
Kalau tidak mengalami sendiri sebahagian dari episod malam tersebut, saya tidak akan percaya apa lagi ia berlaku di Johor Darul Takzim negeri kubu Umno yang masyarakatnya dianggap kelas nombor wahid. Tentu saya akan mengatakan masakan orang Johor khasnya orang Sembrong sanggup bertindak rakus begitu. Menjadi liar bagaikan binatang yang tidak bertuan atau kurang ajar?




Melihat sikap polis itu menyebabkan saya tertanya dalam hati, apakah tujuan polis ke kawasan itu? Apakah sebenarnya yang dijaga dan dikawal? Apakah untuk keselamatan umum atau untuk melindungi kumpulan liar itu?
Kalau polis bersikap adil dan tegas mereka boleh menyuraikan kumpulan liar itu. Dengan kuasa yang ada kepada mereka, polis boleh menghalangnya. Ada sebuah trak yang siap dengan pasukan topi merah (FRU) cukup untuk menghuraikan kumpulan kira-kira 200 hingga 300 orang itu.
![]() |
Antara Pemuda Umno yang terlibat |
Masih segar dalam ingatan bagaimana penyokong Umno Semberong yang sudah kesaruk syaitan membantai kereta rasmi Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kenderaan yang saya naiki berada dihadapan kereta yang dinaiki oleh Datuk Seri Anwar terpaksa berhenti akibat ditahan oleh samseng upahan Umno. Pada ketika itu saya segera keluar untuk melindungi Datuk Seri Anwar. Ketika itu juga AMK Johor diketuai oleh Timbalan Ketua AMK Johor meluru ke arah Datuk Seri Anwar untuk memberi perlindungan. Pada ketika itu jugalah penyokong Umno/BN membantai, memukul dan menendang kereta rasmi Datuk Seri Anwar. Saya meluru ke arah kumpulan tersebut apabila melihat salah seorang diantara mereka mengangkat batu untuk dihempaskan ke arah cermin kereta Datuk Seri Anwar. Saya cuba menahan dan pada ketika itulah berlaku tarik menarik. Saya cuba ditarik masuk ke dalam kumpulan itu sehinggakan baju saya koyak. Saya mempertahankan diri dan pada ketika itulah saya dikeroyok oleh samseng upahan Umno. Ketika itu keadaan sudah tidak terkawal. Mujurlah AMK Batu Pahat membantu dengan menarik saya keluar dari kawasan itu.
![]() |
Pada ketika ceramah hampir selesai, saya dinasihati agar membawa Datuk Seri Anwar melalui "jalan dalam". Mereka khuatir "samseng upahan" Umno itu akan bertindak liar lagi.
Saya amat yakin mereka diajar dan digalakkan serta dilindungi oleh orang tertentu yang cukup berpengaruh dan kebal untuk ditangkap oleh pihak polis yang bertugas. Kalau mereka tidak "dipayung" oleh seseorang yang cukup berpengaruh masakan mereka boleh dibekalkan dengan t shirt, bendera, mercun, telor tembelang dan segala macam alat untuk mengganggu ceramah tersebut. Mungkin mereka tembolok mereka telah disumbat dengan "air kencing syaitan" atau pil kuda sehingga mereka bertindak seperti orang hilang akal. Jelas mereka telah di ajar dan ada pengarahnya.
Soal kecederaan yang saya alami itu soal kecil tetapi tindakan liar dan samseng Pemuda Umno Sembrong seolah-olah cuba menguji kesabaran AMK Johor. Malahan pada malam itu ada petugas AMK Johor yang ingin menyerang balas. Mujur saya dan beberapa pimpinan AMK Johor yang lain cuba menenangkan keadaan. Jika tidak pasti akan berlaku pergaduhan besar.

Kepada AMK Johor, jadikan kejadian di Sembrong sebagai pengajaran. AMK Johor perlu sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Komitmen di Sri Gading dan Bakri membuktikan bahawa kita mampu berdepan dengan sebarang provokasi oleh "samseng upahan" Umno. Ingat pesanan Ayahanda.... "Membujur Lalu Melintang Patah"
Lawan tetap Lawan
Ketua AMK Johor
No comments:
Post a Comment