DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

13 August 2008

Memahami teka teki Zulkifli Nordin!


TETIBA saja ahli Parlimen Kulim – Bandar Baru, Zulkifli Nordin, 45 melemparkan tanda tanya besar kepada khalayak politik apabila telah mematikan telefon bimbitnya sejak semalam dan serentak itu tersebar berita beliau ditahan polis. Saya tidak terkecuali turut diasak dengan persoalan misteri Zulkifli itu oleh penjenguk blog saya.Saya tidak fikir begitu, ahli Parlimen kecil molek ini ditahankan polis. Dan polis sendiri buat pengesahan mereka tidak tahan Zulkifli seperti diuar-uarkan dan menyifatkan ianya sebagai khabar angin.


Jadi ke mana beliau menghilang dan untuk apa?Politik sifatnya berbagai-bagainya. Zulkifli juga seorang ahli politik dan baru merasai enak dan lembutnya kerusi di Parlimen mungkin sedang berpolitik! Baru-baru ini beliau dikatakan diminta supaya mengosongkan kerusi Kulim – Bandar Baru untuk membolehkan Anwar Ibrahim bertanding dalam satu pilihan raya kecil.


Banyak pihak dalam PKR mengharapkan Zulkifli memberi laluan secara muda apabila kerusi beliau yang sedang dipatisyen hari ini menjadi kosong. Zulkifli dikatakan bersetuju untuk memberi laluan kepada Penasihat Umum PKR Anwar Ibrahim yang dianggap sebagai bosnya itu. Dalam satu kenyataan beliau menyifatkan pengosongan itu sebagai pengorbanan kecil untuk rakyat.Tiba-tiba petisyen kerusi beliau itu ditangguhkan kepada 19 Ogos ini. Penangguhan itu menyebabkan pilihan raya kecil di situ lambat diadakan sedangkan Anwar perlu berada dalam Parlimen sebelum tibanya tarikh yang ditunggu-tunggu 16 September.


Tiba-tiba tidak semena-mana Dr Wan Azizah Ismail mengosong kerusi Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada suaminya bertanding.Sukar untuk dijelaskan apakah permintaan agar mengosongkan kerusi berkenaanmenggembirakan Zulkifli ataupun mengilankannya. Apakah hanya beliau yang perlu berkorban untuk Anwar manakala ahli Parlimen lain tidak?Dalam politik tidak ada apa-apa yang mustahil. Zulkifli orang politik dia boleh melakukan apa saja termasuk yang diluar kebenaran umum atau melanggar normal-normal politik. Apakah tidak mustahil kalau beliau berusaha menyelamatkan kerusinya dengan mengharapkan petisyen itu ditarik balik dan beliau mengumumkan menyertai Umno?Untuk itu beliau akan melakukan sesuatu untuk menjustifikasikannya.


Sebab itu kehadirannya mengepalai tunjuk perasaan membantah forum anjuran Majlis Peguam di Lebuh Ampang Ahad lepas dilihat sebagai tindakan bersendirian beliau bukan atas arahan whip parti. Semacam beliau sengaja hadir dan bertempik di situ kerana mengharapkan sesuatu dilakukan ke atas dirinya.Lebih jauh dari itu kalau PKR marah dan memecatnya disaat ini beliau mungkin lebih gembira kerana beliau boleh mencapai dengan mudah strategi politik untuk menyelamat kerusinya kelak itu.


Harus diingat waktu ini Umno sedang memburu sesiapa saja yang boleh memberi keuntungan kepadanya. Umno pandai mencelah dan mengailkan sesiapa saja yang mudah termakan dengan umpannya. Dan orang politik selalunya tidak mempedulikan soal moral dan perasaan penyokong. Sudah banyak sejarah orang politik mengecewakan penyokong dan pengundinya.Pada hemat saya dan saya rasa kehilangan beliau adalah strategi untuk mencapai matlamat itu. Janganlah terkejut kalau selepas ini tiba-tiba beliau akan muncul bersama pemimpin Umno lantas mengumumkan yang beliau hilang kepercayaan kepada PKR dan serentak itu mengistyharkan diri menyertai Umno.


Beliau adalah bekas pemimpin dalam Pergerakan Pemuda Umno yang rapat dengan Mohd Najib Razak. Bahkan beliau khabarnya lebih rapat dengan Najib berbanding Anwar semasa sama-sama dalam Umno dulu.Dalam hal ini PKR perlu menangani dengan sebaik mungkin telatah dan politik Zulkifli ini. Seelokknya PKR tidak menjatuhkan apa-apa hukuman ke atasnya. Aksinya di Majlis Peguam itu pada saya lebih kepada komitmen beliau sebagai seorang Islam dan orang yang dominan berjuang isu-isu murtad negara ini sebelum ini.PKR hendaklah memisahkan antara disiplin parti dengan semangat jihad beliau sebagai umat Islam bagi menjernihkan keadaan atau menimbulkan salah anggap sehingga ada pihak yang merasa kecewa dan tersinggung dengan apa-apa tindakan bakal diambil nanti.


Semoga teta teki yang dimainkan oleh Zulkifli ini akan segera lengsai. Saya tidak kira dia disembunyikan hantu atau berlaku sesuatu yang tidak diingini. Kalau hilang kerana hal-hal jenayah sudah pasti ada laporan polis dibuat berhubung kehilangan beliau itu. Tetapi jelasnya sampai sekarang belum ada laporan polis dibuat mana-mana pihak mengenai keghaibannya itu!

From other blog..

Nadi REFORMIS
AMK Gelang Patah

No comments: