DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

03 November 2011

BEKAS KETUA AMK GELANG PATAH DIMASUKKAN KE HOSPITAL

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Gelang Patah, Sdr. Adnan Hasyim telah dimasukkan ke Hospital Besar Ipoh setelah pihak hospital mengesahkan buah pinggang beliau bengkak dan perlukan pembedahan segera.
Penulis mengenali beliau ketika hadir pada perbicaraan DS Anwar beberapa bulan lalu. Beliau yang kini menetap di Ipoh, Perak dan merupakan antara nadi penggerak Keadilan Perak. Bak kata pepatah melayu "benih yang baik, campak ke laut akan jadi pulau, campak ke darat akan jadi bukit". Beliau kini ditempatkan di Wad 2A, Hospital Besar Ipoh.
Pada 9 Julai lalu, beliau menyertai demo "BERSIH 2.0" di ibu negara dan beliau antara mereka yang telah ditahan oleh pihak polis.
AMK Gelang Patah menyeru kepada orang ramai terutama AJK AMK Gelang Patah menghulurkan bantuan bagi meringankan beban Sdr. Adnan yang banyak berjasa kepada pergerakan Keadilan di Gelang Patah ini.
Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun Maybank beliau (1581 1812 8567) "Adnan bin Hasyim". Mudah-mudahan sumbangan kita dapat meringankan beban keluarga Sdr. Nan.
Kami dari AMK Gelang Patah mendoakan agar Sdr. Nan Hashim selamat menjalani pembedahan dan segera sembuh dari penyakit yang ditanggungnya.


~ DEMI RAKYAT ~

1 comment:

figura said...

demi rakyat ke?? ambiga tu bkn muslim pn..popular dgn isu yg byk menghentam islam..itu pn nk ikut die ke?? ambiga menyokong sexualiti merdeka pn kira BELA rakyat ke?? ade nk buat demo tak mcm bersih??

PKR sekular sgt ni...TOLONG BERTINDAK BIJAK..