DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

14 August 2008

Apa Lagi Yang Anwar Hendak?

Sebut nama Anwar bin Ibrahim, atuk, nenek, emak, ayah, abang, kakak, pak long dan mak long semuanya kenal akan dia.

Orang buta kenal suaranya. Orang pekak kenal wajahnya. Sahabat hargai pekertinya. Musuh cemburu ketokohannya. Rakyat kagum kegigihannya. Pendengar terpesona pidatonya. UMNO gerun akan kemaraannya. Itulah Anwar bin Ibrahim, tokoh pidato dan perjuang rakyat yang pertama kali saya bertemu sekitar tahun-tahun akhir 70an semasa bersama ABIM.

Selain insan bernama Anwar bin Ibrahim, belum ada lagi pemimpin negara yang melalui detik-detik hitam sehitam legam seperti apa yang pernah diharungi oleh manusia bernama Anwar bin Ibrahim. Dia difitnah. Dia diaibkan. Dia tendang. Dia ditempar. Dia dipenjarakan. Dia dikhianati. Kebebasannya dinafikan. Keluarganya dimalukan. Apa lagi kezaliman yang tidak dihidangkan oleh sang penguasa keparat kepada manusia yang bernama Anwar bin Ibrahim?.
Habis semua penghinaan dan pengkhianatan tahap tertinggi dilakukan oleh UMNO dan BN terhadap insan bernama Anwar bin Ibrahim.

Saya mohon kepada seluruh rakyat Malaysia, di Permatang Pauh khususnya, merenung sejenak dan fikirkan secara rasional tanpa bias, kenapakah sang penguasa zalim tergamak melakukan ini semua terhadap manusia bernama Anwar bin Ibrahim.

Mahathir bin Mohamad dengan keegoannya mendabik dada menuduh insan bernama Anwar bin Ibrahim melakukan jenayah liwat sekitar tahun 1998. Ternyata sudah tuduhan itu adalah fitnah yang telah sengaja direka cipta oleh Mahathir Mohamad dengan sokongan dan bantuan manusia-manusia bacul dan zalim disekelilingnya.

Para perakus kuasa dan perompak harta rakyat serta dana negara yang bernaung di bawah lambang dacing mengelirukan dan membakar hati rakyat dengan tomahan mereka kononnya insan bernama Anwar bin Ibrahim adalah agen Amerika dan Yahudi. Celaka sungguh engkau Barisan Nasional. Pendusta sungguh engkau hai UMNO.

Buktikan berapa ratus ekar tanah negara yang telah dilelong oleh Anwar bin Ibrahim kepada Amerika?. Faktakan berapa ratus ekar tanah orang Melayu yang telah dijual oleh Anwar bin Ibrahim kepada Yahudi.

UMNO, kamu adalah penipu rakyat dan pendusta yang amat celaka sepanjang zaman.
Siapa sebenarnya yang telah menggadaikan tanah dan hasil bumi negara kepada bangsa asing?. Manusia mana?, penyokong siapa?, puak mana?, si puaka mana yang sebenar-benarnya telah menggadai dan menjual harta, hak dan kedaulatan negara kepada agen Amerika dan Yahudi?.
Saya anak Johor, bersultankan, Sultan Iskandar. Siapakah dan puak manakah yang telah dengan liciknya menggadaikan kedaulatan negeri Johor dan negara Malaysia kepada agen Yahudi?. Siapakah dan puak manakah yang telah meluluskan ‘Iskandar Malaysia’ (Wilayah Pembangunan Iskandar) sehingga terjualnya sebahagian daripada keluasan Tanah Melayu kepada Singapura yang semua sedia maklum ia adalah negara pro Amerika dan agen Yahudi..??!! Bukankah semua gadaian kedaulatan negara ini telah diusahakan dan dilakukan dengan licik secara sulit serta secara nyata oleh parti harak @ hamprak UMNO yang berketuakan Datuk Seri Abdullah bin Ahmad Badawi??

Tahukah wahai pencacai UMNO bahawa kedaulatan negara telah dirobak-rabikkan oleh Abdullah Badawi, Khairy Jamaluddin, Kalimullah, Kamaluddin Abdullah yang semuanya adalah dari puak UMNO.

Pencacai dan pengkhianat agama, bangsa dan negara dari puak UMNO yang jelas buta hati dan tidak berperikemanusiaan telah menggelapkan isu ini dengan omongan kononnya demi pembangunan negara. Pembangunan untuk siapa?. Kemajuan untuk dinikmati oleh bangsa dan negara mana?. Bangsat kau UMNO !!!. Demi membesarkan tembolok pemimpin kamu yang rakus, sanggup kau menipu rakyat atas nama pembangunan.

Kepada pencacai UMNO yang berkeliaran tanpa haluan, insaflah bahawa suatu hari nanti anak cucu kamu akan menyumpah kalian atas kecelakaan yang telah kalian izinkan hari ini. UMNO, kamu telah perkosakan harta negara dan hak rakyat. Kamu perjudikan agama dan kedaulatan negara. Kamu perbodohkan ahli UMNO kamu sendiri demi memewahkan segelintir pemimpin kamu.

Hai pemimpin UMNO, kalaupun kamu menzalimi kami kerana kami membenci dan menentang kamu, tetapi kenapakah kamu juga sanggup menzalimi penyokong kamu yang lagak lurus bendul, bodoh dan jendol alias bahalol?. Saya amat simpati melihat penyokong-penyokong kamu yang bebal dan bahalol terus ditololkan oleh pemimpin UMNO yang kaya raya serta hidup mewah bergaya.

Harapan dan doa saya semoga disuatu masa nanti penyokong dan pencacai UMNO akan bangkit juga menentang pemimpin mereka yang telah membahalolkan mereka. Ingatlah wahai penyokong UMNO, kalian sesungguhnya telah ditipu hidup-hidup oleh pemimpin kalian.
Oklah, saya hanya boleh bersimpati terhadap penyokong UMNO yang tertipu itu. Itu sajalah, saya terpaksa tinggalkan mereka dalam keadaan tertipu oleh pemimpin mereka sendiri kerana saya punyai harga diri dan tidak sanggup ditipu.

Saya dan pencinta kedamaian, keadilan dan kesejahteraan negara bersama semua penyokong Pakatan Rakyat masih punya banyak bicara minda yang perlu kami kupas dan huraikan. Bicara kami sekarang ialah;

Siapakah manusia yang sanggup menerjah segala kezaliman yang bermaharajalela ini?. Siapakah manusia yang sanggup meredah segala halangan dan ranjau menentang segala kerakusan penguasa ini?.

Jawapannya hanya satu. Rakyat telah, sedang dan akan terus bangkit membantu insan bernama Anwar bin Ibrahim untuk menebus segala kecelakaan yang telah dilakukan oleh UMNO dan Barisan Nasional terhadap negara Malaysia tercinta.
Demi mengembalikan kedaulatan negara dan kesejahteraan generasi kita, rakyat Malaysia wajib bangkit membantu manusia bernama Anwar bin Ibrahim untuk menzahirkan “Harapan Baru Untuk Malaysia”. Inilah harapan rakyat bersama manusia bernama Anwar bin Ibrahim.
Ya ALLAH, rahmatilah semua pembaca laman web kerajaan rakyat serta berkati ilmu yang telah ENGKAU kurniakan kepada penulis komen di laman maya Kerajaan Rakyat ini.

Amin Ya Rabb.

Nadi REFORMIS
AMK Gelang Patah

No comments: