DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

05 January 2009

12 hari menjelang PRK 036


Bahang pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu semakin hangat. Tinggal sehari lagi sebelum penamaan calon dibuat. Perang saraf sudah mula diperkatakan, dengan isu yang ditimbulkan dan cara meraih undi di kawasan terlibat, suasana pilihanraya semakin dirasai.
Kerajaan Barisan Nasional telah menggunakan kedudukan mereka sebagai kerajaan pusat dengan meluluskan pelbagai peruntukan bagi menagih sokongan para pengundi. Walaupun mereka menafikan segala peruntukan yang diberikan itu sebagai 'gula-gula' pilihanraya, tetapi rakyat dapat menilai sendiri kebenaran penafian mereka.

Kenapa diambang PRK sesebuah kawasan, bantuan mencurah-curah telah dihulurkan oleh kerajaan pusat? Kenapa sebelum daripada itu, mereka tidak memberi peruntukan yang sama bagi mempertingkatkan mutu kehidupan rakyat di kawasan tersebut ?
Jangan beri alasan peruntukan belum diluluskan dan menunggu giliran sahaja, rakyat bukan bodoh untuk menilai kata-kata mereka itu. Bukan sahaja di Kuala Terengganu ini diberi peruntukkan RM200 000 untuk memperbaiki 2 buah jalan. Tetapi pada setiap kali pilihanraya kecil yang akan berlangsung, kawasan tersebut akan menerima pelbagai bantuan dan peruntukan daripada kerajaan pusat.

Apakah ini bukan dinamakan gula-gula pilihanraya, atau sebagai durian runtuh penduduk setempat ?

Menjelang PRK P036 ini, penduduk Terengganu akan bertambah dengan begitu ketara sekali. Bukan sahaja dikalangan petugas dan penyokong parti-parti bertanding, bahkan Terengganu akan dibanjiri dengan kehadiran anggota polis. Kita dapat lihat, malah berita tentang kebanjiran polis di Kuala Terengganu telah diakui sendiri oleh pihak berkenaan. Seramai 6 000 orang anggota polis akan berkampung di Kuala Terengganu menjelang PRK P036 ini nanti. Apa tujuan sebenarnya pemusatan anggota polis yang terlalu ramai di P036 ini ? Huru-hara akan berlaku ? Betulkah khabar angin ini, dan daripada manakah sumber ini diperolehi ?

Jangan jadi seperti isu penggunaan dakwat hitam pada PRU12 yang lalu. Atau adakah ini provokasi yang akan dicipta oleh mereka sendiri ?

Ingatlah rakyat Terengganu, janganlah kita memilih kerajaan yang ada sekarang ini. Sejak PRU12 yang lalu, pelbagai konflik yang ditimbulkan oleh Barisan Nasional. Malah yang paling ketara adalah kenaikan harga minyak yang telah membawa kepada kenaikan harga barang-barang keperluan lain. Kos sara hidup semakin meningkat, dan hidup rakyat semakin sengsara dan tertekan. Walaupun kerajaan telah menurunkan harga petrol dan diesel, tetapi harga barang keperluan lain tidak turun-turun juga. Kehidupan rakyat semakin susah, jangan jadikan alasan ekonomi global yang meleset. Tetapi nilaikan dimanakah usaha kerajaan untuk membantu meringankan bebanan rakyat bukan memenuhi tembolok kroni-kroni sahaja.

Nilailah dengan penuh kewarasan, dengan mata hati bukan dengan mata yang telah 'dikelabukan' dengan janji-janji yang bersifat sementara antara YB Hj Mohd abdul Wahid Endut dan Dato' Wan Farid, siapakah yang layak mewakili kita di parlimen dan seterusnya membela nasib kita dimasa akan datang dengan penuh amanah.

Ingat setiap undi yang dibuat sangat bernilai dan membawa impak yang sangat besar kepada kerajaan negeri dan pusat. Jalankan tanggungjawab anda dengan sebaik mungkin. Jangan menyesal dikemudian hari.

No comments: