DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

06 August 2008

Polis mungkin tangkap Anwar hari ini


Beberapa laporan diterima oleh Suara Keadilan yang menyatakan Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim berkemungkinan akan ditahan hari ini.


Perkembangan ini berikutan kemungkinan polis akan menyerahkan perintah untuk menahan Anwar di rumahnya.


Wartawan Suara Keadilan melaporkan, kira-kira 20-30 wartawan dan jurugambar berada di perkarangan rumah Anwar, kami juga difahamkan Anwar juga berada di rumah beliau.
Ketika dihubungi, Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Mohd Akin mengatakan kepimpinan Angkatan Muda di seluruh negara akan berada di rumah Anwar di segambut sebentar lagi.


“Saya telah menghubungi kepimpinan Angkatan Muda untuk hadir ke rumah Anwar bagi bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku,” katanya yang turut dalam perjalanan ke Segambut.


Tambahnya lagi, Skuad Angkatan Muda juga telah dikerah untuk berada di kediaman Anwar .
Dalam pada itu, Biro Penerangan Keadilan memberitahu Suara Keadilan, Anwar Ibrahim akan terus menyampaikan pidatonya di Bentong malam ini, sekiranya beliau tidak ditahan petang ini.
Anwar Ibrahim Club turut bersama-sama untuk bersedia dalam apa jua keadaan yang akan berlaku. Menurut Presidenya, Muhammad Shukri Saad, beliau dan kepimpinan AIC yang lain turut bersama dengan kepimpinan lain di rumah Anwar Ibrahim.

Nadi REFORMIS
AMK Gelang Patah

No comments: