Dato' Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatannya ke Johor untuk kali yang ke-3 pada tahun ini apabila Cabang Sekijang dan Parit Sulong menjadi cabang pilihan pada lawatan kerja beliau ke Johor kali ini. Lawatan Dato' Seri Anwar ini juga mengambarkan betapa seriusnya usaha beliau untuk menawan Johor pada PRU-13 nanti. Bermula pada 25 Mei 2009, Dato' Seri Anwar membuat lawatan pertamanya di Parlimen Johor Bahru dan Gelang Patah. Disusuli dengan kemasukan Dato' Chua Jui Meng ke dalam PKR menambahkan lagi keyakinan dan semangat beliau untuk bersama-sama rakyat Johor yang mahukan perubahan untuk menumbangkan kerajaan Umno/bn pada PRU-13 nanti. 1 Ogos 2009, Dato' Seri Anwar membuat lawatan ke Batu Pahat dan Bakri dan pada 06 September ini sekali lagi beliau ke Johor dengan harapan agar Parti Keadilan Rakyat bersama PAS dan DAP dapat menumbangkan Umno/bn di Johor ini.
Kehadiran Dato Seri Anwar ke Johor kali ini menggambarkan kesungguhan beliau yang mahukan kejayaan lebih besar untuk Pakatan Rakyat pada PRU-13 nanti. Jika sebelum ini beberapa pimpinan Pakatan Rakyat menggambarkan bahawa amat mustahil untuk menumbangkan Umno/bn di Johor ini kerana di negeri inilah Umno lahir. Namun semuanya sudah berubah. Kesungguhan juga jelas apabila beberapa pimpinan utama parti dalam Pakatan Rakyat sudah mula turun padang untuk bersama-sama rakyat Johor yang dahagakan perubahan. Kehadiran pimpinan utama Pakatan Rakyat memberi sejuta kerisauan kepada pemimpin Umno/bn. Jika sebelum ini Menteri Besar memperkecilkan Pakatan Rakyat terutama PKR, kini beliau terpaksa menelan kata2nya apabila kemaraan Pakatan Rakyat di Johor ini semakin jauh melangkah.
Bermula dari kemasukan Datuk Chua Jui Meng ke dalam PKR, keretakan MCA Johor semakin ketara apabila Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek telah dipecat dari parti MCA gara2 skandal video lucah. Pemecatan tersebut telah membawa keretakan amat ketara dalam parti MCA Johor umpama "retak menanti belah". Khabar2 angin bertiup kencang apabila ada Yang Berhormat dari MCA bakal menyertai PKR semasa kehadiran Dato' Seri Anwar ke Johor 6 September nanti.
MCA Gelang Patah yang merupakan penyokong kuat Datuk Seri Chua Soi Lek diberitakan akan membubarkan beberapa cawangan di Parlimen ini jika kemelut pemecatan Datuk Seri Chua Soi Lek tidak dapat diselesaikan. Beberapa AJK MCA sudah menghubungi beberapa pimpinan PKR di Gelang Patah dan telah mengadakan pertemuan.
Namun apakah kita selaku pimpinan Parti Keadilan Rakyat bersedia untuk menerima perubahan ini...?? Apakah cukup sekadar meraikan kehadiran Dato' Seri Anwar Ibrahim ke Johor tanpa kita melakukan sesuatu yang lebih besar dari harapan Dato' Seri Anwar..??? Apakah sudah cukup ampuh dan kukuh jentera parti untuk digerakkan bagi PKR mencipta kemenangan dan sejarah di Johor ini..???
Sebagai anak muda, kami mengharapkan agar Pimpinan PKR Johor dapat memperkukuhkan lagi hubungan antara satu sama lain. Perkukuhkanlah jentera parti. Ketepikan agenda peribadi. Yang penting matlamat parti tercapai. Buang yang keruh ambil yang jernih. Ketepikan sementara keegoan masing2. Ingat... Kita masih pembangkang di Johor yang tiada apa2 kerusi yang kita menang pada PRU-12 yang lepas. Bermuhasabah adalah jalan terbaik. Jika mahu kemenangan di Johor, ketepikan segala yang negatif dan berfikirlah secara positif untuk mencipta kemenangan. Ingat... kita berdepan dengan musuh yang serba lengkap. Jika kita tidak bersedia dari segi fizikal dan mental pasti kekalahan menanti kita. Ingat kita mahu jatuhkan lawan iaitu Umno/Bn bukan kawan dalam jemaah kita.
No comments:
Post a Comment