DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

23 January 2009

PROGRAM "RAPAT ANAK MUDA"

Satu program anjuran Angkatan Muda Keadilan Malaysia akan diadakan pada 01 Februari 2009 (Ahad) bermula dari jam 8.00am hingga 5.00pm bertempat di Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Setiap AMK Bahagian perlulah menghantar Pegawai AMK Bahagian yang terdiri dari :-


1. Ketua AMK Bahagian

2. Timbalan Ketua AMK Bahagian

3. 3 Naib Ketua AMK Bahagian

4. Setiausaha AMK Bahagian

5. Ketua Penerangan AMK Bahagian

6. Bendahari AMK Bahagian

7. 2 Wakil Wanita Muda (jika ada)

Pakaian : Lelaki - kemeja/slack dan berkasut
Pakaian : Perempuan : Berpakaian kemas

Untuk maklumat lanjut bolehlah menghubungi Setiausaha AMK Negeri Johor di 017-7358397 atau 019-7482937.

12 January 2009

akan datang!!!!!

nantikan tentang iisu isu kupasan yang berada disekeliling ....gelang patah.....wacaout!!!!!

RM 1.6 bilion Royalti Entah Kemana ? Apa pendidiran Calon BN


Kuala Terengganu – Royalti minyak adalah hak rakyat Terengganu dan perlu diserahkan kepada kerajaan dan rakyat Terengganu tanpa mengambil kira siapa yang memerintah Terengganu.
”Pakatan Rakyat dan Barisan Alternatif sebelum ini tidak bersetuju pembangunan di politikkan, bila Barisan Alternatif mendapat mandat di Terengganu, rakyat Terengganu tidak kira yang sokong PAS yang sokong UMNO mereka berhak mendapat pembangunan,“Tapi Barisan Nasional tidak menghormati mandat rakyat, apabila PAS memerintah Barisan Nasional bekukan dan tidak diberi royalti minyak itu kepada kerajaan yang dipilih oleh rakyat Terengganu,“Dan akhirnya yang menjadi mangsa bukan penyokong PAS sahaja, orang UMNO, orang MCA, orang MIC dan semua, itu kita (PR) tidak setuju,”kata Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Malaysia, Tian Chua dalam sidang media di Pusat Operasi PKR DUN Bandar dsini hari ini (9 Januari).Beliau turut mempersoalkan di manakah baki RM 1.6 bilion dari jumlah RM 7 bilion wang royalti minyak tahun 2004 hingga 2007.“Menteri Besar sebelum ini Dato’ Idris mengatakan hanya RM 5 bilion sahaja yang diterima, ke mana pergi RM 2 bilion lagi,“Baru-baru ini, Dato’ Seri Najib telah serah RM 400 juta sebagai sebahagian sumbangan royalti, tapi masih ada RM 1.6 bilion yang belum diketahui dimanakah wang tersebut,”katanya.Beliau bertanya apakah pendirian calon Barisan Nasional Dato’ Wan Farid terhadap wang RM 1.6 bilion yang kerajaan Pusat masih berhutang kepada kerajaan dan rakyat Terengganu?Katanya wakil-wakil Pakatan Rakyat di parlimen mendesak kerajaan pusat mengembalikan wang dan pemberian royalti minyak kepada kerajaan dan rakyat Terengganu.“Kita tidak kira siapakah yang memerintah (PR atau BN) tapi yang penting ia adalah hak rakyat Terngganu,“Kita (PR) anggap pemberian 5% royalti minyak itu adalah terlalu sedikit, sekiranya Pakatan Rakyat memerintah kita berjanji akan berunding untuk menaikkan sehingga kadar 20%,”ujarnya

AMK kesan Dua Lokasi Disyakki ‘Port’ Pengundi Hantu


Kuala Terengganu – Angkatan Muda Keadilan (AMK) berjaya mengesan dua lokasi yang mungkin digunakan oleh Barisan Nasional sebagai ’port’ (tempat) meletakkan pengundi hantu.Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia Shamsul Iskandar Mohd Akin bersama Pengarah Pilihanraya AMK Fariz Musa telah menyerbu lokasi berkenaan bagi mendapatkan maklumat sebenar tentang pengundi-pengundi yang didaftarkan di situ.Bercakap di lokasi tersebut semalam, Fariz Musa berkata pihaknya berjaya mengesan pengundi yang meragukan, kemungkinan besar ’pengundi hantu’ berdasarkan Sistem Menang Pilihanraya (SISMEP). ”Kita berada di lokasi yang beralamat 78 Jalan Sultan Ismail, iaitu di pasaraya Hock Kee Seng, yang mana kami (AMK) berjaya mengesan lebih 20 pengundi wujud dalam senarai pengundi didaftarkan menggunakan alamat ini,”Apabila kami meminta penjelasan dari pegawai pasaraya, beliau berkata tidak ada sesiapa yang tinggal dibangunan ini,” ujar Fariz.Menurutnya SISMEP juga mengesan tiga nama dari daftar pengundi yang berdaftar pada alamat itu dikenalpasti sebagai ahli wanita UMNO yang berdaftar.Katanya bukti itu mengukuhkan lagi dakwaan wujudnya pengundi hantu dan lokasi tersebuti adalah antara beberapa tempat yang digunakan Barisan Nasional untuk menempatkan pengundi hantu.Oleh yang demikian beliau menggesa pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengambil tindakan segera membersihkan senarai pengundi yang tidak wujud itu.”Tindakan ini kami ambil supaya pihak SPR mengambil tindakan segera membersihkan senarai pengundi,”Kami juga mencabar Menteri Besar Terengganu Dato’ Ahmad Said (yang menafikan wujudnya pengundi hantu) supaya turun bersama AMK ke lokasi-lokasi yang telah dikenal pasti.” katanya.Beliau berkata antara lokasi lain dimana wujudnya pengundi hantu adalah adalah yang beralamat di No. 22 Jalan Sultan Ismail dan dirumah nenek beliau di Jalan Tekukur Kuala Terengganu.”No. 22 Jalan Sultan Ismail adalah premis kepada Restoran makanan segera KFC dan Pizza Hut, di rumah nenek saya terdapat seorang berbangsa Cina berumur 82 tahun yang didaftarkan, ”katanya.

PRK 036; Taktik Kotor BN Mula Terserlah


Kuala Terengganu – Taktik kotor Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi oleh UMNO mula terserlah dalam pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu.
Kelmarin, Timbalan Pengarah Jentera Induk PAS Dato’ Mustafa Ali telah mendedahkan kepada umum sifat keji BN yang membeli undi dengan memberi rasuah RM 500.00
Semalam, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendedahkan pula cubaan BN untuk mengujudkan kekeliruan dan salahfaham dikalangan pengundi dengan penemuan sehelai ‘vest’ petugas BN yang dicetak dengan dua lambang.
Ekoran risikan dan tindakan pantas skuad AMK akhirnya membuktikan niat jahat UMNO dan BN apabila vest yang dicetak dengan dua lambang itu ditemui dalam markaz besar pemuda UMNO.
“Kita (AMK) telah mendapat maklumat tentang vest yang berlambang dua itu lebih awal dan menugaskan skuad khas AMK membuat risikan, akhirnya ia berjaya ditemui di markaz besar pemuda UMNO dan skuad khas AMK telah bertindak pantas menyeludup keluar vest tersebut,”kata Pengarah Pilihanraya AMK, Fariz Musa di Markaz Besar AMK, di Kampung Ladang dekat sini semalam.
Beliau berkata vest tersebut amat mengelirukan dan cukup bahaya sekiranya ia diguna pakai.
“Dihadapan vest tersebut dicetak dengan lambang PKR, manakala di bahagian belakang dicetak dengan lambang BN,”katanya sambil menunjukkan vest tersebut dipejabatnya semalam.
Katanya pemakaian vest tersebut boleh mengelirukan orang ramai dan pengundi Kuala Terengganu dengan niat untuk memberikan imej yang buruk kepada PKR dan Pakatan Rakyat.
“Ia juga boleh memecahbelahkan muafakat Pakatan Rakyat sekiranya si pemakainya melakukan kerja-kerja sabotaj, misalnya mencabut merosakkan bendera PAS atau pun DAP,”terangnya.
Oleh yang demikian beliau meminta semua petugas Pakatan Rakyat samada dari PAS, PKR dan DAP supaya sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga terhadap tipu helah BN yang terbaru itu.
Beliau turut meminta kerjasama orang ramai samada pengundi atau pun bukan bersama-sama turut memantau keadaan keselamatan supaya pilihanraya kecil Kuala Terengganu dapat berlangsung dalam suasana yang aman.
Justeru beliau meminta pihak-pihak yang berkaitan dengan keselamatan samada petugas-petugas keselamatan dari Pakatan Rakyat atau pun petugas keselamatan awam meningkatkan kawalan masing-masing supaya kejadian yang tidak diingini dapat dicegah lebih awal.-Buletin Online

BOIKOT BOIKOT...


Kawan adalah turut sama dalam demontrasi membantah kezaliman askar Yahudi Israel Laknatullah terhadap rakyat Palestin baru-baru ni. Dalam ucapan kepimpinan yang hadir antaranya mengajak yang hadir supaya memboikot produk keluaran Amerika dan Israel ni. Maka bertempiklah "Hancur, Hancur, Hancur Yahudi"... "Jahanam, Jahanam, Jahanam Amerika" dan macam-macam lagi kecaman terhadap Israel dan Amerika. Kawan pun ikut sekali dengan penuh kemarahan terhadap rejim zionis nie.Akan tetapi semasa dalam perjalanan pulang, kawan ternampak sebuah kereta yang dipandu oleh individu yang sama-sama berdemontrasi tadi bersama 3 sahabatnya menuju ke Restoran Makanan Segera Mc Donald... Kebetulan restoran tersebut dibina dalam Stesen Minyak dan kebetulan juga kawan nak isi minyak jadi nampak jelaslah sahabat nie membeli makan segera tersebut. Macam mana nie... Ni yang kawan tak faham. Lagi satu kawan ternampak sebuah kereta di cermin belakang tertera stiker "SELAMATKAN PALESTIN" tapi di cermin hadapan pulak tertampal jelas lambang "McD".. Ish..Ishh..Ishhhh.... Kalau nak boikot pun boikot la habis-habisan. Tekak dan perut kenalah tahan sikit. Dan kalaau kita makan kat warung dapat juga bantu sedara kita.Nie ada pesanan dari Syeikh al-Azhar, Mufti Mesir, Mufti Pakistan, Mufti Arab Saudi, Persatuan Ulama Pakistan, Dr Yusof al-Qaradhawi, dan majoriti ulama’ dari seluruh dunia memfatwakan wajib bagi seluruh umat Islam memboikot barangan Israel, menjalinkan hubungan dagang dengan mereka, dan juga memberikan apa-apa bekalan kepada mereka. Fatwa ini dikeluarkan setelah mengambil kira kekejaman yang telah mereka lakukan terhadap umat Islam. Para ulama’ ini juga telah menyeru agar kita semua memboikot barangan Amerika yang merupakan sekutu utama yang sering menyalurkan bantuan kepada Israel terutamanya dalam aspek persenjataan.Dr Yusuf al-Qaradhawi telah mengatakan, “Satu riyal (ringgit) yang digunakan untuk membeli barangan Amerika adalah bersamaan dengan sebutir peluru yang akan digunakan oleh tentera-tentera Zionis untuk membunuh anak-anak kecil di Palestin.”Renung-renungkan lah..................

SIAPA YB SIAPA RAKYAT

Pagi tadi sebelum pegi kerja sempat jugak kawan tengok Bernama TV Saluran 502 Astro, rancangan Hello Malaysia yang mana Pengacara dia Dahlan Ma'mor bekas pengacara TV3 dan ahli panel dia bekas exco negeri kedah dan Kadir Jasin.Kawan amat tertarik dengan satu kenyataan Kadir Jasin yang mana menyebut "Dalam majlis tertentu kita akan melihat YB yang dipilih rakyat duduk di kerusi empuk manakala rakyat duduk di kerusi plastik, bukan ke sepatutnya rakyat duduk di kerusi empuk tu dan YB ni duduk di kerusi plastik sebabnya rakyat yang melantik/memilih YB ni". Betul ke......????Mari kita fikir sejenak, kenapa kita melantik/memilih individu tersebut sebagai wakil rakyat? Apa fungsi wakil rakyat? YB kena bertemu rakyat untuk mengetahui masalah rakyat yang diwakilinya atau rakyat kena berjumpa dengan YB menceritakan masalahnya?Kita tengok kekadang baru sepenggal jadi YB dah tukar kereta, rumah dan ada 2 3 buah stesen minyak, ada berpuluh-puluh lori (kalau sebelum jadi YB ni bisnes dia ada 5 6 buah lori je), nombor pendaftaran kereta pun special dan macam2 lagi lah. Kira taraf hidup pun dah berubah semenjak jadi YB nie.... tapi apa cerita dengan rakyat yang memilih/melantik YB nie wakil rakyat mereka... Yang mana susah akan terus susah... tidak dibela. Cuma nanti bila dekat hari perayaan barulah YB nie dtg hulur bantuan. Lepas tu hilang lagi.... Penduduk yang miskin nie menghitung hari lagi bilakah hari perayaan akan datang.....Harap-harap YB Pakatan Rakyat tak le macam nie... Kesian la kat rakyat nie..

07 January 2009

to all members

sya mendapat...email dari seorang teman...ditujukan khas wat....AMK Gelang Patah...

where have all the boot boys gone

still remember those glory days
where no one dared to get in our ways
it only seem like yesterday
seeing boots and braces all the way

we used to live out on the street
we used to steal to eat
we shared the joy and we'd share the pain
i've never thought you'll call it a day

we were so proud
we were so strong
but now where have all the bootboys gone
the joy we had
the pain we shared
are allways on my mind

(lyric & song by A.C.A.B)

lagu ni khas buat semua reformis/pejuang rakyat/sesiapa yang dah muak dengan ameno, tapi dah mula ilang semangat nak berjuang.... plzzz hayati lirik ni.... salam maal hijrah... slamat tahun baru

06 January 2009

MESYUARAT AMK BAHAGIAN:

Salam Reformasi....

Adalah dimaklumkan bahawa satu mesyuarat amk bahagian akan diadakan pada :

Tarikh : 9 hb Januari 2009
Hari : Jumaat
Jam : 8.45 malam
Tempat: Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat Gelang Patah
:No. 80-A, Jalan Enau 15,Taman Teratai,81300 Skudai,
Johor,Malaysia..

Beberapa agenda akan diperbincangkan termasuk perancangan aktiviti sepanjang tahun 2009, persepakatan pentadbiran AMK setiap bahagian dan hal-hal lain.

1) ucapan ketua amk bahagian
2) meluluskan minit mesyuarat yang lalu
3)takwim 2009
4) pilihanraya kuala terengganu
5)jentera angkatan muda(JAM)
6)lain lain hal....

Oleh yang demikian, sukacitanya di jemput semua ahli bahagian yang dilantik dan yang belum dilantik bagi memeriahkan mesyuarat ini..

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Mohamad Nazri b. Ismail
Setiausaha AMK Gelang patah merangkap
Setiausaha AMK Negeri Johor

Alamat Emel:Amkgp@ymail.com

ayuh bangkit.....

lama bebenor tak tulis dalam warkah blog nie......ntahlah..sejak sejak kojo nie...semua sibuk...termasuk diri pun sibuk...teman tak kata bzzz memanjang ...maklumlah...masing masing punya rezeki untuk isteri ,anak2 atau keluarga....

sekarang dah masok tahun baru ...azam pun baru ...semua baru jangan koorang pon bini baru hehehehe....takpelah...teman dah banyak siapkan agenda agenda untuk aktiviti kita bersama..tapi tak banyak...harap teman 2 lain pon buatlah juga...jgn setakat ada jer pangkat...pastu wat deeekk.. je..malas ler nak cita sapo2 tu...yang penting KERJASAMA macam wonderpets kan kan kan...tahun nie....kita kena kuatkan jentera tak kira dari kemasukan ahli ataupun aktiviti yang berfaedah...member teman pon dah nak buat aktiviti hari keluarga AMK gelang patah..kat mana tu...ntahhhhhh tak kabor pon kat teman......dengar cehgrita teman kita bakal dapat anak lagi...alhamdulillah...semua dengan berkat dan rezeki dari allah....berbalik cerita teman nie....teman dah malas lah nak tengok ahli ahli kuat tidor nie......bila teman senyap jer......org lain bising....nak tulah nak nielah....tapi bila kooorang lak senyap...aper cita?

sekarang bukan masa lagi kita nak tunggu.....kitra nak memerintah.....teman sanggup kena pukul ,kena maki hamun..kena tido hotel besi...semata2 jihad..untuk masa depan anak anak teman....koorang pon bertindak juga.....jangan asyik nak melobi sana sini...last last ...habukkk pon tarak...sian teman teman yang lain...nak gak join...ajak mereka....duduk bersama kita...ingat bila kita ambik berat tentang diaorang.....insya allahh.....hasilnya melipat kain ganda....

sian teman tengok kawan teman kena buang keje sebab nak gie kongress punya pasal....dah kene kuar duit...gie sana.....tapi kena buang juga...sebab pebangkang.....lah....mana aci cam nie....kena jadi jaga lak tu siang malam ...teman bersimpati....sebeb member teman yang cita....

ayuh rakan2 teman kita bangkit macam dulu.......bukan kerana wang ...tetapi kerana iktizam dan dedikasi untuk parti.....memang diaorang tak bayar macam parti lain...walaupon ader yang makan duit gak....demi masa depan anak2 kita ...masa depan kita juga....kita bakal akan menggocangkan dunia...jangan asyik muka yang sameeeeeeeeee jer......tarik ahli baru....nie ha akhir bulan skuad amk nak ditubuhkan ...ajak kawan kawan....teman suka kalau semua ramai...terutamanya ahli ahli kalangan wanita....kita kekurangan serikandi2 untuk memperjuangkan hak hak diaorang....jgnlah nak menggatal lak dah kawin buat2 kawin....k heheheheh

hidup ibarat roda....yang berputar.....ingatlah.....buat kerana Allah!....bukan kerana terdesak....bukan kerana nak melobi kejar pangkat atau pun WANG!!!!..kalau nak parti cap timbang buruk ader...klah...teman nak ikut member teman antor mayat jap....syok dapat ikut dia....banyak idea idea yang dia nak berikan pada teman......hensem budaknie.....kacak tampan..hehehehe...member teman nie pemalu...

oh ya.....bagi yang melayari blog gelang patah......terima kasih sangat bangat..kat koorang.....kerana sudi melawat member teman punya blog..bagi yang kroni2 atau yang sepakat nak jatuhkan tu.....ingat...dunia koorang leh buat...akhirat....dunia kekal abadi...henti hentikanlah jadi hamba org yang tak ada pendirian untuk anak bangsa sendiri....

AYUH BANGKIT!!!!!!!!

seperti kata kata DSAI....."kalau takut ambil risiko....jangan bicara tentang perjuangan!!!!

muslimin united...

05 January 2009

12 hari menjelang PRK 036


Bahang pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu semakin hangat. Tinggal sehari lagi sebelum penamaan calon dibuat. Perang saraf sudah mula diperkatakan, dengan isu yang ditimbulkan dan cara meraih undi di kawasan terlibat, suasana pilihanraya semakin dirasai.
Kerajaan Barisan Nasional telah menggunakan kedudukan mereka sebagai kerajaan pusat dengan meluluskan pelbagai peruntukan bagi menagih sokongan para pengundi. Walaupun mereka menafikan segala peruntukan yang diberikan itu sebagai 'gula-gula' pilihanraya, tetapi rakyat dapat menilai sendiri kebenaran penafian mereka.

Kenapa diambang PRK sesebuah kawasan, bantuan mencurah-curah telah dihulurkan oleh kerajaan pusat? Kenapa sebelum daripada itu, mereka tidak memberi peruntukan yang sama bagi mempertingkatkan mutu kehidupan rakyat di kawasan tersebut ?
Jangan beri alasan peruntukan belum diluluskan dan menunggu giliran sahaja, rakyat bukan bodoh untuk menilai kata-kata mereka itu. Bukan sahaja di Kuala Terengganu ini diberi peruntukkan RM200 000 untuk memperbaiki 2 buah jalan. Tetapi pada setiap kali pilihanraya kecil yang akan berlangsung, kawasan tersebut akan menerima pelbagai bantuan dan peruntukan daripada kerajaan pusat.

Apakah ini bukan dinamakan gula-gula pilihanraya, atau sebagai durian runtuh penduduk setempat ?

Menjelang PRK P036 ini, penduduk Terengganu akan bertambah dengan begitu ketara sekali. Bukan sahaja dikalangan petugas dan penyokong parti-parti bertanding, bahkan Terengganu akan dibanjiri dengan kehadiran anggota polis. Kita dapat lihat, malah berita tentang kebanjiran polis di Kuala Terengganu telah diakui sendiri oleh pihak berkenaan. Seramai 6 000 orang anggota polis akan berkampung di Kuala Terengganu menjelang PRK P036 ini nanti. Apa tujuan sebenarnya pemusatan anggota polis yang terlalu ramai di P036 ini ? Huru-hara akan berlaku ? Betulkah khabar angin ini, dan daripada manakah sumber ini diperolehi ?

Jangan jadi seperti isu penggunaan dakwat hitam pada PRU12 yang lalu. Atau adakah ini provokasi yang akan dicipta oleh mereka sendiri ?

Ingatlah rakyat Terengganu, janganlah kita memilih kerajaan yang ada sekarang ini. Sejak PRU12 yang lalu, pelbagai konflik yang ditimbulkan oleh Barisan Nasional. Malah yang paling ketara adalah kenaikan harga minyak yang telah membawa kepada kenaikan harga barang-barang keperluan lain. Kos sara hidup semakin meningkat, dan hidup rakyat semakin sengsara dan tertekan. Walaupun kerajaan telah menurunkan harga petrol dan diesel, tetapi harga barang keperluan lain tidak turun-turun juga. Kehidupan rakyat semakin susah, jangan jadikan alasan ekonomi global yang meleset. Tetapi nilaikan dimanakah usaha kerajaan untuk membantu meringankan bebanan rakyat bukan memenuhi tembolok kroni-kroni sahaja.

Nilailah dengan penuh kewarasan, dengan mata hati bukan dengan mata yang telah 'dikelabukan' dengan janji-janji yang bersifat sementara antara YB Hj Mohd abdul Wahid Endut dan Dato' Wan Farid, siapakah yang layak mewakili kita di parlimen dan seterusnya membela nasib kita dimasa akan datang dengan penuh amanah.

Ingat setiap undi yang dibuat sangat bernilai dan membawa impak yang sangat besar kepada kerajaan negeri dan pusat. Jalankan tanggungjawab anda dengan sebaik mungkin. Jangan menyesal dikemudian hari.

Fariz Musa Ditahan!!


Kuala Terengganu – Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri Terengganu Fariz Musa telah ditahan oleh sepasukan tiga kereta peronda polis pada jam 5.10 pagi, Isnin 5 Januari.
Timbalan Ketua AMK Terengganu, Muzafeq Muhammad berkata demikian ketika menghubungi Buletinonline pada jam 5.30 pagi.
”Saya berada di Balai Polis Kuala Terengganu, Fariz telah ditahan dan kini sedang disoal siasat oleh Tuan Azmi dari cawangan Khas,”katanya.
Menurutnya Fariz telah ditahan bersama lima orang skuad AMK ketika sedang menjalankan kerja-kerja berkaitan pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu.

pembukaan kembali blog AMK gelang patah....



akum w.b.t...


pada mulanya saya nak tutup blog ini nak serahkan pada mereka mereka yang 'nak ' sangat menjaga blog ini....tetapi...ada bloggers bloggres tanya kenapa nak tutup sedangkan kita sudah jauh membuka blog ini dibantu oleh blogges lain....

saya amat terharu ada pihak sanggup bayar untuk membuka balik blog ini..kerana cerita2 dan sumber informasi yang padat walaupun lambat update.....

ucapan amat amat terima kasih kepada mereka mereka yang menghantar sms atau msg...yang memberi perangsang untuk menyambung blog ini...sejutaan terima kasih kepada insan...bloggers pewaris laksmana bentan atas kata kata semangat untuk berjuang bukan sahaja untuk rakyat tetapi...untuk bangsa agama dan negara

dengan akhir kata ....dengan lafaz "bismillahirahmannirrahim"...blog Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah Dibuka Kembali dengan wajah barunya...

emon....

pakat ramai ramai gie ghanu .............







sekali lagi jentera jentera AMK Johor akan ke Kuala Terengganu bagi membantu jentera Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil P036 Kuala Terengganu. Maklumat yang diterima dari AMK Pusat bahawa petugas-petugas/jentera AMK Negeri Johor akan dipertanggungjawabkan di DUN Ladang bersama jentera AMK dari Perak dan Pahang.
Sehubungan dengan itu semua Ketua AMK Bahagian diminta menyerahkan senarai nama ahli-ahli AMK Bahagian yang akan ke Kuala Terengganu bagi membantu untuk menguatkan lagi jentera Pakatan Rakyat berkempen demi untuk memenangkan calon dari Pakatan Rakyat. Senarai nama mestilah lengkap dengan Nama, No. Kad Pengenalan dan No. Telefon serta tarikh bertolak ke Kuala Terengganu.
Ayuh jentera AMK... Kita berjuang habis-habisan kerana perlu diingat inilah pilihanraya yang akan menentukan samada UMNO/BN akan bangkit atau terus...terjun dengan labu labunya.....
na na na na nan.......................nganu kiteeeee...mai mai tumbang bn kelauttttt!!!!!!

Skuad Amk Johor


Skuad AMK Johor akan ditubuhkan dan akan dirasmikan pada penghujung Januari 2009. Sehubungan dengan itu diminta setiap Ketua AMK Bahagian memaklumkan kepada semua AJK AMK Bahagian masing2 bahawa setiap AJK AMK Bahagian diwajibkan menyertai Skuad AMK Johor.

Di samping itu juga Ketua AMK Bahagian perlulah menghebahkan kepada anak2 muda dibawah 40 tahun agar menyertai Skuad AMK Johor. Syarat utama adalah perlu mendaftar sebagai ahli Parti Keadilan Rakyat.Sila serahkan senarai nama yang lengkap dengan butiran peribadi seperti Nama, No. Kad Pengenalan, Alamat, No. Telefon dan Saiz baju selewat-lewatnya pada 20 Januari 2009.

Harap semua Ketua AMK Bahagian dan AJKnya dapat memberikan kerjasama serta menunjukkan kesungguhan dalam pembentukan Skuad AMK Johor. Idea dan pandangan dari teman-teman juga diperlukan bagi memantapkan lagi Skuad ini.Bagi mereka yang belum lagi mendaftar sebagai ahli PKR tetapi berminat untuk menyertai Skuad AMK Johor maka boleh berhubung terus kepada saya ataupun menghubungi Ketua AMK Bahagian yang berdekatan.

SetiausahaAMK Johor

*** ayuh warga gelang patah....jagan menunggu masa akan tiba...kita akan bergerak mengejar masa!!!! ingatlah Demi masa!!***

selamat sembuh!!

kami dari seluruh angkatan muda keadilan gelang patah...agar Dr zaliha cepat sembuh dari apa jua dugaan yang allah berikan kepada puan....moga perjuangan dr dapat meneruskan keadilan keadilan rakyat demi menjaga rakyat tercinta khususnya kepada warga gelang patah..