Hari Deepavali disambut sebagai pesta cahaya, zahir kemenangan kebaikan ke atas kejahatan. Kemenangan kebaikan, tidak dapat tidak berteraskan amalan berbuat baik dan meninggalkan kemungkaran. Bait dari Thirukural ada menyebut;
“Sesungguhnya dengan amalan kebaikan maka hadirlah kemuliaan, sesungguhnya kejahatan itu menjelma apabila kita melupakan amalan kebaikan.”
Hikmah dari bait itu mengungkap fitrah pertembungan cahaya dan kegelapan. Oleh kerana itu, setiap kali kita mendekati kezaliman dan melakukan perbuatan jahat maka semakin malaplah kemuliaan, keadilan serta karamah insaniah.
Justeru saya menyeru agar semua rakyat Malaysia turut serta bersama menegakkan keadilan yang merupakan kelangsungan dari fitrah manusia yang mahukan kebenaran dan menolak kebatilan.
Sempena sambutan Deepavali tahun ini saya ucapkan Deepavali Nal Vathukal
ANWAR IBRAHIM
No comments:
Post a Comment