DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

25 September 2012

BAHU JALAN UTAMA KE SEKOLAH DIPENUHI LONGGOKKAN SAMPAH

Bahu Jalan dipenuhi dengan sampah sarap

Sisa makanan juga dibuang ditepi jalan mengeluarkan bau yang memualkan
Jalan Sejahtera 16, Taman Desa Skudai merupakan jalan utama menuju ke Sekolah Kebangsaan Taman Desa Skudai dan Sekolah Menengah Taman Desa Skudai. Jalan yang sepatutnya cantik dan bersih namun sebaliknya yang berlaku. Bahu jalan tersebut telah dicemari dengan longgokkan sampah sarap seolah-olah ianya adalah tempat buangan sampah sarap. Mereka yang tidak bertanggungjawab telah mengambil jalan mudah dengan membuang sampah sarap disitu. Longgokkan sampah tersebut sudah melebihi sebulan namun tiada tindakan dari pihak Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah.  Jika perkara sebegini berlaku di negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, sudah pasti ianya menjadi tajuk utama akhbar2 perdana... AMK Gelang Patah mendesak agar pembersihan segera dilakukan oleh pihak Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah.

24 September 2012

SERANGAN TERHADAP PAKATAN RAKYAT : PEMIKIRAN POLITIK SEMPIT DAN TIDAK BERTAMADUN

Dua Markaz utama PAS Kawasan Gelang Patah telah diserang awal pagi semalam. Markaz PAS Kg Ladang, Gelang Patah dan Markaz PAS Kg. Ulu Pulai menjadi sasaran pihak yang semakin tertekan dengan kemaraan Pakatan Rakyat di Parlimen Gelang Patah. "Billboard" telah dibaling dengan cat manakala beberapa cermin markaz PAS juga pecah terkena balingan objek keras. AMK Gelang Patah percaya ianya adalah kerja samseng2 upahan yang berkerja dengan pihak yang semakin terjejas kepentingan politiknya akibat kemaraan Pakatan Rakyat yang semakin jauh menembusi kubu2 kuat pihak lawan. 
AMK Gelang Patah juga dimaklumkan bahawa seorang ahli PAS telah menerima ugutan dari Ketua Wira Perkasa Gelang Patah agar menurunkan semua bendera PAS. Ugutan itu kemudiannya membawa kepada serangan terhadap markaz PAS dan ini mungkin ada hubungkaitnya. Laporan Polis juga telah dibuat di 2 balai polis iaitu Balai Polis Paya Mengkuang dan Ibupejabat Polis Daerah Nusajaya. Beberapa keterangan juga telah diambil dari beberapa saksi yang tampil untuk membantu siasatan.

Pada 14 Sept 2012 yang lalu, konvoi Jelajah Merdeka Rakyat juga telah diserang ketika dalam perjalanan ke tapak program Majlis Makan Malam Merdeka Rakyat 2012 di Sutera Mall, Skudai. Samseng upahan ini telah menjatuhkan batu dari atas jejantas ketika bas melintasi jejantas tersebut namun ianya tidak mengenai bas Jelajah Merdeka Rakyat sebaliknya mengenai bonet hadapan skuad pengiringnya. Perbuatan keji tersebut yang lansung tidak memikirkan nayawa orang lain atau pengguna jalanraya yang lain dilihat sebagai perbuatan orang2 primitif. Sekiranya batu tersebut mengenai cermin hadapan kereta skuad pengiring DS Anwar Ibrahim, pastinya 
akan berlaku kemalangan yang boleh mengorbankan nyawa. Perjalanan Konvoi Jelajah Merdeka Rakyat ke Sutera Mall juga dikhaianati oleh ketika di selekoh masuk ke jalan menuju Sutera Mall dimana jalan tersebut telah ditaburi paku2. Skuad pengiring terpaksa membersihkan paku2 yang bertaburan di jalan terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan bagi mengelakkan pengguna lain yang menggunakan jalan tersebut tidak teraniaya dengan perbuatan pihak yang langsung tidak memikirkan hak pengguna jalan tersebut.

Semasa Program Jelajah Merdeka Rakyat di Parlimen Ledang, Bas Jelajah Merdeka Rakyat sekali lagi menjadi mangsa balingan cat oleh samseng upahan Umno/BN. Ketika jemaah baru saja selesai menunaikan solat Jumaat, 2 orang yang menunggang motor telah membalingkan satu tin cat berwarna merah kearah bas Jelajah Merdeka Rakyat yang diletakkan dihadapan Masjid. Inilah kebiadapan dan rosaknya ahlak anak2 muda dibawah pimpinan Umno/BN. Dengan upah RM30 - RM50, mereka sanggup melakukan perbuatan keji dan hina.

 Sebelum berlangsungnya Jamuan Makan Malam Merdeka Rakyat di Sutera Mall tempohari, beberapa kawasan perumahan di sekitar Parlimen Gelang Patah telah ditaburi beberapa risalah fitnah dan provokasi oleh pihak yang cuba menggagalkan program jamuan makan malam tersebut. Perbuatan atau serangan yang dibuat secara sembunyi2 jelas menunjukkan bahawa mereka atau pemimpin mereka sendiri tidak berani berdepan dengan rakyat apatah lagi menjawap soalan2 langsung dari penduduk Gelang Patah. Mengupah samseng2 untuk mengagalkan program2 Pakatan Rakyat jelas menunjukkan mereka sebenarnya dalam keadaan terdesak. Bahkan perbuatan yang dilakukan secara sembunyi2 ini boleh diibaratkan sebagai perbuatan sang pengecut dan penabur fitnah. Bahkan cara mereka mengedarkan risalah2 kepada rakyat juga berbeza dengan cara yang dilakukan oleh Keadilan Johor dibawah Jawatankuasa Pilihanraya Negeri Johor (JPRN) yang mana edaran risalah diberikan terus kepada tangan penerima (rakyat/pengundi) bahkan petugas2 yang mengedarkan risalah tersebut juga bersedia untuk menjawap segala persoalan mengenai isu yang berkaitan dengan risalah yang diedarkan. Ini jelas menunjukkan bahawa risalah/isu yang dibawa oleh Pakatan Rakyat adalah isu sebenar dan bukannya fitnah kerana ianya diedarkan secara terus kepada rakyat. Bahkan pepatah melayu mengatakan "Berani Kerana Benar.... Takut Kerana Salah"....

22 September 2012

DEMONTRASI MENGUTUK PENYIARAN FILEM INNOCENCE of MUSLIMS

Sdr. Nazri Ismail (Ketua AMK Johor) mewakili Keadilan Negeri Johor

Ketua AMK Johor bersama YDP PAS Johor Bahru dan Pesuruhjaya PAS Johor

Sdr. Andrew (DAP) turut bersama mengecam penerbitan filem Innocence of Muslims

Rakyat pelbagai peringkat hadir memberikan sokongan terhadap bantahan penerbitan filem Innocence of Muslims

Membakar bendera Amerika dan Israel.......


Mr. Liew Voon Chew (Ketua Cabang Pulai) turut hadir.....

Ucapan penuh semangat dari Ketua AMK Johor mengutuk penerbitan filem Innocence of Muslims

Kehadiran yang cukup meberangsangkan.....

SB turut ada di celah2 orang ramai.....

Nampak SB tak.....

Nasib baik hanya memijak bendera Israel dan Amerika....

Sekadar memijak bendera Amerika dan Israel.... tak tunjuk punggung ya....

Ucapan semangat dari Ketua Pemuda PAS Johor, Sdr. Suhaizan Kaiyat...

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN ANGKATAN MUDA KEADILAN CABANG GELANG PATAH 2012

Tarikh : 10 Sept 2012

Kepada   :    Anggota Angkatan Muda Keadilan Cabang Gelang Patah

Saudara/Saudari,
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera
NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN ANGKATAN MUDA KEADILAN CABANG GELANG PATAH 2012 

Menemui saudara/i anggota Parti semoga beroleh kesejahteraan dan senantiasa berada dalam semangat juang yang tinggi.
2.   Merujuk perkara di atas, Mesyuarat Agung Tahunan Angkatan Muda Keadilan Cabang Gelang Patah akan diadakan seperti berikut :
Tarikh
06 Oktober 2012 (Sabtu)
Masa Mesyuarat
4.30ptg

Alamat Tempat Mesyuarat
No. 109, Jalan Pendidikan 6, Taman Universiti, Skudai, Johor (Belakang Pejabat Printer & Tonner)
3.   Dimaklumkan di bawah adalah perkara-perkara dan maklumat-maklumat perlu untuk perhatian saudara/i :
A.     Agenda Mesyuarat


1.   Aluan Pengerusi   
2.   Ucapan Ketua AMK Cabang
3.   Ucapan Perasmian
4.   Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat yang lalu
5.   Membentang dan mengesahkan Laporan Tahunan AMK Cabang
6.   Membentang dan mengesahkan Penyata Kira-kira
7.   Memilih Perwakilan ke Kongres Nasional Tahunan
8.   Perbahasan Usul (jika ada)
9.   Ucapan Penangguhan

Sekian, harap maklum.

Yang menjalankan tugas,


ZULKARIA BIN ALI
Setiausaha AMK Cabang
(019-7221223)

s.k.:             1. Setiausaha AMK Pusat
                   2. Setiausaha AMK Negeri
                   3. Setiausaha Cabang

05 June 2012

HIKMAH DI SEBALIK KEJADIAN DI MASJID TAMAN PULAI PERDANA

Pelbagai pendapat termasuk tohmahan ke atas peristiwa yang berlaku di Masjid Taman Pulai Perdana pada 25 Mei 2012 yang lalu. Ada yang mengatakan ini adalah pecerobohan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penyokongnya ke atas masjid tersebut namun lebih ramai menyatakan sokongan terhadap kehadiran Datuk Seri Anwar pada hari tersebut.
Kebiasaannya pada waktu solat maghrib, hanya dua atau 3 saf sahaja yang menunaikan solat berjemaah di majis tersebut namun amat berbeza pada masa kehadiran Datuk Seri Anwar bersolat di masjid tersebut. 8 saf penuh tidak termasuk jemaah wanita memenuhi masjid tersebut dan ini menunjukkan sokongan terhadap Datuk Seri Anwar sebenarnya kuat di Taman Pulai Perdana.
Walaupun pada peringkat awal ada perancangan untuk memberi ruang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan tazkirah selepas selesai solat maghrib, namun maklumbalas dari teman2 di Taman Pulai Perdana memungkinkan Datuk Seri Anwar memberi atau menyampaikan tazkirah.
Dalam perjalanan ke masjid tersebut dan kebetulan saya menaiki kereta bersama Datuk Seri Anwar, saya segera memaklumkan kepada beliau bahawa tekanan telah diberikan kepada pihak pengurusan masjid dan tazkirah mungkin tidak dapat dijalankan. Saya juga menerangkan kepada beliau kenapa Masjid tersebut menjadi pilihan. Pada saya kalau kita mahu menyerang, biarlah kita serang jantungnya dengan harapan kita dapat memecah ruyungnya bagi mendapatkan sagunya. Datuk Seri Anwar akur dan beliau menyatakan bahawa beliau hanya mahu bersolat sahaja.
Setiba di perkarangan masjid saya melihat kehadiran jemaah yang luar biasa. Datuk Seri Anwar disambut oleh jemaah yang ada disitu. Pada ketika itu, Datuk Aziz Sapian (ADUN Nusajaya - Umno) memarahi beberapa jemaah yang mengiringi Datuk Seri Anwar. Tindakkan Datuk Aziz Sapian memarahi beberapa jemaah yang mengiringi Datuk Seri Anwar dengan menjerit kasar "Lepas sembahyang semua boleh balik....." langsung tidak menampakkan keperibadiannya sebagai seorang pemimpin masyarakat apatah lagi beliau seorang ADUN.
Setelah selesai solat dan doa, seorang jemaah bangun untuk mengalu-alukan kehadiran Datuk Seri Anwar ke masjid tersebut namun beliau hanya sempat memberikan salam dan tindakkan beliau terus dihalang oleh pihak pengurusan masjid. Salah faham tersebut akhirnya menimbulkan sedikit kekecohan apabila salah seorang dari empat jawatankuasa masjid tersebut menarik kasar Datuk Seri Anwar dengan tujuan untuk memaksa Datuk Seri Anwar bangun dan meninggalkan ruang masjid tersebut. Tindakkan AJK masjid tersebut segera dihalang oleh beberapa pegawai pengiring Datuk Seri Anwar kerana bimbang akan memberi kesan terhadap masalah kesihatan beliau. Sikap dan keperibadian Datuk Seri Anwar yang cukup tinggi telah memperlihatkan kematangannya sebagai seorang pemimpin. Ketika kekecohan berlaku, beliau dengan tenang sambil duduk meminta semua bertenang dan menghormati rumah ALLAH. Sikap inilah yang mendapat perhatian dari seluruh jemaah yang hadir dan amat berbeza dengan sikap bongkak yang di tunjukkan oleh Datuk Aziz Sapian. Datuk Seri Anwar akhirnya bangun dan bersalaman dengan jemaah yang hadir. Salah seorang pimpinan Umno cawangan memeluk Datuk Seri Anwar sambil membisikkan sesuatu dan bersalamana sambil mencium tangan Datuk Seri Anwar. Perbuatan pemimpin Umno tersebut agak mengejutkan walaupun ianya nampak seperti biasa.
Datuk Seri Anwar akhirnya dijamu oleh salah seorang jemaah di sebuah restoran berhampiran. Ketika Datuk Seri Anwar membasahkan tekak seketika, beberapa jemaah masjid termasuk beberapa AJK masjid datang dan meminta maaf atas kejadian yang berlaku didalam masjid. Beliau kesal dengan apa yang berlaku. Datuk seri Anwar dengan tenang mengatakan "tak apa la.... hari ini mereka halau saya tapi satu hari nanti mereka akan cium tangan saya....". Selesai jamuan tersebut kami bergerak untuk ke Pengerang.
Selepas beberapa hari, saya dihubungi oleh 3 individu dari Taman Pulai Perdana menyatakan kesediaan mereka untuk membuka ranting di taman tersebut. Dan setakat ini mereka sudah berjaya mengumpulkan seramai 17 orang keahlian baru Keadilan Cabang Gelang Patah. Inilah hikmahnya. Inilah hasilnya kerja yang ikhlas dan sekaligus menafikan "omong-omong kosong" yang mengatakan tiada perancangan yang rapi untuk membawa Datuk Seri ke masjid tersebut. Sebagai anak muda, lirik dalam lagu "Arus Pejuangan" menerangkan segalanya. "Membujur lalu melintang patah" cukup memberi makna kepada kami sebagai anak muda yang sentiasa mahukan cabaran. Politik kini adalah politik milenium bukan politik usang yang semakin lapuk di telan zaman.

21 March 2012

JANJI NAJIB SEMASA DI JOHOR


Peruntukan RM1 trilion dikatakan bakal disumbang Kerajaan Pusat kepada 
negeri Johor selepas Pilihan Raya Umum  Ke-13. Menurut sumber kerajaan 
negeri, ia akan digunakan untuk membiayai Koridor  Selatan; pembangunannya 
nanti dikatakan lebih hebat dan lebih canggih  daripada apa yang terdapat 
di Putrajaya. 


Antara lain projek yang akan dibangunkan adalah pembinaan monorel, LRT, 
landasan kapal terbang ringan, rangkaian lebuh raya mudah akses,  tasik dan 
masjid, serta kompleks mahkamah, stadium, terminal bersepadu utara serta 
mini Disneyland. 


Dalam kunjungan ke Johor baru-baru ini, Perdana Menteri Najib Razak 
mengumumkan suntikan dana RM200 juta kepada Iskandar Malaysia. Ia mungkin 
pendahuluan kepada peruntukan RM1 trilion yang dijanjikan beliau kepada 
Johor selepas PRU13 dengan syarat BN menang di negeri ini. 


Soalnya, jika benar maklumat ini, kenapa Najib sanggup menjanjikan 
peruntukan yang begitu besar kepada Johor. Apakah Johor negeri miskin 
seumpama Kelantan seperti didakwa Najib baru-baru ini, menyebabkan Kerajaan 
Pusat bersedia menyalurkan peruntukan terlalu besar itu? 


Semua maklum negara kita memang kaya, melalui hasil mahsulnya dan tidak 
terkecuali  mungkin juga sumber-sumber lain di luar pengetahuan rakyat, 
seperti "pemberian" Pulau Batu Putih dan beratus-ratus hektar tanah 
Keretapi Tanah Melayu (KTM) kepada Singapura serta penyerahan Blok 4 telaga 
minyak di Sarawak kepada Brunei? Ya, siapa tahu, 'kan? 


Logiknya, mana mungkin kerajaan Umno-BN berani menjanjikan peruntukan RM1 
trilion ini (hanya untuk satu negeri) jika tidak mempunyai sumber tambahan 
lain yang diyakini mampu "mengembungkan" kantung mereka? 


Apakah Najib merasakan kedudukan BN begitu tergugat sehingga memaksa 
beliau  menjanjikan peruntukan luar biasa banyaknya dengan harapan pemimpin 
Umno akan bekerja lebih keras bagi mempertahankan Johor tidak dirampas 
Pakatan Rakyat. 


Mungkin juga Najib sudah menghidu bunga-bunga kekalahan BN di kubu terkuat 
mereka yang menyumbang 26 kerusi Parlimen, lantas bagi memastikan igauan 
ngeri tidak menjadi kenyataan, maka beliau terpaksa berjanji bagi mendorong 
semua warga Umno-BN bekerja keras mempertahankan negeri kelahiran Umno ini. 


Bukanlah sesuatu yang sukar dibaca agenda tersembunyi di sebalik peruntukan 
RM1 trilion ini. Sudah pasti banyak pihak, termasuk pemimpin Umno Johor, 
yang akan mendapat laba lumayan daripadanya. 


Oleh kerana wang yang akan "dijahanamkan" untuk kepentingan politik Umno-BN 
ini adalah wang awam maka rakyat mesti bertanggungjawab menghalang 
kerakusan golongan  tidak berhati perut ini. 


Seluruh rakyat Johor khususnya orang Melayu mesti bertekad dan berazam 
menumbangkan BN pada PRU13  ini. RM1 trilion ini tidak mungkin diberi 
seandainya Johor dikuasai Pakatan nanti. 


Bagaimanapun jika BN masih berkuasa, bukan rakyat yang akan mendapat 
manfaatnya tetapi jerung serta lanun-lanun besar yang akan kenyang 
membahamnya  dan kehidupan rakyat menjadi lebih teruk apabila dipaksa 
"membayar balik" pelaburan yang dibelanjakan Umno-BN untuk menipu rakyat 
bagi mengekalkan kuasa. 


Mahu tidak mahu, Pakatan mesti berusaha menawan Nusajaya dan Putrajaya 
pada PRU13. Umno-BN mesti ditumbangkan jika kita  berhasrat hasil kekayaan 
negara  diagih secara adil dan saksama kepada seluruh rakyat tanpa mengira 
bangsa, agama dan fahaman politik. 


Tiada ertinya Umno-BN dinyahkan setakat di Johor sahaja sedangkan di 
peringkat Pusat masih berkuasa. Hanya dengan menguasai Putrajaya barulah 
akan berlaku perubahan besar-besaran ke atas landskap politik negara ini. 
Dan rakyat pula sudah tentu mendapat manfaat  sangat besar, yang selama ini 
dinafikan kerajaan Umno-BN sepanjang lebih 50 tahun berkuasa. 


Kuasa ada di tangan rakyat. Dan rakyat yang akan mencorakkan masa depan 
negara ini. Maka apa ditunggu lagi, ayuh bersama kita menumbangkan regim 
zalim Umno-BN pada PRU13. Jangan ragu-ragu lagi ... lakukanlah!

14 March 2012

Rakyat Perlukan Bukti, Bukan Sekadar Penafian: Lapan Bukti Yang Perlu Dikemukakan Perdana Menteri


Saya menyambut baik kenyataan rasmi yang pantas dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri menafikan bahawa perbelanjaan majlis pertunangan anak Dato’ Seri Najib Tun Razak pada 17 Jun 2011 lalu dibiayai oleh wang rakyat melalui Pejabat Perdana Menteri, walaupun dokumen dari Hotel Shangrila yang mengendalikan majlis secara jelas menunjukkan semua urusan tempahan dan bayaran dibuat melalui Pejabat Perdana Menteri.
Persoalan saya memohon maaf tidak timbul kerana kenyataan dua perenggan itu hanyalah satu penafian, tanpa ada sebarang bukti atau fakta yang boleh menafikan kesahihan dokumen atau tuduhan yang dibawa terhadap Perdana Menteri.
Dalam suasana kepercayaan rakyat terhadap iltizam Barisan Nasional memerangi rasuah adalah sangat rendah, penafian semata-mata tidaklah mencukupi. Apatah lagi apabila dokumen yang dibawa menjadi bukti kukuh bahawa Pejabat Perdana Menteri mengendalikan urusan tempahan dan bayaran bagi majlis itu.
Oleh yang demikian, untuk membersihkan nama beliau, saya menyeru Dato’ Seri Najib Tun Razak menjawab perkara-perkara berikut dengan mengemukakan dokumen rasmi sebagai bukti perbelanjaan pertunangan anak beliau tidak dibayar oleh rakyat:
Pertama, beliau perlu mengesahkan sama ada perbelanjaan yang tertera seperti dokumen Hotel Shangrila itu adalah perbelanjaan majlis pertunangan anak beliau;
Kedua, beliau perlu mengesahkan sama ada dokumen Banquet Event Order (BEO) yang dikemukakan oleh saya adalah dokumen yang sah dan bukannya palsu;
Ketiga, beliau perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan kepada rakyat salinanPurchase Order (dokumen tempahan) yang dihantar kepada Hotel Shangrila untuk menentukan pihak manakah sebenarnya yang bertanggungjawab membuat tempahan tersebut;
Keempat, beliau perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan rekod perakaunan dari sistem perakaunan Kerajaan Malaysia yang merekodkan Purchase Order tersebut, bagi menentukan sama ada tempahan direkodkan sebagai tanggungan Kerajaan Malaysia;
Kelima, beliau perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan kepada rakyat salinan invois yang dihantar oleh Hotel Shangrila kerana ia boleh menjadi bukti bahawa ia dicaj kepada Perdana Menteri atas kapasiti peribadi beliau ataupun ditanggung oleh Kerajaan Malaysia;
Keenam, beliau perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan rekod perakauan dari sistem perakaunan Kerajaan Malaysia yang merekodkan invois tersebut, bagi menentukan sama ada bayaran akan dibuat oleh Kerajaan Malaysia; dan
Ketujuh, beliau perlu mengarahkan Pejabat Perdana Menteri mengemukakan baucer bayaran yang dibuat kepada Hotel Shangrila untuk menentukan siapakah yang mula-mula sekali menyelesaikan tanggungan belanja majlis tersebut; dan
Kelapan, beliau perlu mengemukakan bukti bayaran yang dibuat oleh beliau dan keluarga beliau untuk menanggung perbelanjaan tersebut; termasuklah salinan cek, penyata bank atau dokumen-dokumen lain dari akaun bank peribadi beliau.
Sekiranya Perdana Menteri berjaya mengemukakan dokumen-dokumen ini dan membuktikan tidak pernah sekalipun caj tanggungan berjumlah hampir setengah juta itu direkodkan sebagai tanggungan Kerajaan Malaysia, barulah rakyat Malaysia boleh berpuas hati bahawa majlis mewah untuk pertunangan anak beliau itu tidak ditanggung rakyat Malaysia.
Jika tidak, beliau akan berdepan dengan persepsi rakyat bahawa beliau pun tidak ubah seperti menteri-menteri lain di dalam kabinetnya yang menggunakan wang rakyat dengan sewenang-wenangnya untuk bermewah bagi tujuan peribadi.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
10 MAC 2012 
Sumber dari rafiziramli.com

CATATAN SEMBRONG : UMNO SEMAKIN NAZAK

Bagi orang yang cintakan kedamaian dan menghormati demokrasi tentu akan merasa sedih dan kesal bangat mengenangkan apa yang berlaku di Sembrong, Johor beberapa minggu sudah. 

Bila terkenang dan mengintai kejadian tempohari sehingga berlakunya provokasi melampau ala samseng oleh Pemuda Umno, menyebabkan tercetus di kepala saya apakah itu hasil perjuangan Umno selama 54 tahun? Itukah generasi wawasan 2020, atau anak didik Islam Hadhari atau pun pemuda Wasotiyah di era Najib Razak?

Kalau tidak mengalami sendiri sebahagian dari episod malam tersebut, saya tidak akan percaya apa lagi ia berlaku di Johor Darul Takzim negeri kubu Umno yang masyarakatnya dianggap kelas nombor wahid. Tentu saya akan mengatakan masakan orang Johor khasnya orang Sembrong sanggup bertindak rakus begitu. Menjadi liar bagaikan binatang yang tidak bertuan atau kurang ajar?

Bagaikan tidak percaya apa yang berlaku didepan mata.... Sepanjang saya berpolitik samada dalam Umno dahulu mahupun Keadilan sekarang, kejadian seperti ini tidak pernah berlaku. Mereka "membantai" kereta rasmi Anwar Ibrahim seperti sudah kerasukan "air syaitan" dan "dadah"... Apakah anak muda Umno ini dihidangkan dengan benda haram sebelum mereka membuat kacau....???
Cukup jengkil melihat anak-anak muda yang saya kira mereka rata-rata yang keciciran dalam pendidikan. Saya yakin kalau mereka bersekolah tinggi, peringkat IPTA atau pun pengajian pondok tradisi mereka tidak akan berkelakuan begitu. Lagak dan telatahnya lebih teruk macam kera berjumpa biawak. Paling memelikkan lagi kenapa mereka bersikap liar tidak tamadun begitu walhal sejak merdeka hingga ke hari ini orang Umno Johorlah yang paling ramai menjadi menteri pendidikan.

Mereka sedikit pun tidak merasa malu dan segan mengejek dan melaungkan kata-kata kesat di sepanjang Anwar berucap. Semua gelagat sifat Abu Lahab dan Abu Jahal dizahirkan pada malam tersebut. Peliknya polis yang ada hanya memerhati sahaja dan berdiri di depan mereka, seolah-olah mengawal kumpulan liar itu tidak diganggu bagi membolehkan mereka melakukan apa saja bentuk provokasi termasuk melontar batu, mercun, kayu, air kencing dan telor busuk termasuk kayu bendera yang runcing hujungnya. Itupun didiamkan oleh pihak polis walaupun kejadian itu berlaku didepan mata mereka. Apa akan jadi jika penyokong Pakatan Rakyat berbuat demikian ketika Ceramah Umno/BN berlangsung....??? Fikir sendiri.....

Melihat sikap polis itu menyebabkan saya tertanya dalam hati, apakah tujuan polis ke kawasan itu? Apakah sebenarnya yang dijaga dan dikawal? Apakah untuk keselamatan umum atau untuk melindungi kumpulan liar itu?

Kalau polis bersikap adil dan tegas mereka boleh menyuraikan kumpulan liar itu. Dengan kuasa yang ada kepada mereka, polis boleh menghalangnya. Ada sebuah trak yang siap dengan pasukan topi merah (FRU) cukup untuk menghuraikan kumpulan kira-kira 200 hingga 300 orang itu.


Antara Pemuda Umno yang terlibat
 Apakah ini anak muda yang diupah untuk membuat kacau???? Mereka memakai baju Pemuda BN dan  memakai t-shirt hitam tertulis Sembrong 13 dengan gambar Hishamuddin terdampar di depannya. Banggakah orang Umno Sembrong dan seluruh Johor dengan kejadian tidak bertamadun ini.




Masih segar dalam ingatan bagaimana penyokong Umno Semberong yang sudah kesaruk syaitan membantai kereta rasmi Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kenderaan yang saya naiki berada dihadapan kereta yang dinaiki oleh Datuk Seri Anwar terpaksa berhenti akibat ditahan oleh samseng upahan Umno. Pada ketika itu saya segera keluar untuk melindungi Datuk Seri Anwar. Ketika itu juga AMK Johor diketuai oleh Timbalan Ketua AMK Johor meluru ke arah Datuk Seri Anwar untuk memberi perlindungan. Pada ketika itu jugalah penyokong Umno/BN membantai, memukul dan menendang kereta rasmi Datuk Seri Anwar. Saya meluru ke arah kumpulan tersebut apabila melihat salah seorang diantara mereka mengangkat batu untuk dihempaskan ke arah cermin kereta Datuk Seri Anwar. Saya cuba menahan dan pada ketika itulah berlaku tarik menarik. Saya cuba ditarik masuk ke dalam kumpulan itu sehinggakan baju saya koyak. Saya mempertahankan diri dan pada ketika itulah saya dikeroyok oleh samseng upahan Umno. Ketika itu keadaan sudah tidak terkawal. Mujurlah AMK Batu Pahat membantu dengan menarik saya keluar dari kawasan itu. 



Selepas itu penyokong Umno terus bertindak liar dengan membaling objek2 keras seperti batu, kayu, botol berisi air kencing dan juga mercun. Saya hampir2 terkena balingan kayu bendera yang runcing hujungnya dan masih terlekat bendera BN di kayu tersebut. Bayangkan jika balingan tersebut tidak disedari dan mengenai orang ramai....???? Apakah Hishamuddin selaku Ahli Parlimen Sembrong dan Menteri Dalam Negeri akan bertanggungjawab????

Pada ketika ceramah hampir selesai, saya dinasihati agar membawa Datuk Seri Anwar melalui "jalan dalam". Mereka khuatir "samseng upahan" Umno itu akan bertindak liar lagi.

Saya amat yakin mereka diajar dan digalakkan serta dilindungi oleh orang tertentu yang cukup berpengaruh dan kebal untuk ditangkap oleh pihak polis yang bertugas. Kalau mereka tidak "dipayung" oleh seseorang yang cukup berpengaruh masakan mereka boleh  dibekalkan dengan t shirt, bendera, mercun, telor tembelang dan segala macam alat untuk mengganggu ceramah tersebut. Mungkin mereka tembolok mereka telah disumbat dengan "air kencing syaitan" atau pil kuda sehingga mereka bertindak seperti orang hilang akal. Jelas mereka telah di ajar dan ada pengarahnya.


Soal kecederaan yang saya alami itu soal kecil tetapi tindakan liar dan samseng Pemuda Umno Sembrong seolah-olah cuba menguji kesabaran AMK Johor. Malahan pada malam itu ada petugas AMK Johor yang ingin menyerang balas. Mujur saya dan beberapa pimpinan AMK Johor yang lain cuba menenangkan keadaan. Jika tidak pasti akan berlaku pergaduhan besar.


 Pada 10 Mac 2012 yang lalu, ceramah Anwar Ibrahim di Sri Gading mendapat perlindungan 100% dari anggota polis dan FRU. Bahkan mereka sanggup meredah belukar dibelakang pentas untuk memastikan tiada gangguan dari "samseng upahan" Umno. Saya anggap itu arahan lakonan oleh Hishamuddin Hussein. Sejak jam 6.00ptg lagi Umno cuba melakukan provokasi dengan menggantung banner2 namun tiada sambutan. Terima kasih kepada anggota polis yang bertugas pada malam tersebut namun ianya tidak boleh mengubati luka di Sembrong. Sebagai pengajaran peristiwa di Sembrong, Keadilan Johor akan membawa kes ini ke mahkamah. 



Kepada AMK Johor, jadikan kejadian di Sembrong sebagai pengajaran. AMK Johor perlu sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Komitmen di Sri Gading dan Bakri membuktikan bahawa kita mampu berdepan dengan sebarang provokasi oleh "samseng upahan" Umno. Ingat pesanan Ayahanda.... "Membujur Lalu Melintang Patah"


Lawan tetap Lawan


Ketua AMK Johor