Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim

DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

31 July 2009

AL-FATIHAH UNTUK ALLAHYARHAM DATUK HAMDAN ABD RAHMAN

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Yang Berhormat Datuk Hamdan Abdul Rahman meninggal dunia awal pagi hari ini di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur. Jenazahnya akan dibawa ke Pusat Khidmat Dun yang pernah menjadi tempat tinggal sewanya sewaktu memenangi Dun Permatang Pasir sejak pilihanraya umum ke 10 tahun 1999 lalu. Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang dari IJN pukul 10 pagi ini dan dijangka sampai ke Permatang Pasir jam 2 petang ini. Bagaimanapun tempat dan waktu pengkebumianya belum dipastikan cuma berkemungkinan petang ini.

Menurutnya, Allahyarham telah seminggu berada di IJN untuk menjalani rawatan susulan akibat kesakitan di bahagian jantung kembali setelah menjalani pembedahan sebelum pilihanraya umum ke 11 tahun 2003 di Hospital Besar Pulau Pinang.

Pada Pilihan raya ke 12 lalu beliau sekali lagi menang dengan majoriti besar mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) sekaligus mengekalkan kemenangan tiga penggal berturut-turut bersama Ahli Parlimen Permatang Pauh, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Allahyarham juga pernah menjadi Pesuruhjaya PAS Negeri selama 11 tahun setelah pemergian Allahyarham Tuan Guru Haji Zabidi Ali penghujung tahun 1980 an. Beliau seorang yang dedikasi dan merupakan pejuang yang sanggup berkorban apa sahaja termasuk harta benda kerana memartabatkan Islam.

Allahyarham dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri yang membawa gelaran Dato' sempena ulangtahun Tuan Yang Terutama Dato' Seri Utama Dr Abdul Rahman Abbas yang ke 71.

Salam Takziah kepada ahli keluarga Allahyarham dan bersama kita mendoakan agar rohnya di tempatkan bersama-sama kekasih ALLAH. Insya-ALLAH.... Al-Fatihah...

di beritakan oleh Suara AMK Gelang Patah at 9:15:00 AM 0 komen anda tentang artikel ini

29 July 2009

MUHYIDDIN : KEKUATAN PAKATAN RAKYAT HANYALAH PSIKOLOGI

Sewajarnya Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melihat dan menilai kerapuhan hubungan parti komponen BN sebelum menganggap bahawa kekuatan Pakatan Rakyat hanyalah dari sudut psikologi songsang.

Pakatan Rakyat baru berusia "setahun jagung" namun kemantapan kerjasama antara parti dalam Pakatan Rakyat tetap utuh dan kukuh. Perbezaan pendapat adalah perkara lumrah kerana mahukan khidmat terbaik diberikan kepada rakyat tanpa mengira kaum, agama dan parti politik. Kerajaan Berkebajikan iaitu memberi keadilan dan kesamarataan kepada semua rakyat.

BN yang telah menjadi Kerajaan Malaysia berabad lamanya namun masih celaru dengan parti komponennya. Apa sudah jadi hubungan antara UMNO - Gerakan - MCA. Masih ingatkah ketika seorang pemimpin Umno telah menimbulkan kenyataan yang berbau perkauman sehinggakan gambar Tan Sri Koh Soo Kun dikoyakan. Kukuh sangatkah hubungan antara parti komponen dalam BN???

Walaupun Pakatan Rakyat baru setahun jagung namun matlamat dan tujuan kami tetap sama iaitu menghancurkan dan menghapuskan Kerajaan Korup Umno/BN di muka bumi Malaysia.
di beritakan oleh Suara AMK Gelang Patah at 11:51:00 AM 0 komen anda tentang artikel ini

28 July 2009

ALLAHYARHAMAH JASMIN AHMAD - MARINA MAHATIR BIDAS KOSMO

Akhbar KOSMO! telah dikecam hebat akibat dari menyiarkan artikel negatif yang mencemarkan nama baik Allahyarhamah Jasmin Ahmad. Bahkan Datuk Marina Mahatir menganggap berita negatif tersebut sebagai "sampah"mahu pembaca memulaukan KOSMO! sebuah akhbar tabloid dari Kumpulan Utusan Melayu Berhad.

Kecaman beliau terhadap akhbar tersebut bukan setakat itu sahaja bahkan menyifatkan bahawa KOSMO! sebagai "mahluk hina". Beliau turut mengecam Editor dan Pemberita akhbar tersebut yang tidak menghormati sensitiviti keluarga arwah.

Bertepatan sangatlah tindakan Pakatan Rakyat mengharamkan pemberita dari Kumpulan Utusan membuat liputan mengenai apa juga program dibawah anjuran Pakatan Rakyat kerana telah diketahui umum bahawa mereka ini pakar dalam memutarbelitkan sesuatu isu.

Masih banggakh anda menampal stiker "KOSMO!" di cermin kereta anda...???
di beritakan oleh Suara AMK Gelang Patah at 12:32:00 PM 0 komen anda tentang artikel ini

NASIB PENDUDUK KG. BUKIT TEMPURUNG, GELANG PATAH

Telah berlaku ketidakadilan dalam pembahagian tanah bagi peneroka awal Kg. Bukit Tempurung.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak, En. Abdul Aziz Haiman telah menerangkan bahawa penduduk telah meneroka kg seawal tahun 1978. Keluasan asal kampung adalah 240 ekar dengan 124 keluarga peneroka. Beliau juga menceritakan bahawa setiap kali berlakunya pilihanraya pelbagai janji manis ditawarkan oleh wakil rakyat UMNO/BN dan antaranya menjanjikan bahawa penduduk Kg. Bukit Tempurung akan diberikan tanah seluas 2 ekar setiap keluarga. Namun sebaliknya berlaku apabila Kerajaan Negeri Johor telah menganugerahkan tanah 240 ekar kepada Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) yang kemudiannya mencagarkan tanah tersebut kepada pihak bank untuk mendapatkan pinjaman.

Atas desakan penduduk, Kerajaan Negeri mengarahkan KPRJ memulangkan kembali tanah kepada penduduk asal. Malangnya KPRJ hanya dapat menebus 15o ekar sahaja. Baru-baru ini penduduk telah diberikan taklimat bahawa setiap keluarga hanya diberikan 1 ekar sahaja. Sebuah Syarikat Jurukur telah dilantik dan setiap keluarga dikenakan bayaran RM600 bagi kerja pengukuran tanah.

Akibat dari kerakusan pemimpin serta kegagalan KPRJ menebus kembali tanah2 tersebut, lebih kurang 25 keluarga terpaksa berpindak ke tapak lain dengan meninggalkan rumah yang telah mereka bina tanpa mendapat sebarang pampasan.

Kami juga dimaklumkan bahawa 21 nama peneroka asal telah digugurkan atas alasan yang tidak munasabah. Malahan nama Kg. Bukit Tempurung telah ditukar kepada Kg. Dato’ Aziz Sapian iaitu ADUN Nusajaya.

Rata2 penduduk adalah golongan yang berpendapatan rendah yang berkerja sebagai pekebun, nelayan dan pekerja kilang. Penduduk Kg. Bukit Tempurung adalah 100% berketurunan MELAYU.

Apakah kejadian yang berlaku di Kampung Baru Plentong Tengah akan berulang dimana akibat dari kebangsatan dan kerakusan pemimpin Umno/BN membolot harta rakyat, kepertian hidup serta penderitaan penduduk setempat sanggup diketepikan.
di beritakan oleh Suara AMK Gelang Patah at 11:42:00 AM 0 komen anda tentang artikel ini

ARAHAN TUGAS

Salam Reformasi...

Saya telah menerima arahan dari Ketua Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor untuk kita (Ahli Jawatankuasa Angkatan Muda Keadilan Cabang Gelang Patah) turut serta dan memberikan kerjasama semasa lawatan Yang Berhormat Dato' Seri Anwar Ibrahim pada 1 Ogos 2009 di Bakri, Muar.

Sehubungan dengan itu saya memohon kerjasama teman2 agar dapat memberikan sepenuh komitmen kepada gerakerja yang telah disusun oleh Ketua AMK Johor. Sehubungan dengan itu juga saya memohon kerjasama dan komitmen dari seluruh jentera AJK AMK dan Squad AMK Gelang Patah untuk bersama-sama teman AMK Cabang yang lain bagi menjayakan dan menjamin kelancaran program ini.

Terima kasih...

Azlan Ishak
Ketua Angkatan Muda Keadilan
Cabang Gelang Patah
di beritakan oleh Suara AMK Gelang Patah at 9:23:00 AM 0 komen anda tentang artikel ini

LAWATAN KERJA YB DATO' SERI ANWAR IBRAHIM KE JOHOR

Sumber maklumat dari blog Diari AMK Johor

Keputusan Mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri Johor ( MPN ) malam tadi telah memutuskan dan bersetuju untuk membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum PKR ke Batu Pahat dan Bakri.

Berikut adalah jadual DSAI yang telah dipersetujui bersama :
Tarikh : 1hb Ogos 2009 ( Sabtu )
7.00 Petang - Solat berjemaah di Masjid Besar Batu Pahat
Menemui dan ramah mesra bersama masyarakat setempat
8.00 Malam - Pertemuan tertutup ( di Pejabat PKR Batu Pahat )
9.00 Malam - Konvoi menuju ke Bakri
9.30 Malam - Berceramah bersama Datuk Chua Jui Meng
Tempat : Parit Baru, Bukit Naneng, Muar
12.00 Malam - Majlis tamat

Semua AMKJ mesti terlibat secara langsung. Diminta setiap Ketua AMK Cabang membawa bersama sekurang-kurangnya 10 jentera AMK bagi menjayakan program tersebut.Sila patuhi segala arahan.

Hebahan secara meluas juga perlu dilakukan bagi memastikan kehadiran dan sambutan orang ramai bakal memenuhi lokasi ceramah. Semua dijemput hadir.

Ketua Angkatan Muda Keadilan
Negeri Johor
di beritakan oleh Suara AMK Gelang Patah at 9:18:00 AM 0 komen anda tentang artikel ini

23 July 2009

PRO ISA VS ANTI ISA

Pertembungan pasti akan berlaku pada 1 Ogos nanti dimana Pewaris (Majlis Pemuafakatan Ummah.. kononnya) yang akan mendalangi kumpulan yang menyokong agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dikekalkan turut mengadakan perhimpunan jalanan (kata KJ beruk jalanan) bagi menyaingi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang mendesak agar akta tersebut dimansuhkan serta merta.

Ternyata tindakan kumpulan Pro ISA sengaja mahu mensabotaj gerakan yang telah dirancang oleh GMI sekian lama.

Apakah anda yang menyokong Pakatan Rakyat yang mahu keadilan ditegakkan di bumi Malaysia ini duduk diam sahaja...??? Tepuk dada tanya selera....
di beritakan oleh Suara AMK Gelang Patah at 5:47:00 PM 0 komen anda tentang artikel ini

"GAMPANG"NYA UMNO...

Kira-kira 60 penyokong Umno dan parti komponen BN menyertai demonstrasi di hadapan pusat membeli-belah Ampang Point untuk menyatakan sokongan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).



Perhimpunan selama kira-kira 15 minit diketuai oleh Ketua Umno bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo.

Ia disertai ahli Umno bahagian-bahagian Ampang, Gombak dan Pandan. Manakala ahli-ahli MCA, MIC, PPP dan Gerakan pula semuanya dari Ampang.

Demikianlah sikap "bangsat" pemimpin Umno/BN cuba menutup isu besar yang mereka ini juga sebagi watak2 utama dalam beberapa kes penyelewengan dan ketidaktelusan, manakala ahli2 mereka terus diperalat atau "dibalacikan" demi untuk menutup mata masyarakat tentang kepincangan yang berlaku. Mereka mendesak SPRM agar meneruskan siasatan terhadap beberapa EXCO Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor seolah-olah mereka ini "suci" dari segala dosa penyelewengan namun sebenarnya mereka2 inilah yang sewajarnya disiasat oleh SPRM namun mereka2 ini terus2an memperkudakan SPRM manakala SPRM seperti tidak bermaruah terus menerus merelakan mereka memperlakukan demikian.

Laporan rasuah dan penyelewengan melibatkan jutaan ringgit wang rakyat yang dilaporkan oleh pimpinan Pakatan Rakyat, dipandang sepi oleh SPRM namun jika terdapat aduan melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat maka dengan segera SPRM bertindak. Sumber mengatakan bahawa siasatan keatas Mediang Teo Beng Hock yang meninggal dunia beberapa hari lalu di Pejabat SPRM Selangor, hanyalah kerana majikan mendiang dikatakan membeli bendera Malaysia menggunakan wang peruntukan Negeri tetapi tidak mengikut prosedur yang ditetapkan dan kos pembelian bendera tersebut adalah sebanyak RM2,400.00 (Ringgit Malaysia Dua Ribu Empat Ratus Sahaja).

Sedangkan selepas kemenangan Pakatan Rakyat di Selangor pada PRU-12 tahun lalu, Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor telah dilaporkan sedang menyiasat pemborosan semua wakil rakyat BN sebanyak RM 26.6 juta dalam tempoh dua bulan pertama tahun 2008.Menurut seorang anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat), siasatan terhadap perbelanjaan besar ini antara dua kes yang dijalankan olehnya.

Satu lagi kes, yang sudah siap siasatan awal, melibatkan sumbangan jutaan ringgit kepada Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (Balkis) yang disalurkan oleh enam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri sejak penubuhannya pada 1985.Menurut YB Haniza Talha, salah seorang Exco kerajaan Selangor, jawatankuasa khas itu masih lagi menyiasat penggunaan RM26,634,844 juta atau 90.6 peratus peruntukan untuk wakil rakyat di negeri itu menjelang pilihanraya umum Mac tahun 2008.

Kenapakah SPRM lambat atau memlengah-lengahkan siasatan jika aduan melibatkan Pemimpin Umno/BN.....???
di beritakan oleh Suara AMK Gelang Patah at 10:10:00 AM 0 komen anda tentang artikel ini

20 July 2009

SELAMAT DATANG DATUK CHUA JUI MENG KE DALAM PKR

Angkatan Muda Keadilan Cabang Gelang Patah mengucapkan jutaan tahniah kepada Yang Berbahagia Dato' Chua Jui Meng atas penyertaan beliau ke dalam Parti Keadilan Rakyat pada hari Sabtu (18 Julai 09). Diharap dengan kehadiran Dato' Chua akan menambahkan lagi kekuatan Parti Keadilan Rakyat Negeri Johor.
di beritakan oleh Suara AMK Gelang Patah at 2:17:00 PM 0 komen anda tentang artikel ini

17 July 2009

TUN PAK LAH SOKONG HAPUSKAN ISA


Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi mengeluarkan kenyataan bahawa Kerajaan Malaysia perlu berani menghapuskan ISA.

Antara komen-komen beliau mengenai ISA adalah :-

"Sebagai (bekas) menteri dalam negeri, saya telah menandatangani banyak penahanan tanpa perbicaraan di bawah ISA dan dengan kerajaan hari ini ingin pula mengkaji semula keberkesanan serta impak ISA, saya berasa terpanggil untuk memberi pandangan ikhlas mengenai akta ini".

"ISA sebagai suatu akta sudah dicemari dengan stigma sebagai unsur negatif kepada agenda pemerkasaan demokrasi negara dan untuk benar-benar melakukan pembaharuan, kerajaan perlu berani untuk melangkaui kerangka lama dan membuka lembaran baru".

"Memansuhkan ISA adalah sebagai satu petanda kepada agenda pembaharuan demokrasi negara"

"Inilah transformasi yang saya percaya rakyat harapkan kerana tindakan pencegahan itu seharusnya tidak mengorbankan kebebasan hak asasi manusia atau disalahgunakan untuk tujuan politik".

Jika sebelum ini, Pemuda Parti Gerakan menyatakan bahawa mereka juga akan turut serta dalam perhimpunan memansuhkan ISA dan sekarang Mantan Perdana Menteri pula menyokong agar ISA dihapuskan kerana ianya mungkin disalahgunakan untuk tujuan politik.

Apakah Umno akan terus mempertahankan ISA demi untuk kepentingan politik mereka...
di beritakan oleh Suara AMK Gelang Patah at 4:44:00 PM 0 komen anda tentang artikel ini

PERKEMBANGAN POSITIF PAKATAN RAKYAT JOHOR

Saya dimaklumkan bahawa beberapa perancangan telahpun dipersetujui oleh Pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Johor untuk memantapkan lagi hubungan dan semangat kerjasama antara parti komponen. Perkembangan positif ini amat2 dialu-alukan dan berharap agar ianya dapat dilaksanakan dengan sempurna serta mampu memberi keyakinan kepada rakyat bahawa Pakatan Rakyat Negeri Johor mampu menjadi kerajaan yang lebih baik dari kerajaan yang sedia ada sekarang ini.

Parti Keadilan Rakyat Negeri Johor terutama Ketua2 Cabang perlu bersedia untuk menerima apa juga tanggungjawab yang diberikan. Pegawai2 Majlis Pimpinan Negeri (MPN) perlu lebih kerap turun ke Cabang2, bersuai kenal dengan pimpinan peringkat cabang serta menyelami permasalahan di setiap Cabang. Masing2 perlu bersikap terbuka jika mahu melihat kemantapan Parti Keadilan Rakyat di Cabang masing2. Ketepikan segala masalah titik bengik yang mencengkam pemikiran kita selama ini. Berselisih pendapat itu perkara lumrah dalam organisasi namun yang lebih penting adalah fokus kita untuk memenangkan parti dalam PRU-13 nanti.

Persedian awal bagi menghadapi PRU-13 nanti wajar dilakukan seberapa segera kerana situasi politik dewasa ini tidak sama seperti pada PRU-12. Jika kajian dari "Merdeka Center" dijadikan rujukan, persediaan lebih rapi dan program bertemu dengan rakyat perlu diperhebatkan lagi. Kemantapan organisasi cabang perlu diperkemaskan lagi.

Pimpinan AMK Cabang perlu lebih proaktif memainkan peranan menarik golongan muda untuk bersama-sama dalam Parti Keadilan Rakyat. Program2 yang mampu menarik golongan muda perlu diadakan seperti sukan dan kebudayaan. Disamping itu juga, program2 berbentuk ilmiah juga perlu kerap diadakan bagi mendidik anak2 muda "bijak berpolitik". Jangan sampai anak2 muda beranggapan bahawa Angkatan Muda Keadilan Cabang adalah sebuah organisasi yang pasif, hanya tahu berdemontrasi. Persepsi sedemikian perlu ditangkis. Justeru setiap AJK AMK Cabang perlu memainkan peranan masing2 dan tidak meletakkan tanggungjawab itu dibahu teman2 yang lain. Walaupun kita bergerak dalam keadaan serba kekurangan namun percayalah kemuafakatan mampu menyelesaikan kekurangan itu. Jika kita bergerak dalam serba kekurangan namun mampu mengerakkan jentera politik kita dengan baik, ianya pasti akan menggerunkan pihak lawan yang serba lengkap. Lupa jawatan, lupakan niat untuk menjadi calon pada PRU-13, yang penting organisasi dan jentera politik Cabang perlu mantap serta kukuh. Jika anda benar2 komited dengan gerakerja parti, pasti satu masa nanti balasan yang baik tetap kamu perolehi.
di beritakan oleh Suara AMK Gelang Patah at 11:42:00 AM 2 komen anda tentang artikel ini

KEMATIAN TEO - SPRM DIMINTA BERTANGGUNGJAWAB

Bermula dari aduan Pemuda Umno yang mendakwa dibuli oleh Pegawai Penyiasat SPRM semasa siasatan berkaitan politik wang dalam Umno, kemudian seorang Pembantu Tadbir di Simpang Renggam pula mendakwa dikasari oleh Pegawai Penyiasat SPRM sehingga mengakibatkan kecederaan pada tubuhnya disamping kesan2 lebam (rujuk disini). Mangsa juka dihina dengan pelbagai cacian dan makian sepanjang siasatan dibuat.

Semalam, SPRM menggemparkan lagi... Setiausaha Politik kepada Ean Yong Hian Wah (EXCO Kerajaan Selangor), terbunuh selepas dipercayai terjatuh dari bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam. Mayat Teo Beng Hock, 30 tahun, telah dijumpai di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat suruhanjaya tersebut.

Apakah dengan penukaran nama dari Biro Pencegahan Rasuah (BPR) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menghalalkan segala bentuk kekasaran dan kekerasan ke atas mana2 individu yang disiasat oleh SPRM.

AMK Cabang Gelang Patah bukan mahu menuduh bahawa SPRM terlibat dalam kes kematian Teo, namun menuntut satu Suruhanjaya Khas bagi menyiasat kematian mendiang Teo dan juga keganasan Pegawai Penyiasat SPRM seperti yang dilaporkan sebelum ini. Kami khuatir ada lagi keganasan dan kekasaran dari Pegawai Penyiasat SPRM terhadap individu yang disiasat yang belum lagi disahihkan kesalahannya.

AMK Cabang Gelang Patah juga meminta SPRM turut menyiasat dengan "SEGERA" kes2 yang dilaporkan oleh Pakatan Rakyat terhadap penyelewengan Pemimpin Umno/Barisan Nasional. Justeru kami meminta SPRM tidak bertindak "pilih kasih" serta berlaku adil dalam menjalankan siasatan. Ini kerana jika kes2 melibatkan pimpinan Pakatan Rakyat, maka SPRM segera bertindak, namun jika melibatkan pimpinan Umno/BN, SPRM seolah-olah menunggu "arahan" untuk bertindak.

'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA KERANA ALLAH'
di beritakan oleh Suara AMK Gelang Patah at 11:05:00 AM 0 komen anda tentang artikel ini

16 July 2009

SIKAP PENYOKONG UMNO DI MANIK URAI

Anda nilai sendiri......

di beritakan oleh Suara AMK Gelang Patah at 12:39:00 PM 0 komen anda tentang artikel ini

DATUK CHUA JUI MENG AKAN SERTAI PKR...????

Angin bertiup kencang mengatakan Bekas Naib Presiden MCA, Datuk Chua Jui Meng akan menyertai Parti Keadilan Rakyat tidak lama lagi.

Beberapa pimpinan PKR juga tidak menafikan perkhabaran ini.

Nantikan berita terkini dari kami.
di beritakan oleh Suara AMK Gelang Patah at 11:56:00 AM 0 komen anda tentang artikel ini

15 July 2009

TERIMA KASIH SDR. ROSLEE


Sdr. Rosli bertugas semasa kempen keahlian sebelum PRU-12 yang lalu


Gabungan Dr. Zaleha, Rosli, Jalil dan Azlan di samping teman2 lain membuatkan PKR Cabang Gelang Patah disegani kawan dan lawan...

Alhamdulillah... Semoga komitmen AJK PKR Cabang Gelang Patah bertambah padu dengan kembalinya Sdr. Roslee Mohd Shariff (Setiausaha PKR Cabang Gelang Patah) yang merupakan Pengarah Pilihanraya PKR Parlimen Gelang Patah pada PRU-12 yang lalu.

Malam tadi ketika AJK PKR Cabang Gelang Patah sedang bermesyuarat, kami di kejutkan dengan kehadiran beliau. Rata2 AJK mengucapkan "Selamat Kembali" kepada Sdr. Roslee yang beberapa bulan kebelakangan ini menyepikan diri.

Sememangnya AMK Cabang Gelang Patah sendiri amat2 memerlukan lontaran idea dan pengalaman beliau bagi memantapkan lagi gerakerja serta memperkukuhkan lagi kesepaduan dikalangan ahli.

Sdr. Roslee dalam ucapan ringkasnya malam tadi membayangkan bahawa PRU-13 akan berlaku dalam tempoh 6 - 12 bulan dan beliau mahukan gerakerja PKR Gelang Patah lebih kepada berjumpa rakyat. Justeru AMK Gelang Patah menyeru serta mengharapkan sokongan dan komitmen dari semua ahli PKR di Parlimen Gelang Patah untuk sama2 berganding bahu memulakan gerakerja seawal mungkin. Semoga komitmen dari semua pihak bisa menghasilkan kemenangan untuk kita semua walaupun terpaksa berdepan dengan kesukaran.

Diharap selepas ini "seseorang" yang amat2 dinantikan kepulangannya ke pangkuan PKR Gelang Patah dapat kembali bersama semula. Seseorang yang hampir menumbangkan keangkuhan Umno/BN di Parlimen Gelang Patah. Seseorang yang mencetuskan kegusaran pimpinan Umno/BN di Gelang Patah. Seseorang yang membuatkan SB2 tidak boleh duduk diam. Seseorang yang dicemburui oleh kawan dan lawan.

"Teman2ku, perjuangan mesti diteruskan walau terpaksa menelan sejuta kepahitan"
di beritakan oleh Suara AMK Gelang Patah at 11:30:00 AM 0 komen anda tentang artikel ini

14 July 2009

LAPORAN POLIS TERHADAP PENJENAYAH PPSMI

Pakatan Rakyat Negeri Johor akan membuat satu Laporan Polis terhadap Mahathir, Abdullah Ahmad Badawi, Najib dan Hishamuddin atas jenayah PPSMI di Balai Polis Central, Johor Bahru pada 16 Julai 2009 (Khamis) jam 10.00 pagi.

Semua pimpinan dan penyokong Pakatan Rakyat mahupun Umno Johor yang dikatakan konsisten menetang PPSMI seperti yang diperkatakan oleh Ketua Penerangan Umno yang juga Ahli Parlimen Pontian merangkap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Sdr. Ahmad Maslan, adalah dialu-alukan hadir.
di beritakan oleh Suara AMK Gelang Patah at 2:33:00 PM 0 komen anda tentang artikel ini

PRK DUN MANIK URAI

AMK Cabang Gelang Patah mengucapkan selamat mengundi kepada penduduk Manik Urai, Kelantan yang akan mengundi pada hari ini (14 Julai 09) bagi memilih ADUN Manik Urai yang baru setelah kematian ADUN kawasan tersebut iaitu Ismail Yaacob atau Pok Su Wel yang menang pada PRU-12 lalu. Penduduk Manik Urai akan memilih samada Mohd Fauzi Abdullah (PAS) ataupun Tuan Aziz Tuan Man (BN).

Jentera BN yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, cuba "menyogok" penduduk Manik Urai dengan pelbagai janji serta melaga-lagakan kepimpinan Pakatan Rakyat terutama kepimpinan PAS dan memainkan isu Kerajaan Perpaduan namun rata2 penduduk disitu masih menaruh kepercayaan kepada kepimpinan PAS.

PAS pula menyentuh isu penyalahgunaan jentera dan kakitangan kerajaan, antaranya penggunaan helikopter oleh Muhyiddin semasa berkempen. Isu tuntutan royalti minyak Kelantan berjumlah RM1 bilion yang diketengahkan oleh exco kanan kerajaan negeri Datuk Husam Musa, juga dilihat berkesan.

Marilah kita bersama-sama berdoa agar kemenangan berpihak kepada Calon PAS (Mohd Fauzi Abdullah) bagi mengekalkan kemenangan Pakatan Rakyat di Manik Urai..
di beritakan oleh Suara AMK Gelang Patah at 8:46:00 AM 0 komen anda tentang artikel ini

13 July 2009

AHMAD MASLAN - SILA JAWAB

Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo meninggalkan DUN selepas Speaker mengarahkan beliau keluar dewan. Turut sama dengan beliau ialah ADUN BN yang lain sebagai tanda protes dengan arahan itu.

Ketua pembangkang DUN Selangor, Dr Mohd Khir Toyo diperintah keluar dewan hari ini selepas enggan menarik balik kenyataannya yang menuduh Speaker Teng Hang Khim berat sebelah.

Setelah diberi amaran beberapa kali oleh Speaker DUN Selangor, selepas kedua-dua bertekak berhubung definasi "Dewan" yang merujuk kepada dewan undangan negeri, namun Khir Toyo menunjukkan sifat keegoannya enggan menarik balik tuduhan yang dilemparkan kepada Teng.

Pada siri Hujah di TV9 beberapa minggu yang lalu, Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan ada mengkritik sikap Ahli Parlimen PR yang sering keluar Dewan Parlimen sebagai tanda protes dan melabelkan Ahli Parlimen PR ini sebagai tidak bertamadun.

Nah, sekarang Ahmad Maslan perlu mengeluarkan kenyataan dan mengkritik Khir Toyo dan beberapa ADUN Barisan Nasional yang bertindak keluar dewan setelah Khir Toyo dihalau keluar dewan oleh Speaker DUN Selangor. Apakah Ahmad Maslan terpaksa menelan kata-katanya sendiri...????

Sememangnya jawatan Ketua Penerangan Umno memang layak untuk Ahmad Maslan yang mungkin akan menjadi liabiliti kepada Umno akibat sering mengeluarkan kenyataannya yang kurang bijak.
di beritakan oleh Suara AMK Gelang Patah at 5:50:00 PM 0 komen anda tentang artikel ini

11 July 2009

AHMAD MASLAN SANGKAL PEMANSUHAN PPSMI BUKAN USAHA PEMBANGKANG

Ketua Penerangan Umno yang juga Ahli Parlimen Pontian menyangkal bahawa pemansuhan PPSMI seperti yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri baru2 ini sebaliknya menyatakan bahawa Umno Johor sejak awal2 lagi tidak bersetuju dengan perlaksanaan PPSMI ini.

Jika benarlah apa yang dinyatakan oleh Sdr. Ahmad Maslan yang diberi tanggungjawab sebagai Ketua Penerangan Umno, apakah tindakan Umno Johor bagi membantah perlaksanaan PPSMI sedangkan Menteri Pelajaran pada ketika itu juga datang dari Johor tidak nampak langsung membantah perlaksanaan ini. Bahkan yang membantai dan membelasah pendemontrasi yang membantah perlaksanaan PPSMI adalah Menteri Dalam Negeri yang berasal dari Johor. Manakah dia yang dinamakan bahawa "Umno Johor konsisten membantah perlaksanaan PPSMI". Inikah kenyataan seorang Ketua Penerangan Umno Malaysia yang kenyataannya seperti Ketua Penerangan Umno Cawangan sahaja. Jika benar Umno Johor konsisten, maka wajar ahli2 Umno sendiri termasuk Hishamuddin yang memegang potfolio Menteri Pelajaran membantah sekeras-kerasnya perlaksanaan tersebut. Bahkan Menteri Pengajian Tinggi pada ketika itu juga berasal dari Johor. Hanya Dr. Fuad Zakarshi sahaja yang pernah mengeluarkan kenyataan secara terbuka membantah perlaksanaan PPSMI.

Kami merasakan bahawa pemansuhan PPSMI ini adalah kemenangan rakyat bukan kemenangan mana2 pihak. Kerana isu ini, puluhan ribu rakyat sanggup hadir untuk berdemontrasi bagi menunjukkan pendirian mereka berkaitan isu PPSMI dan pemansuhan ini adalah kerana perjuangan rakyat yang dipimpin oleh tokoh2 bahasa yang tidak mahu Bahasa Melayu terpinggir di bumi Malaysia.

Kebelakangan ini Ahmad Maslan seolah-olah mabuk jawatan sehinggakan beberapa kenyataannya jelas menggambarkan kecetekan pengetahuannya. Jawapan dan kenyataaan beberapa isu juga diberikan secara "sembrono". Jika sebelum ini di program "HUJAH" di TV9, beliau tergagap-gagap apabila diajukan persoalan2 panas oleh Profesor Agus. Beranikah Ketua Penerangan Umno ini berdebat secara terbuka mengenai isu2 di Negeri Johor ini. Mungkin Pak Ngah (Ketua Penerangan PKR Johor) boleh menjemput beliau untuk berdebat di pentas terbuka bagi menguji kebijaksanaan Ketua Penerangan Umno Malaysia ini, atau mungkin kami AMK Cabang Gelang Patah mencadangkan beliau berdebat dengan Ketua Penerangan AMK Gelang Patah sebagai permulaan.... Macamana YB Ahmad Maslan, ada beran.......
di beritakan oleh Suara AMK Gelang Patah at 10:06:00 AM 0 komen anda tentang artikel ini

SIAPA MUHYIDDIN YASSIN - TIMBALAN PERDANA MENTERI

Artikel ini saya ambil dari Harakah Online yang saya kira ianya amat penting untuk kita mengenali Timbalan Perdana Menteri. Beliau juga adalah bekas Menteri Besar Johor yang banyak dikaitan dengan isu tanah bahkan beliau pernah digelar "Menteri Brooker"...........

Masihkah anda ingat siapa yang bertanggungjawab memberi ruang lebih besar kepada penduduk dari Singapura memilik banyak hartanah di Johor.

Akibat daripada dasar terbuka itu menyebabkan banyak tanah rezab Melayu di daerah Johor Bahru tergadai.

Orang yang bertanggungjawab memberi kelulusan tersebut ialah pemimpin yang mengetuai kerajaan Johor pada 1989 hingga 1995.

Itulah pengenalan ringkas bagi mengenali siapa Tan Sri Muhyidin Yassin yang dikaitkan dengan tragedi yang memalukan orang Melayu di Johor.

Dan berikutan itu Muhyiddin dipindahkan ke pusat sebagai menteri kabinet oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai usaha menyelamatkan karier politiknya.

Dan hari ini beliau berjaya mendaki tangga keemasan politik dalam Umno apabila dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas menang jawatan Timbalan Presiden Umno.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, pemimpin terbabit yang mengetuai Umno di Johor ketika menjadi menteri besar ternyata telah mengkhianati hak orang Melayu.

"Bagaimana Umno hendak menjadi parti yang membela orang Melayu sedangkan mereka sendiri yang menggadai dan menjual rezab Melayu kepada orang asing dari Singapura.

"Ini bukti bahawa Umnolah yang menggadai hak orang Melayu setelah rakyat memberi mereka kuasa sepenuhnya lebih 50 tahun mentadbir negara ini sejak negara mencapai kemerdekaan,� katanya pada ceramah di Temalir dekat sini malam semalam.

Beliau menjelaskan bukti mengenai perkara itu didedahkan pada persidangan Dewan Negeri Johor baru-baru ini.

"Tanah Rezab Melayu ini satu-satunya hak bagi orang Melayu. Umno tidak boleh jawab, dan ini bukan fakta yang saya pungut atau dengar di tepi jalan lalu dibawa ke dalam ceramah.. tidak.

"Ini bukti yang kita bawa dalam persidangan Dewan Negeri Johor baru-baru ini di mana Umno dan anggota Dewan Negeri Negeri Johor dari Umno tidak boleh jawab,� katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata Umno tidak seharusnya diberikan peluang untuk terus hidup.

Salahuddin yang juga anggota parlimen Kubang Kerian berkata, Muhyiddin telah mengkhianati orang Melayu di Johor dalam isu tanah rezab dan pemilikan dalam Dana Johor.

Sedangkan katanya, kerajaan BN Johor begitu bangga dengan skim pelaburannya Amanah Saham Johor (ASJ) sehingga seramai 125,000 orang melabur ketika diterbitkan pada 1996.

Saham ASJ pada awalnya dijual pada harga RM1 seunit kemudian memadangkan ASJ mendapat sambutan menggalakkan sehingga nilai saham dinaik menjadi RM5 seunit.

Keadaan itu menyebabkan ramai rakyat Johor berebut-rebut membeli saham ASJ sehingga ada yang meminjam dari bank sebanyak RM10,000. Namun selepas berlaku krisis ekonomi pada 1997 menyebabkan ASJ jatuh menjunam.

Perbadanan Johor kini berhutang melebihi setengah bilion ringgit. Kegagalan ASJ menjejaskan imej kerajaan BN Johor.

Ketika era Muhyiddin sehingga Dato� Ghani Othman menjadi Menteri Besar Johor bukan sahaja ASJ merosot sebaliknya banyak syarikat milik kerajaan negeri yang rugi berjuta-juta ringgit termasuk Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ).

Sehingga Disember tahun lalu KPRJ direkod berhutang sebanyak RM429.4 juta.

Salahuddin berkata, jenayah paling mencabar orang Islam di Johor apabila Muhyiddin menukar cuti mingguan daripada hari Jumaat kepada Ahad.

Maka tidak hairanlah katanya, Johor yang dianggap sebagai kubu Umno paling kuat di dunia berjaya ditembusi PAS setelah memperolehi dua kerusi Dun pada pilihan raya umum lalu.

"Sekarang kita sama-sama fikir pada malam ini. Hari ini Muhyidin datang ke Manek Urai bercakap mengenai pembelaan nasib orang Melayu.

Begitu juga katanya Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan baru dilantik sudah hendak tunjuk lagak dan bercakap bohong.

"Dia kata hendak menolong orang kampung sehingga sanggup pergi menoreh getah dan tunjukkan gambar kepada umum. Beliau bercakap di Parlimen kononnya hendak menolong orang susah di Manek Urai," katanya.

di beritakan oleh Suara AMK Gelang Patah at 9:36:00 AM 0 komen anda tentang artikel ini

10 July 2009

YB AZMIN MAHU EXCO SELANGOR DIROMBAK

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali meminta Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim merombak portfolio anggota exco kerajaan negeri sekarang.

Beliau berkata ia perlu dilakukan secara lebih teratur dan menerusi perbincangan sesama PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Beliau mahukan pelantikan tersebut tidak berdasarkan parti dan kaum, tetapi lebih kepada keupayaan mereka untuk mentadbir dengan berkesan.

Sewajarnya YAB Menteri Besar perlu menilai semula prestasi exco kerajaan negeri.

Sementara itu YAB Tan Sri Khalid berkata rombakan tidak akan dilakukan dalam masa terdekat dan ia hanya berupa cadangan dan tidak memadai hanya datang dari seorang Adun dan beliau akan menilai prestasi barisan exconya.

di beritakan oleh Suara AMK Gelang Patah at 2:51:00 PM 1 komen anda tentang artikel ini

09 July 2009

AKHIRNYA KEBANGKITAN RAKYAT BERJAYA MANSUHKAN PPSMI - SUARA SELATAN ONLINE

Dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan sepenuhnya tiga tahun lagi, demikian diumumkan menteri pelajaran.

Pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin itu, susulan keputusan mingguan jemaah menteri pagi ini, dibuat jam 2.30 di kementeriannya di Putrajaya.

Di sekolah kebangsaan, bahasa Melayu akan menggantikan bahasa Inggeris untuk mengajar Sains dan Matematik, sementara sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil akan menggunakan bahasa ibunda masing-masing.

Pemansuhan itu dijalankan berperingkat-peringkat sehingga semua pelajar yang terlibat dengan dasar itu tamat peringkat masing-masing.

Dasar yang diperkenalkan sejak 2003 itu mendapat semakin banyak bantahan, khususnya sejak awal tahun ini apabila sekumpulan aktivis bahasa berjaya menggerakkan ribuan orang berarak ke Istana Negara.

Selain memimpin Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), yang mengepalai demonstrasi besar itu, tokoh sastera Datuk A Samad Said juga menyertai sekumpulan lima Sasterawan Negara membantah dasar itu - mencipta rekod bantahan golongan budayawan Melayu.


Rentetan pelaksanaan PPSMI

19 Julai 2002 - mesyuarat khas jemaah menteri, waktu itu perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, meluluskan dasar baru Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

Januari 2003 - dasar ini diperkenalkan berperingkat-peringkat dengan dimulai Tahun 1 untuk peringkat sekolah rendah, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah untuk sekolah menengah

Januari 2007 - pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah menengah

Januari 2008 - pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah rendah

Mac 2009 - lebih 8,000 menyertai demonstrasi membantah PPSMI dengan berarak ke Istana Negara. Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang diketuai oleh Datuk A Samad Said dan Datuk Dr Hassan Ahmad.

Mac 2009 - Satu kajian mendapati PPSMI hanya berjaya meningkatkan empat peratus penguasaan bahasa Inggeris tetapi sebaliknya mengurangkan minat untuk mempelajari Sains dan Matematik.

Kajian 53 pakar bahasa itu, merumuskan dasar kontroversi tersebut "menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik."

Mei 2009 - kesemua lima Sasterawan Negara yang masih hidup menolak dasar ini - sekali gus buat pertama kali dalam sejarah penentangan dasar kerajaan.

Jun 2009 - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut mempertikaikan dasar tersebut dengan memberi amaran "jangan jadikan pelajar bahan ujian" dasar yang "jelas mempunyai pelbagai kelemahan ketara"

Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman pula berkata "salah, tidak beretika dan tidak rasional jika dasar pendidikan negara diputuskan melalui prasangka, emosi, persepsi dan andaian individu-individu tertentu yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan sebenarnya."

Julai 2009 - Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan dasar PPSMI dimansukan sepenuhnya pada 2012

Seperti yang kita semua sedia maklum, kelmarin, semalam, hari ini, esok dan lusa Kerajaan akan sentiasa mencari dasar-dasar baru demi kebaikan generasi dan rakyat malaysia. Namun apa yang harus Kerajaan lakukan ialah meletakkan martabat ibunda ini jauh lebih tinggi dari segala-galanya. Perjuangan rakyat bersama tokoh-tokoh bahasa tanahair telah berjaya memberi tekanan kepada pihak kerajaan hinggalah segala perjuangan ini membuahkan hasil yang positif demi maruah bangsa dan agama.

Kenangan kemenangan ini mesti dikenang dan diingati oleh seluruh rakyat malaysia khususnya generasi pelajar dan pendidik. Moral of storynya... jgn takut untuk menentang dasar kerajaan yang hanya membebankan rakyat jelata.
di beritakan oleh Suara AMK Gelang Patah at 11:08:00 AM 0 komen anda tentang artikel ini

08 July 2009

PERANGI AH LONG ATAU PERANGI POSTER AH LONG....

Seronok melihat pekerja2 Majlis Bandaraya Johor Bahru mengoyak-ngoyak poster iklan Ah Long sebagai salah satu tanda kempen memerangai Ah Long sudah bermula. Maka program turun padang melibatkan Dato' Bandar dan pimpinan Umno/BN yang turut sama mengoyak-ngoyakkan poster iklan Ah Long juga dilihat sebagai satu bukti kesungguhan kerajaan pimpinan Umno untuk membenteras Ah Long... Namun... Cukupkah dengan sekadar memusnahkan poster dan iklan Ah Long itu telah berjaya melumpuhkan kegiatan mereka...? Cukup ke....?????

Yang wajar kita perangi habis-habisan adalah perniagaan haram mereka bukan poster2 mereka. Kalau sebelum ini mereka menggunakan pendekatan dengan meletakkan "handbill" di kereta2, sekarang mereka berani meletakkan kad peniagaan, handbill atau bahan iklan mereka di peti2 pos kediaman kita. Bahkan "banner" mereka juga terpampang dimana-mana. Ini bermakna mereka bebas mengiklankan perniagaan haram mereka dengan apa cara sekalipun seolah-olah tanpa sebarang halangan dan tindakan undang2. Adakah mereka dilindungi oleh pihak tertentu... dan perkara ini tidak mustahil. (klik sini)

Kementerian Dalam Negeri pimpinan Hishamuddin wajar dan perlu bertindak secara lebih serius dan lebih efektif dalam usaha memerangi Ah Long bukan sekadar "mengula-gulakan" atau mengabui mata rakyat dengan program2 menghapuskan poster Ah Long dan sebagainya. Yang penting adalah memerangi Tauke2 Ah Long kerana kebanyakan mereka2 ini adalah kepala2 samseng besar di kawasan tersebut. Tauke2 ini wajar diheret ke mahkamah kerana mereka menjalankan undang2 sendiri untuk menghukum peminjam yang gagal melunaskan hutang2 mereka.

Pihak Kerajaan perlulah mempermudahkan pinjaman2 kecil kepada peniaga2 kecil agar mereka tidak mengambil jalan mudah untuk berjumpa dengan Jerung2 Ah Long yang sentiasa bersedia untuk memberi pinjaman kepada peniaga2 kecil ini. Pinjaman tanpa mengira agama dan bangsa serta fahaman politik perlu diamalkan. Bukan seperti TEKUN yang dipelopori oleh pemimpin dan ahli Umno sahaja sedangkan wang itu adalah wang rakyat....
di beritakan oleh Suara AMK Gelang Patah at 2:33:00 PM 1 komen anda tentang artikel ini

TERKINI : PERBICARAAN DATO' SERI ANWAR IBRAHIM

Perbicaraan Pertuduhan Kes Liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim ditangguhkan ke 15 Julai 2009 (Rabu) berikutan peguam utamanya iaitu Sulaiman Abdullah sakit dan kini berada di wad Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.

Sebutan kes bagi menetukan tarikh perbicaraan kes tersebut akan dibuat pada tarikh yang sama.

Tiada bantahan dari pihak pendakwaan atas penangguhan kes tersebut.

Bersama kita mendoakan agar Dato' Seri Anwar Ibrahim sentiasa berada dipihak yang benar...
di beritakan oleh Suara AMK Gelang Patah at 10:41:00 AM 0 komen anda tentang artikel ini

07 July 2009

PANDANGAN

Sekembali dari Kursus Kepimpinan AMK pada Sabtu dan Ahad lalu, saya seperti menghirup udara segar di pergunungan yang dingin. Teman2 dari AMK Gelang Patah juga dari Cabang2 lain wajar diberi pujian atas komitmen untuk hadir dalam kursus tersebut. Kalau dibenarkan membawa lebih dari 5 orang setiap cabang, pasti AMK Gelang Patah bersedia menghantar seberapa ramai yang mungkin bagi menimba ilmu bagi menambah semangat juang anak muda untuk terus berjuang menumbangkan kerajaan Umno/BN. Saya amat berharap agar diberikan kekuatan oleh Allah s.w.t. untuk mengadakan Kursus Kepimpinan AMK di Peringkat Negeri Johor. Saya telahpun berbincang dengan Sdr. Zabidie (Ketua AMK Johor), Sdr. Shamsul Iskandar (Ketua AMK Malaysia), Sdr. Zulfikar (Setiausaha AMK Malaysia) dan Penceramah (Tn. Hj. Hamdan) untuk mengadakan program tersebut di Negeri Johor agar dapat memberi peluang kepada teman2 AMK di Johor yang tidak berkesempatan mengikuti kursus tersebut tempohari. Semuanya bersetuju dan sanggup memberi sepenuh komitmen dan kerjasama. Demi untuk memperkasakan lagi gerakerja Angkatan Muda Keadilan diseluruh Johor walaupun ianya mungkin melibatkan kos yang agak besar, namun saya yakin dan percaya Allah s.w.t. akan mempermudahkan.

Doa dari teman2 amat saya harapkan agar kursus ini berjaya diadakan di Johor. Tidak bulan ini, mungkin bulan depan... tidak tahun ini, mungkin tahun depan. Harapan agar teman2 yang telahpun mengikuti kursus tersebut bersedia untuk berkerjasama dan berganding bahu serta berkongsi idea untuk menjadikan harapan ini menjadi realiti.

Nazri Ismail
di beritakan oleh Suara AMK Gelang Patah at 1:20:00 PM 0 komen anda tentang artikel ini

INI SAJAKAH HARTA KHIR TOYO??


Rumah Khir Toyo RM24 juta di Shah Alam
Muhammad Arif Ismail
Mon | Jul 06, 09 | 4:28:58 pm MYT

SHAH ALAM, 6 Julai (Hrkh) - Rumah kediaman mantan Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohamed Khir Bin Toyo dekat sini dibina dengan kos keseluruhan sebanyak RM24 juta.

Nilai ini adalah lebih mahal daripada harga istana idaman yang dimiliki oleh Allahyarham Datuk Zakaria di Klang yang dibina di tengah-tengah perumahan rakyat.

Banglo tersebut yang terletak di Jalan Suasa, Seksyen 7 dekat sini dibina diatas dua lot tanah yang dicantumkan dan kedua-dua tanah ini berjumlah RM4 juta dengan keluasan 52,041 kaki persegi.

Tanah pertama yang bernombor HSD 22904 di lot PT 62, Seksyen 7 dengan keluasan 31,794 kaki persegi berharga sebanyak RM2.9 juta iaitu RM93 ringgit untuk satu kaki persegi yang dibeli dari sebuah syarikat Ditamas Sdn. Bhd.

Syarikat tersebut dimiliki oleh Shamsuddin Hayroni yang merupakan sahabat baik kepada Mantan Menteri Besar Selangor itu.

Namun, harga yang dibeli untuk tanah kedua yang bernombor HSD 22905 adalah lebih murah iaitu RM900,000 iaitu RM46 untuk satu kaki persegi di di lot PT 65 seksyen 7, seluas 20,427 kaki persegi.

Kedua-dua tanah ini mempunyai tempoh pajakan selama 99 tahun yang bermula sejak 20 Mac 1987 dan berakhir pada 19 Mac 2086 dan ia didaftarkan dibawah nama Mohamad Khir Toyo dan isterinya, Zahrah Kechik.

Demikian fakta yang didedahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Sekinchan, Ng Suee Lim ketika ditemui selepas membawa pemberita meninjau banglo tersebut yang beliau sifatkan sebagai Istana Khir Toyo.

Katanya, harga rumah ini lebih kurang RM18 juta dan belum dicampurkan dengan harga perabot yang diimport sepenuh dari Bali. Jadi semuanya berharga RM20 juta dan dicampur pula dengan harga tanah yang berjumlah RM4 Juta.

"Harga sebuah pintu gerbang sahaja berharga, RM290,000. Persoalannya, saya bukan ada hasad dengki atau pun iri hati kerana beliau memiliki rumah sebesar ini.

"Tetapi sekiranya, dia mampu dan memiliki kekayaan dari sumber yang halal, saya tiada masalah malah saya ucapakan tahniah.

Image

"Apa yang saya nampak sebelum ini, dia merupakan seorang doktor gigi biasa," katanya

Apabila lapan tahun katanya, dia menjawat jawatan Menteri Besar Selangor, dia mampu untuk membina sebuah rumah sebesar itu.

"Setahu saya sebagai seorang penjawat awam, Menteri Besar Selangor tidak boleh berniaga dan tidak boleh terlibat dalam apa-apa aktiviti perniagaan termasuk semua Adun dan Speaker," katanya.

Menurut beliau, gaji Menteri Besar hanya RM48,000 yang meliputi semua elaun dan makan minum dan gaji pembantu semua ditanggung oleh Kerajaan Negeri dan ini bermakna gaji seorang menteri besar alam tempoh setahun sebanyak, RM576,000, gaji Khir Toyo sewaktu menjadi menteri besar.

Katanya, selama lapan tahun gaji keseluruhan yang beliau dapat dalam masa lapan tahun RM4.7 juta termasuk 'interest', belum tentu dapat mengumpul kekayaan sebanyak itu.

Beliau mendesak Khir Toyo beri penjelasan mengenai isu ini, daripada jumlah ini, bolehkan memiliki banglo sebesar ini. Dari mana sumber, rakyat nak tahu, sebab kerajaan negeri Selangor yang baru ini sedang mengamalkan dasar ketelusan.

Dalam sidang media yang sama, beliau ditanya adakah beliau akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), katanya, tidak perlu membuat laporan di SPRM.

"Saya tak perlu lapor sebab secara peribadi saya tidak berapa yakin dengan keberkesanan dan peranan badan itu dan apa yang saya nampak sebelum ini banyak mengecewakan. Biar rakyat yang memutuskan, terpulang kepada budi bicara SPRM untuk menyiasat atau tidak," katanya.

dipetik dari blog : wfauzdin.blogspot.com

di beritakan oleh Suara AMK Gelang Patah at 1:16:00 PM 1 komen anda tentang artikel ini

06 July 2009

KONSPIRASI JAHAT TERHADAP ANWAR IBRAHIM



Sebagai tanda sokongan terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim, Angkatan Muda Keadilan Malaysia menyeru semua ahli2 Parti Keadilan Rakyat terutama Angkatan Muda Keadilan di seluruh negara untuk hadir beramai-ramai ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 8 Julai 2009 (seawal 7am) dengan berpakaian "HITAM" bagi memberi sokongan kepada YB Dato' Seri Anwar Ibrahim yang akan menghadiri perbicaraan pertuduhan kes liwat. Kes yang dilihat sebagai Konspirasi Jahat Terhadap Anwar Ibrahim (KEJAM) merupakan episod ke 2 bagi menghalang kemaraan Aura Politik Anwar Ibrahim.

Angkatan Muda Keadilan Cabang Gelang Patah bersama AMK Cabang yang lain dari Johor akan turun beramai-ramai ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi memberi sokongan kepada YB Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Semalam selepas tamat Kursus Kepimpinan AMK yang melibatkan kepimpinan AMK di seluruh Malaysia telah diberikan penjelasan oleh seorang Dr. pakar yang terkenal berkaitan kes Dato' Seri Anwar Ibrahim yang jelas menunjukkan bahawa adanya pakatan terancang dari beberapa pihak bagi menyekat kemaraan pengaruh Dato' Seri Anwar Ibrahim.

"Jangan Takut Makhluk"
di beritakan oleh Suara AMK Gelang Patah at 12:02:00 PM 2 komen anda tentang artikel ini

03 July 2009

SEKARANG BUKAN MASA "BERWACANA"....

Saya bukan mahu menyelar atau mengkritik tindakan Dewan Pemuda PAS Pusat yang ingin "berwacana" Ilmiah dengan Pemuda Umno tapi ingin memberikan sedikit pandangan kerana ingin melihat uhkuwah Pemuda Pakatan Rakyat senentiasa teguh dan kukuh. Kita telah mematri janji bersama untuk menumbangkan kerajaan korup Umno/BN diperingkat mana sekalipun sebagai matlamat utama perjuangan dan Iltizam Pemuda Pakatan Rakyat.

Sedikit pandangan dan ulasan.. Mungkin sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk Pemuda PAS atau mana2 pimpinan pemuda baik dari PKR mahupun DAP menghulur atau menyambut pelawaan Pemuda Umno/BN. Bukan kerana kita takut berdepan dengan Pemuda Umno/BN namun adalah lebih baik Pemuda Pakatan Rakyat menjadi jambatan memperkukuhkan lagi hubungan dan semangat kerjasama antara parti dalam Pakatan Rakyat.

Ini kerana sebarang pelawaan (mempelawa/dipelawa) melibatkan Umno sebenarnya akan menjadi talian hayat kepada Umno untuk berpaut agar dapat bangkit kembali dengan memanipulasi segala bentuk ruang2 kelemahan yang terbuka dari sebarang persetujuan yang diberikan. Mengapa kita mahu memberi mereka nyawa jika kita telah sepakat dan bertekad untuk "mengkafan" Umno.

Saya mengharapkan semua kepimpinan dari PKR, PAS mahupun DAP lebih bersatu padu dan lebih berkerjasama dalam usaha memantapkan dan mematangkan hubungan parti dalam Pakatan Rakyat. Apakah kita terlalu dahagakan kemenangan dan pangkat sehingga kita melupakan rakan2 seperjuangan...?? Jika tekad dan fokus kita mahu menguburkan 'Umno/BN", maka marilah kita bersatu tenaga memperkukuhkan lagi hubungan kita. Kedah, Pulau Pinang dan Selangor mula dijenguk gelora. Inilah tugas penting kepimpinan Pemuda Pakatan Rakyat untuk memperlihatkan kreadibiliti dan kematangan, menjadi jambatan kepada "perpaduan" dalam Kerajaan Pakatan Rakyat. Jika kedudukan Pakatan Rakyat kukuh pasti khidmat yang "terbaik" dapat kita berikan kepada rakyat.

"Kepimpinan Anak Muda adalah cerminan kepimpinan masa depan..."

Nazri Ismail
Naib (1) Ketua AMK Johor
di beritakan oleh Suara AMK Gelang Patah at 3:34:00 PM 3 komen anda tentang artikel ini

SEKADAR HIBURAN & RENUNGAN BERSAMA



Klip video dari Kumpulan Brothers. Hayati dan fahami lirik lagu ini yang penuh dengan mesej yang jelas mengenai erti persahabatan...

**** Tontoni klip video ini dengan penuh teliti.. (minit 0.41)

Dari
Nazri Ismail
Setiausaha AMK
Cabang Gelang Patah
di beritakan oleh Suara AMK Gelang Patah at 9:18:00 AM 0 komen anda tentang artikel ini

01 July 2009

BERITA GEMPAR DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Sedih dan menyayat hati! Itu nasib malang seorang bekas pelajar wanita berusia 26 tahun yang ditemui mati dipercayai akibat pendarahan serius selepas melahirkan anak dalam keadaan serba kekurangan di sebuah bilik asrama di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai dekat sini, petang kelmarin.

Lebih malang lagi, bekas pelajar tahun empat itu dipercayai menderita keseorangan ketika melahirkan anak dan hanya ditemui kira-kira jam 5 petang, selepas lebih dua hari Allahyarham menghembuskan nafas terakhir.

Kejadian disedari ketika minggu orientasi pelajar baru berlangsung apabila beberapa pelajar mengadu kepada ahli jawatankuasa (AJK) minggu orientasi ada sebuah bilik asrama berbau busuk.

Berikutan itu seorang daripada AJK minggu orientasi memeriksa bilik berkenaan yang berkunci dari dalam itu.

AJK terbabit membuat aduan kepada pengetua kolej kediaman sebelum pengawal keselamatan diarah menyiasat.

Sebaik pintu dibuka, pengawal keselamatan terbabit terkejut melihat sekujur tubuh tanpa seurat benang terbaring kaku dengan percikan darah di lantai.

Lebih mengejutkan, penemuan bayi lelaki yang sudah tidak bernyawa tidak jauh dari mayat wanita itu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat wanita berkenaan sebelum bergegas ke tempat kejadian.

“Berdasarkan siasatan, mangsa berasal dari Kelantan dan belum berkahwin. Dia disahkan meninggal dunia sekurang-kurangnya dua hari sebelum ditemui.

“Kami percaya besar kemungkinan kematian mangsa berpunca daripada pendarahan serius selepas bersalin.

“Namun, kita tetap meneruskan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa dan melihat sama ada wujud kemungkinan ada unsur jenayah,” katanya.

Ruslan berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan pasangan wanita terbabit pelajar di kampus sama.

“Buat masa ini kami dalam proses mengenal pasti pasangan wanita berkenaan bagi membantu siasatan, manakala mangsa sudah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat.

“Sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi polis Johor di talian 07-2212999 atau tampil ke balai polis untuk membantu siasatan,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pendaftar Perhubungan Media UTM, Sabri Ahmad, ketika dihubungi memberitahu mangsa sudah ditamatkan pengajiannya pada Januari lalu selepas gagal pada peperiksaan akhir Semester 1 sesi 2008/2009.

Menurutnya, bilik berkenaan disewa wanita terbabit sejak 11 Mei lalu kerana polisi UTM membenarkan orang luar menyewa bilik asrama ketika cuti semester.

Ditanya tindakan seterusnya berhubung kes itu, Sabri berkata, pihak kampus tidak dapat menangani kes berkenaan seperti kes biasa membabitkan pelajar memandangkan mangsa tidak lagi berstatus pelajar selepas ditamatkan pengajiannya.

“Bagaimanapun, kita akan berusaha membantu pihak berkenaan berhubung urusan berkaitan dengan kejadian ini,” katanya.

Berhubung dakwaan kemungkinan teman lelaki mangsa pelajar UTM, Sabri berkata, pihaknya tidak dapat mengesahkan perkara itu kerana buat masa ini belum ada maklumat mengenainya.
SS and the crew juga sedang berusaha untuk membongkar cerita di sebalik tragedi ini demi memastikan pembelaan yang sewajarnya dapat diberikan kepada mangsa yang terlibat.

Walaupun baru beberapa hari lepas kita mendengar kes pembunuhan bayi yang baru lahir yang mana di lakukan oleh Ibunya sendiri di Kuantan, namun kes di atas juga sebenarnya menuntut pihak berkuasa dan berwajib segera menggubal beberapa dasar dan tindakan sewajarnya demi memastikan perkara seumpama ini tiak akan berulang.

Apa yang menyedihkan disini, kebanyakkan kes pembuangan atau pembunuhan bayi yang baru lahir adalah dari keturunan "Melayu" dan beragama "Islam" yang dianggap sebagai kaum yang cukup berbudi bahasa dan disanjung tinggi peradabannya di mata dunia. Mana hilangnya sengat golongan-golongan penyokong dan ahli politik yang konnya memperjuangkan "Bangsa dan Agama" selama ini? Kenapa mereka ini langsung tiidak memikirkan sensetiviti seumpama ini? Mungkin kerana bayaran yang di terima hanya untuk memastikan "Perjuangan Dunia Politik"
akan berjalan rancak dan penuh dengan warna warni tanpa memikirkan tentang nasib bangsa sendiri yang kini di ambang ketandusan identiti dan pegangan hidup.

Tapi SS tak hairan la kerana hari ini juga kita boleh menyaksikan "Anak-anak VVIP" dari pelbagai peringkat lebih menonjol dalam kegiatan sosial yang mungkin menjadi ikut-ikutan golongan bawahan di sana sini. Cuma bezanya, kes-kes yang membabitkan "Anak-anak VVIP" ini sering dianggap kes-kes terpencil sedangkan kes yang datangnya dari golongan bawahan sering dijadikan bualan malahan ada yang menganggap kes yang di bawa oleh golongan bawahan ini sebagai ancaman kepada keselamatan negara. Inikah yang dinamakan Keadilan dan ketulusan pihak berkuasa dalam menjalankan tugas terhadap pesalah-pesalah di negara kita? Kenapa masih ada sikap "Double Standard" dalam menjalankan siasatan mahupun hukuman kebelakangan ini?

dipetik dari blog http://suaraselatanonline.blogspot.com
di beritakan oleh Suara AMK Gelang Patah at 1:16:00 PM 0 komen anda tentang artikel ini

RESPOND DARI BLOG DIARI KETUA AMK JOHOR

Saya hanya ingin mengulas mengenai 13 Program YB Dato' Seri Anwar Ibrahim di Negeri Selangor. Kalau Ketua AMK Johor "cemburu" saya juga begitu. Apatah lagi Negeri Johor ini seolah-olah kurang mendapat perhatian dari Pimpinan Pusat. Dimanakah silapnya...????

Antara pemimpin PKR Pusat yang kerap ke Johor ialah Sdr. Shamsul Iskandar, Che'gu Bard, YB Amiruddin Shari, YB Nik Nazmi dan sekali sekala kedengaran Sdr. Fariz Musa, YB Noor Azan, YB Yaacob Sapari, Utz. Badrul Amin, YB Tian Chua dan YB William Leong. Terima kasih kami ucapkan namun kebanyakan pemimpin2 ini datang sekadar untuk berceramah bukan untuk berkongsi idea dan pengalaman, bagaimana cara gerakerja yang mantap bagi menumbangkan kerajaan Umno/BN di Johor ini.

YB Azmin, YB Saifuddin dan beberapa nama besar Pimpinan PKR Pusat sudah tidak kedengaran lagi suaranya di Negeri Johor. Mengapakah kami seolah-olah di anak tirikan. Apakah benar pimpinan tertinggi parti mahu menjadikan Johor ini sebagai Muzium Umno sehingga kami disini kurang mendapat perhatian.

Kami amat berharap Pimpinan Parti di Peringkat Pusat dapat memberi sedikit tumpuan dan peduli kami di Negeri Johor ini agar kami tidak rasa terpinggir. Kami juga mahukan kemenangan dan mungkin dengan pengalaman serta perkongsian idea antara pimpinan parti di peringkat pusat bersama pimpinan parti diperingkat Cabang/Negeri dapat membantu kami memantapkan lagi gerakerja bagi menumbangkan kerajaan Umno/BN di Johor ini.

"Keseriusan" semua pihak dalam usaha2 memenangkan Parti Keadilan Rakyat di Negeri Johor ini amat2lah diharapkan.

"Lawan Tetap Lawan"
di beritakan oleh Suara AMK Gelang Patah at 10:15:00 AM 0 komen anda tentang artikel ini

SPRM AKAN DEDAH KES BESAR - PENGARAH RISIKAN

Pengarah Risikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Mohd Jamidan Abdullah(SPRM) memaklumkan bahawa SPRM akan mendedahkan beberapa kes besar termasuk yang melibatkan sindiket rasuah tidak lama lagi.

Namun apa yang menghairankan adalah keengganan beliau untuk mengulas lanjut mengenai kes2 tersebut dengan alasan bahawa kes2 tersebut sedang dirisik dan SPRM tidak akan mendedahkan sebarang kes tanpa terlebih dahulu mempunyai bukti kukuh. Kenyataan apakah ini. Sewajarnya Pengarah Risikan SPRM membuat "homework" terlebih dahulu dan memastikan benar bahawa kes tersebut memang mempunyai bukti kukuh untuk pendakwaan. Kenyataan beliau ini seolah-olah hanya ingin membuat "GEMPAK" sahaja.

Sewajarnya Datuk Mohd Jamidan selaku Pengarah Risikan perlu memastikan kesahihan kes tersebut sebelum membuat sidang akhbar berkaitan siasatan tersebut. Apakah akan terjadi sekiranya kes tersebut semuanya tidak mempunyai bukti kukuh untuk pendakwaan dan persepsi rakyat kepada SPRM akan bertambah-tambah negatif. Justeru SPRM perlu bijak dalam membuat apajuga kenyataan dan janganlah membuat kenyataan sekadar untuk "gempar" sahaja.
di beritakan oleh Suara AMK Gelang Patah at 9:52:00 AM 0 komen anda tentang artikel ini
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

PARTI KEADILAN RAKYAT



AKTIVITI AMK GELANG PATAH

10/6 (Sabtu) - Mesyuarat Agung Tahunan AMK Cabang Gelang Patah 2012. Mesyuarat bermula jam 4.30ptg. Di No. 109 Jalan Pendidikan 6, Taman Universiti, Skudai, Johor. Belakang Pejabat Printer & Tonner)

10/6 (Sabtu) - Pentas Anak Muda Anjuran AMK Gelang Patah. Tempat di Bilik Gerakan Pakatan Rakyat, No. 56, Jalan Makmur 54, Taman Damai Jaya, Skudai. Jam 8.45mlm. Penceramah : YB Amiruddin Shari (ADUN Batu Caves)/Sdr. Faris Musa (MPP)/ Sdr. Suhaizan Kayat (Ketua Pemuda PAS Johor)/ Sdr. Nazri Ismail (Ketua AMK Johor) & Sdr. Tan Hong Ping (Ketua DAPSY Johor). Penampilan Istimewa bersama Dayangku Intan...

STOP LYNAS

STOP LYNAS

DATA YANG PERLU ANDA INGAT

PRU-12 (8 Mac 2008)
P162 GELANG PATAH
Jumlah Pengundi: 78,676
M: 33.54%
C: 54.06%
I: 12.22%

1. Tan Ah Eng (BN) (33,630)
2. Dr. Zaleha Mustafa (PKR) (24,779)

Majoriti: 8,851
Jumlah undi: 60,653
Undi rosak: 2,244
Penyandang: Tan Ah Eng (BN)Majoriti: 31,666 undi

Jumlah Pengundi Berdaftar Setakat Dis. 2010
87,791 pengundi

Statistik Pengundi :

Cina : 54% (47,568)
Melayu : 32% (28,430)
India : 13% (11,206)
Lain2 : 1% (767)

Usaha keras dan berterusan akan membuahkan kejayaan.... Yakinlah pada PRU-13 kita mampu menawan kerusi P162 Gelang Patah....

About Me

  • P162 Parlimen Gelang Patah
  • Suara AMK Gelang Patah

KETUA UMUM

KETUA UMUM
YB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

AMANAT DATO' SERI ANWAR IBRAHIM YANG PERLU KITA LAKSANAKAN..

PRESIDEN

PRESIDEN
YBhg Dato Seri Utama Dr Wan Azizah Wan Ismail

VIDEO KHAS BUAT DS WAN AZIZAH WAN ISMAIL

KETUA AMK MALAYSIA

KETUA AMK MALAYSIA
Sdr. Shamsul Iskandar Mohd Akin

PENGERUSI (MPN) KEADILAN JOHOR

PENGERUSI (MPN) KEADILAN JOHOR
Datuk Chua Jui Meng

KETUA AMK GELANG PATAH/JOHOR

KETUA AMK GELANG PATAH/JOHOR
Sdr. Mohamad Nazri b. Ismail

LAGU PARTI - ARUS PERJUANGAN

SENARAI AJK AMK CABANG GELANG PATAH SESI 2011 - 2013

PENGERUSI TETAP AMK:
ZAINAL HADI HUSIN

KETUA AMK :
MOHAMAD NAZRI ISMAIL

TIMBALAN KETUA AMK :
MOHD RAMLY AHMAD

NAIB NAIB KETUA AMK:
CHOONG THONG YUEN
ZAINALHELMI HUSSIN
RAVIN A/L BALAH

SETIAUSAHA AMK:
ZULKARIA ALI

SETIAUSAHA PENGELOLA :
HANIF MD SOHOD

KETUA PENERANGAN AMK :
FARHAN ITHNIN

TIMB. KETUA PENERANGAN :
MUHD ARIF ABU BAKAR

BENDAHARI AMK :
DATO' PADUKA ABD KADIR HJ. SAINUDDIN

KETUA BIRO TUGAS2 KHAS AMK :
HELMI ABDUL RAHIM

AHLI JAWATANKUASA AMK GELANG PATAH:

MOHD FADZIL MISRAN
MOHD AIADI YAZID
JAMES SIOW CHUN FATT
ASROL AFANDI BIN KAMRI
ARDY YUZLIE TOHIJAH
ISMAIL HASSAN
ELVIN KONG
MOHD LOKMAN HASHIM BACHOK
MOHD NAZRIN KAMARUDIN
NOOR AZMAN KHALID
MOHD NAJIB MOHD SALLEH
NOR SAHNIZAM ATAN
MUHD FAEZUDDIN MOHD FUAD
MOHD HARIS MOHD DAHAN
FAIZUL AMIR BAHARUDDIN
SAIFUL KARIM MANSOD

PEMERIKSA KIRA-KIRA

AIDAH BT ABDUL KADER
MUHAMMAD AFIQ KHASLY

ILTIZAM DAN TEKAD AMK GELANG PATAH

1) Menggarap agenda perubahan dengan menyatukan generasi muda ;
2) Memperkasakan gerakan anak muda dengan elemen2 pengukuhan jatidiri dan pembudayaan ilmu agar bersiap siaga menjadi pemimpin masa depan ;
3) Memecah tembok perkauman untuk memartabatkan hak rakyat dan nilai insani ;
4) Menyebar luas faham demokrasi yang utuh dan tulen demi menjunjung ketuanan rakyat ;
5) Mendepani arus perjuangan untuk memimpin harapan rakyat dan merealisasikan Harapan Baru Untuk Malaysia

RUANG BICARA AMK GP

SERTAI ANGKATAN MUDA KEADILAN GELANG PATAH

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Anda ingin menyertai Angkatan Muda Keadilan Cabang Gelang Patah..??? Sila hubungi Ketua AMK Cabang Gelang Patah di 017-7358397 @ e mail nazri.pkrgp@gmail.com. Ayuh kita bersama-sama membuat perubahan ke arah pentadbiran negara yang lebih telus. Anak muda pewaris kepimpinan masa depan...
Sila klik disini untuk muat turun borang keahlian Parti Keadilan Rakyat.

STATISTIK PENGUNJUNG

Pej Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah

Contact Us

Ibu Pejabat 柔州總辦事處
:No. 38-A, Jalan Keindahan 1,Taman Skudai Indah, 81300 Skudai, Johor,Malaysia.

Alamat Emel:

cicit.wali9@hotmail.com

PAKATAN RAKYAT

PAKATAN RAKYAT

MEMIMPIN HARAPAN RAKYAT

MEMIMPIN HARAPAN RAKYAT

Blog Archive

  • ►  2012 (20)
    • ►  September (4)
    • ►  June (1)
    • ►  March (15)
  • ►  2011 (58)
    • ►  November (6)
    • ►  October (5)
    • ►  June (8)
    • ►  May (21)
    • ►  February (1)
    • ►  January (17)
  • ►  2010 (243)
    • ►  December (6)
    • ►  November (4)
    • ►  October (10)
    • ►  September (5)
    • ►  August (18)
    • ►  July (19)
    • ►  June (25)
    • ►  May (38)
    • ►  April (37)
    • ►  March (41)
    • ►  February (13)
    • ►  January (27)
  • ▼  2009 (343)
    • ►  December (32)
    • ►  November (35)
    • ►  October (27)
    • ►  September (24)
    • ►  August (37)
    • ▼  July (32)
      • AL-FATIHAH UNTUK ALLAHYARHAM DATUK HAMDAN ABD RAHMAN
      • MUHYIDDIN : KEKUATAN PAKATAN RAKYAT HANYALAH PSIKO...
      • ALLAHYARHAMAH JASMIN AHMAD - MARINA MAHATIR BIDAS ...
      • NASIB PENDUDUK KG. BUKIT TEMPURUNG, GELANG PATAH
      • ARAHAN TUGAS
      • LAWATAN KERJA YB DATO' SERI ANWAR IBRAHIM KE JOHOR
      • PRO ISA VS ANTI ISA
      • "GAMPANG"NYA UMNO...
      • SELAMAT DATANG DATUK CHUA JUI MENG KE DALAM PKR
      • TUN PAK LAH SOKONG HAPUSKAN ISA
      • PERKEMBANGAN POSITIF PAKATAN RAKYAT JOHOR
      • KEMATIAN TEO - SPRM DIMINTA BERTANGGUNGJAWAB
      • SIKAP PENYOKONG UMNO DI MANIK URAI
      • DATUK CHUA JUI MENG AKAN SERTAI PKR...????
      • TERIMA KASIH SDR. ROSLEE
      • LAPORAN POLIS TERHADAP PENJENAYAH PPSMI
      • PRK DUN MANIK URAI
      • AHMAD MASLAN - SILA JAWAB
      • AHMAD MASLAN SANGKAL PEMANSUHAN PPSMI BUKAN USAHA ...
      • SIAPA MUHYIDDIN YASSIN - TIMBALAN PERDANA MENTERI
      • YB AZMIN MAHU EXCO SELANGOR DIROMBAK
      • AKHIRNYA KEBANGKITAN RAKYAT BERJAYA MANSUHKAN PPSM...
      • PERANGI AH LONG ATAU PERANGI POSTER AH LONG....
      • TERKINI : PERBICARAAN DATO' SERI ANWAR IBRAHIM
      • PANDANGAN
      • INI SAJAKAH HARTA KHIR TOYO??
      • KONSPIRASI JAHAT TERHADAP ANWAR IBRAHIM
      • SEKARANG BUKAN MASA "BERWACANA"....
      • SEKADAR HIBURAN & RENUNGAN BERSAMA
      • BERITA GEMPAR DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
      • RESPOND DARI BLOG DIARI KETUA AMK JOHOR
      • SPRM AKAN DEDAH KES BESAR - PENGARAH RISIKAN
    • ►  June (33)
    • ►  May (18)
    • ►  April (24)
    • ►  March (44)
    • ►  February (21)
    • ►  January (16)
  • ►  2008 (436)
    • ►  December (4)
    • ►  November (44)
    • ►  October (12)
    • ►  September (40)
    • ►  August (113)
    • ►  July (146)
    • ►  June (65)
    • ►  May (12)

KATAKAN TAK NAK PADA NAJIB

KATAKAN TAK NAK PADA NAJIB

BLOGGER'S PAKATAN RAKYAT

BLOGGER'S PAKATAN RAKYAT


JOM BOIKOT

JOM BOIKOT




Blogger Perjuangan Rakyat

Blogger Perjuangan Rakyat

AMK NEGERI

  • AMK NEGERI JOHOR
  • AMK WILAYAH PERSEKUTUAN
  • AMK NEGERI SARAWAK
  • AMK NEGERI KEDAH
  • AMK NEGERI PAHANG
  • AMK NEGERI MELAKA
  • AMK NEGERI SEMBILAN
  • AMK NEGERI SELANGOR
  • AMK NEGERI PULAU PINANG

LAMAN UTAMA AMKGP

  • anwar ibrahim club johor
  • Youth for Change
  • Angkatan Muda Keadilan
  • Wanita KeADILan Malaysia
  • Parti Keadilan Rakyat
  • Suara Keadilan Online
  • Laman Web Anwar Ibrahim
  • Laman Blog Anwar Ibrahim
  • Anuar Ibrahim Club

AMK Gelang Patah Dlm MYSPACE

  • ANGKATAN MUDA KEADILAN GP

CALENDAR AMK


Free Blog Content

BERITA AMK

  • Suara Selatan Online
  • Keadilan TV
  • Tranungkite.net
  • UTUSAN MELAYU
  • THE STAR
  • SUARA KEADILAN
  • MALAYSIAKINI
  • HARAKAHDAILY

MASA UNTUK BERUBAH

PEMIMPIN YG DIHORMATI DAN BLOGGERS

  • DemocreasenoW
  • YB Azmin Ali
  • Shamsul Iskandar Mohd Akin
  • chegubard
  • amin iskandar@black
  • Faizal Mustaffa
  • khairul faizi
  • Rustam ali
  • tian chua
  • ustad nasarudin tantawi
  • ketua perusuh
  • Fuziah Salleh
  • Nurul Izzah Anwar
  • Amirudin Shari
  • Nik Nazmi Nik Ahmad
  • Mohd Yusmadi Yusoff
  • Mohd Husaif Jalal
  • Lau Tek Hai
  • Jonson chong
  • Genie lim
  • Faizal Effendi Hasim
  • Fadiah Nadwa Fitri
  • Chang Lih Kang
  • Chan Ming Kai
  • Ahmad Zaki Yamani

KATA2 HIKMAT..


Travel theme. Powered by Blogger.