DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

21 August 2008

Projek Perumahan RM180 juta Seri Iskandar Tidak Wujud !

Kerajaan negeri Perak menyatakan dua anggota exconya yang ditahan Badan Pengecah Rasuah (BPR) kerana dikatakan terlibat dengan rasuah adalah satu konspirasi politik, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

"Kerajaan Pakatan Rakyat menafikan ada meluluskan manamana projek perumahan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar. Projek tak wujud jadi mustahil keduadua exco boleh membantu meluluskan projek.

"Kami yakin kedua-dua exco dan rakan-rakan telah dianiaya. Kerajaan Pakatan Rakyat tidak tergugat dan akan terus tadbir dan urus negeri seperti biasa," katanya mengulas kes penahanan dua anggota exco atas tuduhan rasuah selepas mempengerusikan mesyuarat Pakatan Rakyat di kediamannya di sini, hari ini.

Turut hadir pada mesyuarat itu ialah naib presiden PKR Dr Lee Boon Chye, pengerusi PKR negeri Ismail Yusof dan pengerusi DAP Datuk Ngeh Koo Kham serta Anggota Dewan Undangan Negeri pakatan itu.

Menurut Mohammad Nizar, kerajaan negeri tidak akan menghalang BPR daripada menjalankan siasatan ke atas mana-mana adunnya.Agensi Bernama melaporkan hari ini, BPR menahan dua anggota exco kerajaan negeri Perak yang ditahan bersama empat lelaki lain oleh kerana dikatakan terlibat dalam rasuah berkaitan satu projek perumahan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar dekat sini.

Mereka juga dikatakan terlibat dengan rasuah seks.

Menurut BPR, tiga daripada suspek termasuk seorang daripada anggota exco itu ditangkap sejurus selepas mereka disyaki menerima suapan lebih RM100,000 sebagai balasan untuk mempercepatkan proses permohonan projek perumahan itu.

"Biarlah proses undang-undang berjalan," katanya, sambil menambah beliau akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kes itu untuk mendedahkan pembohongan dan penyelewengan kes itu.

Selain itu, Mohammad Nizar berkata Pakatan Rakyat juga akan menubuhkan panel peguam untuk membantu pembelaan.

Mesyuarat Pakatan Rakyat yang diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar itu berlangsung selama satu setengah jam.Dua Exco Perak yang ditahan BPR adalah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perladangan yang juga ADUN Behrang Jamaluddin Mohd Radzi, 52 dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Insan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang juga ADUN Changkat Jering Kapt (B) Mohd Osman Mohd Jailu, 57

Timbalan Presiden PKR Dr. Syed Husin Ali telah mengeluarkan kenyataan rasmi terhadap penahanan kedua ahli yang berhormat PKR tersebut dan menggesa mereka dibebaskan segera.Dalam perkembangan yang sama Pengerusi DAP Perak dan juga Anggota Exco Kerajaan Negeri, Dato' Ngeh Koo Ham mendakwa Barisan Nasional terbabit dalam konspirasi menjadikan dua anggota Exco sebagai mangsa untuk menjatuhkan imej kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Nadi REFORMIS
AMK Gelang Patah

No comments: