DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

28 August 2008

Kronologi majlis angkat sumpah Anwar di Parlimen

Kronologi majlis angkat sumpah Anwar di Parlimen

9:00 pagi: Wartawan dan jurugambar mula membanjiri lobi Parlimen menanti kedatangan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim buat kali pertama selepas memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh, kelmarin.

9:50 pagi: Anwar tiba di lobi Parlimen dengan diiringi isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, anaknya, Nurul Izzah, Naib Presiden PKR, Azmin Ali dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Anwar hadir dengan memakai baju Melayu berwarna hitam. Beliau sempat memberitahu pemberita sidang media akan diadakan selepas upacara angkat sumpah selesai.

9:51 pagi: Beliau melangkah ke Dewan Rakyat. Kehadirannya disambut oleh beberapa orang Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

10:03 pag:Anwar mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh di depan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Pandikar turut mengumumkan Anwar sebagai Ketua Pembangkang melepas beliau selesai menandatangani surat akujanji.

11:05 pagi: Anwar keluar dari Dewan Rakyat menuju ke Lobi Parlimen bagi mengadakan sidang media selepas mengankat sumpah sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh.

11:10 pagi : Beliau mengadakan sidang media di Lobi Parlimen. Turut sama dalam sidang media tersebut adalah bersama isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya, Nurul Izzah Anwar.

11:56 pagi: Anwar kembali ke dalam dewan semasa perbahasan Rang Undang-undang Identifikasi DNA berlangsung.

12:00 tengah hari: Ketika sesi bahas ahli Parlimen (PKR-Kota Raja) Dr. Siti Mariah Mahmud, berkaitan Rang Undang-undang DNA. Anwar mencelah Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman yang bertanya kepada Kota Raja, adakah Majlis Peguam punya kredibiliti untuk mengkaji Akta DNA.

Anwar berkata, yang tidak mempunyai kredibiliti adalah kerajaan yang mengamalkan rasuah.
Beliau turut mempertikaikan pembentangan rang undang-undang tersebut kerana ia tidak melibatkan semua pakar dalam mengkaji rang undang-undang tersebut sebelum ia dibentangkan.

Gambar upacara angkat sumpah Anwar di Parlimen

Jadi tumpuan....ahli Parlimen Permatang Pauh yang baru, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Parlimen pada jam 9:50 pagi bagi menghadiri upacara angkat sumpah. Kehadiran beliau menjadi tumpuan pemberita dalam dan laur negara.

Anwar mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh pada jam 10:03 pagi di depan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.


Anwar tersenyum kepada pemberita selepas selesai mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh. Penasihat PKR itu mengesahkan tempatnya di Dewan Rakyat apabila memangi pilihan raya kecil Permatang Pauh dengan majoriti 15,671 undi.

27 August 2008

Detik Kemenangan DSAI - P44 PERMATANG PAUH

Keputusan Pilihanraya Kecil P44

TERKINI

1.Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR) 31,195 undi
2.Hanafi Mamat (AKIM) 92 undi
3.Datuk Arif Shah Omar Shah (BN)15,524 undi
Jumlah mengundi/Votes cast 38,144
Undi rosak/Spoilt votes 447 undi
Majoriti/Majority 15,671 undi
PANAS - Seramai 120,000 penyokong DSAI sedang berkumpul di Permatang Pauh untuk merayakan kemenangan. Sementara di UMNO pula disitu 50 ahli parti itu mengamuk pecah cermin bangunan kerana tidak dapat bayaran tugas.

Pengumuman : Untuk warga Kuala Lumpur sila pergi ke Merchant Square TROPICANA Petaling Jaya. Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat telah memasang lampu cahaya - KEADILAN - untuk count down PROJEK 3P Satu P telah berjaya. Satu akan menyusul pada 27 Ogos apabila YB Anwar Ibrahim akan masuk Parlimen. Di Bangunan itu akan ada cahaya KEADILAN untuk kita sama-sama mengira detik untuk Projek 3P.

Jom ramai-ramai ke Putrajaya.... salam reformasi!!!

SIAPA PERUSUH BANGSA SEBENARNYA - PERMATANG PAUH

Penyokong UMNO Merusuh: FRU Kepung Bangunan UMNO Semambu

Tak berapa Terkini la news nie - penyokong UMNO merusuh di Bangunan UMNO Semambu ketika ini.kami dimaklumkan bahawa para penyokong UMNO merusuh kerana TIDAK MENDAPAT BAYARAN UPAH atas kerja-kerja yang mereka lakukan semasa kempen Piliharaya Kecil P-044.

Ketika ini 4 buah trak FRU telah dihantar ke Bangunan UMNO Semambu untuk mengawal keadaan.Diharap penyokong-penyokong Pakatan Rakyat yang berarak menyambut kemenangan Pakatan Rakyat agar TIDAK MELALUI KAWASAN TERBABIT kerana khuatir berlaku provokasi dari penyokong-penyokong UMNO yang sedang kepanasan.

Diberitakan bahawa para penyokong-penyokong UMNO telah mula berkumpul di Bangunan UMNO Semambu sejak petang tadi & keadaan mula menjadi kecoh & tidak dapat dikawal sebentar tadi sehingga memaksa pihak polis menghantar 4 buah trak FRU untuk mengawal keadaan.Sape suruh hangpa sokong UMNO..?orang lain buat kerja ikhlas, hangpa buat kerja harap balasan...Mampuih pi la hangpa...

Salam Reformasi & Merdeka - Permatang Pauh

Anwar ke Parlimen 'seawal hari esok'

Walaupun berdepan kemungkinan tidak akan mengangkat sumpah secara rasmi sebagai ahli parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertegas akan ke Parlimen esok selepas menang kerusi Permatang Pauh malam ini."Insya Allah, seandainya diizinkan dan jika tiada aral, saya akan melangkah masuk ke Parlimen seawal hari esok dengan menggalas harapan rakyat keseluruhannya," katanya di blognya sewaktu menunggu keputusan rasmi pilihanraya kecil tersebut.

"Saya ucap terima kasih atas kesudian dan kepercayaan rakyat di Permatang Pauh yang memberikan undi kepada saya. "Di sebalik pelbagai bentuk intimidasi yang dilaksanakan oleh Umno-BN, keberanian rakyat untuk menerobos halangan ini sangat dihargai." Keputusan rasmi Anwar (foto, paling kanan) mendapat majoriti besar sebanyak 15,671 undi diketahui kira-kira 9.45 malam di pusat penjumlahan walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tidak lama kemudian.

Penasihat PKR mendapat 31,195 undi, manakala calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah meraih 15,524 undi. Sementara calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) Hanafi Hamat memperolehi 92 undi sahaja dan hilang wang pertaruhan. Majoriti undi PKR kali ini lebih tinggi daripada yang diperolehi isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam pilihanraya umum Mac lepas. Kira-kira 81.1 peratus daripada 58,49 pemilih di Permatang Pauh keluar mengundi hari ini.Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dilaporkan berkata majlis angkat sumpah tidak perlu disegerakan dalam minggu ini, walaupun Dewan Rakyat sedang bersidang khususnya untuk pembentangan Bajet 2009 pada Jumaat.

Pandikar Amin juga berkata ahli parlimen baru itu boleh berbuat demikian dalam sesi persidangan dewan yang akan berlangsung semula pertengahan Oktober ini."Tiada keperluan untuk beliau mengangkat sumpah dengan segera. Bukannya ada perebutan kuasa," Pandikar Amin dipetik berkata. "Mengapa perlu tergesa-gesa. Kita tidak boleh membuat andaian bahawa orang yang menang pilihanraya itu akan terburu-buru datang dan berbahas dengan Speaker dan angkat sumpah.

"Ada sebulan lebih untuk sesiapa yang menang untuk kita tetapkan bila angkat sumpah, supaya ahli parlimen berkenaan boleh mengambil bahagian dalam perbahasan bajet, tetapi saya sudah bersiap sedia untuk segala-galanya."

DATUK SERI ANWAR MENANG


majoriti besar

Keputusan rasmi, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat majoriti 15,671 undi.


Penasihat PKR itu mendapat 31,195 undi, manakala calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah meraih 15,524 undi.Sementara calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) Hanafi Hamat memperolehi 92 undi sahaja dan hilang wang pertaruhan.
Yang menariknya, majoriti undi yang diperolehi mantan timbalan perdana menteri itu, lebih tinggi daripada undi yang diperolehi oleh calon BN.
Seramai 81.1 peratus daripada 58,49 pengundi di Parlimen Permatang Pauh keluar mengundi hari ini.

9.15 malam: Keputusan awal setakat ini, daripada sumber rasmi, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat majoriti 14,551 undi. Sebanyak 11 kotak undi belum dihitung. Pengiraan masih berjalan.8.00 malam: Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memenangi pilihanraya kecil Parlimen Permatang dengan majoriti tidak rasmi sebanyak 16,210 undi. Menurut sumber-sumber yang mengetahui, Anwar mendapat 26,646 manakala calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah mendapat 10,436 undi.Pengiraan masih dijalankan.

7.59 mlm: Pengiraan tidak rasmi menunjukkan Anwar setakat ini mendapat 16,101 undi mendahului Arif Shah yang mendapat 6,071 undi. Pengiraan masih dijalankan.

7.30 mlm: SPR mula mengumumkan keputusan mengikut kotak undi. Setakat ini Anwar mendahului dengan 3,507 undi atau 48.11 peratus, iaitu PKR 5,398, BN (1,891) dan Akim (9). Sebanyak 20 daripada 111 kotak undi telah dikira.

6.55 ptg: Proses pengiraan undi sedang berjalan di 25 pusat pengundian. Menurut sumber-sumber dalaman, Anwar mendahului di semua saluran. 6.30 ptg: Ribuan penyokong, sebahagian besarnya dari PKR, berhimpun di semua pusat pengundian. Polis turut mengadakan sekatan jalanraya menuju ke pusat pengiraan. Kira-kira 30 anggota polis dan trak FRU juga dilihat di tempat-tempat berkenaan.6.05 ptg: Menurut Setiausaha SPR, Datuk Kamaruzaman, seramai 38,144 atau 65.25 peratus keluar mengundi.

5.53 ptg: Polis telah menutup jalan utama menuju ke pusat penjumlahan undi di Institut Perguruan Tuanku Bainun, tempat keputusan pilihanraya kecil Permatang Pauh akan diumumkan.

5.00 ptg: Proses pengundian tamat dan ini akan diikuti dengan proses pengiraan undi.

4.25 ptg: Menurut Setiausaha SPR, Kamaruzaman Mohd Noor berkata sehingga jam 3 petang tadi, hanya 53.5 peratus keluar mengundi. Beliau juga menafikan khabar angin yang tempoh pengundian dilanjutkan hingga jam 6 petang.

1.33 tghari: Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob ketika dihubungi Malaysiakini berkata, keadaan keseluruhan terkawal. Beliau mengesahkan seorang penyokong Pakatan ditahan pagi tadi kerana melempar objek dan menghalang tugas polis.Menurutnya, kesesakan juga berlaku kerana faktor manusia yang tidak patuhi undang-undng dan ikut emosi sendiri.

1.30 tghari: Masih terdapat 200 penyokong Pakatan di SK Sri Penanti. Kelihatan 10 trak FRU serta trak meriam air ditempatkan di situ.1.00 tghari: Menurut Setiausaha SPR, Datuk Kamaruzaman Mohd Noor, setakat jam 12 tengahari, 44.8 peratus pengundi telah membuang undi.
Manakala Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar pula menganggarkan sehingga jam 1 tengahari, peratusnya dijangka meningkat kepada 53 peratus.

12.10 tghari: Seperti yang diramalkan oleh Jabatan Kaji Cuaca, hujan mulai turun di sekitar Permatang Pauh dan diramalkan juga akan berpanjangan hingga ke malam.
1

1.20 pagi: Bilik gerakan SPR di Permatang Pauh ketika dihubungi berkata, hanya Setiausaha SPR, Datuk Kamaruzaman Mohd Noor yang boleh memberitahu peratus pengundian. Kamaruzaman kini sedang meninjau perjalanan proses pengundian.

11.05 pagi: Ejen pengundian PKR, Rodziah Ismail, sahkan nama pengundi dalam kedua-dua versi daftar pengundi di SK Seberang Jaya 2, adalah sama, hanya muka surat yang berbeza.
1

1.00 pagi: Ramai penyokong BN dan Pakatan di SK Sri Penanti sudah beredar. Hanya tinggal kira-kira 100 penyokong BN dan kira-kira 200 penyokong Pakatan yang masih kelihatan di situ. Anggota polis masih mengawal keadaan di situ.

10.52 pagi Calon Akim, Hanafi Mamat memberitahu Malaysiakini, beliau dalam perjalanan untuk melawat pusat pengundian di Kubang Semang.
Beliau menaruh harapan dan menegaskan, jika kalahpun "mesej kita sudah sampai kepada pengundi dan mereka boleh menilai".

10.42 pagi: Ketua Penerangan PKR, Tian Chua sedang berunding dengan pihak polis untuk memberi lebih masa kepada penyokong parti politik beredar.

10.42 pagi: Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob tiba di tempat kejadian. Selepas berbincang dengan para pegawainya, polis mengarahkan penyokong kedua belah pihak supaya beredar.
Terdapat kira-kira 1,000 penyokong parti politik di situ, yang terdiri daripada kira-kira 400 penyokong BN dan 600 penyokong Pakatan.

10.30 pagi: seorang penyokong Pakatan ditahan di SK Sri Penanti kerana didakwa melontar objek ke arah penyokong BN.

10.10 pagi: Anwar berkata beliau berharap dapat angkat sumpah di Parlimen esok dan "kita akan masuk Parlimen dengan agenda yang jelas dan mereka (BN) patut bangun dengan menerima realitinya".
Dalam ucapan ringkasnya selepas membuang undi, Anwar berkata, beliau menerima sokongan kuat penduduk Permatang Pauh.


10.05 pagi: Timbalan Pengarah Pilihanraya PKR, Fauziah Salleh berkata pihaknya sedang menyemak perbezaan muka surat dalam daftar pengundi yang diberi pada PKR dan yang digunakan di saluran dua, SK Seberang Jaya 2.


Katanya, muka surat 8 hingga 21 dalam daftar yang diberikan kepada PKR adalah untuk pengundi saluran dua, tetapi mengikut daftar pemilih yang digunakan oleh SPR pagi ini, bagi pengundi saluran dua adalah muka surat 1 hingga 14.


10.00 pagi: Anwar dan Dr Wan Azizah beredar dari SK Seri Penanti selepas kedua-dua mengundi di SK Sri Penanti. Ketika ditemui pemberita, Anwar berkata, ia bukan Anwar lawan calon BN, tetapi melawan seluruh jentera kerajaan. Bagaimanapun, Anwar yakin menang.
9.38 pagi: Anwar tiba di SK Sri Penanti untuk membuang undi. Beliau yang berbaju kameja biru dan bersongkok, bersama isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
9.31 pagi: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon bertembung Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang di pusat pengundian di SK Seberang Jaya 2.


Penyokong Pakatan melaungkan 'Altantuya, pembohong, penipu' manakala penyokong BN pula melaungkan 'Hidup BN'


9.30 pagi. Menurut sumber yang layak dipercayai, 9 daripada 10 pengundi di SK Sri Penanti difahamkan memilih Anwar.


9.10 pagi PKR menghantar ‘alert' menyatakan senarai daftar pengundi yang digunakan di SMK Seberang Jaya 2, dalam DUN Seberang Jaya 2, berbeza dengan senarai yang diberi oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebelum ini. Bagaimanapun, difahamkan berlaku perbezaan muka surat dalam daftar pemilih yang digunakan oleh pihak parti dan SPR di pusat pengundian tersebut.


9.05 pagi: Jumlah penyokong Pakatan di SK Sri Penanti, semakin bertambah mencecah kira-kira 700 orang. Manakala penyokong BN pula dianggarkan seramai 300 orang.8.45 pagi: Kira-kira 30 sedang berbaris untuk mengundi di SK Sri Penanti.

Manakala jumlah penyokong BN bertambah kepada kira-kira 250 orang manakala penyokong Pakatan pula meningkatkan kepada kira-kira 300 orang.Penyokong BN kedengaran melaung liwat, penyokong Pakatan ada kata Altantuya, Ada juga penyokong Pakatan tunjuk wang kertas RM50 ke arah penyokong BN.

Ada penyokong Pakatan Tanya BN ‘Tak nyanyi lagu ke'. Penyokong BN jawab ‘liwat'. Bila kenderaan lalu, mereka bersorak.8.30 pagi: Terdapat kira-kira 200 penyokong BN dan 200 penyokong Pakatan berada di SK Sri Penanti menunggu ketibaan Anwar. Kedua belah pihak dipisahkan oleh jalanraya dan berada kira-kira 20 meter dari situ.

Penyokong PKR melaungkan ‘Reformasi' manakala di pihak BN, mereka menyanyikan lagi ‘Barisan Kita". Kelihatan kira-kira 50 anggota polis bertugas mengawal keadaan di situ.Pengundi dijangka keluar awal untuk mengundi ekoran Jabatan Meteorologi meramalkan hujan dan ribut petir akan berlaku di sebelah petang.8.15 pagi: Keadaan lalu lintas di sekitar Permatang Pauh terkawal dan kenderaan yang membawa lambang BN dan PKR mundar-mandir mengangkut pengundi.Seramai 6,000 anggota polis ditugaskan mengawal keadaan keselamatan di Permatang Pauh untuk memastikan proses pengundian berjalan lancar.8.08 pagi: Calon BN, Datuk Arif Shah merupakan antara orang pertama membuang undi sebaik sahaja pusat pengundian di buka di SK Seberang Jaya 2.

Anwar dijadual mengundi jam 9 pagi.Ketika ditemui pemberita, Arif Shah menyifatkan angka 8 adalah nombor bertuah baginya. Isteri beliau, Datin Latifah Asmawi dan anak sulung mereka, Izwan Shah, turut mengundi di tempat yang sama.Terdapat kira-kira penyokong kedua belah pihak membawa bendera parti masing-masing Penyokong Pakatan juga kelihatan memakain topeng Anwar dan bersorak antara satu lain.8 pagi: Sejumlah 110 saluran di 25 pusat mengundi, dibuka kepada 58,459 pengundi membuang undi dalam pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh. Tujuh daripada 25 pusat mengundi itu terletak di sekolah menengah kebangsaan manakala bakinya terletak di sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan serta dewan orang ramai.

Pilihanraya kecil ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah 51; calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, 61, dan Hanafi Hamat, 61, dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim).Ia diadakan berikutan peletakan jawatan anggota parlimennya, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 31 Julai lepas bagi memberi laluan kepada suaminya, Anwar bertanding di kawasan itu.Dalam pilihanraya umum Mac lalu, Dr Wan Azizah menewaskan calon BN, Datuk Pirdaus Ismail dengan majoriti 13,398 undi. Parlimen Permatang Pauh dikuasai PKR sejak pilihanraya umum 1999 dan sebelum itu dimenangi Anwar atas tiket BN sejak 1982.Anwar mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Penanti manakala Arif Sekolah Kebangsaan (SK) Seberang Jaya 2.

LAUNGAN LAWAN TETAP LAWAN MENGGEGARKAN SELURUH PERMATANG PAUH.

Terkini: Sokongan Padu Terhadap Anwar Terus Meningkat !!

Maka berakhirlah kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh jam 12 malam tadi. Biarpun diasak dengan berbagai tohmahan dan fitnah, namun jelas dapat dilihat sokongan padu rakyat Permatang Pauh terhadap mantan TPM Anwar Ibrahim terus meningkat. Suasana disekitar kawasan ini ternyata nampak benar dimonopoli oleh PKR, baik dari segi perang poster, kain rentang mahupun kempen bermotor. Pendek kata diserata ceruk kampung dan desa ternyata masih sayangkan Anwar. Ini berbeza sekali dengan laporan yang dibuat oleh media arus perdana yang menggambarkan Anwar seolah-olah sudah ditolak oleh rakyat disini. Bahkan keengganan Anwar untuk bersumpah dalam kes liwatnya dengan Saiful dipercayai menjadi faktor utama penolakan rakyat terhadap beliau. Namun, ternyata segala propaganda itu ternyata meleset belaka. Kaji selidik jelas menunjukkan bahawa harapan cerah untuk Anwar kembali ke parlimen bakal terjawab esok. Apapun kita harus nantikan keputusan penuh pilihanraya kecil Permatang Pauh malam esok. Debaran ternyata menyiksakan buat semua rakyat di sini, bahkan diseluruh negara dan seantero dunia yang sedang menyaksikan pertembungan terhebat dialaf baru ini.

Menang Anwar, bermakna perubahan semakin hampir pasti di peringkat pusat. Jika dilihat dari pandangan mata kasar, tiada siapa yang memberi peratus kemenangan berpihak kepada BN. Apapun terjadi Anwar dijangka akan menang juga akhirnya. Biarpun kini dikatakan pihak sana telah menyogok rakyat dengan berbagai kemewahan dan kewangan. Namun, mereka tetap yakin kemenangan bakal berpihak kepada Anwar. Tidak syak lagi, senario inilah yang teramat digusarkan oleh pihak BN dan kerajaan Malaysia kini. Lantaran itulah, mereka melakukan berbagai provokasi yang bertujuan untuk menjatuhkan imej PKR dikalangan rakyat. Isu liwat. rasuah exco perak serta rasuah yang dikatakan melibatkan Anwar semasa beliau menjadi TPM ternyata gagal sama sekali. Rakyat kini, bukanlah "sebodoh" seperti yang mereka sangkakan selama ini.

Salam Reformasi - Permatang Pauh, Pulau Mutiara..

25 August 2008

Satt... lagi !!!! rebah la depa semua....

Kubu Kuat BN D'Seberang Jaya hampir rebah di gempur Skuad PKR
Seberang Jaya kubu pertahanan UMNO yang di katakan paling kuat di serang hampir 500 petugas PR bagi dun Seberang Jaya. Pagi tadi berlangsung himpunan petugas Dun Seberang Jaya untuk pilihan raya kecil Permatang Pauh bagi menggempur dari rumah ke rumah. Himpunan yang berlangsung pada awal jam 8 pagi berakhir lebih kurang pada jam 12 tengahari. Ternyata persepakatan di antara PAS, keADILan dan DAP jelas dapat di lihat melalui himpunan ini apabila petugas BN sendiri kagum dengan himpunan ini yang di lancarkan sebentar tadi di Padang Seberang Jaya.

Ternyata strategi yang buat julung kali di adakan membuatkan Ariff Shah calon BN terpinga sebentar apabila melihat kawasan beliau di penuhi petugas dan bendera PR di sana sini memenuhi kawasan terkuat beliau.Disamping dapat mendapatkan maklumat mengenai pengundi sedikit info kajian diperolehi penduduk setempat. Selain itu ia juga dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara petugas dan pimpinan. Himpunan yang saya gelar Gempur Petugas ternyata memberi riaksi yang amat baik.

Petugas dan pimpinan di bahagikan kepada beberapa kumplan untuk di bahagikan kepada kawasan masing-masing. Dari rumah pangsa ke rumah teres dari teres ke kedai runcit serta penjaja habis kesemuannya di gempur.

Inilah dia PR, Menuju ke Putra Jaya !



Re: Satt... lagi !!!! rebah la depa semua....

Kubu Kuat BN D'Seberang Jaya hampir rebah di gempur Skuad PKR





Re: Satt... lagi !!!! rebah la depa semua....

Kubu Kuat BN D'Seberang Jaya hampir rebah di gempur Skuad PKR






Satt... lagi !!!! rebah la depa semua....

Kubu Kuat BN D'Seberang Jaya hampir rebah di gempur Skuad PKR





Satt... lagi !!!! rebah la depa semua....

Kubu Kuat BN D'Seberang Jaya hampir rebah di gempur Skuad PKR






Satt... lagi !!!! rebah la depa semua....

Kubu Kuat BN D'Seberang Jaya hampir rebah di gempur Skuad PKR





Daftar & Masuk Untuk RM200 - Hanya Dipermatang Pauh






Menurut blog Susan Loone, Mafrel dan Eli Wong seorang menteri dari Barisan Nasional telah membahagi-bahagikan sejumlah wang sebanyak RM200 kepada sekelompok warga emas di Permatang Pauh. Datuk Dr. Ng Yen Yen dilaporkan telah membahagi-bagikan RM200 setiap seorang pengundi warga emas berusia atas 60 tahun di Seberang Jaya, di Permatang Pauh ini.
Majlis permberian sumbangan berbentuk wang ini telah diadakan di Persatuan Bomba Sukarela Permatang Pauh pada pukul 2-4 petang.Warga-warga emas ini juga turut membawa bersama mereka kad pengenalan masing-masing untuk tujuan pendaftaran dengan pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Dan menurut seorang penerima sumbangan tersebut Dr Yen Yen telah membisikkan kepadanya dalam bahasa Hokkien: “ow jit, ay hiao cho” (terjemahan terus=hang tau apa yang hang perlu buat lusa nanti”).

Envelope atau sampul ‘angpow’ berkenaan bertulis Yayasan Kebajikan Negara yang mana yayasan tersebut hanya memberikan bantuan kepada pemilik isi rumah sebanyak RM 700 dan ke bawah sahaja.

Namun tidak di Permatang Pauh pada ketika ini yang tempoh berkempen kurang daripada beberapa jam sahaja, anda cuma perlu berdaftar dengan pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat

Salam Reformasi, Permatang Tengah, Permatang Pauh

Provokasi Permatang Pauh - Mat Rempit Ditahan Lagi

UMPAN RM40 UNTUK PROVOKASI BENDERA DAP DI PERMATANG PAUH

PERMATANG PAUH, Mengkuang 25 OGOS - Sekitar 20 mat rempit UMNO diupah untuk memprovokasi orang kampung dengan membawa bendera-bendera DAP berkonvoi keseluruh kampung, bagaimanapun tumpas apabila 3 orang yang terlibat di tanah penduduk kampung.





Semasa tangkapan dibuat oleh orang kampung, didapati mereka datang dari UMNO Kepala Batas dan UMNO Tasek Gelugor cuba mengedar risalah Kabinet Anwar Ibrahim , iaitu kononya menunjukan bagaimana kapasiti kabinet yang dimonopoli ahli parlimen dari bangsa Cina.

"Kami musykil dan agak pelik sebaik sahaja mereka kami berkas, polis datang dan membawa mereka pergi" kata Zahar Kamil, penduduk kampong berkenaan.

Beliau turut mempersoalkan samada pihak keselamatan mengetahui dan memberi bantuan dengan mengekori pergerakan kumpulan-kumpulan ini.

Polis turut meninggalkan motorsikal milik suspek berkenaan. Sehubungan itu, pihak SPR dan polis harus mengambil tindakan dibawah tuduhan menghasut secara tersirat. Sebelum ini, kes tangkapan pemuda BN yang menaikan banner berunsur perkauman dan mengelirukan berlaku di DUN Seberang Jaya.

Salam Reformasi - Seberang Jaya, Permatang Pauh

SPR TIDAK TAHU MENJAWAB SENARAI YANG TIDAK DIWARTAKAN

PERMATANG PAUH, Institut Perguruan Tuanku Bainun 25 OGOS - Suruhanjaya Pilihanraya tergamam dan khusut apabila meraka tidak dapat menjawab pendedahan Fuziah Salleh berhubung daftar pemilih yang tidak diwartakankan (digezetkan) dan antara yang dikemaskini.
Datuk Kamarulzaman, Setiausaha SPR yang memberikan kenyataan media terkejut kehadiran Fuziah Salleh dan Sivarasa Rasiah dalam sidang berkenaan apabila daftar pemilih yang tidak sah digunakan dalam pilihanraya kecil ini.

Pihak media yang turut hadir binggung bagaimana Setiausaha SPR tidak tahu menjawab soalan ini malah cuai sehingga senarai nama yang tidak digezetkan boleh digunakan. "SPR berjanji akan mengadakan sidang akhbar menyelesaikan masalah ini, bagaimanapun PKR masih menyifatkan senarai tersebut tidak berintergriti" jelas Sivarasa Rasiah.

Hari pembuangan undi akan diadakan esok 26hb. Ogos, seluruh rakyat Pulau Pinang diumumkan cuti pada hari berkenaanSalam Reformasi - Permatang Pasir,Petmatang Pauh

AKHIRNYA IMAM HADARI CIPTAAN UMNO-BN KEPANASAN DI PENTAS PKR

Eksklusif: Imam Ramlan Poragi Buat Pengakuan Dipaksa !!


Eksklusif: Imam Ramlan Poragi Buat Pengakuan Dipaksa !!
Debaran detik hari pengundian pilihanraya kecil Permatang Pauh semakin terasa kehangatannya. Kempen pilihanraya semakin agreasif, berbagai insiden tidak dingini telah berlaku disana sini. Provokasi hingga mencetuskan pergaduhan kian kedengaran hingga menyebabkan pihak polis terpaksa menahan beberapa individu terbabit. Ceramah umum dan kelompok semakin dipergiatkan dalam usaha kedua-dua parti bertanding untuk memenangi hati rakyat. Apa yang menarik kini, kedua-dua parti telah menggunakan semau "pendekar" mereka yang ada dalam usaha meyakinkan rakyat tentang hala tuju perjuangan mereka. Tohmahan, fitnah dan ruduhan liar semakin menjadi-jadi hingga menyebabkan berlakunya banyak perselisihan faham.

Malam tadi, Cucu sempat berkunjung ke beberapa buah lokasi ceramah anjuran PKR di Permatang Pauh. Berita gempar yang disaksikan di Masjid Jamek Bandar Perda ialah pengakuan berani Imam Ramlan Poragi tentang perkara sebenar yang terjadi semasa majlis angkat sumpat Saiful baru-baru ini. Ramai dikalangan rakyat yang mencerca beliau dengan berbagai tanggapan termasuklah Cucu sendiri. Ini semua bukan kerana kita dengki dan sengaja ingin khianat kepada Imam Ramlan, namun hakikat dan suasana yang berlaku sekarang telah menungkinkan semua pertuduhan itu dilemparkan kepadanya. Ini berikutan dengan tersiarnya gambar beliau menjadi saksi kepada majlis angkat sumpah Saiful Bukhari Alzan, mangsa "liwat" yang cukup sensasi itu.

Imam Ramlan telah hadir ke Masjid Jamek Bandar Perda malam tadi, untuk menghuraikan segala kekusutan orang ramai terhadap diri beliau. Ini berikutan tersiarnya maklumat yang "imam" ini dibeli untuk menjadi saksi majlis tersebut. Tambahan pula siasatan mendapati beliau adalah ahli pemuda UMNO dan pengundi berdaftar di Permatang Pauh. Semua ini berpunca daripada media yang seringkali memainkan isu ini setiap hari. Mungkin sudah takdir Imam Ramlan dituduh begitu dan beliau perlu menerima hakikat ini. Bukan niat para blogger untuk menghukum dirinya. Namun dalam keadaan terdesak semua ini boleh berlaku. Maka itulah individu yang berniat untuk mencari popular kini boleh bertindak mewar-warkan berita gempar atau pun menjadi saksi dalam sebarang majlis angkat sumpah yang dilakukan oleh puak-puak UMNO/BN ini.

Apapun, Cucu mengucapkan tahniah atas keikhlasan Imam Ramlan Poragi atas kesediaan beliau membuat pengakuan tersebut yang dihadiri oleh Tuan Guru Dato' Nik Aziz Menteri Besar Kelantan, Anwar sendiri dan lebih sepuluh ribu rakyat yang hadir di masjid jamek itu malam tadi. Dalam pengakuannya Imam Ramlan menyatakan bahawa beliau telah dipaksa untuk menjadi saksi majlis angkat sumpah Saiful kerana semua Imam yang dilantik tidak mahu berbuat demikian. Beliau ketika itu kebetulan ada upacara akad nikah di masjid berkenaan (Msjid Wilayah). Beliau tidak rela untuk bersubahat pada mulanya. Namun atas arahan pihak atasan, akhirnya beliau terpaksa akur berbuat demikian. Beliau turuk menyatakan yang dirinya sememannya seorang "Imam" yang sah dan bukannya "Siak" seperti yang diwar-warkan. Menurut Imam Ramlan,"Memang sepatunya akuan sumpah itu tidak dibuat kerana ia bukanlah cara dan mengikut syariat Islam. Bahkan lebih menjijikkan lagi si mangsa tergagap-gagap menyatakan tarikh sebenar kejadian. Banyak kenyataan yang dibuat bercanggah dari laporan asal bahkan akuan tersebut juga ditulis dalam tulisan rumi dan bukannya jawi". Beliau juga berkata, kehadiran beliau adalah bertujuan untuk memperbetulkan perkataan serta akuan sumpah yang dibuat oleh Saiful, dan tidak lebih dari itu.

Selang beberapa minit selepas pengakuannya itu, terdapat beberapa orang lelaki telah menarik Imam Ramlan supaya dirinya tidak dikhianati oleh mana-mana pihak. Laporan diterima mengatakan beliau terus dibawa ke lokasi ceramah di Kg.Ibu, Guar Perahu yang tidak jauh dari situ. Sesungguhnya dengan pengakuan Imam Ramlan ini, maka jelaslah kini sememangnya kes "sumpah laknat" Saiful sehari menjelang penamaan calon Parlimen Permatang Pauh adalah satu lagi agenda jahat puak-puak UMNO dalam usaha menjatuhkan imej Anwar Ibrahim. Segalanya kini terbongkar satu persatu setelah banyak petanda menunjukkan rakyat langsung tidak dpaat menerima kenyataan demi kenyataan yang dibuat oleh para pemimpin UMNO dan kerajaan tentang isu Anwar ini. Akibat terdesak dan cuba mengalih pandangan rakyat inilah akhirnya "akuan sumpah laknat" dicipta kononnya Saiful dipihak yang benar dalam kes liwat ini. Walhal sebaliknya berlaku. Semoga ianya akan memberi kesedaran kepada semua pihak tentang kebobrokan UMNO/BN ini sebenarnya.

[Cucumatkilau juga mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf daripada Imam Ramlan Porigi atas laporan berkenaan dirinya dalam artikel terdahulu di blog ini. Segalanya kini sudah terjawab dan semoga Imam Ramlan di beri kekuatan terus tabah menghadapi semua ini. Jangan jadi seperti Balasubarmaniam, yang terpaksa menerima tekanan dasyat setelah membuat akuan bersumpah kes Altantunya terhadap Najib dan Rosmah Mansor dulu]Teruskan Perjuangan anda dalam memastikan PKR Menang & Makan besar di Permatang Pauh....
Salam Reformasi - Permatang Tengah, Permatang Pauh

PERATUSAN UNDI POPULAR TERKINI PERMATANG PAUH

Permatang Pauh: Terkini, Undi Popular PKR 68%, BN 32% !

Sehari menjelang hari pengundian Pilihanraya Kecil Permatang Pauh, nampaknya saingan sengit terus berlaku. Namun, jelas kelihatan Anwar semakin diterima oleh rakyat disini. Ceramah beliau malam tadi di Kampung Ibu, Guar Perahu telah dihadiri oleh ribuan manusia. Jalan masuk ke lokasi ceramah telah berlaku "jem" yang agak teruk dikedua-dua hala ketika Anwar ingin meninggalkan lokasi berkenaan. Namun mujurlah Skuad AMK yang menjaga lalulintas telah melakukan yang terbaik untuk melancarkan pergerakan kenderaan. Ceramah Anwar di Kampung Ibu jugan telah dihadiri oleh Imam Ramlan Poragi, beliau yang tiba dari Masjid Jamek Bandar Perda sekali lagi membuat pengakuan yang dirinya telah dipaksa untuk menjadi Imam saksi sumpah Saiful sehari sebelum penamaan calon parlimen Permatang Pauh. Pengakuan itu telah menyebabkan orang ramai riuh rendah dan tambah semangat untuk memastikan kemenangan mutlak Anwar. Ceramah malam tadi turut dihadiri oleh pemimpin PAS Kelantan Dato' Husam Musa.

Sementara itu di Kampung Belah Batu berhampiran kampus Uitm Pulau Pinang pula, satu lagi ceramah PKR turut mendapat sambutan yang disertai oleh Mustafa Kamil Ayub dan juga Tian Chua. Orang ramai juga berpuas hati dengan penerangan kedua-dua penceramah tersebut tentang kes Anwar. Kesesakan jalanraya juga berlaku disitu, walau bagaimanapun keadaan agak terkawal bila pergerakan lalulintas turut diawasi oleh unit amal PAS. Disamping itu juga, sambutan rakyat turut dapat dilihat di program Forum Perdana berhampiran Bandar Perda. Forum yang disertai oleh ahli panel Dato' Hashim Yahya, bekas Mufti Wilayah, Ustaz Badrul Amin pimpinan tertinggi PKR dan juga Dr.Salim Md Nor Yang Dipertua Persatuan Ulamak Pulau Pinang. Berbagai isu telah dibangkitkan termasuk yang paling utama soal "sumpah laknat". Dato' hashim Yahya mengulas panjang lebar tentang isu sumpah ini. Beliau bangga kerana Anwar lebih mendengar pandangan daripada ulamak daripada puak-puak UMNO yang mencabar supaya beliau bersumpah laknat bagi menjawab pertuduhan dan fitnah yang dibuat oleh Saiful itu.

Secara keseluruhannya, jelas sekali kita dapat melihat sokongan rakyat Permatang pauh lebih berpihak kepada Anwar daripada calon BN, Ariff Shah. Inilah yang amat menggusarkan UMNO dan BN sebenarnya. Justeru itulah mereka terpaksa menimbulkan banyak provokasi bagi menakut-nakutkan rakyat untuk keluar mengundi. Dengan kehadiran begitu ramai anggota polis, ditambah lagi dengan helikopter yang memantau dari udara jelas kita dapat melihat seolah-olah satu kejadian besar akan berlaku di Permatang Pauh dalam masa terdekat ini. Itu belum lagi termasuk pengundi hantu yang dijangka tiba bila-bila masa sahaja serta kehilangan nama-nama pengundi dalam daftar terbaru SPR. Ini semua adalah satu langkah mengejut yang terpaksa dilakukan oleh puak-puak BN ini dalam usaha untuk mengurangkan majoriti PKR dalam pilihanraya kecil ini nanti. Segalanya terletak ditangan rakyat kini. Merekalah yang akan menentukan siapakah yang paling layak untuk menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Apapun, laporan terkini SB ada menyebut kedudukan undi popular setakat hari ini ialah 68% untuk Anwar dan 32% untuk calon BN Ariff Shah. Jika ini berlaku sudah pastilah kemenangan akan berpihak kepada Anwar. Ini membuktikan sememangnya rakyat semakin meluat dengan segala apa yang dimomok-momokkan dikaca TV serta media massa yang dikawal oleh kerajaan BN. Semoga perubahan besar akan berlaku dalam masa terdekat ini, bagi merubah iklim politik negara.

[Kesihan melihat ceramah UMNO/BN yang langsung tidak mendapat perhatian rakyat Permatang Pauh. Hinggakan ada sesetengah tempat tidak smpaipun 10 orang tetamu yang hadir bagi mendengar "lawak jenaka" pemimpin UMNO dan BN disini. Senario ini jelas menampakkan kepada kita harapan cerah untuk Anwar menang telah semakin nyata]Teruskan Perjuangan anda dalam memastikan PKR Menang & Makan besar di Permatang Pauh....

Salam Reformasi - Permatang Tengah, Permatang Pauh

SATU ANTARA BERIBU DOA UMAT ISLAM SELURUH DUNIA DIMAKBULKAN TUHAN - RAMLANG POLIGI

TERKINI.. Imam Polingi

dimaklumkan bahawa Imam Polingi telah membuat pengakuan bahawa sumpah yang dibuat oleh SAIFUL tidak betul dan sumpah yang dibuat adalah sumpah latnat pada diri sendiri. Pengakuan ini dibuat oleh Polingi sendiri di masjid daerah seberang prai dihadapan ribuan penyokong dan dihadapan DSAI sendiri selepas maghrib tadi.. SEBARKAN...Berita lengkap akan menyusul nanti...

Salam Reformasi

24 August 2008

LAGI BALACHI UMNO-BN KANTOI BUAT PROVOKASI DI PERMATANG PAUH

2 PETUGAS UMNO DI TANGKAP POLIS

Posted by Skuad Dun Batu Caves





Permatang Pauh 24 Ogos- JAM 520 pagi tadi sekumpulan petugas PKR di cawangan Permatang Tengah yang di ketuai oleh abang misai telah berjaya menahan 2 petugas BN/UMNO yang mengedarkan CD Mohd Saiful dan Najib Razak dalam bentuk ceramah,menampal banner /poster yang mengaibkan DSAI, dan pimpinan PKR /PAKATAN RAKYAT .Mereka ditahan jam 520 pagi tadi oleh petugas-petugas dan penyokong kampung Permatang Tengah dan dari Johor Tenggara yang mengadakan markas di kampung Permatang Tengah ,Permatang Janggus berdekatan dengan pekan Permatang Pauh.

Kedua-duanya berasal dari Bayan Baru dimana kawasan tersebut telah kalah di tangan PKR yang diketuai oleh Dato Zaharin.

MOHD FADLI BIN JOHARI,
NO 362PUTARAN MAYANGPASIR 1 BAYAN BARU,
BAYAN LEPAS.
881209075277

MOHD AFIZ ZAFAR BIN MOHD ZAHIT
BLOCK 4-G-6FLAT JLN TENGAH
BAYAN BARU.

Kedua-dua mereka kini ditahan dibalai polis Seberang Jaya untuk siasatan lanjut.Turut dibawa ialah bahan bukti yang ada

NAJIB MENGAMALKAN AJARAN HINDU - MESTI BACA

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah bersumpah diMasjid Jamek Guar Perahu, didalam Parlimen Permatang Pauh, pada hari Jumaat lepas mengatakan beliau tidak tahu menahu ataupun mempunyai hubungan dengan wanita Mongolia, Altantuya Sharibuu yang dibunuh diPuncak alam, Selangor pada tahun 2006. Najib memberitahu bahawa beliau bersumpah walaupun ianya bukanlah satu sumpah rasmi menggunakan Quran.“Wallahi, Wabillahi, Watallahi, saya bersumpah bahawa saya tidak tahu dan tiada hubungan dengan wanita Mongolia. Saya tidak tahu kalau orang lain mahu bersumpah atau tidak tapi saya tahu saya tidak melakukan apa-apa kesalahan. Ini diantara saya dengan Tuhan” kata beliau (Bernama, 23 Ogos 2008)Pada hari yang sama, Thagarajoo a/l Thangavellu juga bersumpah, melalui Akuan Bersumpah, bahawa Najib dan isterinya, walaupun dilahirkan sebagai muslim, mengamalkan ajaran Hindu.

Apakah sumpah Najib ini, yang dilakukan secara ‘Islamik’, sah diterima?Berikut adalah terjemahan surat Akuan Bersumpah Thagarajah a/l Thangavelu.Saya, Thagarajah a/l Thangavelu (K/P: 590821-10-6033), seorang warganegara Malaysia yang dewasa dan menetap di No.20, Jalan BK 4/1F, Bandar Kinrara, 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan dengan ini menyatakan dengan benar perkara-perkara berikut:-Saya bekerja sebagai pemandu.Sekitar tahun 1995, saya memulakan kerja dengan Datuk K.S Nallakaruppan (“Datuk Nalla”) sebagai pemandu merangkap pengawal peribadi. Saya bekerja dengan beliau selama 5 tahun. Kemudian saya menyertai Datuk Kenneth Eswaran. Datuk Kenneth Eswaran menetap di Johor dan saya menjadi pemandu untuk ibunya yang tinggal di Petaling Jaya. Kemudian saya bekerja sebagai pemandu untuk Datuk kenneth Eswaran.

Datuk Kenneth Eswaran adalah kawan rapat Datuk Seri Najib bin Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada masa ini.Datuk Kenneth Eswaran amat rapat dengan seorang bomoh Hindu, yang saya kenali sebagai Mr. Ji. Mr. Ji ialah seorang warganegara India, yang tinggal diKerala, India dan sering datang keMalaysia diatas undangan Datuk Kenneth Eswaran.Melalui Datuk Kenneth Eswaran, Mr. Ji telah diperkenalkan kepada Datuk Seri Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor. Saya telah beberapa kali membawa Mr. Ji kerumah Datuk Seri Najib. Datuk Kenneth Eswaran mengiringi Mr. Ji. Mr. Ji selalunya membawa bersama beberapa peralatan sembahyang mengikut ugama Hindu untuk melakukan upacara dirumah Datuk Seri Najib.

Upacara ini dilakukan setiap bulan semasa ‘Ammavasi’, yang mana merupakan masa dimana bulan tidak kelihatan. Upacara ini merupakan upacara Hindu dimana melibatkan jampi mentera menggunakan peralatan sembahyang menurut ugama Hindu seperti kunyit, vibuthi, kum kum, limau, kapor barus, susu lembu yang diletakkan diatas daun pisang. Api sembahyang akan dinyalakan didalam rumah dan kedua-dua Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah akan duduk ditengah-tengah dan Mr Ji menjalankan upacara pemujaan. Kedua-dua Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah kemudiannya dimandikan dengan susu. Selepas upacara pemujaan, sebahagian daripada bahan-bahan pemujaan dibawa keluar rumah dan ditanam untuk menghindarkan mereka dari kerja-kerja kejahatan.Seperti yang saya katakan, semua bahan-bahan pemujaan ini dibawa oleh Mr. Ji, dibantu oleh saya kerumah Datuk Seri Najib, baik diJalan Duta atau pun dikediaman rasmi di Putrajaya. Saya juga pernah membawa susu lembu dan bahan-bahan pemujaan lain didalam kawasan kediaman Datuk Seri Najib.

Saya hadir disetiap upacara bilamana Mr. Ji melakukan pemujaan. Semua ini berterusan sehinggalah saya berhenti kerja denga Datuk Kenneth Eswaran.Saya percaya bahawa upacara pemujaan ini masih berterusan.Semasa pilihanraya kecil Ijok yang lalu, saya membawa Mr. Ji kepekarangan tempat mengundi diIjok dimana Mr. Ji meletakkan bahan-bahan pemujaan ini untuk memastikan kemenangan calon MIC, K. Parthiban.Saya percaya perbuatan yang sama akan dilakukan untuk meletakkan bahan-bahan pemujaan adat Hindu ini dan tangkal didalam ataupun pekarangan tempat mengundi diPermatang Pauh.

Saya juga mempunyai maklumat bahawa doktor yang menyediakan laporan perubatan untuk Razak Baginda, tertuduh didalam perbicaraan Altantuya, wanita Mongolia, yang sedang berlangsung, adalah palsu kerana Datuk Kenneth Eswaran telah mengarahkan doktor untuk memalsukannya. Arahan tersebut dibuat semasa saya sedang memandu untuk Datuk Kenneth Eswaran.Dalam beberapa peristiwa, Datin Seri Rosmah Mansor meminta Datuk Kenneth Eswaran, meminta pertolongan Mr. Ji untuk menjauhkan mereka dari perkara-perkara jahat.

Didalam satu ketika, Datin Seri Rosmah memanggil Datuk Kenneth Eswaran, menyatakan kebimbangannya kerana Datuk Seri Abdullah Badawi akan mengahwini Datin Seri Jeanne Abdullah. Datuk Kenneth Eswaran berjanji kepada Datin Seri Rosmah bahawa dia akan meminta Mr. Ji untuk melakukan pemujaan untuk menghalang perkahwinan tersebut.Saya membuat Akuan Bersumpah ini kerana terdapat beberapa perkembangan melibatkan Datuk Nalla, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Najib, Datin Seri Rosmah dan Datuk Kenneth Eswaran yang saya kenali semasa saya bekerja sebagai pemandu.

Peristiwa yang melibatkan kehilangan Penyiasat Bebas, P. Balasubramaniam merisaukan saya.Dan saya membuat pengakuan ini dengan penuh kebenaran seperti yang termaktub didalam peruntukan Akta Akuan Bersumpah, 1960.

(Terjemahan ini dibuat secara bebas oleh Mat Saman Kati berdasarkan artikel Raja Petra, Najib: Muslim By Birth, Hindu By Practice. Sekiranya terdapat keraguan, sila rujuk kepada artikel asal)

Tak dapat orang baju pon jadi laaa.... Bukti Penipuan Umno di P44






gambar paling atas adlh vest yang original... punya lah kuat tipu di org ni sampai nak menyamar.......