DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

25 December 2010

PRK N.05 TENANG : 30 JANUARI 2011 HARI MENGUNDI

Sama ada tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, di Labis, Johor yang telah ditetapkan pada 30 Januari (Ahad) depan sememangnya dirancang terlebih dahulu bagi menghalang pengundi terutama mereka yang berbangsa tionghua yang berkerja diluar Labis untuk balik ke kampung bagi menunaikan tanggungjawab membuang undi pada hari tersebut. Ini kerana jika mereka pulang ke kampung pada hari mengundi iaitu pada 30 Januari 2011, mereka akan pulang ke kampung sekali lagi selang 5 hari iaitu pada ke 4 Februari 2011 kerana kaum tionghua akan menyambut Tahun Baru Cina.

Penulis bertemu dengan beberapa peniaga berbangsa tionghua di sekitar Labis dan mereka menyatakan bahawa ini adalah taktik Umno/BN untuk memenangi kerusi DUN tersebut dan berkemungkinan majoriti mereka akan bertambah disebabkan ramai pengundi berbangsa tionghua ataupun bangsa lain yang tidak dapat pulang mengundi berikutan tarikh tersebut terlalu hampir dengan tarikh sambutan Tahun Baru Cina.

Sememangnya inilah kuasa mereka. Sama ada Suruhanjaya Pilihanraya jujur atau diarah oleh pimpinan Umno/BN bagi menetapkan tarikh mengundi tersebut, itu adalah hakikat yang terpaksa ditelan oleh Pakatan Rakyat. Penamaan calon telah ditetapkan pada 22 Januari 2011.

DUN Tenang mempunyai 14,753 pengundi yang berdaftar dan layak mengundi dan hanya 18 pengundi pos yang layak memilih ADUN Tenang.

Pilihan raya kecil itu akan menggunakan Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009 yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun ketiga tahun ini yang telah dikemaskini sehingga 17 Disember lalu.

Pilihan raya itu juga akan menggunakan tiga dewan dan sembilan buah sekolah sebagai tempat pengundian yang melibatkan 32 saluran mengundi.

Katanya, penamaan calon akan diadakan di Majlis Daerah Labis manakala Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis akan dijadikan pusat penjumlahan undi.

Kepada para petugas Pakatan Rakyat terutama AMK Johor diharap dapat memberikan kesepakatan dan kerjasama yang baik dalam usaha menawan DUN Tenang.

Lawan tetap Lawan

No comments: