mendakwa semuanya berpunca dari Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Katanya, satu kes prima facie boleh difailkan ke atas Gani dan mereka yang bersubahat dengannya berdasarkan laporan yang dibuatnya pada 15 April 2009 dan 7 Mei 2009.

"Datuk (Peguam Cara Negara) bebas memilih untuk terus melindungi perbuatan jenayah ini dan terpaksa bersedia untuk terus berbohong untuk menutup pembohongan terdahulu yang tidak akan berkesudahan, ataupun Datuk memilih untuk menyelamatkan kredibiliti Jabatan Peguam Negara pada hari ini, supaya membolehkan Datuk dan rakan-rakan yang lain membuka tirai baru dalam membawa AG's Chambers ke zaman kecermelangannya sebelum 1998," tulis Mat Zain.

APA NAK JADI ANAK TUN MAHA THIR...

Banner laman Seksualiti Merdeka. Laman ini mencetuskan kontroversi kerana menyiarkan video pengakuan gay Azwan Ismail, iaitu "Saya Gay, Saya OK". Laman ini juga menyokong golongan homoseksual dan dilihat sebagai organisasi yang memperjuangkan nasib golongan naluri seksual songsang di negara ini.

Marina Mahathir ketika melancarkan Seksualiti Merdeka pada tahun 2009. Baca lanjut tentang hal itu di sini.

Semalam, Utusan Malaysia menyiarkan berita Gay Dilindungi VIP? Siapa VIP yang dimaksudkan? Tidaklah saya mahu menuding jari kepada Marina Mahathir walaupun anak mantan PM itu dilihat cenderung menyokong golongan itu. Malah marina Mahathir menyokong organisasi Seksualiti Merdeka. Dakwaan anak mantan PM ini menyokong golongan homoseksual ini ada diulas dengan lebih terperinci oleh beberapa blog termasuk Pria Malaya dan Milo Suam. Rajin-rajinlah membongkar arkib blog mereka untuk membacanya.


Agak pelik kerana Che Det seperti yang diketahui umum memecat Anwar Ibrahim atas alasan bahawa bekas TPM itu mengamalkan aktiviti liwat walaupun ketika membuat keputusan itu Anwar Ibrahim belum dibuktikan bersalah oleh mahkamah. Tindakan Che Det yang dilihat banyak orang sebagai sebagai bermotif politik itu menggambarkan bahawa beliau begitu benci akan golongan yang mengamalkan seks songsang. Bertentangan dengan bapanya, Marina pula dilihat yang begitu kuat berpegang pada prinsip hak asasi manusia dan terbuka apabila berbicara tentang golongan gay. Malah berdasarkan kenyataan dan penglibatannya dalam beberapa organisasi membuktikan bahawa dia penyokong kepada golongan gay di Malaysia.

Isu Marina Mahathir ini langsung tidak disentuh oleh jurublog UMCO yang bermati-matian menulis fitnah tentang isu liwat melibatkan Anwar Ibrahim, namun diam membisu apabila Marina Mahathir terbukti terlibat dalam pelbagai organisasi gay/homoseksual di Malaysia. Mereka hanya memejamkan mata tentang Marina Mahathir. Kita juga terfikir-fikir, apakah reaksi Che Det tentang sikap terbuka anaknya itu? Mustahillah Che Det tidak mengetahui sokongan terbuka anaknya itu terhadap golongan yang mengamalkan perbuatan yang dilaknati Allah SWT.


Cuba bayangkan jika Marina Mahathir ini Marina Anwar. Anda tentu sudah tahu reaksi penyokong tegar UMCO terhadap Marina. Anda juga mungkin dapat mengagak tindakan kerajaan terhadap organisasi atau Marina sendiri.

PRK DUN TENANG : INGATAN UNTUK PEMUDA PAKATAN RAKYAT

Yang Berhormat Tn. Hj Salahudin Ayob, Naib Presiden PAS telah melancarkan Jentera Pemuda Pakatan Rakyat bagi menghadapi PRK N.05 Dun Tenang pada 1/1/2011 (Sabtu lalu) di Bilik Gerakan Utama Pemuda PAS di Labis.
Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa Pemuda Pakatan Rakyat akan mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan namun jika Jentera Pemuda BN cuba bermain kasar sepertimana yang berlaku di Bagan Pinang, maka Jentera Pemuda Pakatan Rakyat sedia "meladeni" atau melayan permainan mereka.
Pesanan itu wajar diresap dalam jiwa setiap Pemuda Pakatan Rakyat agar tidak gentar berdepan dengan Pemuda Umno/BN.
Pesanan untuk Pemuda Umno/BN : Jangan cuba bermain api.... Pemuda Pakatan Rakyat Umpama Anak Harimau Yang Tak Perlu Diajar Makan Daging...."


05 January 2011

PRK DUN N.05 TENANG : PENGARAH PENDIDIKAN JOHOR BERKEMPEN UNTUK BN

MINYAK RON 97 NAIK LAGI

Semua sudah tahu bahawa Minyak Petrol Ron 97 naik lagi sebanyak 10 sen menjadikan RM2.40/liter.
Apa yang pasti dengan kenaikan minyak yang berturut-turut ini akan menyebabkan ribuan barangan akan turut naik walaupun ada jaminan dari pihak kementerian bahawa mereka akan mengawal dan memantau kenaikan harga barang. Walaupun usaha tersebut dilakukan namun setakat mana pihak kementerian mampu memantau kenaikan harga barang diseluruh negara.
Isu minyak masak juga heboh diperkatakan. Diberitakan harga minyak masak, bawang merah dan bawang putih juga akan naik mendadak. Nah... inikah kerajaan prihatin. Inikah slogan "Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan..."???
Bukan setakat orang2 kampung menderita akibat kenaikan harga barang, namun mereka2 yang bergaji dibawah paras kemiskinan yang hidup dibandar2 besar cukup terkesan dengan kenaikan beberapa harga barang.
Di Johor, selepas dikejutkan dengan kenaikan harga air, kini rakyat Johor terpaksa berdepan dengan kenaikan harga bahan api dan barangan lain. Apakah ini yang perlu dikorbankan oleh rakyat Johor bagi mengekalkan Umno/BN terus berkuasa??? Apakah ini yang dimahukan oleh rakyat Johor..??? Apakah Rakyat Johor tidak terkesan dengan kenaikan harga barangan ini??? Ayuh Bangkit Rakyat Johor.... Kita Tolak Umno/BN pada PRK Tenang dan PRU-13 nanti...

Hancur.. Hancur... Hancur Umno
Hancur.. Hancur... Hancur BN
Hancur.. Hancur... Hancur APCO

MAKAN MALAM BERSAMA DS ANWAR DAN CERAMAH UMUM

Dato Seri Anwar bin Ibrahim akan sekali lagi berada di Labis pada 6hb Januari 2011 ini untuk satu Majlis Makan Malam dan Ceramah Umum anjuran Keadilan Cabang Labis.
AMK Johor menjangkakan bahawa majlis ini juga akan mendapat gangguan dari pihak Polis sepertimana yang berlaku pada 3hb Januari yang lalu namun pada hari tersebut semuanya terkawal.
Antara program2 yang telah disusun pada 6 Januari 2011 tersebut adalah :-

  • Jamuan Makan Malam di Restoran G & D di Pekan Labis
  • Ceramah Umum di Bilik Gerakan UPU Tenang Station, Labis
  • Ceramah Umum di Bilik Gerakan UPU Kg. Tenang, Labis
Penduduk disekitar Labis adalah dijemput hadir ke program tersebut.

Ketua AMK Cabang pula diminta menghantar seberapa ramai AJK AMK Cabang bagi membantu tugas2 yang perlu terutama dari segi keselamatan.

JANGAN LEBIH-LEBIH

Semenjak kebelakangan ini apabila diberitakan PRU-13 semakin hampir, beberapa pimpinan PKR Johor terutama Ketua Cabang sudah mula melobi untuk menjadi calon. Bertambah muak dan mual lagi apabila ada sesetengah pimpinan PKR Johor cuba mengampu Pengerusi MPN Johor, Datuk Chu Jui Meng dengan pelbagai pujian dan sentiasa mendampingi Datuk Chua Jui Meng ke mana sahaja.
Sikap dan perangai tersebut menyebabkan beberapa Ketua Cabang sudah mula buka mulut dan merasa muak dengan perlakuan sesetenggah Ketua Cabang yang berperangai sedemikian. Jikapun benar mahu menjadi calon pada PRU 13 nanti, bukan begini caranya. Tunjukkanlah kreadibiliti, kesungguhan dan rajin bertemu rakyat di kawasan yang hendak ditandingi. Gerakerja yang tersusun serta perkukuhkan organisasi serta perbanyakkan ranting.
Justeru AMK Gelang Patah mengharapkan mana2 pimpinan Keadilan Johor yang mahu bertanding pada PRU 13 nanti bersikap matang dan profesional. Kami mahukan calon yang benar2 berkelayakan dari pelbagai sudut.

PRK N.05 TENANG : AMK JOHOR ADA SLOT ISTIMEWA UNTUK TS MUHYIDDIN

Akhirnya bertemu di gelanggang sendiri. Itulah ungkapan istimewa kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila setelah beberapa PRK di luar Johor memperlihatkan TS Muhyiddin menyerang DS Anwar dan melabelkan DS Anwar sebagai pengkhianat.
Di PRK Tenang ini, AMK Johor akan menyediakan pentas khas khusus untuk perdebatan antara TS Muhyiddin Yassin dan DS Anwar Ibrahim. Kali ini TS Muhyiddin tidak boleh mengelak lagi dan beliau kena berdepan dan berdebat dengan DS Anwar mengenai isu "Pengkhianatan Bangsa Melayu" yang sering keluar dari mulut beliau.
Tenang/Johor diibarat gelanggang sendiri buat TS Muhyiddin dan kali ini beliau tidak boleh lari lagi. Yang pastinya beberapa Jawatankuasa telah dibentuk khusus untuk mengendali program ini.
Harapan AMK Johor agar TS Muhyiddin tidak kecut dan bacul untuk berdepan dengan DS Anwar dalam perdebatan "SIAPAKAH SEBENARNYA PENGKHIANAT BANGSA MELAYU". Nantikan sajian istimewa dari AMK Johor untuk Tan Sri Muhyiddin Yassin.

PRK N.05 TENANG : MUNGKINKAH PENGUNDI INDIA PENENTU KEMENANGAN

Pengundi kaum India sejumlah 12% di Tenang mungkin menjadi pengundi penentu kemenangan samada kepada BN atau PR. Berdasarkan senarai pemilihan terkini yang di keluarkan oleh SPR, DUN Tenang mempunyai kira2 1800 pengundi kaum India.
Menurut salah seorang penduduk di salah sebuah estet di dalam DUN Tenang, Presiden MIC dan beberapa pimpinan MIC negeri Johor ada melawat mereka beberapa hari lalu namun akibat dari kemarahan kaum India terhadap MIC yang mereka harapkan membela mereka, beberapa insiden telah berlaku sehinggakan rombongan MIC itu dihalau keluar bahkan rombongan itu dihalau oleh penduduk yang terlalu marah kepada pimpinan MIC sehingga ada yang mengeluarkan parang.
Berbeza dengan kehadiran Exco AMK Pusat, Sdr, Sacchi dan Ketua Penerangan AMK Gelang Patah, Sdr. Ravin serta beberapa lagi pimpinan AMK ke Ladang Bukit Dato'. Pada mulanya penduduk menyangkakan pimpinan MIC datang lagi namun setelah diterangkan kedudukan sebenar akhirnya penduduk memberi layanan yang cukup baik.
Beberapa isu dapat diterangkan dan diperjelaskan dengan baik oleh Sdr. Sacchi dan teman2 yang lain. Penduduk memberitahu bahawa sumber berita mereka hanyalah media arus perdana dan akhbar2 haria yang pro kepada kerajaan.


Iktibar dari perjumpaan itu, Sdr. Sacchi menerangkan bahawa perlunya kempen penerangan kepada penduduk2 di pendalaman kampung dan estet kerana mereka kurangnya terdedah dengan media2 baru. Sumber maklumat dan pengetahuan mereka amatlah terhad dan inilah sebenarnya peranan dan cabaran AMK untuk turun ke padang bertemu dan merenagkan isu sebenar kepada rakyat. Semoga Tenang dapat memberi inspirasi kepada jentera AMK untuk berdepan dengan PRU-13 nanti.