DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

07 August 2008

KENYATAAN MEDIA

KENYATAAN MEDIA
ANGKATAN MUDA KEADILAN MALAYSIA

6 OGOS 2008

Notis Mahkamah: AMK Kecam Intimidasi Politik Ke Atas Anwar

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) mengecam keras penyerahan notis ke atas Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang meminta beliau hadir ke Mahkamah Majistret Jalan Duta esok, 7 Ogos 2008.

Tindakan ini adalah satu bentuk intimidasi politik ke atas Dato’ Seri Anwar dalam keadaan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) baru sahaja mengumumkan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh iaitu ada 16 dan 26 Ogos depan.
AMK percaya bahawa tindakan ini adalah merupakan satu tindakan yang tidak berperi kemanusiaan yang bertujuan untuk menghalang Dato’ Seri Anwar untuk berkempen secara aktif seterusnya bertanding di dalam Pilihanraya Kecil tersebut.

AMK tidak menolak bahawa wujudnya campurtangan politik yang melampau yang bertanggungjawab mencatur tindakan ini demi memastikan kemaraan rakyat pimpinan Dato’ Seri Anwar terus mara menghampiri Putrajaya kelak.

Justeru, AMK menggesa agar pihak mahkamah, sekiranya terdapat kes yang disabitkan ke atas Dato’ Seri Anwar, hendaklah memberikan ikat jamin ke atas beliau dan tidak menafikan hak beliau sebagai warganegara yang dijamin haknya sebagaimana dinyatakan di dalam Perlembagaan Persekutuan.


Shamsul Iskandar Mohd Akin
KetuaAngkatan Muda Keadilan Malaysia

No comments: