DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

11 October 2008

KHALID NORDIN ....PEJUANG HIPOKRIT???

Siapa peduli ???

Semalam kami terharu apabila Dato' Seri Anwar Ibrahim menalipon Setiausaha AMK Johor semalam petang. Beliau menyatakan kebimbangan kerakusan pihak berkuasa sekarang untuk merobohkan semua rumah , bangunan dan Surau di Kg. Plentong Tengah, Plentong Johor.

DSAI minta seluruh jentera AMK Johor membantu penduduk disitu sehingga ke peluh dan usaha terakhir. Beliau akan cuba sedaya upaya untuk membantu kampung yang telah dibayar sebahagian hakmilik tanah itu.Terdahulu Ketua dan Naib Ketua AMK Malaysia telah datang ke Kg. Plentong Tengah pada pertengahan Ramadhan yang lepas. Sokongan moral, sumbangan,kata-kata semangat dan nasihat telah beliau sampaikan pada masjis berbuka puasa.

Malangnya ahli parlimen Tebrau iaitu En. Khalid Nordin hanya sibuk merebut jawapatan Ketua Bahagian & MT UMNO tanpa memperdulikan para penyokong dan pengundinya. Pemimpin yang berjiwa konon-kononnya mulia ini sebenarnya salah seorang yang Hipokrit. Diberitahu pondok Polis akan ditempatkan disitu bagi menyekat dan menangkap 'sesiapa yang dianggap onak'. Penduduk disitu dimaklumkan secara lisan bahawa roboh tetap roboh, hanya menanti hari yang sesuai.

Surat rayuan penduduk yang diajukan kepada Menteri Besar Johor ada yang yang memberitahu telah berada 'ditong sampah' untuk menanti masa untuk dihantar ke tempat 'pembuangan pusat sampah'.

Kepada semua rakyat Malaysia, Kg. Plentong Tengah bukanlah kawasan Setinggan tetapi pemilik tanah berbangsa Singh telah diambil deposit dan pada masa yang sama Sigh penipu itu telah menjualnya kepada syarikat yang mempunyai talian darah denganIstana. Ratusan ribu ringgit telah diserahkan tetapi En. Khalid Nordin, En Ghani Othman dan En. Shahrir Samad lebih sibuk untuk pertandingan untuk program 'Raja Lawak musim ke-3'.

1 comment:

Anonymous said...

"Kepada semua rakyat Malaysia, Kg. Plentong Tengah bukanlah kawasan Setinggan tetapi pemilik tanah berbangsa Singh telah diambil deposit dan pada masa yang sama Sigh penipu itu telah menjualnya kepada syarikat yang mempunyai talian darah denganIstana. Ratusan ribu ringgit telah diserahkan tetapi En. Khalid Nordin, En Ghani Othman dan En. Shahrir Samad lebih sibuk untuk pertandingan untuk program 'Raja Lawak musim ke-3'."

Asm.. minta kalau dapat disertakan bukti kan lagi bagus.. kita sesama islam tak elok memfitnah.. saya sebagai golongan muda perlukan fakta yang betul untuk mencari keADILan...

-salam Orang Muda-