DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

17 August 2008

PANDAINYA UMNO/BN GUNA ISU UITM

Kadang-kadang hairan juga PKR ini suka buat kerja atau mengeluarkan pendapat yang boleh dijadikan isu yang kuat oleh UMNO atau BN dalam menyerang hendap secara tidak terhormat ini. Sepatutnya perlukan cara berhemah dalam menyatakan sesuatu kerana Pakatan Rakyat sekarang ini menjadi tumpuan yang utama oleh rakyat secara dekat atau jauh dalam segala tindak-tanduk. Kebetulan pula Majlis Peguam baru sahaja buat kali kedua menghangatkan suasana negara sebelumnya dan dengan kebijakan permainan media jahat UMNO/BN ini, maka Pakatan Rakyat diserang lagi dengan isu perkauman.Yang peliknya isu ini timbul hanya kerana selepas Menteri Besar Selangor menjawab soalan daripada pihak media tentang kemasukan pelajar asing dan bukan bumiputra ke dalam UiTM.

Ulasan MB tersebut telah dibuat dari konteks mempertingkatkan mutu serta kualiti pendidikan tinggi di dalam era globalisasi sekaligus membuka peluang pekerjaan yang lebih luas kepada pelajar Melayu dan Bumiputera namun pimpinan Pakatan Rakyat amat kesal kerana ulasan ini dilaporkan di luar konteks asal dan lebih menjurus kepada isu perkauman. Dalam melaksanakan aspirasi bangsa melayu, UiTM sepatutnya tidak hanya memberi tumpuan terhadap isu kuota kemasukan sahaja tetapi mutu dan kemudahan universiti itu sendiri.Jadi isu yang terbuka kepada perbincangan ini telah dimanipulasikan untuk kepentingan politik UMNO/BN. Kalau dilihat masakini, pertumbuhan universiti dan kolej universiti di Malaysia begitu memberangsangkan berbanding dengan 10 tahun yang lalu.

Tiada lagi halangan untuk melanjutkan pelajaran. Tiada lagi alasan untuk seorang rakyat Malaysia yang mempunyai kelayakan akademik yang baik tidak dapat melanjutkan pelajarannya ke peringkat Universiti walaupun sampai peringkat umur yang paling tua sekalipun. Memang jelas isu kuota ini perlu dikaji semula kerana dalam memartabatkan universiti bertaraf dunia, ianya semakin relevan.Kalau ikut sejarah, menurut penulis Hermansamsudeen pada awal tahun 2001, Ibrahim Abu Shah menukar dasar berpersatuan di kalangan pelajar UiTM dimana semua persatuan yang mengunakan nama Agama seperti Islam dan Bangsa seperti Melayu diharamkan.

Semua persatuan seperti Persatuan Mahasiswa Islam, PKPIM dan Gabungan Pelajar Melayu diharamkan ketika itu. Gerakan mahasiswa ditekan dan dilarang untuk bersuara. Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajarnya pula di tapis. Semua dekan tidak dibenarkan menyokong permohonan bertanding bagi mana-mana mahasiswa yang lantang menentang dasar Universiti dan Kerajaan BN.Jadi memang sahlah, selama ini bahawa pelajar UiTM yang selama ini lesu tidak bermaya sepertimana Pak Lah yang selalu tidur, tiba-tiba bangkit berarak mengikut arahan tuannya yang diketahui ramai sebagai penyokong gila babi UMNO.

Dalam beberapa laporan alternatif, barisan pelajar-pelajar yang berdemontrasi berkenaan bukannya bersungguh-sungguh tetapi lebih banyak bermain-main serta gelak ketawa menampakkan sangat bahawa perhimpunan berkenaan adalah hanya atas arahan tuannya itu. Masakan tiada tindakan displin daripada pihak Universiti berbanding pelajar yang mengikuti demonstrasi Pakatan Rakyat.

Ia jauh berbeza dengan kenyataan yang pernah dibuat oleh NC UiTM yang menghalang pelajar daripada terlibat di dalam demonstrasi sebelum ini. Dalam beberapa hal dalam negara sekarang dan sebelumnya lagi, mahasiswa telah lama ditekan dan tidak boleh bersuara kepada pemerintah, bagaimana tiba-tiba bangkit mahasiswa dari UiTM yang memang lubuk pembinaan sahsiah UMNO selama ini?

Al-Maklumlah, UMNO dan BN telah lama menghina para-para penggerak demonstrasi sepertimana Saberi Cheek memperlekehkan Datuk Seri Anwar dalam debat yang lalu.

Posted by ROKET JOHOR

No comments: