DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

07 March 2012

KETUA AMK PERSOAL KENAPA RAZAK BAGINDA TIDAK DIPANGGIL MEMBELA DIRI...

Adakah kerana Abdul Razak Baginda merupakan rakan rapat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyebabkan individu itu tidak dipanggil untuk membela diri dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu?
Itu persoalan diajukan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin berhubung keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Mohd Zaki Md Yasin tidak memanggil Razak Baginda membela diri dalam kes pembunuhan kejam berkenaan.
Ini kerana katanya, asas kepada kes itu ialah tindakan Abdul Razak Baginda meminta Ketua Pengawal Peribadi Najib, Musa Safri menangani apa yang didakwanya sebagai ugutan wanita itu terhadapnya.
“Persoalannya juga, mengapa Razak Baginda tidak melaporkan kes ugut itu terus kepada polis,” soal Shamsul yang juga seorang peguam ketika dihubungi Keadilandaily.com hari ini.

Beliau mengulas mengenai penghakiman penuh yang ditulis oleh Hakim Mohd Zaki setebal 70 muka surat.
Antara lain, Mohd Zaki mengakui Abdul Razak, yang juga seorang penganalis politik, mungkin mempunyai motif untuk membunuh Altantuya kerana wanita tersebut pernah mengugutnya.
Namun hakim tersebut memutuskan ia tidak boleh menjadi asas kepada mahkamah memanggil tertuduh berkenaan untuk membela diri.
Sedangkan kata Shamsul, hakim sendiri mengakui tertuduh itu mungkin mempunyai motif membunuh Altantuya.
“Dalam sesuatu kes jenayah, ia mesti ada niat dan niat itu pula akan disusuli dengan tindakan
“Hakim sepatutnya panggil Razak Baginda membela diri dan memberi keterangan berhubung motifnya dalam kes ini,” katanya lagi.
Dalam penghakiman penuh tersebut, hakim Mohd Zaki menjelaskan sebab dua anggota polis dari Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman bunuh.
Mohd Zaki juga menyatakan keadaan si mati yang dibunuh itu adalah tragis, dan “mereka yang melakukan perbuatan terkutuk ini di mana mangsa diletupkan adalah bertujuan untuk menghapuskan bukti”.
Azilah dan Sirul Azhar, dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 9 April, 2009, selepas mendapati mereka bersalah membunuh Altantuya di Mukim Bukit Raja antara 9.45 malam pada 18 Okt, 2006, dan 9.45 malam hari berikutnya.
Kedua-dua mereka yang merupakan anggota komando Unit Tindakan Khas polis, kemudiannya memfailkan rayuan mereka di Mahkamah Rayuan.
Abdul Razak Baginda pula dituduh bersubahat dengan mereka dalam pembunuhan wanita Mongolia itu, namun dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Oktober, 2008, tanpa dipanggil membela diri.
Sepanjang perbicaraan selama 159 hari Sirul Azhar dan Azilah Hadri enggan mendedahkan muka.

No comments: