DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

30 October 2009

ALASAN BADRUL HISHAM : ALASAN PUAK KATAK

Mendengar alasan Badrul Hisham yang bertindak keluar dari PKR dan menjadi ADUN Bebas yang cenderung kepada Umno, mengingatkan saya semula mengenai perbualan saya, Azlan, Sahat, Lokman Nor Adam dan Hamdan Taha di Permatang Pauh pada PRK Parlimen Permatang Pauh. Pertemuan tersebut secara kebetulan apabila Sahat merupakan rakan karib Lokman dan Hamdan sewaktu zaman reformasi berjumpa di sebuah restoran Nasi Kandar.

Ayat yang keluar dari mulut Badrul Hisham hampir serupa dengan ayat2 yang keluar dari mulut Lokman Nor Adam dan Hamdan Taha. Hamdan Taha ada mencadangkan kepada kami (saya, Azlan dan Sahat) supaya berjumpa dengan Kak Wan (Presiden PKR) dan meminta beliau bersumpah menafikan bahawa Anwar Ibrahim adalah seorang peliwat. Bahkan Hamdan Taha dengan yakin menyatakan bahawa sekiranya kes Saiful ini tidak berjaya memenjarakan Anwar Ibrahim, satu kes lagi akan menyusul. Jelas sekarang bahawa perancangan mereka cukup lama dan pastinya mereka ini mahukan kejayaan.

Selepas menjamu selera dan ketika mereka (Hamdan & Lokman) hendak pulang, saya sempat berseloroh "Bang, apa kata sebelum balik ni kita cari masjid kemudian solat sunat 2 rakaat dan selepas tu Abang bersumpah dengan nama Allah bahawa apa yang Abang ceritakan tadi adalah benar"... Mereka terdiam dan wajah mereka sedikit berubah agak kemarahan namun mereka ini kemudian tersenyum dan belalu pergi....

Jika Lokman Nor Adam atau Hamdan Taha dan mungkin juga teman2 mereka seperti Azwandin membaca artikel ini saya ingin menyampaikan pesanan Sdr. Sahat.... "Dulu kau kata Najib macam babi tapi sekarang Najib kau anggap macam Nabi".....

APAKAH BENAR PAKATAN RAKYAT DALAM PROSES PEMBERSIHAN

Menteri Besar Selangor, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim semalam telah mengarahkan ADUN Port Klang, YB Badrul Hisham supaya meletak jawatan namun Badrul Hisham telah mengambil keputusan untuk keluar dari PKR dan menjadi ADUN Bebas tapi menyokong Umno.

Apapun yang berlaku dan kemasukan ADUN Port Kelang ini ke dalam Umno, usahlah ia ditangisi dan diratapi berpanjangan. Inilah tindakan pengecut Badrul Hisham yang enggan mengosongkan kerusi DUN Port Klang serta beberapa kenyataan beliau yang dijadikan alasan untuk keluar parti adalah hanyalah sekadar menutupi kepincangan diri beliau sendiri. Namun yang lagi penting adalah proses pembersihan dalam PKR sedang rancak berjalan.

Jika dibuat perbandingan antara PKR dan parti komponen lain dalam Pakatan Rakyat, ianya sudah menjadi lumrah kepada parti baru seperti PKR yang usianya belum pun mencapai 15 tahun namun kejayaan pada PRU-12 yang lalu mungkin adalah ujian besar bagi kepimpinan PKR samada mereka2 ini mampu mengalas tugas sebagai wakil pilihan rakyat dengan baik ataupun mereka2 ini yang bergelar Yang Berhormat "mabuk" dengan gelaran tersebut.

PAS yang terlebih dahulu merasakan keperitan akibat pengkhianatan pemimpinnya. Di kala PAS berusia 11 tahun, PAS telah diberi kemenangan gemilang apabila berjaya memerintah Terengganu, namun disebabkan tindakan Speaker DUN Terengganu menerima usul tidak percaya Umno kepada Kerajaan negeri yang diperintah oleh PAS pada ketika itu, maka jatuhlah kerajaan negeri pimpinan PAS. Speaker DUN yang dilantik oleh PAS sewajarnya menolak usul tersebut namun akibat beliau telah berjaya dibeli oleh Umno maka pengkhianatan kepada PAS telah berlaku hingga menyebabkan kerajaan PAS Terengganu tersungkur.

Selepas itu, berbagai-bagai peristiwa pembelotan pimpinan PAS termasuk SU Agung PAS sendiri pernah lari kepada UMNO, bekas Ketua Dewan Muslimat, bekas Ketua Pemuda dan yang paling besar adalah kemasukan Dato' Asri, Presiden PAS pada ketika itu ke dalam Umno. Namun disebabkan prinsip dan matlamat perjuangan yang kukuh, PAS masih mampu bertahan sehingga sekarang dan kini mereka seolah-olah diuji sekali lagi.

Begitu juga dengan DAP, beberapa pemimpin mereka juga pernah keluar dari parti tersebut seperti Kerk Kim Hock bekas Setiausaha DAP yang sekarang menyertai BN. Liew Ah Kim dan Wee Chee Keong yang keluar dari DAP meninggalkan perjuangan parti mereka.

Jika kita fahami rentetan peristiwa jatuh bangun parti komponen Pakatan Rakyat, ujian terbesar adalah KEMENANGAN. Setelah kemenangan atau kejayaan besar diraih, pastinya ujian "pembelotan" dan "penderhakaan" kepada parti akan berlaku. Jika kita pemimpin yang bertanggungjawab, maka carilah formula terbaik untuk mempertahankan kemenangan itu namun jika kita lebih gemar untuk "tunggu dan lihat" maka bersedialah untuk melihat kemusnahan parti... Fikir2kan lah...

29 October 2009

MESYUARAT AMK CABANG GELANG PATAH

Malam tadi (28/10/09) AMK Cabang Gelang Patah telah bermesyuarat untuk membincangkan beberapa perkara.

Beberapa jawatan terpaksa dirombak bagi memantapkan lagi gerakerja AMK di Gelang Patah. Mesyuarat juga bersetuju untuk melantik 2 muka baru untuk diserapkan sebagai AJK AMK Gelang Patah dengan harapan dapat membawa beberapa perubahan yang terbaik dalam apa juga aktiviti politik di Gelang Patah.

Pengajaran pada PRK Bagan Pinang akan dijadikan sandaran untuk AMK Gelang Patah memperkuatkan uhkuwah antara satu dengan yang lain. Berbeza pendapat bukan bererti membenci akan tetapi yang pastinya perkongsian idea dan pendapat bagi mencari jalan terbaik memantapkan AMK Gelang Patah dan seterusnya dapat menyaingi kekuatan pihak lawan.

Ketetapan juga telah dibuat untuk memberi sokongan padu kepada kepimpinan Dato' Seri Anwar Ibrahim disamping meminta kepimpinan AMK Johor lebih proaktif dalam usaha membangkitkan semangat perjuangan anak muda dan mencari formula yang terbaik untuk menarik golongan muda bersama-sama dalam perjuangan. Adalah satu kerugian jika anak muda tidak bersama dalam perjuangan ini. Insya-ALLAH, AMK Gelang Patah akan memberi sepenuh komitmen atas gerakerja yang diputuskan oleh pimpinan AMK Johor.

AMK Gelang Patah juga akan bersama-sama rakan2 yang lain untuk memberi sokongan moral kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim pada hari perbicaraan beliau 3 November nanti di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Yang pastinya kami menyeru rakan2 yang lain untuk sama2 memberikan sokongan kepada Anwar Ibrahim dengan menghadirkan diri di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 3 November nanti. Kita semarakkan semula Gelombang Reformasi '98...

NOSTALGIA : REFORMASI '98



Ayuh... kita bangkitkan semula "Semangat Reformasi '98"

28 October 2009

PERBICARAAN DATO' SERI ANWAR IBRAHIM : SEMANGAT REFORMASI '98 PERLU DIHIDUPKAN KEMBALI

Pada 3 November '09 nanti, Dato' Seri Anwar Ibrahim akan dibicarakan atas tuduhan liwat dan AMK Gelang Patah melihat perbicaraan ini sebagai kes ulangan '98, tindakan untuk menyekat kemaraan pengaruh politik Anwar Ibrahim yang semakin diterima rakyat. Perbicaraan kes liwat itu akan disebut di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi (Jenayah), Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah pada 3 November ini.

Apapun tindakan serta konspirasi jahat mereka bagi menyekat kemaraan politik Anwar Ibrahim, apakah kita tidak terpanggil untuk menampil dan menghadirkan diri ke Mahkamah Tinggi, Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 3 November ini untuk memberi sokongan moral kepada Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim terpaksa berdepan dengan segala duri dan ranjau aturan musuh2 politik beliau yang sentiasa risau akan karier politik bangsat mereka terbongkar.

Sebagai anak muda kita wajar bangkit atas semangat reformasi '98 untuk membuktikan bahawa semangat reformasi '98 tidak pernah padam bahkan wajar ia diterjemahkan pada 3 November nanti.

Pimpinan AMK Johor wajar menjadi pembakar semangat anak2 muda Johor untuk bersama-sama anak muda dari pelusuk negeri lain mengemakan laungan reformasi pada 3 November nanti sebagai tanda sokongan moral kepada Anwar Ibrahim.

Sehubungan itu, kami dari AMK Cabang Gelang Patah bersedia bersama-sama dan menyeru anak2 muda Johor untuk berkumpul beramai-ramai di Mahkamah Tinggi, Jalan Duta pada 3 November nanti untuk memberi sokongan moral kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Ayuh anak2 muda Johor, kita kembalikan semangat reformasi '98 dan kita bersama laungkan dan gemakan "Palace of Justice' dengan laungan "REFORMASI... REFORMASI... REFORMASI..."

26 October 2009

TAHNIAH KEPADA SDR. SHAMSUL ISKANDAR

Biro Politik Parti Keadilan Rakyat Pusat telah mebuat rombakan bagi memantapkan lagi organisasi parti.

AMK Cabang Gelang Patah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Sdr. Shamsul Iskandar Mohd Akin apabila beliau telah diberi kepercayaan untuk dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Melaka.
AMK Gelang Patah yakin dan percaya bahawa perlantikan Sdr. Shamsul amat bertepatan dan mampu memberikan yang terbaik kepada PKR Melaka. Perlantikan Sdr. Shamsul juga mampu menarik ramai golongan muda untuk bersama PKR dan AMK Gelang Patah juga yakin bahawa beliau mampu membuat pembaharuan serta membuat penyusunan organisasi yang terbaik bagi memantapkan PKR Negeri Melaka dan seterusnya membawa kejayaan pada parti pada PRU akan datang.

Selamat maju jaya Sdr. Shamsul Iskandar dari Ahli Jawatankuasa Angkatan Muda Keadilan Cabang Gelang Patah.

MESYUARAT ANGKATAN MUDA KEADILAN CABANG GELANG PATAH

Untuk makluman semua Ahli Jawatankuasa Angkatan Muda Keadilan Cabang Gelang Patah bahawa satu Mesyuarat AJK AMK Cabang Gelang Patah akan diadakan berdasarkan butiran berikut :-

Tarikh : 28/10/09 (Rabu)
Masa : 0900malam
Tempat : Pejabat PKR, Taman Teratai.

Sehubungan dengan itu, semua AJK adalah diwajibkan hadir ke mesyuarat tersebut.

Sekian, terima kasih.

Agenda mesyuarat akan dimaklumkan melalui e mail...

22 October 2009

KES GIGIT TELINGA : YB TIAN CHUA DIDAPATI BERSALAH


Ahli Parlimen Batu, YB Sdr. Tian Chua telah dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur dengan hukuman enam bulan penjara dan denda RM3,000 selepas beliau didapati bersalah terhadap tuduhan menggigit seorang anggota polis dan menghalangnya daripada menjalankan tugas.

Walaubagaimanapun mahkamah telah membenarkan penangguhan hukumanan tersebut untuk membolehkan Tian Chua membuat rayuan.

Jika Tian Chua gagal dalam rayuannya terhadap hukuman tersebut, maka beliau akan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Batu.

21 October 2009

PAKAR PATALOGI THAILAND : ADA UNSUR2 TEO BENG HOCK DIBUNUH

Seorang pakar patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand membuat pendedahan yang mengejutkan dalam inkeus kematian Teoh Beng Hock pagi ini dengan menyatakan bahawa setiausaha politik itu mungkin telah dicekik sebelum jatuh dari tingkat 14 Plaza Masalam.

Katanya, terdapat tanda bulat pada leher Teoh yang menunjukkan dia 'dicekik'.

Menurutnya lagi, retakan pada tengkorak Teoh bukan satu kecederaan akibat terjatuh.

NONEManakala kecederaan pada lubang dubur Teoh, katanya, boleh disebabkan dicucuk dengan objek sebelum dia jatuh.

Ini, katanya, berdasarkan kepada gambar-gambar yang diambil di tempat Teoh ditemui jatuh.

Dr Pornthip membuat kesimpulan bahawa kemungkinan 80 peratus Teoh dibunuh dan 20 peratus dia membunuh diri.

Beliau juga tidak bersetuju dengan pandangan pakar-pakar forensik bahawa Teoh "jatuh dalam keadaan sedar" tetapi sebaliknya menegaskan bahawa mangsa mungkin tidak sedar.

Beliau memberi tiga sebab dalam membuat kesimpulan tersebut, iaitu:

1) Laporan bedah siasat menyatakan mangsa masih hidup ketika jatuh di tanah, tetapi beliau (Dr Pornthip) tidak menemui kecederaan untuk melindungi diri.

2) Beliau menemui luka-luka yang kelihatan berlaku sebelum mangsa jatuh.

3) Kecederaan pada bahagian dada adalah akibat impak awalan.

Beliau memberi keterangan sebagai saksi pakar di inkues tersebut yang diadakan untuk menentukan punca kematian Teoh.

Dr Pornthip adalah pengarah dan pengasas bersama Institut Pusat Sains Forensik Kementerian Keadilan Thailanad dan dianggap pakar dalam siasatan kes-kes pembunuhan yang rumit.

Teoh - setiausaha politik kepada exco Selangor, Ean Yong Hian Wah - ditemui mati selepas memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di tingkat 14 Plaza Masalam berhubung dakwaan salahguna wang negeri pada 15 Julai lalu.

KUASA ROSMAH

Walaupun telah dipertunjukan bahawa rakyat menolak mereka pada PRU-12 yang lalu, namun ianya tidak mampu menginsafi pimpinan Umno/BN dari terus mengaut kekayaan hasil penderitaan rakyat dan kini isteri tersayang Perdana Menteri dikatakan mulai menguasai "tingkat 4" yang dahulunya dikuasai oleh Khairi Jamaluddin semasa era pemerintahan Tun Pak Lah. Pegawai2 kanan Kementerian Kewangan dikatakan semakin gusar dengan campurtangan Rosmah Mansor yang dianggap sudah berada dalam tahap kritikal termasuk dalam urusan Perbendaharaan Negara,termasuk penyediaan Belanjawan 2010 dan pemberian kontrak dan tender kerajaan. Rosmah juga diberitakan sudah mulai mempertikaikan keputusan tertentu Timbalan Perdana Menteri Muhyyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Beliau juga dikatakan mencampuri urusan Kementerian Pembangunan Wanita & Masyarakat apabila menterinya, Sharizat Abdul Jalil dikatakan gagal mengendalikan kementerian tersebut dengan baik. Rosmah bijak mempergunakan kelebihannya sebagai "first lady" bagi menjuarai isu2 wanita dan kemasyarakatan yang secara langsung membuatkan fungsi Sharizat hanyalah ibarat "melukut di tepi gantang"...

Jangan sampai Rosmah bertindak menentukan halatuju negara. Oleh yang demikian, wajarkah kita berdiam diri...???

HARAPAN MENCARI SEBUAH KEMENANGAN

Jika mengambil situasi semasa politik negara, sekaranglah merupakan masa yang terbaik dan sesuai bagi parti menyakinkan rakyat agar membuat perubahan pada pilihanraya umum akan datang. Jika Umno/BN begitu yakin untuk bangkit selepas kemenangan dicipta di Bagan Pinang, sewajarnya seluruh pimpinan PKR di semua peringkat perlu bermuhasabah diri, menilai prestasi kepimpinannya dan kecapaian apakah yang berjaya diraih setakat ini.

Ahli2 PKR yang berada diluar organisasi parti seharusnya berani tampil bersemuka dengan pimpinan parti bagi memberi lontaran idea2 bernas demi mempertingkatkan kualiti parti. Pimpinan parti di semua peringkat pula wajar mendengar dan mempertimbangkan harapan ahli diakar umbi kerana suara mereka adalah suara ikhlas. Suara yang tiada berkepentingan peribadi namun mereka punya harapan dan keyakinan agar kepimpinan yang dilantik/dipilih mampu khidmat yang terbaik serta berupaya menumbangkan Umno/BN. Jangan sampai ada mana2 yang pimpinan dituduh mengkhianati parti serta amanah rakyat apabila gagal melaksanakan dan sekadar menjadi parasit dalam organisasi.

Perubahan serta anjakan pemikiran itu amat penting kerana rakyat pada umumnya dapat membezakan antara keupayaan sesebuah parti itu mampu memberi pulangan yang terbaik untuk mereka atau sebaliknya. Jika mahu rakyat memilih Pakatan Rakyat untuk mentadbir, maka pelan tindakan mesti lebih efektif dari yang sebelumnya. Kualiti kepimpinan serta kualiti kerja parti di semua peringkat Ranting, Cabang, Negeri mahupun Pusat mesti dipertingkatkan. Apa yang penting kualiti PKR haruslah mengikut acuan dan adunannya. Perlu mempunyai identiti yang beza dari Umno/BN agar rakyat merasai perubahannya.

Jika kita bernafsu untuk menawan Johor maka tunjukan keghairahan atau kehendak kita untuk tujuan tersebut, bukan setakat untuk diperbualkan. Namun keghairahan perlu batasan agar ianya tidak menjolok mata kerana dikhuatiri kita lemas dan hanyut sendirian sebelum berdepan dengan realiti yang sebenar-benarnya. Pimpinan parti disemua peringkat perlu ada perasaan risau jika sokongan serta kepercayaan rakyat kepada parti berakhir sebelum waktunya disebabkan pentadbiran serta pengurusan organisasi yang lemah. Tidak berdaya saing apatah lagi dapat memberi tekanan kepada pihak lawan.

Reformasi... Reformasi... Reformasi...

20 October 2009

NOTA : PERKEMAS JENTERA AMK

Kita mengalas Pilihanraya Umum pada Mac 2008 dan 8 Pilihanraya Kecil (PRK) sehingga hari ini.

Alhamdulillah, majoriti masih berpihak kepada Pakatan Rakyat. Terima kasih diatas komitmen pasukan AMK Johor yang berhempas pulas mendokong perjuangan demi bangsa dan negara tercinta.

Sesungguhnya mengalas tanggugjawab lebih perit dari mereka yang hanya berbicara dipojok kedai kopi. Mungkinkah kegagalan menarik anak muda tempatan adalah salah satu punca kekalahan Pakatan Rakyat pada PRK DUN Bagan Pinang baru2 ini dan UMNO-BN telah berjaya mengekplotasikan anak muda dengan didikan ala samseng serta menjinak-jinakkan anak muda ini dengan arak agar menjadi pemabuk muda. Jika kita bermaruah dan tidak mahu melihat anak2 muda melayu terus2an disesatkan oleh Umno-Bn, menjadi tanggungjawab kita untuk segera bertindak menyelamatkan akidah anak2 muda dari terus dirosakkan oleh Umno-BN. Sanggupkah kita melihat abang, adik atau anak2 kita menjadi pemabuk tegar....???

Ayuh segera kita bertindak dan jangan kita benarkan ketewasan kita adalah kerana kecuaian kita sendiri dan 'strategi ala-yahudi' Umno-Bn wajib kita tentang habis2an.

Tiada Beban Batu Digalas

Kita dengar juga rakan-rakan berbisik tentang jawatan pada pemilihan parti dan calon pilihanraya akan datang. Dari segi positifnya yang membangkitkan motivasi berpasukan. Namun jika dilihat dari segi negatif, perjuangan tidak perlu pada jawatan. Ia akan membelenggu pemikiran kepada sifat tamak.

Sesiapa juga layak menjadi ketua, hatta layak menjadi Ketua AMK Pusat jika hasil kerja telah terbukti mampu membimbing, mendidik dan membentuk anak muda ke arah kepimpinan yang lebih mantap. Cabang bergolak tanpa pasukan mantap, apa perlu berbicara tentang calon dan mencatur pentadbiran Pusat.

Pencatat bimbang "menang sorak kampung tergadai". Pencatat menyeru, setiap AMK Cabang menyediakan pelan tindakan yang berkesan pada mesyuarat AMK mendatang, Insya-allah awal November 2009.

Apa gunanya menyalak bukit tetapi mesyuarat AMK negeri tidak hadir. Malah terdapat Cabang tiada perubahan, malah makin lesu-malap.

Sumber berita dari blog amkj.blogspot.com

19 October 2009

PENDEDAHAN R.P.K (MALAYSIA TODAYS) YANG SEMAKIN GILA

Raja Petra mendedahkan dalam blognya, bahawa baginda Sultan di kedua-dua negeri, Perak dan Selangor sengaja melambat-lambatkan penubuhan kerajaan Pakatan Rakyat hingga tertunda satu minggu sebelum diperkenan untuk mengangkat sumpah dengan mengenakan beberapa syarat.

Menurut dakwaan Raja Petra lagi, penundaan tersebut telah memberikan ruang masa dan kesempatan bagi kerajaan Barisan Nasioanal untuk memindah dan memusnahkan segala bukti salah laku yang ada. Penundaan satu minggu itu juga memberikan kesempatan bagi Umno berbincang dengan PAS, bagi tujuan menubuhkan kerajaan UBN/PAS negeri Perak dan Selangor.

Tuduhan Raja Petra amat serius dan wajar pihak terbabit mengmabil tindakan terhadap kenyataan beliau ini.... Ikuti seterusnya terjemahan tulisan Raja Petra seperti berikut :

Malahan Umno bersetuju melantik Menteri Besar daripada PAS bagi kedua-dua negeri tersebut serta menyetujui untuk melaksanakan undang-undang Islam. Tetapi PAS tetap setia dengan rakan mereka DAP dan PKR lalu menolak tawaran Umno. Akhirnya Sultan tiada pilihan melainkan bersetuju untuk menerima angkat sumpah Pakatan Rakyat sebagai kerajaan di dua negeri, Perak dan Selangor. Tetapi, ini tidak menghentikan mereka daripada membuat rancangan disebalik tabir untuk menjatuhkan kedua-dua kerajaan tersebut.

Sultan Selangor lebih bersedia untuk menimbang semula perkara tersebut sebagai ‘a fait accompli’ (sesuatu yang sudah dipersetujui dan tidak boleh diubah). Tambahan pula,Pakatan Rakyat di Selangor mempunyai majoriti yang jelas dan adalah rumit untuk membeli begitu ramai wakil rakyat. Tetapi Perak adalah berlainan sama sekali. Majoriti Pakatan Rakyat di Perak begitu tipis berbanding dengan Selangor.

Sejurus setelah kerajaan baru diperkenankan, Baginda Sultan Perak mula meminta itu dan ini dan sebagainya. Kerajaan Pakatan Rakyat Perak bersedia untuk melayani beberapa permintaan pihak istana Perak demi menjaga hubungan baik dengan istana.Tetapi apa yang di pinta oleh Sultan dan keluarga Baginda tidak dapat ditunaikan dan kerajaan Pakatan Rakyat Perak tidak ada pilihan melainkan berkata ‘tidak’ kepada permintaan Sultan.

Tentunya hal sedemikian amat mendukacitakan Sultan. Maka , apabila Pakatan Rakyat hilang majoriti, Sultan tanpa melengahkan masa, serta merta berkenan menerima angkat sumpah bagi kerajaan baru Barisan Nasional.

Pada mulanya, Sultan tidak begitu pasti samada Baginda patut singkirkan kerajaan Pakatan Rakyat bagi memberi laluan kepada kerajaan Barisan Nasional. Tatkala Menteri Besar Pakatan Rakyat , Nizar Jamaluddin, mengadap baginda, memohon supaya Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi memberi laluan pilihanraya yang baru diadakan, Baginda bertitah akan memikirkannya terlebih dahulu.

Tetapi secara tiba-tiba selepas sahaja Perdana Menteri Najib Tun Razak, mengadap Baginda dan menggesa Baginda supaya menolak permohonan Pakatan Rakyat membubarkan DUN; Baginda berkenan menerima Barisan Nasional sebagai kerajaan baru.

‘Gesaan’ Najib adalah mudah.Nazrin, anakanda Baginda tidak akan menjadi Raja Muda Perak. Ini bermakna, Nazrin tidak akan ditabal sebagai pengganti Sultan. Dan apabila kelak Sultan mangkat, sebagai mana kepastian yang akan berlaku nanti, kerajaan persekutuan tidak akan menyokong Nazrin sebagai pengganti Sultan Perak . Lihat apa yang berlaku kepada Negeri Sembilan. Walaupun Yamtuan telah melantik anaknya sebagai pewaris tahta, namun itu tidak bermakna beliau menjadi Yamtuan yang seterusnya.

Maka, pewarisan Nazrin terhadap tahta negeri Perak bergantung kepada ‘hubungan muhibbah’ kerajaan pusat ; yang hanya sekiranya kerajaan negeri adalah dibawah Barisan Nasional maka adanya ‘hubungan muhibbah’ ini.Sekiranya Pakatan Rakyat kekal menerajui kerajaan, maka Nazrin dijangka membayar harganya apabila masanya tiba untuk menggantikan ayahandanya.

Tambahan pula, Sultan dan keluarga Baginda telah meminta banyak perkara , kesemuanya telah ditolak.Umno akan memastikan Baginda Sultan dan keluarganya akan memperolehi apa sahaja yang mereka mahu jika Barisan Nasional mengambil aleh kerajaan negeri Perak.

Dan dengan itu, nasib Pakatan Rakyat dimetrai.Sultan menerima Barisan Nasional sebagai kerajaan baru negeri Perak dan Pakatan Rakyat menjadi pembangkang.

Apakah yang Sultan dan keluarga Baginda mahukan yang Pakatan Rakyat katakan ‘tidak’ dan yang Barisan Nasional sekarang katakan ‘ya’?

Ya, jom kita lihat bagaimana dalam masa hanya beberapa bulan sahaja , Sultan dan keluarga Baginda tiba-tiba sahaja menjadi salah satu keluarga diraja yang terkaya di Malaysia, tentunya dengan mengorbankan Pakatan Rakyat.

1. Umno menganugerahkan Sultan sekeping tanah kerajaan lot 183578. Tanah seluas 600 ekar ,lokasinya di Tanjong Tualang, daerah Kinta. Tanah ini didaftar atas nama Mohamed Khaair Johari Hj Osman , proksi Sultan.

2. Umno menganugerahkan Sultan satu konsesi balak seluas 1,000 ekar di sepanjang km-11 lebuh raya Gerik-Kupang di Ulu Kenderong, Gerik, Hulu Perak. Konsesi ini asalnya telah diberikan kepada Universiti Utara Malaysia. Bagaimana pun, ianya di tarik balik dan diberikan kepada Pusat Kreatif Kanak-Kanak yang Pengerusinya ialah Raja Datuk Seri Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Shah.

3. Umno menganugerahkan Sultan tujuh konsesi pembalakan di kompartmen 39, 41, 42, 43, 44, 45 and 49 di hutan simpan Kenderong Hulu Perak. Tujuh lot yang luasnya lebih kurang 600 ekar, adalah dibawah nama dua syarikat proksi Sultan -- Syarikat Zotonjaya Sdn Bhd and Kibaran Wang Sdn Bhd.

4. Umno juga dijangka meluluskan satu cadangan ‘penanaman hutan semula’ (reforestation) melibatkan 10,781 hecta ekar. 5,781 hecta ekar di hutan simpan Gunung Besout , diselatan Perak sementara 5,000 hecta bekar lagi di Pondok Tanjung, di jajahan Larut Matang. Syarikat yang akan mendapat projek besar ini ialah Permatang Utama Sdn Bhd (nombor pendaftaran syarikat 513583-D) yang Pengerusi Eksekutifnya Datuk Seri Ismail Farouk Abdullah, menantu Sultan.

5. Selanjutnya lagi, Datuk Seri Ismail Farouk Abdullah telah di ‘izinkan’ untuk mengambil alih hak kerajaan negeri, Casuarina Hotel Ipoh, dengan harga rundingan ‘kerat leher’ hanya RM43 million; dimana harga yang jauh lebih tinggi boleh diperolehi melalui harga pasaran terbuka. Hotel tersebut terletak di satu kawasan utama Ipoh dan dengan hanya tanah kosong sahaja nilainya akan melibatkan wang yang begitu banyak.

Keluarga diRaja Perak bukan tidak berharta. Tetapi ianya umpama lebih tamak.Raja Datuk Seri Eleena Azlan Shah(gambar kiri) ialah seorang pengarah syarikat GAMUDA BERHAD dan merupakan orang Malaysia terkaya yang ke 25 dengan aset melebihi RM 773 juta. Ini menjadikannya wanita kedua terkaya di Malaysia selepas Puan Sri Chong Chook Yew, yang menduduki slot angka ke 18 dengan aset melebihi RM 1 bilion.

Gamuda Berhad telah dianugerahi lebih daripada RM10 bilion nilai kontrak.Ia mengawal dan menyelia 230 kilometres lebuh raya plus, adalah sebuah syarikat hartanah dan pemaju bandar dengan empat projek pembangunan bandara yang melibatkan lebih daripada 30,000 rumah.

Oleh itu kamu dah dapat tahu. Orang-orang Perak, terutamanya orang Melayu, bahawa Pakatan Rakyat tidak menghormati Baginda Sultan sebagaimana yang sepatutnya; fikirkanlah. Apa yang mereka tidak tahu ialah; Sultan tidak sepatut mendapat sebarang perghormatan.Dan ramai yang tidak menyedari bahawa kenapa Sultan mahukan Pakatan Rakyat tersingkir keluar dari Perak.

Sekarang, kami harap mereka sudah menyedarinya.

Artikel asal berbahasa Inggeris...

PENUBUHAN BIRO FELDA & HAL EHWAL ORANG ASAL NEGERI JOHOR

Jutaan terima kasih kepada Datuk Fauzi Abdul Rahman atas kesudian beliau berkeringat merasmikan Biro Felda & Hal Ehwal Orang Asal PKR Johor pada 17 Oktober 2009 walaupun terpaksa berteksi beliau tetap memberikan komitmen untuk hadir demi sebuah perjuangan. Ianya wajar menjadi contoh terutamanya kepada kepimpinan muda supaya istiqamah dan berpendirian teguh dalam apa juga perjuangan. Pepatah melayu mengatakan " hendak seribu daya, tak nak seribu dalih"...

Dalam ucapannya, beliau mengimbau perjuangan zaman Tun Razak bersama arwah bapanya dan rakan dalam keperitan menubuh tanah rancangan Felda demi menyelamatkan anakbangsa dari tertinggal dari bidang ekonomi.

Kini lebih 100,000 peneroka Felda telah menjadi mangsa penipuan Pengurusan Felda Holding. Ini terbukti di dalam kes saman Felda Kemahang ke atas Felda di Kelantan.

Hasil perahan sawit dan pengurusan ladang oleh Technoplan memperlihatkan peneroka diperdaya dengan cukup halus. Tipudaya ini akan dibuktikan pula melalui kes saman Gugusan Moakil, Segamat.

Sudah pasti ia bukan penamat, Gugusan Taib Andak, Kulai juga akan menyusul dengan saman berikutnya , Insyallah.

Felda mengambil tindakan segera apabila sebelum ini perkampungan Felda hanya mempunyai seorang pengurus, kini mempunyai dua pengurus bagi menutup segala ketirisan.

Pencatat teruja cerita dan pengalaman Datuk Fauzi bersama bapa serta kelompok pejuang membangunkan tanah rancangan Felda. Namun kini keringat Tun Razak dijadikan habuan lumayan dari kelompok yang memperkayakan diri sendiri.

Datuk Seri Najib Razak dengan jelas memperkotak-katikkan peneroka bagi 'mencuri' undi dan hasil keringat peneroka secara cukup licik. Biro Felda & Anak Asal akan meneruskan perjuangan demi mempertabatkan keadilan anakbangsa.

Dalam pada itu Biro Felda & Hal Ehwal Orang Asal PKR Johor telah berjaya mengeluarkan kenyataan bersama untuk tindakan bersama peneroka Felda Gugusan Linggiu, Taib Andak dan lainnya.

Turut hadir dalam Majlis tersebut adalah Tn Hj Suhaimi Said, Pengerusi Biro Felda dan Hal Ehwal Orang Asal PKR beserta Jawatankuasa Pusat.

Pihak kami telah menerima 5 aduan bertulis daripada peneroka dan akan menyiasat aduan tersebut dan akan mengambil langkah yang sewajarnya.

Ianya akan dibawa kepada Biro Politik PKR Pusat sebelum tindakan selanjutnya dan mahkamah diambil.

Resolusi yang telah dicapai adalah :

1. Tuntutan wang tanam semula berjumlah RM 17,000 setiap peneroka tanam sendiri beserta faedahnya.
2. Tuntutan harga perahan nilai sebenar, dan bukan mengikut penilaian Felda atau kilang.
3. Tuntutan hasil kernel isirong mesti dikembalikan kepada peneroka sejak peneroka menjual sawit kepada kilang Felda.
4. Menuntut kembali buah sawit yang telah digreding - penipuan kilang sawit Felda
5. Menuntut Lesen MPOB kepada peneroka.
6. Mendesak Technoplant dimansuhkan dan dikembalikan kepada Koperasi Peneroka.
7. Perumahan Generasi ke 2 perlu dilaksana segera seperti yang diumumkan oleh Menteri Felda
8. Pemilikan tanah peneroka mengikut Akta GSA 1960 perlu digubal mengikut keperluan masakini.

- Ulasan : Seharusnya PKR Johor wajar memberi pujian dan kredit kepada Sdr. Zabidi atas usahanya menubuhkan Biro Felda dan Hal Ehwal Orang Asal Negeri Johor. Wakil AMK Gelang Patah telah dapat bertemu bual dengan beliau yang juga Pengerusi Biro Felda & Hal Ehwal Orang Asal Negeri Johor pada minggu lepas. Beliau yang begitu optimis ingin memperjuangkan dan membela nasib peneroka2 dan generasi anak2 Felda dari terus ditipu oleh kapitalis2 Umno yang semakin berselera membaham hasil2 peneroka Felda. Kesungguhan beliau wajar dijadikan iktibar dan contoh oleh semua pimpinan PKR baik diperingkat ranting, cabang mahupun negeri. AMK Gelang Patah berharap agar Biro Felda dan Hal Ehwal Orang Asal diujudkan disetiap Cabang agar jentera biro tersebut dapat digerakan dengan lebih aktif lagi. AMK setiap cabang termasuk AMK Gelang Patah perlu mengambil kesempatan ini untuk kita mendekati lagi peneroka2 Felda yang terdiri dari orang melayu. Kita buktikan bahawa PKR bukan mahu menghapuskan hak2 orang melayu tetapi PKR berusaha untuk mempertabatkan hak2 orang melayu disamping menjaga hak2 kaum lain. Jadikanlah gerakan ini sebagai pemangkin kepada perjuangan kita untuk mengembalikan hak rakyat. AMK Gelang Patah menyokong penuh usaha2 Sdr. Zabidi menubuhkan Biro Felda & Hal Ehwal Orang Asal dan sedia berkerjasama. Sahutlah cabaran ini wahai Anak Muda....

Sumber berita dari blog amkj.blogspot.com dan diedit semula oleh S/usaha AMK Cabang Gelang Patah.

14 October 2009

KJ OH KJ


Mereka amat2 memerlukan kemenangan di Bagan Pinang untuk menyemarakan lagi Perhimpunan Agung Umno. Apa cara sekalipun kemenangan di Bagan Pinang amat2 penting bagi memberi mereka talian hayat agar untuk Umno meneruskan sisa2 perjuangan korupnya.

Pergerakan Pemuda Umno Malaysia melalui Ketuanya iaitu Khairi Jamaluddin telah berikrar untuk menyekat Datuk Seri Anwar Ibrahim dari menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mendominasi PRU-13 nanti.

Ketua Pemuda Umno turut menggelar Anwar Ibrahim sebagai sesumpah politik dan berjanji akan mendedahkan "siapakah" sebenarnya Anwar Ibrahim. Kami cabar Khairi dan kepimpinan Pemuda Umno mendedahkan siapakah "Anwar Ibrahim". Jangan sekadar ucapan yang berapi-api namun "habuk pun tarak"....

Petikan video ini perlu penjelasan, mengapa mereka berteriak "KJ Rasuah" dalam petikan video ini semasa beliau dipilih sebagai Ketua Pemuda Umno Malaysia... Adakah Khairi pemimpin yang maha bersih..???




Khairi juga menempelak hubungan Pakatan Rakyat sambil mengatakan bahawa gabungan tersebut hanyalah gabungan rapuh dengan pelbagai masalah kebelakangan ini. Namun apakah hubungan parti komponen dalam BN amat kukuh dan utuh??? Puluhan tahun mereka bergabung namun masih lagi bercakaran sesama sendiri. Skandal PKFZ mempunyai seribu satu skandal pemimpin Umno/BN di dalamnya namun mereka menjadikan Ong Tee Keat sebagai kambing hitam.

Apakah AMK akan berdiam diri melihat DSAI dan parti dihina, dicerca dan dimaki oleh si bangsat ini...??? Jawapan ditangan anda....

LU FIKIRLAH SENDIRI....





Apakah perasaan teman2 dalam Angkatan Muda Keadilan baik diperingkat cabang mahupun negeri bila melihat video di atas...???? Apakah kita perlu lagi menunggu seorang pemimpin agung turun dari langit untuk menyedarkan, membangkitkan, menyemarakan api perjuangan dalam diri kita...???

Apakah kita masih mahu lagi berpeluk tubuh sambil mengharapkan tsunami politik dibangkitkan oleh Anwar Ibrahim sekali lagi....??? Sedarkah anak muda... Sedarkah teman2... Sedarkah aku...

Jika "mereka" berjaya membangkitkan anak muda tempatan di Bagan Pinang walaupun dengan kekuatan habuan dan wang, apakah mereka tidak boleh melakukan perkara yang sama di tempat kita... Bersediakah kita...?? Teman2 mereka semakin bersedia dan apakah kita terus leka dengan pencapaian PRU-12 yang lalu... Apakah kita rela adik2 atau anak2 kita dirosakkan minda dan pemikirannya oleh budaya Umno/BN ???

Masih adakah ruang untuk kita berebut jawatan sedangkan parti memerlukan tenaga kita untuk memantapkan lagi kedudukan parti??? Masih adakah kesempatan kita berselisih faham antara satu sama lain sedangkan "mereka" sedang berusaha untuk memperbaiki hubungan mereka...???

Ayuh teman2 Angkatan Muda Keadilan (AMK), usah gentar dan takut untuk berdepan dengan "gerakan" mereka. Ayuh.. Kita bangkit dari lamunan yang indah.. Kita mesti bersedia... Kamu mesti bersedia... Kau mesti bersedia... Aku juga mesti bersedia...

Ayuh.... Bangkit... Bangkit... Bangkit... Bangkit dari lamunan mu... Tanamkan iltizam yang utuh dan kukuh untuk terus membarakan perjuangan yang ada dalam diri... Ayuh kita bersatu.. Bersatu menghapuskan "Umno/BN"......

Ayuh... Kita bangun dari terus dibuai mimpi indah... Tunaikan kewajipan dan tuntutan agama... Usah lupa sisipkan doa agar kita sentiasa didampingi oleh teman2 yang sentiasa membara semangatnya untuk meneruskan perjuangan ini dan kemudiannya kita berserah kepada-NYA... Keikhlasan perjuangan kita hanya DIA yang mengetahui... Ikhlaskan perjuanganmu...

13 October 2009

PRK BAGAN PINANG : IKTIBAR DARI KEKALAHAN

Walaupun kekalahan dalam mana2 pilihanraya adalah suatu perkara biasa bagi Pakatan Rakyat namun amat berlainan sekali dengan PRK DUN Bagan Pinang. Di PRK Bagan Pinang inilah kita berdepan dengan cabaran sebenar dari BN walaupun sebelum ini di Manek Urai kita diberikan tetangan sengit oleh BN namun kemenangan tetap berpihak kepada kita walaupun dengan majoriti yang tipis.

Kekalahan di Bagan Pinang boleh diibaratkan kita gagal dari segi taktik dan teknik. Taktik dan teknik yang mungkin sudah lapuk, terlalu mudah dibaca oleh pihak lawan walaupun BN telah tewas di 7 pilihanraya kecil sebelum ini. Kita gagal memanipulasi provokasi "bangsat" yang dibuat oleh BN sebaliknya mereka berjaya memutarbelitkan fakta dan berita walaupun punca provokasi dimulakan oleh mereka. Dibantu dengan media2 pencacai Umno/BN yang tanpa rasa malu terus memberikan maklumat yang salah kepada seluruh rakyat Malaysia terutama pengundi di Bagan Pinang. Apa yang pasti sebenarnya jentera serangan Pakatan Rakyat sebenarnya belum cukup "ampuh" untuk bertandang di tempat lawan. Kita hanya memenangi 1 dari 3 kerusi yang asalnya milik BN.

Ada yang membuat rumusan "kedai kopi" bahawa isu pembinaan kuil dan kenyataan Datuk Hasan Ali berkaitan isu SELCAT yang menjadi punca kekalahan Pakatan Rakyat di Bagan Pinang maka ianya perlu menjadi iktibar kepada semua pimpinan tertinggi mana2 parti agar lebih berhati-hati mengeluarkan sebarang kenyataan kerana media pencacai 1malaysia sentiasa dahagakan berita2 kontroversi dari mana2 kenyataan "celupar' pimpinan Pakatan Rakyat untuk diputarbelitkan agar boleh dijadikan modal untuk merosakan pemikiran rakyat yang hanya bersumberkan "media bangsat" ini. "Media bangsat" 1malaysia yang sememangnya tidak bermaruah ini amat berbangga sekiranya berjaya meracuni pemikiran rakyat dengan berita putar alamnya.

Tidak kurang pula bertanggapan bahawa sikap tidak mesra dan kurang perihatin seorang wakil rakyat Pakatan Rakyat adalah punca pengundi beralih arah dengan mengundi calon "rasuah" BN yang sememangnya sokongan terhadapnya telah berakar umbi sejak sekian lama. Sikap sombong dan angkuh pemimpin ini telah menjadi buah mulut penduduk setempat bahkan ada yang memberitakan bahawa terdapat beberapa penduduk yang menerima hamper/sumbangan hari raya baru2 ini bertindak memulangkan semula sumbangan tersebut kepada Yang Berhormat ini. Berkemungkinan ini adalah cerita rekaan BN namun jika ianya benar wajarlah pemimpin ini bermuhasabah diri dan perlu menginsafi kesilapannya.

Iktibar Bagan Pinang wajar dijadikan tauladan dan sempadan kepada mana2 pimpinan di Johor. Kesombongan, keangkuhan, sikap tidak boleh menerima teguran atau kritikan perlu dihindarkan dan seorang "Naqib" perlulah lebih bertanggungjawab terhadap ahlinya agar kewibawaan dan kepimpinannya tidak dipersoal oleh mana2 pihak. Keikhlasan adalah teras utama dalam setiap perjuangan. Mengambil kata2 Sdr Azlan (Ketua AMK Gelang Patah) "walauapa pun percayalah bahawa keikhlasan perjuangan ini akan menjadi sejarah satu masa nanti".....

Jadikanlah apa juga yang berlaku samada yang baik atau sebaliknya sebagai garis panduan untuk kita mempersiapkan jentera pilihanraya yang lebih ampuh dan mampu menyerang dengan baik bukan setakat bertahan dan terus bertahan.

09 October 2009

PRK BAGAN PINANG : PILIHANRAYA APAKAH INI...




Malam tadi (08/10/09) berhampiran Markaz Ulama' PAS Bt 3 Jln Pantai, sekumpulan penyokong/petugas BN membuat kecoh apabila mereka meminta gerai2 disepanjang jalan berhadapan dengan masjid ditutup dengan seberapa segera. Dengan sombong dan angkuhnya mereka memberi tempoh sejam untuk para peniaga2 kecil menutup khemah2 perniagaan mereka. Bagaimanapun kehadiran pihak Polis telah menggagalkan percubaan mereka untuk membuat provokasi seperti malam sebelumnya.

Menurut laporan Squad AMKGP, penyokong/petugas Umno/BN cuba mencetuskan pergaduhan apabila mereka menjerit dan memaki hamun serta mengeluarkan kata2 kesat terhadap pemimpin Pakatan Rakyat dengan memberhentikan kenderaan mereka dihadapan markaz/upu Pakatan Rakyat. Tindakan dan provokasi pihak Umno/BN dilihat seperti tidak bertamadun dan seolah-olah mereka amat2 berkuasa ketika ini.

Kepada petugas2 Angkatan Muda Keadilan Johor diharap tidak termakan provokasi "bodoh" penyokong Barisan Nasional. Teruskan tugasan anda dan lakukan dengan ikhlas. Apa yang perlu adalah bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan....

PRK BAGAN PINANG : ADAKAH ANDA MELIHAT AZEEZ "BANGSAT" INI DITUMBUK.. ???

Video klip ini mungkin boleh menjadi panduan mana2 pihak bagi membuktikan dakwaan Pengerusi Putera Umno, Abdul Azeez "Bangsat" adalah pembohongan dan lakonan semata-mata. Sewajarnya pihak berkuasa mengambil tindakan tegas kepada "si bangsat" ini yang mana lakonannya telah mencetuskan suasana yang tidak senang diantara penyokong Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Dengan bermodalkan "si bangsat" ini ditumbuk, penyokong Umno/BN telah bertindak sesuka hati mereka dengan membelakangi undang2 apabila mereka dengan sesuka hati melakukan provokasi yang berlebihan dengan menyerang penyokong/petugas Pakatan Rakyat secara "membabi buta" serta menggunakan senjata tajam yang boleh menyebabkan kecederaan serius dan mungkin boleh menyebabkan kematian.

Kami tuntut pihak Polis menyiasat seadil-adilnya kejadian ini. Jangan sampai ada yang terbunuh baru mahu bertindak.

08 October 2009

PRK BAGAN PINANG - AYUH MUHYIDDIN SAHUT CABARAN KAMI

Pemuda Pakatan Rakyat mencabar Timbalan Perdana Menteri yang juga Bekas Menteri Besar Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar menyahut cabaran untuk berdebat dengan Ketua Umum PKR yang juga Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai "Siapakah Sebenarnya Pengkhianat Melayu". Surat rasmi yang mungkin telah dihantar kepada Timbalan Perdana Menteri di Pejabat Timbalan Perdana Menteri jam 2.30ptg tadi oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Sdr. Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Pemuda Pakatan Rakyat mencadangkan debat tersebut diadakan di pentas terbuka pada 9 Oktober 2009. AMK Gelang Patah amat2 berharap cabaran tersebut disahut oleh Muhyiddin dan disiarkan secara langsung di semua stesen televisyen dan radio. Rakyat berhak tahu siapakan "Pengkhianat" sebenar.

Jika Muhyiddin menolak cabaran ini dengan apa juga alasan, maka jelaslah ketidakberanian dan kebaculan Muhyiddin yang hanya berani membuat kenyataan namun takut untuk berdebat untuk mempertahankan kenyataannya.

Ayuh Muhyiddin... Kami cabar kamu....

PRK BAGAN PINANG - PRK BERDARAH




Apakah dakwaan "bangsat" Abdul Azeez yang mendakwa dirinya dipukul penyokong Pakatan Rakyat menyebabkan Umno/BN menggunakan kekerasan dengan menghantar "bajingan bangsat" untuk bertindak ganas menggunakan sejata tajam yang boleh menyebabkan kematian. Apakah Umno/BN begitu terdesak sehinggakan terpaksa menggunakan samseng2 "bangsat" ini untuk mengugut dan menakut-nakutkan petugas2 Pakatan Rakyat.

Sesungguhnya Najib, Muhyiddin, Hishammuddin, Zahid Hamidi dan Khairi antara mereka yang harus dipertanggungjawabkan mengenai insiden ini. Manakala pihak Polis mesti bertindak tegas dan adil untuk menyiasat perkara ini.

Provokasi berlebihan dan melampau jelas menunjukan bahawa Umno/BN begitu takut dengan kebangkitan Rakyat yang menyokong calon Pakatan Rakyat. Siri Penerangan yang berterusan berjaya menjelaskan dan menerangkan "kebangsatan" Umno/BN.

Angkatan Muda Keadilan Cabang Gelang Patah menambahkan lagi jumlah petugasnya di Bagan Pinang bagi membantu melancarkan gerakerja dengan menghantar kumpulan petugas ke-2 yang akan bertolak pada malam ini. Kumpulan petugas ke-3 akan bertolak pada malam esok.

Kepada petugas2 Pakatan Rakyat... Kebaculan dan kebangsatan Umno/BN makin terserlah. Teruskan dan ikhlaskan kerja yang anda lakukan. Percayalah bahawa ALLAH itu maha mengetahui.

07 October 2009

PRK BAGAN PINANG : WANG BESAR.. WANG BESAR

Pada hari penamaan calon pada 3 Oktober 09 (Sabtu) yang lalu, Pengerusi Putera Umno Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim mendakwa bahawa beliau telah dikasari dan ditumbuk oleh penyokong Pakatan Rakyat sewaktu melalui kawasan dimana tempat penyokong Pakatan Rakyat sedang berkumpul.

Ketika beliau ditemuramah oleh pemberita pada hari penamaan tersebut, beliau kelihatan sihat dan mampu bergerak bebas tanpa menunjukkan sebarang kesakitan namun pada keesokkan harinya media melaporkan beliau terpaksa ditahan dihospital dan digambarkan seolah-olah beliau mengalami cedera yang amat parah.

Jika benar beliau ditumbuk/dikasari oleh penyokong Pakatan Rakyat, sewajarnya Pengawal Peribadi dan Anggota Polis yang dikhaskan menjaga keselamatan beliau dipecat kerana gagal melindungi beliau. Pengawal Peribadi dan Anggota Polis tersebut juga boleh dijadikan saksi awal jika benar pihak polis mahu menyiasat dakwaan Ahli Majlis Tertinggi ini.

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah menerima maklumat dari pengirim e mail yang turut mendakwa bahawa beliau ada dihadapan Datuk Ismail Sabri dan Abdul Azeez ketika mereka ini berjalan menuju ke kawasan yang dikhaskan untuk penyokong BN namun tidak melihat mana2 individu menumbuk Datuk Abdul Azeez bahkan Abdul Azeez kelihatan tersenyum melalui kawasan yang dipenuhi oleh penyokong pakatan rakyat.

Mungkin gambar2 dibawah ini boleh memberi sedikit gambaran kepada pembaca untuk menilai dakwaan Datuk Abdul Azeez ini....





Baru-baru ini pula sebuah badan bukan kerajaan NGO, Perikatan Belia Bersatu Malaysia (PEMBELA) menawarkan sejumlah RM 1000 kepada sesiapa sahaja yang memiliki gambar Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim ditumbuk pada hari penamaan calon Pilihanraya Kecil Bagan Pinang Sabtu lalu.

Sehubungan dengan itu, mana2 mereka yang mempunyai bukti tersebut yang boleh membuktikan yang kebenaran Datuk Abdul Azeez di harap dengan kadar 'SEGERA' menghubungi PEMBELA. Tapi apa cerita pihak yang boleh membuktikan bahawa Abdul Azeez Abdul Rahim ini tidak ditumbuk ataupun dikasari oleh penyokong Pakatan Rakyat... Tak ada tawaran ke...????

05 October 2009

PRK BAGAN PINANG - PEMUDA UMNO JOHOR BIADAP


Sikap kurang ajar pemuda berbaju merah dan konco2nya (seperti digambar) yang memarahi anggota polis bertugas kerana cuba menghalang mereka dari bertindak agresif terhadap penyokong Pakatan Rakyat wajar menjadi cerminan kepada pemimpin Umno/BN yang melabelkan penyokong Pakatan Rakyat sebagai "Samseng".

Walaupun dihadapan anggota Polis/FRU, penyokong Umno/BN berani melontar objek2 ke arah penyokong Pakatan Rakyat. Sikap kurang ajar dan biadap penyokong Umno/BN yang beberapa kali cuba mencetuskan kemarahan penyokong Pakatan Rakyat, namun sikap dan kematangan penyokong Pakatan Rakyat menyebabkan provokasi penyokong Umno/BN langsung tidak dilayan.

Sewajarnya pimpinan Umno/BN mengkritik diri mereka sendiri apabila Umno/BN Negeri sembilan menggunakan pelajar2 sekolah untuk membawa bendera Umno/BN dan menjadi tukang sorak kepada Umno/BN. Mana perginya pemuda Umno/BN yang kununnya gagah perkasa... Inilah sikap pimpinan Umno/BN yang boleh diumpamakan seperti "Paku Dulang Paku Serpih, Mengata Orang, Dia Yang Lebih..."

02 October 2009

KETUA AMK MALAYSIA KE HONG KONG

Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Md Akin telahpun berlepas ke Hong Kong untuk mendesak Badan Pencegah Rasuah Hong Kong menyoal siasat sekutu Ketua Menteri Sabah Musa Aman berhubung kes penyeludupan dan pengurupan wang RM16juta.

Michael Chia ditahan di Hong Kong pada Ogos lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa di Hong Kong apabila cuba berlepas dari wilayah China itu menuju Kuala Lumpur, membawa wang berkenaan.

Shamsul mengesahkan beliau akan membuat laporan terhadap Chia dengan pihak berkuasa Hong Kong esok. Laporan itu bertujuan mendesak supaya siasatan terperinchi dijalankan terhadap Chia dan Musa bersabit wang berkenaan. Wang itu dikatakan mempunyai hubung kait dengan lesen membalak di Sabah yang membawa pulangan lumayan kepada ahli politik Barisan Nasional di negeri itu.

Blog-blog di Sabah telah memberikan liputan meluas kepada penangkapan Chia.

Berikut disiarkan satu daripada laporan itu yang dipetik dari blog "Deep Throat Sabah" yang mendakwa Chia ialah adik angkat Ketua Menteri Sabah.

Penangkapan adik angkat Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman iaitu Michael Chia di Hong Kong pada jam 2.35 petang khamis (14 Ogos 2008) telah membongkar misteri di sebalik enigma.

Michael Chia ditangkap polis Hong Kong di Lapangan Terbang Chek Lap Kok, Hong Kong ketika ingin menyertai penerbangan ke Kuala Lumpur.

Menurut sumber rapat Polis Hong Kong dan Interpol, mereka telah memantau kegiatan haram Michael Chia sejak tiga tahun lalu dan akhirnya berjaya menangkap Michael bersama bukti wang tunai Singapura bernilai RM16 juta yang diseludup keluar daripada Hong Kong di dalam beg pakaiannya.

Setelah disoalsiasat, Michael merayu agar dibebaskan kerana wang berkenaan milik Musa Aman dan beliau hanyalah agen membawa keluar wang berkenaan ke Kuala Lumpur bagi membantu meringankan beban kewangan Barisan Nasional dalam proses penamaan calon di Permatang Pauh dan sebahagiannya untuk kegunaan pilihanraya kecil berkenaan.

Penangkapan ini membuatkan Musa Aman berang dan bimbang beliau akan terjerat berikutan penahanan Michael Chia bersama bukti dan lebih malang lagi apabila akaunnya di beberapa bank di Hong Kong dibekukan serta merta.

“CM (Musa) marah betul atas kebodohan Michael Chia kerana bawa wang tunai. Kenapa tidak TT (Telegraphic Transfer) saja? Saya rasa CM kita dalam bahaya,” ujar Datuk Amin Khan, seorang proksi Musa Aman ketika memberitahu rakannya yang juga Datuk melalui telefon di sebuah coffe house hotel terkemuka yang sempat didengar wakil Malaysia Today di Sabah yang secara kebetulan menikmati makan malam di situ.

Penangkapan suspek ini mengejutkan semua pihak terutama Badan Pencegah Rasuah Sabah kerana Michael Chia tidak boleh meninggalkan Negara ini tanpa mendapat izin BPR kerana pasportnya dalam simpanan BPR atas beberapa pertuduhan rasuah bersama Loh Man Heng.

Michael yang sebelum ini ditangkap bersama rakan kongsi Musa Aman, Loh Man Heng dan Chong ‘Khung Long’ (Chong Dinasour) kemungkinan akan dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Hong Kong pada hari ini bagi menghadapi pertuduhan penyeludupan wang dan pengurupan wang haram (Money Traficking dan Money Laundering).

Penangkapan Michael ini memberi tamparan hebat kepada Ketua Pengarah BPR, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan kerana desas desus yang tersebar meluas mengatakan bahawa Kes Rasuah Loh Man Heng telah ditutup berikutan pengakuan Loh Man Heng sendiri bahawa beliau telah membayar sejumlah RM4 juta melalui pegawai kanan BPR, Mohd Jamidan Abdullah yang sebelum ini menutup kes Musa Aman dalam kegiatan pembalakan haram di Keningau.

Sebelum ini, Pengurus Besar Operasi Kumpulan Yayasan Sabah, Mohd Daud Tampokong yang sering kelihatan bersama dengan Michael Chia di Hong Kong dan Singapura untuk menjalankan transaksi kewangan bagi pihak Musa Aman.

Namun bak kata pepatah moden, sepandai-pandai ayam melompat, akhirnya menjadi KFC, Michael Chia terjebak walaupun sebelum ini telah berjaya melakukan traksaksi pemindahan wang dalam jumlah yang besar, namun kali ini tertangkap kerana gelojoh membawa wang tunai dengan jumlah melebihi had yang dibenarkan.

01 October 2009

BEZA PERASUAH DI CHINA DAN MALAYSIA


Free Image Hosting

RASUAHHHHHHHH....

Jika di Negara China, jenayah rasuah dianggap jenayah berat dan boleh dihukum mati tapi di Malaysia yang tercinta ini....

Perasuah diangkat dan dipilih untuk menjadi pemimpin kepada rakyat....
Adakah anda sanggup menerima "perasuah" sebagai pemimpin anda... Ubah sebelum parah...

ZAHID HAMIDI - MELACURKAN PERANAN ANGGOTA TENTERA

Institusi ketenteraan masih lagi dihormati kerana tugas-tugas yang dilaksanakan samada di dalam dan di luar negara, semasa aman mahupun semasa darurat.

Institusi tersebut sewajarnya dihormati oleh semua pihak kerana ianya adalah satu2nya institusi yang masih tidak terlibat secara langsung dengan sebarang politik kepartian sebagaimana institusi lain yang telah dipergunakan oleh UMNO dan Barisan Nasional.

Namun begitu, Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi Al-Haj telah cuba mengheret Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke kancah politik. Zahid Hamidi juga telah menggunakan tiga helikopter tentera ketika merasmikan mesyuarat agong UMNO Bahagian Jasin. Mungkin Zahid Hamidi berpendapat tidak ada sebab untuk menafikan kuasa beliau bagi menggunakan helikopter tentera untuk tujuan politiknya apatah lagi beliau adalah Menteri Pertahanan sedangkan Tan Sri Muhyiddin sendiri boleh menggunakan helikopter tentera untuk merasmikan mesyuarat Umno di Sabah.

Di PRK Manek Urai dan Permatang Pasir, Pasukan Kebajikan Tentera dipergunakan untuk memberi khidmat kepada penduduk setempat. Bahkan ambulan2 kementerian kesihatan disalahgunakan apabila ianya digunakan untuk mengangkut dan mengagihkan makanan seperti beras dan gula kepada penduduk. Persoalannya, kenapa kerja2 kebajikan dari ATM digunakan apabila adanya pilihanraya kecil seperti yang berlaku di Manek Urai dan Permatang Pasir.

AMK Gelang Patah juga percaya dan berpendapat bahawa pasukan perisikan tentera mungkin diperalat oleh Umno/BN untuk mendapat maklumat mengenai kekuatan dan kelemahan Pakatan Rakyat. Jika kenyataan ini benar, sewajarnya Pasukan Perisikan Tentera sedar bahawa mereka diperalat oleh pimpinan Umno. AMK Gelang Patah juga percaya, selain parti Umno, tiada parti lain dalam BN yang berani atau sanggup bertindak sedemikian rupa kerana mereka tahu menghargai maruah pasukan ATM. Namun tidak pada Umno yang merasakan mereka cukup berkuasa dan berhak melakukan apa saja yang mereka rasakan perlu untuk kekal berkuasa. Inilah sifat pengkhianat sebenar.

Perlu diingat bahawa di zaman pemerintahan Suharto, Angkatan Tentera Indonesia dikerah untuk mengawal dan memaksa rakyat menyokong dan mengundi GOLKAR. Mungkinkah Umno akan bertindak sedemikian...???? Tidak mustahil kerana Umno umpama kerbau yang ditembak... Akan menggunakan segala kekuatan yang ada untuk menyerang si penembak sebelum ia mati.

PENGGILIRAN KETUA MENTERI PULAU PINANG - PENJELASAN YB YUSMADI

Hari ini saya dihujani dengan email dan sms daripada pelbagai pihak termasuk pimpinan parti saya dan teman-teman penyokong Pakatan yang membaca laporan akhbar di dalam Berita Harian halaman 6 bertarikh 29 September 2009 bertajuk “Pemuda PKR mahu jawatan KM digilir ikut formula baru“.

Ingin saya jelaskan di sini bahawa saya tidak pernah sekali-kali membangkitkan isu jawatan KM DIGILIR ikut formula baru. Saya memberi pandangan berlatar belakangkang sambutan hari raya yang antara lain menunjukkan bahawa terdapat penerimaan masyarakat terhadap citra kepimpinan politik baru yang dibawa oleh Pakatan Rakyat selepas 8 Mac 2009. Kunjungan rakyat berbilang kaum ke rumah-rumah terbuka anjuran pimpinan Pakatan Rakyat tidak kira bangsa seperti yang dianjurkan oleh pimpinan PKR, DAP dan PAS menggambarkan bahawa formula kepimpinan yang digunakan oleh BN/UMNO yang mengangkat agenda perkauman telah ditolak. Saya cadangkan kenyataan saya dibaca tanpa TAJUK dan Tafsiran yang diberikan oleh akhbar, tetapi fokus kepada petikan (quotation) yang digunakan yang lebih menggambarkan kenyataan saya yang sebenar. Saya yakin pembaca sekalian mempunyai kematangan untuk membezakan apa yang benar dan apa yang salah.

Pemuda PKR mahu jawatan KM digilir ikut formula baru (Tafsiran media)

Beri peluang kepada semua kaum pegang jawatan Ketua Menteri (Tafsiran media)

KUALA LUMPUR: Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang mahu jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang digilirkan berdasarkan formula baru yang memberi peluang kepada semua kaum menjadi pemimpin selaras prinsip perjuangan gagasan Pakatan Rakyat (PR), keadilan untuk semua. (Tafsiran media)

Ketua Pemuda PKR yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau, Mohd Yusmadi Mohd Yusuff, berkata formula politik baru itu perlu bagi menggantikan formula Barisan Nasional (BN) dan Perikatan yang memberi jawatan tertinggi itu hanya kepada kaum Cina dan jawatan timbalan ketua menteri kepada kaum Melayu. (Tafsiran media)

Beliau berkata, sebagai rakan pakatan yang memperjuangkan nasib rakyat tanpa mengira kaum dan menolak politik perkauman sempit, sudah sampai masanya formula itu ditukar bagi memberi peluang kepada semua kaum menjadi ketua menteri. (Tafsiran media yang mana saya tidak langsung merujuk kepada formula bergilir)

“Pulau Pinang sejak dulu lagi terperangkap dengan formula BN dan Perikatan yang menjadi asas politik perkauman dengan memberi jawatan Ketua Menteri kepada kaum Cina semata-mata atas alasan kaum majoriti di negeri ini.

“Politik baru Pakatan Rakyat tidak menjadikan kaum sebagai alasan utama, orang Melayu atau India pun boleh jadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

“Peluang itu terbuka kepada semua dan saya yakin masyarakat di sini juga sudah dapat membezakan prinsip keadilan dan kemanusiaan berbanding fahaman agenda sempit dan perkauman yang diamalkan parti kerajaan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. (kenyataan saya yang merujuk kepada perbezaan normatif dan prinsip kepimpinan politik Pakatan Rakyat yang mengangkat prinsip keadilan untuk semua dan menolak politik perkauman berbanding BN)

Mohd Yusmadi percaya kepemimpinan tertinggi pakatan termasuk DAP, PKR dan Pas dapat menerima pandangan itu dan melaksanakannya. (Tafsiran media)

“Tidak ada masalah (pelaksanaan), sebab mereka (PR) turut mengangkat agenda keadilan dan menolak prinsip perkauman seperti Pas yang melaungkan slogan Pas untuk semua. (suntingan petikan yang tidak lengkap- kenyataan saya ialah Pakatan Rakyat yang mengangkat prinsip keadilan untuk semua dan menolak politik perkauman tidak akan terperangkap dengan model kepimpinan ala BN/UMNO)

“PKR sendiri adalah parti yang menolak agenda perkauman dengan mengangkat agenda keadilan dan ini dibuktikan melalui kepemimpinan kami yang diterima rakyat tanpa mengira kaum, katanya. (kenyataan saya yang menngangkat dasar PKR keadilan untuk semua dan perkataan ‘Kami’ yang digunakan sebenarnya ialah ‘Anwar Ibrahim’ yang saya katakan sebagai conton pemimpin yang diterima oleh semua rakyat bukan di atas sebab perkauman tetapi keadilan untuk semua. Contoh tersebut tidak digunakan)

Beliau yang mewakili golongan muda di negeri itu juga yakin formula baru itu dapat dilaksanakan menerusi pendekatan tolak ansur antara pemimpin dalam pakatan. (Tafsiran media - kenyataan sebenar saya ialah prinsip politik Pakatan Rakyat mendapat tempat anak muda yang menolak politik perkauman dan bukan “tolak ansur” seperti yang dilaporkan. Saya tidak pernah menggunakan perkataan tolak ansur)

“Saya yakin inilah citra politik yang dimahukan rakyat Malaysia, iaitu kepemimpinan politik tidak kira kaum Melayu, Cina dan India,” katanya. (kenyataan saya yang menunjukkan perkembangan sihat politik Pakatan Rakyat yang menolak politik perkauman)

Ditanya pandangannya terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang sedia ada, Lim Guan Eng, Yusmadi berkata, Lim sekarang berusaha keras memenangi hati rakyat dengan memberi keutamaan kepada pelbagai aspek dan usahanya itu diterima baik semua pihak.

Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih di atas keperihatinan teman-teman dan pembaca. Saya yakin apa yang dikatakan “Liberation is a tough a job”.

Yusmadi Yusoff

Ahli Parlimen Malaysia (Balik Pulau)

**** YB Karpal Singh diharap tidak cepat melatah dengan mainan media "bangsat' BN.. Hakikatnya "otai" politik tidak semestinya bijak berpolitik apatah lagi berpolitik di alaf baru....