DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

29 October 2008

KEPUTUSAN MAHKAMAH KG. PLENTONG TENGAH : KETUA CAW. UMNO PENGHIANAT BANGSA

Suasana kecoh diluar Mahkamah Tinggi Johor Bahru berlaku apabila Pegumbela dan penduduk Kg Plentong Tengah apabila Hakim memberitahu bahawa Afidavit pembelaan untuk meroboh rumah mereka ditarik balik.Dikatakan Ketua Cawangan Umno Kg Plentong Tengah (penduduk) telah datang ke mahkamah semalam dan meminta Afidavit pembelaan dibatalkan.

Penghakiman muktamat sidang hari ini semuanya dirobohkan.Hari ini hakim memutuskan bahawa penduduk Kg. Plentong Tengah wajib merobohkan sendiri rumah mereka pada atau sebelum 31 Dis. 2008. Dalam suasana tegang dan sedih itu, beberapa AJK AMK Johor hanya dapat menasihat penduduk agar bersabar dan menerima hakikat bahawa dikalangan mereka Ahli Umno menjadi penghianat bangsa sendiri.

Penduduk 'dalam terpaksa' membuat akuan di hadapan Hakim untuk merobohkan rumah mereka sendiri sebelum 31 Dis 2008. Jika tidak esok rumah terpaksa dikosongkan dan dirobohkan oleh Pemaju Bukit Lenang.AMK Johor tidak menyangka UMNO menjadi penghianat bangsa melayu. Sia-sialah semua usaha kami disebabkan si-penghianat ini.

Bantah lanjutkan tempoh replika Anwar






Umno Gombak akan mengadakan "bantahan terbuka" jika Majlis Perbandaran Selayang (MPS) meluluskan permohonan melanjutkan tempoh menegakkan imej besar Datuk Seri Anwar Ibrahim."Jika MPS meluluskan, saya akan buat bantahan terbuka," kata ketua bahagian Abdul Rahim Kamaruddin.




Ditanya "bantahan terbuka" yang dimaksudkannya, beliau berkata: "Mungkin hantar (mesej) SMS pada yang dipertua (MPS) untuk menunjukkan rasa tidak selesa jika MPS memberikan kelulusan (lanjutan)."Semalam pengelola projek imej besar penasihat PKR itu R Viriya berharap imej setinggi 12.2 meter tersebut yang didirikan di satu simpang dekat Wisma Keringat, Batu Caves dapat disambung permit untuk tempoh kira-kira dua bulan lagi sehingga sambutan hari natal dan tahun baru. Tambahnya, beliau berhasrat membuat permohonan baru untuk melanjutkan tempoh permit dalam masa terdekat.Ia mula ditegakkan pada 28 September lalu dengan kelulusan pihak berkuasa tempatan itu bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri awal bulan ini dan Deepavali kelmarin. Kelulusan itu berakhir 4 November ini.




Bagaimanapun, tambah Viriya, jika MPS tidak meluluskannya, beliau bersedia meruntuhkannya.Dihubungi Malaysiakini pagi ini, Abdul Rahim berkata, imej besar itu tidak sepatutnya diluluskan sejak awal lagi kerana mengganggu kelancaran pemanduan di tempat itu."Saiznya besar, dekat dengan lampu trafik, ia patut dirobohkan. Saya dukacita dengan tindakan majlis memberikan kelulusan. "Dalam sejarah (penguasaan) Umno, kita tidak pernah minta (lesen penegakan imej besar), cukup dengan papan iklan. Itu pun untuk tujuan pelancongan," katanya.Beliau menambah, masyarakat sekitar kawasan itu juga mahu gambar besar itu diturunkan."Mereka banyak bercakap (hasrat itu)," katanya.Wakil rakyat PKR bagi kawasan Batu Caves, Amiruddin Shari yang merasmikan penegakannya bulan lalu berkata, tempoh yang diberikan sudah cukup dan tujuan imej itu "bukan untuk kekal"."Kita akan turunkan.




Tidak ada keutamaan untuk mengekalkannya. Ia tidak memberi banyak manfaat," katanya kepada Malaysiakini.Tambahnya, niat awal penegakan itu untuk menyambut Aidil Fitri dan Deepavali sudah tercapai."Apapun, saya akan bincang dengan Viriya dulu," katanya, yang juga naib ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK).Amiruddin bagaimanapun menafikan tidak berminat melanjutkan tempoh replika itu untuk mengelak kontroversi berpanjangan.Wakil rakyat PAS bagi Hulu Kelang, Saari Sungib pula berkata, hasrat itu "bagus dan perlu dipertahankan.""Tidak ada apa hal.




Daripada aspek politiknya, ia berkesan. Ia menunjukkan pengaruh Anwar. Tidak ada masalah, bagus, berkesan," katanya, yang juga ketua penerangan PAS Selangor.Sambil bergurau, beliau menambah: "Kalau boleh, biar besar lagi."Saari menegaskan, penegakan imej itu tidak menjadi masalah daripada aspek agama dan hanya menjadi isu kerana tidak dibuat dalam di papan iklan."Kalau (dilukis) di papan iklan pasti tidak ada bantahan," katanya.Imej itu mula mencetuskan kontroversi awal bulan ini apabila mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin dilaporkan mendakwa ia "berunsur keberhalaan" dan "perlu dihapuskan dengan segera." Amiruddin Shari, wakil rakyat PKR bagi kawasan itu menjelaskan "tidak pernah wujud aktiviti keberhalaan di tempat itu".




Viriya sebelum ini pernah berkata, penduduk setempat bersedia untuk merobohkannya jika kontroversi berlarutan berhubung penegakan replika gergasi itu.Pemuda PAS Selangor bagaimanapun menafikan imej gergasi itu termasuk dalam kategori patung yang diharamkan dalam ajaran Islam.Replika ini yang berharga RM5,000 dibina menggunakan duit sumbangan masyarakat setempat.

Penduduk Plentong Tengah diberi peluang hingga 31 Dis

Penduduk Kampung Baru Plentong Tengah akhirnya terpaksa berpindah selepas Mahkamah Tinggi Johor Bahru hari ini menolak rayuan mereka untuk kekal di kawasan tersebut sehingga rumah mereka siap. Bagaimanapun pesuruhjaya kehakiman Datuk Hue Siew Kheng membenarkan lebih 2,000 orang tinggal di situ, sebuah perkampungan Melayu yang dibuka sejak lebih 20 tahun lalu, sehingga 31 Disember ini.

Dua minggu lalu, syarikat pemaju Bukit Lenang Sdn Bhd mula menjalankan operasi merobohkan rumah-rumah di situ tetapi mendapat bantahan penduduk, aktivis dan ahli politik pembangkang.

Seramai 27 orang termasuk pemimpin PAS dan aktivis Suara Rakyat Malaysia (Suaram) ditahan polis lebih lapan jam kerana cuba menghalang peruntuhan rumah-rumah penduduk."Saya telah membuat permohonan lisan dan merayu atas budi bicara hakim, jangan robohkan dahulu kerana ada tawaran daripada agensi kerajaan negeri Johor untuk menyediakan rumah transit di Taman Desa Mutiara," kata Hassan Karim kepada Malaysiakini selepas keputusan itu.Beliau, yang bertindak sebagai peguam penduduk Plentong Tengah berkata, pihaknya memohon melanjutkan hingga tarikh berkenaan bagi membolehkan pemaju rumah sementara itu - yang terletak kira-kira 20 minit dari kampung tersebut - menyediakan prasarana termasuk elektrik dan air.

Penduduk kampung, jelas Hassan yang juga presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM), bersetuju berpindah ke rumah pangsa tersebut setinggi lima tingkat. Terdapat 600 unit rumah di kawasan perumahan pangsa itu.Menurutnya, sekumpulan kecil penduduk membuat aku janji dengan peguam Bukit Lenang Sdn Bhd untuk keluar dari perkampungan itu menjelang 31 Disember ini."Nampaknya mereka bersetuju dan ia direkodkan oleh mahkamah. Seramai 20 penduduk telah menandatangani aku janji tersebut," tambah Hassan.Aku janji itu direkodkan oleh penolong pendaftar mahkamah Johor Bahru bertujuan mengelakkan berulang ketegangan baru antara penduduk dan pemaju, tambahnya.

Sementara itu, ketua Umno cawangan Kampung Baru Plentong Tengah, Mohd Shaari Mohd Sham akan mengadakan mesyuarat dengan penduduk bagi membincangkan langkah seterusnya setelah mahkamah menolak rayuan mereka."Saya akan berbincang dengan penduduk kampung berhubung dua perkara. Pertama, pengurusan rumah transit dan kedua, pembangunan dan perkembangan penempatan baru di Bukit Dagang," katanya kepada Malaysiakini.
Menurutnya, mereka akan bermesyuarat pada malam ini atau pagi esok.Beliau juga merancang bertemu pegawai daerah Johor Bahru jam 11 pagi esok untuk mengetahui kemajuan pembinaan penempatan mereka di Bukit Dagang.

Ditanya bagaimana perasaan penduduk setelah mendengar keputusan rayuan mereka itu, beliau berkata:"Mereka menerima keputusan mahkamah dan mereka tidak kecewa jika hendak dibandingkan dengan tindakan perobohan yang begitu drastik (16 September)."Mengulas sama ada mencukupi jumlah rumah transit yang diberikan kepada lebih 300 keluarga, beliau berkata: "Mencukupi dan tak ada masalah."

BANYAK PULAK DUIT HISHAMUDDIN BELI HUMMER

Hishamuddin Tun Hussein...turun padanglah bro..

Semalam teman ke kedai buku, Pustaka Rakyat...kat Bandar Baru Ampang tu.. Tauke dia cina tapi buku agama pun banyak dijual di sini. Dulu...Quranpun dia jual...cheh...!!

Saja ke kedai tu untuk belikan buku2 catitan dan latihan untuk anak2 teman. Cuma satu benda ni teman nak share dengan penduduk Bukit Indah. Anak teman yang sulong tu dah tingkatan 4. Dia aliran sains. Jadi...antara buku yang dibeli ialah subjek biologi.

Bukan main seronok anak teman ni bila teman beli kan buku2 ni....hairan juga. Sebab anak teman ni bukan jenis baca buku sangat. Dia ikut perangai teman...belajar last minute....
Bertanyalah teman.."Kenapa abang suka sangat?"

"Terima kasih banyak lah ayah belikan buku bio ni....sekolah abang lab tak cukup kelengkapan. Kadang2 nak buat experiment tak cukup bahan!!" Keluh anak teman...
"Ai tak kan teruk sangat sekolah abang ni? Abang tak pernah cakap kat ayahpun?" Terbeliak biji mata teman.

"Abang tak de lah teruk sangat. Tution Mawar ada ajar benda tu semua...cuma kat sekolah tak boleh buat.!" Jawab anak teman yang memang tak banyak kerenah ni...
Ini yang buat teman naik angin ni. Bukan apa....dah 51 tahun merdeka...tak jauh dari kota raya ni masih ada sekolah peghak macam ni? Apa Hishamuddin Tun Hussien buat?

Rumah Hishamuddin kat Taman TAR, Ampang Jaya tu kira 2-3 kilometer aje dari SMK Taman Bukit Indah ni. Teman ingat...sekalipun dia tak pernah jejakkan kaki dia kat sekolah tu...entah dia tahu ada sekolah kat sini ke tidak...temanpun tak tau...??

"Apa lagi yang tak de kat sekolah abang ni? Kimia macam mana? Fizik macam mana?" Tanya teman lagi...

"Lebih kurang aje.....!! Blok D tu api letrik pun tak ada. Kabel kena curi?" Anak teman buka cerita...

"Guard buat apa?" Teman makin bengang...

"Mana abang tau...tidor kot? Pak Lahpun tidor...!!" Cheh...anak temanpun tau Pak Lah tidor.....
Letih betullah sekolah ni. Bila mesyuaratPIBG...macam2 cadangan dikemukakan. Semuanya macam nak diambil tindakan. Tapi sekolah ni macam tu jugalah...dahlah mutu pembinaan hancur...kalu tak percaya pergilah tengok. Dari jauh kita dapat lihat cermin tingkappun tak ada...Apa ke hei? Pejabat Pelajaran Negeri/Daerah buat apa?

Dengan disiplin pelajar yang makin merosot...kadar ponteng yang tinggi dan sebagainya...macam manalah sekolah macam ni boleh dianggap antara sekolah yang terbaik di daerah Gombak? Ataupun sekolah lain lagi teruk?

Itulah negara kita. Pemimpin asyik berpolitik...tanggungjawab tak terlaksana. Hishamuddin tu kalu jual Hummer dia sebiji dah settle soal lab sekolah ni....Kalu dia jimat RM3 juta yang digunakan untuk pemilihan Umno peringkat bahagian dia...2-3 blok sekolah lagi boleh ditambah..
Bukan tu aje. Si Norza (wakil pemuda Umno dalam MKT) tu biasa tinggal kat Bukit Indah ni...anak2 dia pun pernah sekolah di sini. Apa mangkok ni buat??

Hishamuddin sesekali pergilah melawat SMK Kosas tu. Pagi2 lepas Subuh cuba drive Hummer tu kat Jalan Kosas 1/3...lorong celah2 Klinik Pergigian Tan dan Kedai Serbaguna tu...tengok anak2 melayu dengan pakaian seragam sekolah menyedut asap rokok. Adalah 20-30 orang kat situ. Lelaki perempuan. Buat malu kaum aje...!!

Cuba buat macam mana Saidina Omar Al-Khattab dan Khalifah Omar Abdul Aziz buat.... Tengok2 lah apa yang berlaku di bawah ni...Ataupun Hishamuddin tak tau siapa 2 tokoh penting ini? Mereka bukan JKK Umno ye...!!

Ini sekolah kat pinggiran ibu kota....kat Sabah dan Sarawak macam mana?
Dalam pemimpin dok sibut perabeh duit rakyat...anak2 dinafikan pendidikan yang sewajarnya mereka perolehi.

11 October 2008

KHALID NORDIN ....PEJUANG HIPOKRIT???

Siapa peduli ???

Semalam kami terharu apabila Dato' Seri Anwar Ibrahim menalipon Setiausaha AMK Johor semalam petang. Beliau menyatakan kebimbangan kerakusan pihak berkuasa sekarang untuk merobohkan semua rumah , bangunan dan Surau di Kg. Plentong Tengah, Plentong Johor.

DSAI minta seluruh jentera AMK Johor membantu penduduk disitu sehingga ke peluh dan usaha terakhir. Beliau akan cuba sedaya upaya untuk membantu kampung yang telah dibayar sebahagian hakmilik tanah itu.Terdahulu Ketua dan Naib Ketua AMK Malaysia telah datang ke Kg. Plentong Tengah pada pertengahan Ramadhan yang lepas. Sokongan moral, sumbangan,kata-kata semangat dan nasihat telah beliau sampaikan pada masjis berbuka puasa.

Malangnya ahli parlimen Tebrau iaitu En. Khalid Nordin hanya sibuk merebut jawapatan Ketua Bahagian & MT UMNO tanpa memperdulikan para penyokong dan pengundinya. Pemimpin yang berjiwa konon-kononnya mulia ini sebenarnya salah seorang yang Hipokrit. Diberitahu pondok Polis akan ditempatkan disitu bagi menyekat dan menangkap 'sesiapa yang dianggap onak'. Penduduk disitu dimaklumkan secara lisan bahawa roboh tetap roboh, hanya menanti hari yang sesuai.

Surat rayuan penduduk yang diajukan kepada Menteri Besar Johor ada yang yang memberitahu telah berada 'ditong sampah' untuk menanti masa untuk dihantar ke tempat 'pembuangan pusat sampah'.

Kepada semua rakyat Malaysia, Kg. Plentong Tengah bukanlah kawasan Setinggan tetapi pemilik tanah berbangsa Singh telah diambil deposit dan pada masa yang sama Sigh penipu itu telah menjualnya kepada syarikat yang mempunyai talian darah denganIstana. Ratusan ribu ringgit telah diserahkan tetapi En. Khalid Nordin, En Ghani Othman dan En. Shahrir Samad lebih sibuk untuk pertandingan untuk program 'Raja Lawak musim ke-3'.

10 October 2008




Mewakili suara sepakat gagasi AHLI ANGKATAN MUDA KEADILAN (AMK) GELANG PATAH,
]
kami ingin mengambil kesempatan dalam kesibukan melipat gandakan amalan mengejar pahala bulan Ramadhan serta perayaan Eid Fitri, juga keprihatinan yang berterusan dalam merealisasikan perjuangan
HARAPAN BARU UNTUK RAKYAT, AMK GELANG PATAH dengan asli dan tulus mengucapkan kepada semua kenalan-penyokong-ahli SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.
Diharapkan semua amalan diterima, diharapkan kedatangan bulan Syawal disambut dalam perasaan LEBIH gembira, keadaan senang dan penuh peringatan sebagai insan yang menghayati Ihsan.Segala salah-silap yang dilakukan, dituturkan dalam keadaan sedar atau tidak sengaja sepanjang memegang amanah-kepercayaan sebagai ahli AMK GELANG PATAH, dimaafkan dan sebaliknya.
Sesungguhnya itu adalah kelemahan iman kami sebagai insan.Teruskan setia dengan visi perjuangan kerajaan baru PAKATAN RAKYAT.
Insya’Allah (God’s will).
"dari kemenangan kepada kejayaan"
AMIR DAN SAIFUL
AHLI AMK GELANG PATAH..
-sembawang,singapore.

08 October 2008

Laporan Sinar Harian Amat Dikesali

Sinar Harian telah secara salah melaporkan kenyataan saya yang dibuat pada 7hb Oktober di perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta. Laporan Sinar Harian tersebut menyatakan bahawa saya percaya Datuk Seri Najib Tun Razak mampu mendapat sokongan yang lebih dalam menguruskan ekonomi dan membersihkan negara ini daripada amalan rasuah.
Ini adalah tidak benar. Laporan tersebut jelas memutar belitkan kenyataan saya yang dibuat pada 7hb Oktober berkenaan proses peralihan kuasa dalam Umno.
Sebaliknya saya yakin sekiranya Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri, negara ini akan terjerumus ke dalam bencana yang besar.
Datuk Seri Najib Tun Razak secara jelas menyatakan beliau sebagai Menteri Kewangan akan meneruskan agenda ekonomi pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi. Kenyataan beliau bahawa Malaysia tidak akan terkesan dengan perkembangan krisis ekonomi dunia sangat membimbangkan dan mempamerkan kegagalan beliau untuk menangani cabaran yang akan dihadapi oleh negara kita pada masa hadapan.
Beliau juga tidak menunjukkan komitmen untuk memastikan Agenda Perubahan berlaku demi memulihkan keyakinan rakyat terhadap Badan Kehakiman dan bertindak memerangi rasuah. Sedangkan pada Pilihanraya Umum 8 Mac 2008 dan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh tempoh hari, rakyat menyuarakan hasrat mereka agar Agenda Perubahan menjadi keutamaan dan direalisasikan dengan segera.
Rakyat Malaysia bimbang di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, undang-undang kuku besi seperti penggunaan ISA akan diteruskan dan sendi-sendi demokratik akan dilumpuhkan.
Selain itu beberapa persoalan yang belum terjawab seperti tuduhan penglibatan Datuk Seri Najib Tun Razak di dalam komisen yang diperolehi hasil pembelian peralatan tentera dari Perancis dan Russia serta pembunuhan wanita Mongolia; Altantuya Shaariibuu, menggugat serta melemahkan kedudukannya di dalam kerajaan.
Pemimpin sebegini akan mencemarkan reputasi Malaysia di kacamata masyarakat antarabangsa dan sekaligus akan memberikan kesan negatif dalam membentuk tanggapan pelabur-pelabur asing terhadap Malaysia.
Saya mohon agar Sinar Harian segera menyiarkan pembetulan dan lebih bertanggungjawab untuk melaporkan sebarang berita dengan benar dan tepat pada masa hadapan.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang
Ketua Umum KeADILan

—PRESS STATEMENT FOR IMMEDIATE RELEASE —

KUALA LUMPUR, MALAYSIA 8 OCTOBER 2008

Sinar Harian has incorrectly reported in today’s edition (“Anwar akui Najib dapat lebih sokongan” ) that I believe Datuk Seri Najib Tun Razak would be a more effective leader than Prime Minister Abdullah Badawi.
Nothing could be further from the truth. Sinar’s reporting clearly misrepresents comments that I made on October 7 on the issue of the UMNO power transition.
On the contrary I believe it would be an unmitigated disaster for the nation if Datuk Seri Najib Tun Razak were to become the Prime Minister.
Datuk Seri Najib Tun Razak has clearly indicated that as Finance Minister he plans to continue the failed economic policies of the Badawi Administration. His assertion that Malaysia will not be adversely affected by the global economic crisis is deeply troubling and reflects a failure to comprehend the challenges our nation will face in the coming months and years.
Datuk Seri Najib Tun Razak has given no indication of his commitment to judicial reform and anti-corruption. These are issues that the Malaysian people expressed deep concerns over in the March 8th election and the Permatang Pauh by-election.
Malaysians fear that under Datuk Seri Najib Tun Razak democratic freedoms will be curtailed and the use of draconian laws such as the Internal Security Act would be extended.
Lastly, the unanswered questions about Datuk Seri Najib Tun Razak’s alleged knowledge of commissions paid in the acquisition of military equipment from France and Russia and the murder of the Mongolian woman Altantuya Shaariibuu looms like a dark cloud over his position within the government.
To have such a compromised figure at our nation’s helm would certainly cripple our reputation in the international community and would have a chilling effect on the impression that foreign investors have of Malaysia.
I ask Sinar Harian to immediately publish a correction and would expect more responsible and more accurate reporting from them in the future.

ANWAR IBRAHIM
Opposition Leader
KeADILan de-facto Leader

Menyingkap Konspirasi 1998

Konspirasi 1998 disingkap dan bergema di mahkamah hari ini. Peguam Haji Sulaiman Abdullah mengingatkan hakim Komathy bagaimana Peguam Negara Abd Gani Patail mereka bukti, mengugut saksi dan mengkhianati amanah pendakwaan.
Surat dan pengakuan bersumpah peguam Manjeet Singh Dillon, penghakiman Hakim-hakim Steve Shim, Malek dan Haidar dibaca semula.
Di hadapan hakim Augustine Paul, hal sedemikian tidak mungkin berlaku. Ternyata betapa robek dan punah pendakwaan dan badan kehakiman. Saya cadangkan agar surat Manjeet, penghakiman kes Zainur Zakaria di siar dan dihadham semula. Semoga bahan tersebut membantu mencerdaskan minda terbelenggu pemfitnah Umno!

ANWAR IBRAHIM

DSAI di Kompleks Mahkamah Jln Duta Hari Ini

“LIVE UPDATE DARI MAHKAMAH HARI INI”
(Kemaskini perjalanan mahkamah)

9.48pg : DSAI tiba di perkarangan mahkamah.

9.53pg : Hadirin masih menunggu kedatangan Hakim Komathy Suppiah. Antara barisan peguam DSAI ialah Tn Hj Sulaiman Abdullah, Sankara Nair, Edmund Bon dan Amir Hamzah.

10:14pg : Hakim Komathy Suppiah sedang menyatakan asas perundangan mengapa beliau mempunyai kuasa untuk menentukan Sijil Perintah Pemindahan ke Mahkamah Tinggi tersebut sah atau tidak.

10.22pg : Tn Hj Sulaiman Abdullah baru selesai berhujah agar Puan Hakim untuk terus kekal dengan keputusan yang lepas.

10.26pg : Datuk Yusof bagi pihak Pendakwa sekarang mula berhujah untuk mempertahankan cadangannya membawa kes ini ke Mahkamah Tinggi.

10.35pg : Penyokong DSAI semakin ramai memenuhi ruang di dalam dan di luar kamar Mahkamah.
Bantahan Pendakwaan sekarang menjurus kepada membantah bidangkuasa Puan Hakim untuk mendengar bantahan Pembela terhadap penglibatan Gani Patail di dalam kes ini.
Mahkamah meneruskan hujah Pembela membantah penglibatan Gani Patail melalui tandatangan beliau di Sijil Perintah Pemindahan oleh pihak Pendakwa

11.15pg : Pihak Pendakwa memohon pergantungan perintah Hakim tetapi ditolak. Pihak Pendakwa berhujah untuk mengemukakan afidavit Gani Patail tetapi dibantah oleh pihak Pembela.

11:34pg : Mahkamah ditangguhkan seketika.

12:37tghr : Kes akan disambung semula pada jam 2.30 petang hari ini.

3.20ptg : Perbicaraan disambung semula.

3.45ptg : Tn Hj Sulaiman menghujahkan bahawa tandatangan Gani Patail pada Sijil Perintah Pemindahan itu bertentangan dengan prinsip keadilan kerana adanya laporan DSAI berkenaan penglibatan AG dalam kes terdahulu.

Mahkamah ditangguhkan dan disambung esok pada pukul sebelas pagi.

perutusan DSAI hari raya

assalamualaikum wbt

Saya, mewakili keluarga dan segenap lapisan kepimpinan & akar umbi Parti Keadilan Rakyat ingin mengucapkan Salam Eidulfitri kepada umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia amnya.
Ramadhan kini menghampiri penghujung, Syawal bakal menjelang tiba. Umat Islam selepas menunaikan ibadat puasa di bulan yang mulia ini pastinya menyambut kedatangan bulan Syawal dengan rasa penuh kesyukuran.

Bulan Ramadhan ini, sebagaimana yang diulas oleh para ulama’, adalah madrasah terbaik buat melatih serta mendidik kita umat Islam agar berani dan yakin mendepani segala cabaran yang mendatang. Ramadhan sentiasa mengajar kita betapa kesabaran menjadi paksi kepada kejayaan hakiki dan memperkukuhkan kekuatan ruh serta jiwa. Ini kerana jiwa dan ruh yang membentuk manusia, seperti yang diungkapkan oleh Abul Fath al-Busti:

Perhatikan jiwamu, dan sempurnakan,Kamu insan kerana jiwa, bukan kerana jasad.
Ramadhan pastinya mengingatkan kita akan kisah Pembukaan Kota Mekah(Fath Mekah). Kejayaan Rasulullah S.A.W yang didokong para sahabat baginda wajar menjadi teladan. Kejayaan tersebut sudah tentu tidak datang sekelip mata. Dua tahun sebelum kejayaan membuka Kota Mekah, satu perjanjian yang dikenali sebagai Perjanjian Hudaibiyyah telah dimeterai di antara Rasulullah S.A.W dengan wakil kaum Quraisy.

Tidak sedikit yang merasa ragu dengan perjanjian tersebut. Namun ternyata ada hikmahnya di sebalik kesediaan dan kesabaran Rasulullah S.A.W di dalam menerima perjanjian tersebut. Rupa-rupanya ‘jalan kemenangan sudah jelas nyata.’ Selepas sahaja termeterainya Perjanjian Hudaibiyyah, maka turunlah firman Allah S.W.T yang berbunyi:
Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata.

Ayat ini menghilangkan keraguan umat Islam serta memperkuatkan lagi azam mereka bagi memastikan seruan untuk melakukan islah terlaksana.
Rakan-rakan sekalian,

Ketakwaan yang diadun bersama kesabaran dan kebijaksanaan adalah kunci utama untuk mengecap kejayaan. Janganlah keyakinan kita digugat tatkala kejayaan sudah hampir. Saya menyeru pencinta kebenaran agar perkukuhkan tekad perjuangan. Ingatlah anjuran Al Quran yang berbunyi:

Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar (terhadap tentangan musuh)!

Perubahan yang ingin kita laksanakan bertapak di atas bongkah-bongkah yang kukuh, jauh sekali dari retorik kosong yang berasaskan kebencian dan persengketaan. Kita harus menyedari negara Malaysia bukannya ekabudaya. Kita harus memastikan negara ini tidak ditelan api asabiyyah dan karam dengan sikap taksub melulu. Ingatlah “siapa yang menyemai angin akan menuai badai.”

Sering saya ulangi pemerkasaan ekonomi tidak akan berjaya selagi mana kemajuan dan pembangunan didorong oleh nafsu serta tamak yang bukan kepalang. Pertumbuhan ekonomi dan kekayaan harus difahami dan dimaknai dengan pengertian yang lebih luas. Kekayaan tidak boleh berlegar di kalangan segelintir sahaja, ianya harus menjadi pendorong untuk membebaskan masyarakat dari penindasan dan kezaliman. Inilah yang kita tegaskan sebagai ekonomi yang manusiawi. Ekonomi yang dibangun di atas prinsip insan sebagai makhluk bermoral dan berakhlak, bukannya semata-mata homo economicus; yang hanya memburu kepentingan diri sendiri.

Rakan-rakan sekalian,
Syawal yang bakal menjelang pastinya disambut meriah oleh semua. Pun begitu hendaklah kita sentiasa wasatiyah dalam pendekatan, yakni bersederhana tanpa meminggirkan mereka yang tidak berkemampuan. Syawal adalah bulan kemenangan, bulan memupuk ukhuwah. Kemenangan mengharungi Ramadhan dirai dengan jalinan ukhuwah yang utuh sesama ummah. Kemenangan ini bukan sekadar melawan hawa nafsu sepanjang Ramadhan, sebaliknya diterjemahkan jua sebagai kemenangan menentang kezaliman dan menegakkan keadilan.
InshaAllah kemenangan yang diredhai menjadi milik kita pastinya, sebagaimana yang dijelaskan di dalam Al Quran,

”ibarat pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya menjulang ke langit (Ayat 24, Surah Ibrahim)”

Salam Eidulfitri 1429 Hijrah.

Minal ‘aidil wal faiziin.

Maaf zahir dan batin.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat

Perutusan Hari Raya Eidulfitri 1429 Hijrah oleh Ketua AMK

Hebahan MediaAngkatan Muda Keadilan Malaysia

30 September 2008

Perutusan Hari Raya Eidulfitri 1429 Hijrah oleh Ketua AMK

Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar.Walillahil hamd.

Alhamdulillah, sebulan Ramadhan telah kita lalui, kini Syawal bakal menjelang.
Para ulama’ mengibaratkan Ramadhan sebagai tarbiyah ruhiyyah, pendidikan jiwa dan rohani agar tunduk kepada Allah SWT dan bebas daripada kekangan nafsu. Pastinya ini akan memperkemaskan lagi proses pembersihan diri dan jiwa, tazkiyah an nafs kerana asas tersebut akan menjamin landasan pembentukan akhlak dan moral peribadi, keluarga dan masyarakat. Andai asas ini lompang, maka penyelewengan dan fasad, yakni kerosakan termasuk dengan menodai faham keadilan dan pembangunan akan berlaku dengan mudah.

Cabaran demi cabaran dihadapi sepanjang Ramadhan dilalui, pastinya sebagai umat yang tawadhuk, Ramadhan sentiasa mengajar kita betapa kesabaran menjadi paksi kepada kejayaan hakiki. Amal ibadat sepanjang Ramadhan janganlah terhenti tatkala Ramadhan melayarkan tirai. Sebagai umat Islam yang bertaqwa, menjadi satu keperluan agar kita terus istiqamah untuk mendepani perjuangan yang bakal mendatang.

Ramadhan yang dilalui telahpun mengajar kita erti kesabaran di dalam menempuh perjuangan yang rencam. Perjuangan ini tidak terhad untuk melawan hawa nafsu semata-mata, sebaliknya ia melampaui sempadan sikap tatkala kita berhadapan dengan pelbagai keadaan yang menyaksikan ketidakadilan berlegar-legar di kalangan masyarakat.

Sempena Syawal yang bakal menjelang, maka wajar bagi kita untuk senantiasa menginsafi keadaan diri, dengan penuh kesederhanaan. Syawal ialah bulan merayakan kemenangan, kemenangan berjuang mengawal hawa nafsu sepanjang Ramadhan. Pastinya ia signifikan dengan keadaan kita di Malaysia, tatkala 51 tahun demokrasi dirobek dengan sentimen perkauman sempit yang nyata bercanggah dengan kehendak Islam.

Kemenangan menuntut perjuangan, perjuangan menuntut kesabaran. Sambutlah Eidulfitri dengan penuh keinsafan, dengan tekad untuk merubah Malaysia ke arah sebuah negara yang menjunjung politik madani. Rapatkanlah ukhuwah dengan jalinan silaturrahim, sebagai melengkapi tarbiyah ruhiyyah Ramadhan.
Mudah-mudahan dengan penghayatan dan tazkirah Ramadhan seusai sebulan yang lepas, iltizam kita lebih menebal untuk melakukan perubahan diri dan ummah melalui tazkiyah dan islah.

Bagi pihak kepimpinan dan akar umbi Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Eidulfitri 1429 Hijrah.

Minal Aidil Wal Faiziin.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
KetuaAngkatan Muda Keadilan Malaysia

MESYUARAT AGONG TAHUNAN PKR BAHAGIAN GELANG PATAH TAHUN 2008


dijemput sesiapa yang ingin datang atau menyertai kami dalam mesyuarat bahagian...

PARTI KEADILAN RAKYAT GELANG PATAH
pada :


Hari:Ahad
tarikh:12 oktober 2008
jam :2.30 petang
bertempat: pejabat parti keadilan rakyat 80a jalan enau 15 taman teratai skudai johor.


bersama - sama untuk kearah negara pakatan rakyat...
semua dijemput hadir!!!