Kawan adalah turut sama dalam demontrasi membantah kezaliman askar Yahudi Israel Laknatullah terhadap rakyat Palestin baru-baru ni. Dalam ucapan kepimpinan yang hadir antaranya mengajak yang hadir supaya memboikot produk keluaran Amerika dan Israel ni. Maka bertempiklah "Hancur, Hancur, Hancur Yahudi"... "Jahanam, Jahanam, Jahanam Amerika" dan macam-macam lagi kecaman terhadap Israel dan Amerika. Kawan pun ikut sekali dengan penuh kemarahan terhadap rejim zionis nie.Akan tetapi semasa dalam perjalanan pulang, kawan ternampak sebuah kereta yang dipandu oleh individu yang sama-sama berdemontrasi tadi bersama 3 sahabatnya menuju ke Restoran Makanan Segera Mc Donald... Kebetulan restoran tersebut dibina dalam Stesen Minyak dan kebetulan juga kawan nak isi minyak jadi nampak jelaslah sahabat nie membeli makan segera tersebut. Macam mana nie... Ni yang kawan tak faham. Lagi satu kawan ternampak sebuah kereta di cermin belakang tertera stiker "SELAMATKAN PALESTIN" tapi di cermin hadapan pulak tertampal jelas lambang "McD".. Ish..Ishh..Ishhhh.... Kalau nak boikot pun boikot la habis-habisan. Tekak dan perut kenalah tahan sikit. Dan kalaau kita makan kat warung dapat juga bantu sedara kita.Nie ada pesanan dari Syeikh al-Azhar, Mufti Mesir, Mufti Pakistan, Mufti Arab Saudi, Persatuan Ulama Pakistan, Dr Yusof al-Qaradhawi, dan majoriti ulama’ dari seluruh dunia memfatwakan wajib bagi seluruh umat Islam memboikot barangan Israel, menjalinkan hubungan dagang dengan mereka, dan juga memberikan apa-apa bekalan kepada mereka. Fatwa ini dikeluarkan setelah mengambil kira kekejaman yang telah mereka lakukan terhadap umat Islam. Para ulama’ ini juga telah menyeru agar kita semua memboikot barangan Amerika yang merupakan sekutu utama yang sering menyalurkan bantuan kepada Israel terutamanya dalam aspek persenjataan.Dr Yusuf al-Qaradhawi telah mengatakan, “Satu riyal (ringgit) yang digunakan untuk membeli barangan Amerika adalah bersamaan dengan sebutir peluru yang akan digunakan oleh tentera-tentera Zionis untuk membunuh anak-anak kecil di Palestin.”Renung-renungkan lah..................
No comments:
Post a Comment