DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

03 July 2009

SEKARANG BUKAN MASA "BERWACANA"....

Saya bukan mahu menyelar atau mengkritik tindakan Dewan Pemuda PAS Pusat yang ingin "berwacana" Ilmiah dengan Pemuda Umno tapi ingin memberikan sedikit pandangan kerana ingin melihat uhkuwah Pemuda Pakatan Rakyat senentiasa teguh dan kukuh. Kita telah mematri janji bersama untuk menumbangkan kerajaan korup Umno/BN diperingkat mana sekalipun sebagai matlamat utama perjuangan dan Iltizam Pemuda Pakatan Rakyat.

Sedikit pandangan dan ulasan.. Mungkin sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk Pemuda PAS atau mana2 pimpinan pemuda baik dari PKR mahupun DAP menghulur atau menyambut pelawaan Pemuda Umno/BN. Bukan kerana kita takut berdepan dengan Pemuda Umno/BN namun adalah lebih baik Pemuda Pakatan Rakyat menjadi jambatan memperkukuhkan lagi hubungan dan semangat kerjasama antara parti dalam Pakatan Rakyat.

Ini kerana sebarang pelawaan (mempelawa/dipelawa) melibatkan Umno sebenarnya akan menjadi talian hayat kepada Umno untuk berpaut agar dapat bangkit kembali dengan memanipulasi segala bentuk ruang2 kelemahan yang terbuka dari sebarang persetujuan yang diberikan. Mengapa kita mahu memberi mereka nyawa jika kita telah sepakat dan bertekad untuk "mengkafan" Umno.

Saya mengharapkan semua kepimpinan dari PKR, PAS mahupun DAP lebih bersatu padu dan lebih berkerjasama dalam usaha memantapkan dan mematangkan hubungan parti dalam Pakatan Rakyat. Apakah kita terlalu dahagakan kemenangan dan pangkat sehingga kita melupakan rakan2 seperjuangan...?? Jika tekad dan fokus kita mahu menguburkan 'Umno/BN", maka marilah kita bersatu tenaga memperkukuhkan lagi hubungan kita. Kedah, Pulau Pinang dan Selangor mula dijenguk gelora. Inilah tugas penting kepimpinan Pemuda Pakatan Rakyat untuk memperlihatkan kreadibiliti dan kematangan, menjadi jambatan kepada "perpaduan" dalam Kerajaan Pakatan Rakyat. Jika kedudukan Pakatan Rakyat kukuh pasti khidmat yang "terbaik" dapat kita berikan kepada rakyat.

"Kepimpinan Anak Muda adalah cerminan kepimpinan masa depan..."

Nazri Ismail
Naib (1) Ketua AMK Johor

3 comments:

jalilah said...

wawarkan berita bagus. wawarkan jawatan. ..kurang bagus.mana p nya s/u amk gelangpatah.nk jd ketua amk negeri kena jd ketua amkcabang dulu tau....nazri...nazri

keADILan Gelang Patah said...

Ketua AMK....??? Mungkin Sdr/i Jalilah kurang faham peranan blog AMK Gelang Patah... Sila rujuk amkjohor.blogspot.com... Jawatan bukan untuk kebanggaan dan kemegahan.. Tapi untuk lebih bertanggungjawab terhadap tugasan yang dipertanggungjawabkan... Sdr/i Jalilah puas hati dengan jawapan saya.
Setiap artiel yang penting adalah isinya... Namun ucapan terima kasih dari saya atas teguran..

Nazri Ismail

Suara Anak Muda said...

saudari jalilah,lihatlah sesuatu dengan teliti sblum memberikan sebarang komen...