AMK Johor telah melancarkan kempen keahlian melalui SMS bagi membantu Keadilan Johor memperhebat kempen keahlian yang mensasarkan 100,000 keahlian pada tahun ini. Kempen tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 10 Mac 2012 yang lalu di Sri Gading. Beliau yang hadir ke Parlimen Sri Gading untuk satu siri Ceramah Umum di Parit Salleh Ros, Parit Raja.
Kira-kira 4,000 orang telah hadir pada malam itu untuk mendengar penjelasan oleh Datuk Seri Anwar tentang beberapa isu. Ceramah tersebut juga telah mendapat kawalan sepenuhnya dari anggota Polis dan FRU susulan dari tindakan provokasi melampau yang dilakukan oleh penyokong Umno/BN di Sembrong beberapa minggu yang lalu.
Ada juga cubaan melakukan provokasi dari Umno Sri Gading yang turut mendapat sokongan dari YB Parit Raja namun kehadiran Team AMK Johor yang ramai, dibantu pula oleh Unit AMAL sedikit sebanyak telah merencatkan perancangan mereka. Kurangnya sambutan dari anak muda setempat juga menjadi penyebab mereka berpindah ke kawasan lain.
Sebelum itu, Datuk Seri Anwar berceramah di Pt. Arab, Bakri dan merasmikan Pusat Bertindak AMK Cabang Bakri. Tiada provokasi dilakukan oleh penyokong Umno/BN. Walaupun begitu AMK dan Unit AMAL telah bergabung dan sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
Keseluruhan program pada malam tersebut telah berjalan lancar dan mengikut jadual yang telah ditetapkan. AMK Gelang Patah sendiri telah menghantar kira-kira 15 orang AMK untuk membantu AMK Johor menjaga dan mengawal keadaan. Tahniah diucapkan kepada seluruh AMK Johor yang hadir pada malam tersebut.
Untuk mendaftar sebagai ahli baru Parti Keadilan Rakyat, sila taip TXT AMKJOHOR REG NAMAPENUH DAERAH dan hantar ke 32088 (Contoh : TXT AMKJOHOR REG AHMAD BIN SULAIMAN JOHOR BAHRU dan hantar ke 32088) - Pihak kami akan menghubungi anda....
Lawan tetap Lawan.....
No comments:
Post a Comment