DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

28 August 2008

Kronologi majlis angkat sumpah Anwar di Parlimen

Kronologi majlis angkat sumpah Anwar di Parlimen

9:00 pagi: Wartawan dan jurugambar mula membanjiri lobi Parlimen menanti kedatangan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim buat kali pertama selepas memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh, kelmarin.

9:50 pagi: Anwar tiba di lobi Parlimen dengan diiringi isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, anaknya, Nurul Izzah, Naib Presiden PKR, Azmin Ali dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Anwar hadir dengan memakai baju Melayu berwarna hitam. Beliau sempat memberitahu pemberita sidang media akan diadakan selepas upacara angkat sumpah selesai.

9:51 pagi: Beliau melangkah ke Dewan Rakyat. Kehadirannya disambut oleh beberapa orang Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

10:03 pag:Anwar mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh di depan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Pandikar turut mengumumkan Anwar sebagai Ketua Pembangkang melepas beliau selesai menandatangani surat akujanji.

11:05 pagi: Anwar keluar dari Dewan Rakyat menuju ke Lobi Parlimen bagi mengadakan sidang media selepas mengankat sumpah sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh.

11:10 pagi : Beliau mengadakan sidang media di Lobi Parlimen. Turut sama dalam sidang media tersebut adalah bersama isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya, Nurul Izzah Anwar.

11:56 pagi: Anwar kembali ke dalam dewan semasa perbahasan Rang Undang-undang Identifikasi DNA berlangsung.

12:00 tengah hari: Ketika sesi bahas ahli Parlimen (PKR-Kota Raja) Dr. Siti Mariah Mahmud, berkaitan Rang Undang-undang DNA. Anwar mencelah Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman yang bertanya kepada Kota Raja, adakah Majlis Peguam punya kredibiliti untuk mengkaji Akta DNA.

Anwar berkata, yang tidak mempunyai kredibiliti adalah kerajaan yang mengamalkan rasuah.
Beliau turut mempertikaikan pembentangan rang undang-undang tersebut kerana ia tidak melibatkan semua pakar dalam mengkaji rang undang-undang tersebut sebelum ia dibentangkan.

No comments: