DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

14 November 2009

SEKADAR HIBURAN



Lagu "Sebatang Tongkat Untuk Berdiri" adalah dari album ke 3 kumpulan Search. Lagu yang padat dengan mesej nasihat dan teguran agar kehidupan kita tidak terus lalai dibuai kejayaan.

Emy Search diberitakan akan membuka Maahad Tahfiz di Johor Bahru. Semoga cita2 Emy Search menjadi kenyataan.

Sesungguhnya benih yang baik jika dicampak ke laut menjadi pulau, dan jika dicampak di darat menjadi gunung.

13 November 2009

AKUAN BERSUMPAH BALA : ADIK NAJIB, TAUKE CARPET RAYA DAN PERISIK TENTERA TERLIBAT

Balasubramaniam, seorang penyiasat persendirian yang hampir2 mengugat kedudukan Najib sebagai Perdana Menteri mendakwa bahawa seorang pegawai kanan polis, dua ahli perniagaan adik beradik dan seorang ahli keluarga Perdana Menteri terbabit mengugut dan menyogoknya supaya menarik balik "Akuan Sumpah"nya yang mengaitkan Najib Razak dengan wanita Mongolia, Altantuya Shariibuu yang mati dibom. Pihak Risikan Tentera juga dipercayai digunakan oleh Najib untuk memberi tekanan kepada Bala agar menafikan perakuan bersumpah pertamanya.

Akibat tidak mahu terus-terusan menjadi pelarian, Bala sendiri membuat pendedahan di hadapan tiga peguam kanan baru-baru ini kerana tidak mahu terus menjadi “pelarian” seperti yang terkandung didalam transkrip yang disiarkan di dalam Free Malaysia Today.

Bala mendakwa bahawa Razak Baginda telah dijanjikan bayaranRM4 hingga RM5 juta untuk menarik balik perakuan bersumpahnya pada 3 Julai 2008 dan beliau diarahkan supaya jangan pulang ke Malaysia sehingga Najib disahkan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 6.

Bala dalam keterangannya turut mendakwa bahawa setelah selesai sidang media untuk mengumumkan kandungan perakuan bersumpah pertamanya di pejabat PKR di Merchant Square, Tropicana, pada 3 Julai 2008, beliau bersama seorang pegawai polis berpangkat ASP bernama Suresh pergi ke Cheras.

Dalam perjalanan tersebut beliau telah mendapat panggilan daripada Dinesh Jaikishan seorang ahli perniagaan yang karib dengan mereka yang memberitahu abangnya, Deepak, mahu berjumpa di sebuah kedai Bah Kut Teh di Rawang.

Sebelum tiba ke kedai berkenaan, isteri Bala menelefon memberitahu ada sebuah kereta merah di hadapan rumah mereka. Bala menasihatkan isterinya mengunci pintu pagar dan jangan berbuat apa-apa sehingga beliau menelefonnya kembali.

Deepak, pemilik syarikat Carpet Raya di Kuala Lumpur menawarkan RM4 juta dan kemudian RM5 juta supaya Bala menarik balik perakuan bersumpahnya.

Deepak juga memberitahu Bala bahawa orang dalam kereta merah di hadapan rumahnya itu adalah anggota perisik tentera. Beliau kemudian mengarahkan Dinesh dan ASP Suresh membawa Bala pusat membeli belah Curve di Damansara untuk bertemu seorang “Datuk”. Datuk tersebut adalah Nazim, adik kepada Najib. Bala mendakwa bahawa Datuk Nazim ada mengugut jika beliau (Bala) sayangkan keluarganya, beliau patut ikut arahan Deepak.

Bala bertegas tidak akan meninggalkan Malaysia tanpa keluarganya bersama. Persetujuan dicapai supaya Balasubramaniam membawa keluarganya meninggalkan Malaysia.

Pada 4 Julai 2008, Bala ditemani seorang peguam bernama Arunambalan yang belum pernah dikenalinya menemui media di Prince Hotel untuk membentangkan perakuan bersumpah keduanya yang memansuhkan perakuan pertama.

Sementara itu seorang pembantu Deepak mengiringi keluarga Bala untuk mendapatkan pasport mereka di pejabat Imigresen.

Bala dan keluarganya kemudian dibawa dengan van ke Singapura sebelum terbang ke Bangkok. Dari situ mereka ke Katmandu sebelum berlindung di India.

Jika benar seperti yang di dakwa oleh Balsubramaniam, maka nama2 mereka yang disebut secara jelas oleh Bala perlu membuat penafian.

Dan jika benar Pegawai Risikan Tentera terlibat dalam usaha2 bangsat ini maka Najib telah menyalahgunakan khidmat tentera demi untuk menyelamatkan karier politik beliau dan Pengarah ATM wajar meletak jawatan kerana membiarkan khidmat anggota tentera dilacurkan demi untuk menyelamatkan karier politik pemimpin bangsat.

LAWATAN DATO' SERI ANWAR IBRAHIM

Yang Berhormat Dato' Seri Anwar Ibrahim akan sekali lagi bersama-sama rakyat Johor dan kali ini Kluang, Layang-Layang dan Kulai akan menjadi gelanggang pidato beliau. Lawatan beliau juga memperlihatkan kesungguhan dan iltizam beliau membentuk gerakerja yang mampan bagi merealisasikan misi Pakatan Rakyat menawan Negeri Johor pada PRU-13 nanti.

Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor kali ini diberi tanggungjawab untuk menguruskan ceramah beliau selain turut menjadi tenaga sokongan penting bagi beberapa program yang telah disusun atur agar dapat berjalan dengan lancar.

Berikut adalah aturcara Program Lawatan Dato' Seri Anwar ke Johor pada 22 November 09 :-

  • 5pm - Upacara Penutup Majlis Konvensyen PKR Johor di Hotel Arena, Kluang.

  • 7pm - Bualbicara dengan penduduk Layang-Layang di Restoran Jubilee, Layang-Layang

  • 10pm - Ceramah Umum di Batu 31, Kg. Air Manis, Kulai, Johor.
Kehadiran orang ramai pada setiap program yang disusun amatlah dialu-alukan dn diucapkan terima kasih.

*** Nota : Kepada Ketua AMK Cabang : Pastikan setiap AMk Cabang menghantar sekurang-kurangnya 5 orang petugas untuk membantu kelancaran program ini. Semua petugas diharap dapat berkumpul ditapak ceramah pada 22/11/09 (jam 0900am)

12 November 2009

KEBANGKITAN ANAK MUDA PENGGERANG MEMBAKAR JIWA ANAK MUDA JOHOR

Mungkin agak terlambat untuk penulis mengulas tentang kebangkitan anak2 muda Penggerang untuk bersama dalam Gerakan Reformasi Anak Muda Johor dalam pertemuan bersama Che'gu Bard pada 8 November yang lalu. Pencetus Gerakan Reformasi Anak Muda Johor, Sdr. Azlan Ishak cukup teruja dengan kehadiran anak muda yang melebihi 50 orang yang cukup menggambarkan kesungguhan anak2 muda Penggerang yang ingin bersama dalam gerakan ini walaupun pertemuan tersebut diadakan selepas jam 12 tenggah malam.

Dalam ucapan ringkas, Che'gu Bard mengimbau kembali zaman perjuangan reformasi yang penuh keperitan namun kini kemanisan sudah mula dirasai. Kehadiran anak muda Penggerang turut menaikan semangat Che'gu Bard yang turut berjanji akan bersama-sama memantapkan lagi Gerakan Reformasi Anak Muda Johor mencapai matlamatnya.

Penulis turut merasa bangga dengan Pencetus Gerakan Reformasi Anak Muda Johor yang berjaya membangkitkan semangat anak2 muda Penggerang dan mengharap gerakan ini dapat diteruskan di setiap pelusuk Negeri Johor.

Penulis mengharapkan kebangkitan anak2 muda Penggerang menjadi pencetus semangat kepada Ketua2 Cabang/AMK Cabang yang lain untuk bersama-sama dalam Gerakan Reformasi Anak Muda Johor ini.

Penulis yakin dan percaya jika kebangkitan anak2 muda ini digembeling secara serius ianya akan menimbulkan satu fenomena baru dalam usaha menumbangkan keangkuhan kerajaan Umno/BN di Negeri Johor ini. Majlis Pimpinan Negeri Johor, Majlis Pimpinan Pusat mahupun Angkatan Muda Keadilan Pusat perlu memberi perhatian yang serius terhadap gerakan ini kerana jika mahu impian "MENAWAN NEGERI JOHOR" menjadi kenyataan.

11 November 2009

DR. ASRI BOLEH BERCERAMAH DI JOHOR TANPA KELULUSAN MAIJ

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Osman pada beberapa hari yang lepas menyatakan bahawa Dr. Asri (Bekas Mufti Perlis) boleh mengadakan ceramah agama pada bila-bila masa dan di mana sahaja di negeri Johor ini.

Katanya peraturan pihak berkuasa agama negeri Johor tidak memerlukan seseorang pendakwah mendapatkan sebarang surat tauliah khas untuk mengadakan ceramah agama tetapi perlu merupakan seorang penceramah agama yang diiktiraf.

Pihak kami cuba mendapatkan pengesahan dari Pejabat Mufti Negeri Johor berhubung keterbukaan Menteri Besar mengenai ceramah agama tersebut. Agak menghairankan kerana Mufti Negeri Johor telah menjelaskan bahawa setiap penceramah agama perlu mendapat kelulusan atau pertauliahan dari Majlis Agama Islam Negeri Johor terlebih dahulu sebelum mengadakan program tersebut. Itu adalah prosedur biasa.

Kami bukan mempertikaikan Dr. Asri tapi kami mempertikaikan kenyataan Menteri Besar yang bercanggah dengan kenyataan yang diberikan oleh Mufti Johor. Apakah Menteri Besar memberi kenyataan tersebut hanya untuk populariti murahan..????? Apakah ada pembohongan pada kedua-dua kenyataan??? Siapakah yang berbohong... Menteri Besar Johor atau Mufti Negeri Johor...???

10 November 2009

POLIS AKAN KESAN PENYOKONG LIAR MELALUI KAMERA TAPI ....

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman, semalam dalam kenyataannya menegaskan bahawa pihak PDRM akan mengesan penyokong liar yang bertindak keterlaluan pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Bukit Jalil, sabtu lalu melalui rakaman video.

Tindakan penyokong bolasepak Kelantan yang bertindak ganas dan liar seolah-olah mencabar pihak Polis dan akibat dari tindakan liar tersebut, mereka boleh didakwa dibawah seksyen Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api atau bahan letupan dengan niat hendak menyebabkan kerosakan.

Namun semenjak penemuan mayat Nurin Jazlin Jazimin di Lot Kedai Jalan PJS 1 pada pagi Isnin 17 September 2007, pembunuh kejam tersebut masih gagal di kesan walaupun dengan bantuan rakaman video (CCTV) yang merakamkan beberapa individu yang disyaki bahkan bantuan dari Interpool/FBI juga masih belum mampu mengesan pembunuh sebenar kepada adik Nurin Jazlin.



Kami bukan mahu mengungkit kisah lama atau mempersoalkan kreadibiliti PDRM, namun jika kes ini melibatkan anak kepada pembesar2 negara, apakah ianya akan berlarutan sehinggakan sekarang? Yang pastinya pembunuh kejam kepada adik Nurin masih hidup bebas di luar sana dan mungkin akan mengancam nyawa kanak2 lain.

Diharap pembaca (yang berugama islam) dapat menghadiahkan bacaan Al-Fatihah untuk Allahyarham adik Nurin Jazlin Jazimin (jika benar telah meninggal dunia). Al Fatihah....

SERUPA TAPI TAK SAMA : BUKTI UTUSAN MELOYA "PENCACAI" UMNO-BN

Boleh dikatakan kebanyakkan Media menyiarkan kisah tentang seorang lelaki warga emas yang sanggup menikam hingga mati isterinya kerana tidak mahu menceraikan Isterinya yang baru dikahwini baru setahun itu..

Gambar yang disiarkan adalah sama.. Cuma cuba korang perhatikan perbezaan antara gambar yang ada dalam Utusan dengan Berita Harian dan Harian Metro....


Gambar yang disiarkan Utusan


Gambar dari Berita Harian


Gambar dari Harian Metro

Utusan telah memadamkan logo BN yang terdapat pada payung itu, tetapi Berita Harian dan Harian Metro tidak!

sumber berita dari blog anak sungai derhaka...

09 November 2009

PANAS!!!! KEPIMPINAN PKR JOHOR MULA DISERANG

Berita yang kami baru terima dimana seorang Ketua Cabang yang aktif membongkar penyelewengan Kerajaan/Pemimpin Umno-BN terutama kes yang melibatkan Kg. Baru Plentong Tengah dan Felda Cahaya Baru telah difitnah dan disaman oleh sebuah syarikat. Setelah penelitian dibuat berdasarkan dokumen serta pertuduhan ke atas beliau bersama barisan peguam serta beberapa individu yang arif dalam kes tersebut, mendapati terdapat banyak perenggan mengenai pertuduhan kes yang amat meragukan dan ianya seolah-olah dirancang oleh pihak tertentu bagi menjatuhkan reputasi beliau. Ianya amat jelas berkaitan dengan pembongkaran isu2 melibatkan Kg Plentong Tengah dan Felda Cahaya Baru.

Beliau yang tidak gentar dengan ancaman dan ugutan pihak2 pengecut tersebut, telah bersedia mencabar pertuduhan palsu itu di Mahkamah nanti. Ancaman tersebut menguatkan lagi azam beliau untuk terus membongkar "kebangsatan" pembesar2 Umno/BN.

Kepada semua kepimpinan MPN/AMK/Wanita PKR Johor, bersedialah untuk kita menghadapi ugutan atau ancaman dari pihak yang takut rahsia "kebangsatan" mereka terbongkar.

Pesanan kami kepada puak2 "bangsat" ini, ugutlah, ancamlah kami ini dengan pelbagai tuduhan yang sememangnya telah dirancang, namun kami tidak akan berundur walau selangkah. Kami akan terus membongkar segala bentuk penyelewengan pimpinan Umno/BN agar rakyat tahu kesilapan mereka memilih calon yang korup lagi "bangsat" pada PRU12 yang lalu dan mengharapkan sokongan jitu rakyat untuk memilih calon Pakatan Rakyat pada PRU 13 nanti...

06 November 2009

KEKAYAAN PIMPINAN UMNO-BN

Terkadang terlintas difikiran kita dengan pelbagai persoalan apabila melihat dengan mata kepala kita sendiri bagaimana pemimpin Umno-BN memiliki kekayaan yang terlalu hebat sehinggakan melebihi kekayaan seorang jutawan. Sedangkan pemimpin ini hanyalah orang biasa sebelum diangkat sebagai "Yang Berhormat"oleh rakyat. Rakyat memilih "Yang Berhormat" ini sebagai mewakili suara rakyat terbanyak ini agar mendapat pembelaan sewajarnya namun "Yang Berhormat" ini terlalu angkuh dan tanpa segan silu mereka memperlihatkan kepada rakyat kekayaan yang mereka perolehi. Pemimpin "bangsat" ini yang kununnya dahulu mahu membela "bangsa"nya namun hakikatnya rakyat mahaen ini terus2an menderita dikala ekonomi sedang merundum. Apatah lagi kesan kenaikan harga minyak ketika zaman Tun Pak Lah masih dirasai hingga sekarang walaupun ada penurunan selepas itu. Namun tidak pada pemimpin "bangsat" ini yang terus mengaut, memunggah dan menambahkan hasil kekayaannya tanpa peduli "tanggungjawab"nya sebagai pemimpin.

Nah, sekarang ini kami perlihatkan kekayaan Ahli Parlimen Pengerang yang mempunyai deretan kereta mewah yang nilai keseluruhannya berjumlah lebih dari RM2 juta. SPRM sewajarnya menyiasat pemimpin seperti ini, yang mempunyai kekayaan yang terlampau. Terkadang rakyat merasa hairan, ratusan dan mungkin ribuan pemimpin Umno/BN yang mempunyai kekayaan yang boleh dipersoalkan di seluruh negera namun SPRM lebih berselera untuk bertindak menyiasat pimpinan Pakatan Rakyat di Selangor....










Jika Ahli Parlimen & bekas menteri kabinet mempunyai kekayaan semacam ini, bagaimana pula dengan Perdana Menterinya????

04 November 2009

UNTUK RAKYAT KELANTAN - EHSAN GANTI ROYALTI

Najib Razak hari ini telah menafikan hak rakyat Kelantan apabila pemberian wang ehsan sebagai ganti royalti minyak sepertimana yang dipersetujui oleh Petronas. Pekara seperti ini juga pernah berlaku di Negeri Terengganu setelah PAS berjaya menawan negeri tersebut pada PRU 1999, royalti minyak ditukar kepada wang ehsan. Perdana Menteri ketika itu adalah Dr. Mahatir dan kini anak didik beliau memperlakukan tindakan yang serupa apabila menafikan hak royalti minyak rakyat Kelantan.

Tuntutan kerajaan negeri Kelantan adalah agar Petronas membayar royalti petroleum sebanyak 5 % sebagaimana yag dinikmati oleh negeri-negeri yang lain yang dikeluarkan minyak dari perairannya.

Tuntutan Kelantan ini disokong oleh Tengku Razaleigh Hamzah yang menandatangani perjanjian ini bagi pihak Petronas dahulu yang mana pada ketika itu beliau adalah Pengerusi Petronas.

Tuntutan ini juga pernah disokong oleh Datuk Zaid Ibrahim, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal undang-undang.

Apakah Najib akan terus menipu rakyat Kelantan....??? Nantikan episod seterusnya...

Dibawah ini adalah video clip nyanyian Akhil Hayy berkaitan royalti yang liriknya diubah suai dari lagu sejati nyanyian Wing. Pengubahsuaian lagu tersebut telah menimbulkan ketidakpuashatian kepada Ayahanda Awie dan baru2 ini Awie melepaskan kemarahannya apabila membidas kenyataan Akhil Hayy yang mengatakan bahawa ada artis yang hidup dalam kesesatan apabila menghalalkan maksiat dengan alasan apa yang berlaku sudah ditakdirkan oleh Allah. Awie secara tiba2 bingkas menjawap kenyataan tersebut dengan menyindir Akhil dengan pelbagai sindiran antaranya mendakwa bahawa Akhil popular atas lagu orang lain dan Akhil tiada identiti apabila menyayikan lagu orang lain... Kenyataan Awie telah menimbulkan tanda tanya apakah beliau artis yang dimaksudkan oleh Akhil sedangkan Akhil tidak menyebut nama mana2 artis yang terlibat dalam kegiatan songsang tersebut. Mungkin Awie tergigit cili agaknya...
Diharap Ayahanda Awie tidak marah apabila kami menyiarkan lagu di bawah ini.... Ia sekadar hiburan dan mungkin boleh direnungkan bersama...

CALON YANG BERWIBAWA DAN BERKELAYAKAN SAHAJA YANG LAYAK

Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa parti akan memperketat proses pemilihan calon wakil rakyat dalam menghadapi pilihan raya akan datang supaya mereka yang tidak konsisten dengan parti tidak dipilih. Beliau juga tidak menafikan bahawa terdapat segelintir wakil rakyat dari PKR gagal membawa imej baik kepada parti apabila gagal melaksanakan amanah dan tanggungjawab kepada rakyat dengan baik.

Menurutnya, dalam pilihan raya akan datang, parti perlu memperhalusi proses pemilihan calon yang akan bertanding di atas tiket PKR dan calon tersebut mestilah mempunyai rekod yang baik dan berkelayakan. Proses pemilihan tersebut wajar dilakukan agar wakil rakyat yang dipilih mampu menjalankan tugas dengan baik demi kepentingan rakyat serta membawa imej yang baik untuk parti.

Sehubungan dengan itu, jika mana2 ahli atau pimpinan PKR yang berura-ura mahu menjadi calon PKR pada PRU akan datang, maka tunjukanlah komitmen anda terhadap gerakerja parti yang sememangnya mengharapkan tenaga anda.

AMUKAN DARI SRI GADING



Inilah video klip yang memaparkan saranan Ahli Parlimen Sri Gading agar Presiden MCA dan Presiden Gerakan meletak jawatan berikutan kepercayaan kebanyakan rakyat kepada kedua-dua Presiden ini sudah mula luntur.

Saksikan dan nilailah sendiri.....

03 November 2009

SETIAUSAHA PKR CABANG LEDANG MENINGGAL DUNIA

Kira2 jam 7.10 malam semalam penulis menerima sms yang amat2 menyedihkan daripada Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri Johor apabila beliau memaklumkan bahawa Setiausaha PKR Cabang Ledang, Sdr. Jaafar Ahmad telah meninggal dunia pada jam 6.15 petang akibat serangan sakit jantung.

Allahyarham Jaafar menjadi Pengerusi Majlis semasa
Ceramah Perdana Dato' Seri Anwar

Ibrahim di Bakri, Muar pada bulan Ogos yang lalu.

Saya mula mengenali Allahyarham diawal tahun 1999 sewaktu menjadi AJK Parti Keadilan Nasional di Bahagian Batu Pahat yang pada ketika itu diketuai oleh Sdr. Rob Yee Pak ataupun dengan panggilan mesra Pak Rob. Beliau yang saya kenali cukup tegas dengan prinsipnya sehinggakan beliau mengisytiharkan keluar dari parti akibat tidak berpuashati dengan pimpinan pusat apabila beliau melaporkan bibit2 penderhakaan Lokman Nor Adam kepada parti namun ianya tidak dipedulikan.

Namun setelah beliau melihat beberapa perubahan dan keazaman PKR membela nasib rakyat, beliau telah kembali menyertai PKR dan beliau jugalah antara individu yang memainkan peranan penting membawa kemasukan Datuk Chua Jui Meng ke dalam PKR.

Semoga roh Allahyarham senentiasa di cucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama para kekasih Allah. Kepada keluarga beliau, saya bagi pihak PKR Gelang Patah mengucapkan salam takziah. Sesungguhnya Allah lebih mengasihi beliau....

Al-Fatihah untuk Allahyarham Sdr. Jaafar Ahmad.

Setiausaha AMK
Cabang Gelang Patah

02 November 2009

FUTSAL PEMUDA PAKATAN RAKYAT & PERASMIAN NUSREC

Semalam telah berlangsungnya Perasmian Kelab Rekearasi Nusajaya (NUSREC) di Kelab Sukan Pulai Utama. Perasmian dilakukan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Gelang Patah, Tn. Hj. Dzulkefli Ahmad. Sempena perasmian tersebut, satu Kejohanan Futsal Pemuda Pakatan Rakyat anjuran Dewan Pemuda PAS Gelang Patah. Sebanyak 12 pasukan telah dijemput untuk menyertai kejohanan tersebut dan PKR Gelang Patah telah menghantar 1 pasukan yang diketuai oleh En. Abd. Manan selaku Naib Ketua PKR Cabang Gelang Patah.

Mungkin disebabkan beberapa faktor antaranya ada diantara pemain tidak pernah langsung bermain futsal, faktor umur, faktor stamina dan faktor kecederaan masa lampau telah membatasi pasukan PKR Gelang Patah dari mencipta sebarang kemenangan apatah lagi kami terpaksa bersaing dengan anak2 muda yang punya stamina yang tinggi dan sudah biasa dengan permainan tersebut namun kami berjaya menyekat asakan mereka dari berpesta gol. PKR Gelang Patah berjaya menyumbat 2 gol dari 5 perlawanan dan salah satu gol di jaringkan oleh penyerang veteran yang masih berbisa iaitu En. Manan.

Dalam satu temubual ringkas bersama En. Manan selepas majlis penyampaian hadia kepada pemenang, beliau membayangkan untuk menyediakan dan melatih sebuah pasukan dari PKR Gelang Patah yang mantap bagi persediaan untuk menyertai sebarang kejohanan. Pada majlis penutup majlis tersebut, beliau turut mencadangkan agar kejohanan seperti ini dapat diadakan dengan lebih besar lagi disamping tawaran hadiah yang lebih lumayan.

Kepada pemain PKRGP FC tahniah kepada anda semua kerana berjaya membuktikan komitmen anda dan diharap kita akan lebih bersedia di kejohanan akan datang.

01 November 2009

PERISTIWA & PENGAJARAN YANG WAJAR DIRENUNGI OLEH SEMUA PIHAK TERMASUK PENYOKONG UMNO/BN

Seorang pembungkus belacan dijatuhkan hukuman denda RM600 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam selepas mengaku bersalah menjual belacan yang tidak cukup kandungan protein seperti yang tertera pada label produk itu, April lalu.

Rahani Ali, 56, dari Kampung Kuala Setiu Fikri, Bandar Permaisuri yang membungkus belacan menggunakan label Belacan Cap Udang dituduh menjual tiga bungkus belacan di premis perniagaan Kedai Runcit Aminah Mamat beralamat 780, Jalan UiTM, Kampung Sura Hujung, di sini, jam 11.25 pagi pada 7 April lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 13B (2) (e) Akta Makanan 1983, yang boleh dihukum denda maksimum RM20,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Pejabat Kesihatan Dungun, Mohd Yusoff Othman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Selepas rayuan meringankan hukuman, Majistret Mohd Yusoff Yunus menjatuhkan hukuman denda ke atas Rohani RM600. Denda dibayar oleh suaminya Dzurudin Abdullah, 62.

Mengikut fakta kes yang dikemukakan di mahkamah, pada jam 11.25 pagi pada 7 April lalu, Pegawai Pejabat Kesihatan Daerah Dungun, Rani Mohd Yatim melalui Badrulhisham Abidin, 31, membeli tiga bungkus belacan berharga RM2.50 setiap satu.

Pegawai berkenaan kemudian menghantar sampel belacan itu ke Jabatan Kimia di Jalan Cherong Lanjut, Kuala Terengganu untuk dianalisis dan mendapati belacan berkenaan hanya mengandungi 23.75 peratus sumber protein, sekali gus melanggar Peraturan-Peraturan Makanan 1985 yang mensyaratkan belacan perlu mengandungi tidak kurang 25 peratus protein.

Rahani ketika ditemui di luar mahkamah berkata, belacan itu dibekalkan seorang pemborong yang berniaga di Pasar Besar Kedai Payang di Kuala Terengganu, yang menghantar bekalan belacan ke rumahnya di Kampung Gong Batu, Setiu untuk dibungkus, sebelum diambil semula pemborong itu untuk diedar dan dijual ke seluruh negeri ini.

"Saya sudah hampir lima tahun menjalankan perniagaan ini dan kebiasaannya membeli kira-kira 20 guni belacan seberat 50 kilogram setiap satu. Kemudian saya membungkusnya untuk dijual dengan harga RM2.50. Saya tidak pernah tahu pula mengenai kandungan protein belacan ini dan tidak tahu menjadi satu kesalahan jika protein kurang, " katanya.

nota:
sila baca berita ini sepenuhnya
perhatikan betapa prihatinnya pegawai ini menjalankan tugas.
lihat bagaimana detailnya siasatan dijalankan
hingga boleh ditemui perberzaan protein – dari 25% yang diwajibkan
yang dibungkus dan di jual 23.75 % - tidak sampai 2% bezanya.

kalau belacan boleh disiasat dengan rapi kenapa bagaimana teoh mati tidak ditemui?
kalau belacan boleh disiasat dengan rapi kenapa kes pelabuhan klang tidak boleh?
kalau belacan boleh disiasat dengan rapi kenapa kes tiket disneyland tidak boleh?
kalau belacan boleh disiasat dengan rapi kenapa kes stadium runtuh tidak boleh?

kenapa belacan disiasat
mana lebih penting belacan atau komisen kapal selam?
mana lebih penting belacan atau balak hutan belum yang kena rembat.

cukuplah sudah banyak projek membodohkan melayu
tak kan nak membelachankan melayu pulak.....

Terima kasih Suara Selatan....