DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

04 August 2008

Kemasukan Penyokong Barisan Nasional ke dalam PKR - Klang






Pagi semlam Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di Klang Executive Club bagi menjayakan Program Kemasukan 2097 penyokong Barisan Nasional yang dipimpin oleh Datin Paduka Dr Tan Yee Kew ( bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri ) ke dalam Parti Keadilan Rakyat.Beliau mengingatkan penyokong PKR agar sentiasa bersiap sedia bagi menghadapi perancangan licik serta muslihat kotor dari aparatus Barisan Nasional. Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran bahawa kita penyokong Keadilan jangan mengambil ringan bahaya serta muslihat rasuah yang akan digunakan. Pengalaman di pilihanraya kecil Ijok harus sentiasa dijadikan iktibar.

Amaran juga ditujukan kepada UMNO agar berhati-hati dengan metod berkempen mereka kerana perhatian dunia serta tempatan sekarang tertumpu kepada pilihanraya kecil yang bakal diadakan ini.
Umum mengetahui betapa kronik kedudukan BN kini. Sikap pemimpin atasan UMNO yang gila kuasa dan bercakaran sesama sendiri menjelang Eprhimpunan Agung Disember ini bukan lagi rahsia. Konflik dalaman MCA juga semakin terbuka.Suara-suara dari akar umbi MIC menyeru perubahan juda semakin kuat. BN kian rapuh dan semakin hanyut. Rakyat semakin jauh dan sokongan menyusut. Justeru itu, tindakan Datin Paduka Tan Yee Khew, bekas Ketua Wanita MCA dan juga bekas MP Klang keluar parti dan menyertai PKR adalah suatu yang amat wajar demi kesinambungan perjuangan beliau.
Majlis Penyerahan Borang Baru Ahli PKR dan Hari Pengabungan Keadilan yang diadakan di Klang Executive Club pada 3 Ogos 2008 menjadi saksi peralihan rakyat kepada PKR. 1700 permohonan baru diserahkan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah dan menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, lebih dari 1000 lagi permohonan menyertai PKR telah diterima dari sekitar Klang dan bakal menyaksikan pembukaan lebih dari 20 cawangan baru PKR di sekitar Klang. DSAI dalam ucapannya berterima kasih kepada DP Tan Yee Khew kerana memilih PKR untuk meneruskan perjuangan beliau. Pengalaman beliau adalah aset berharga untuk menguatkan PR di samping integriti DP Tan Yee Khew, yang diumpamakan DSAI sebagai 'rare commodity' di kalangan pemimpin BN.

Wartawan Lokasi : Nadi REFORMIS, AMK Gelang Patah
Jurufoto Lokasi : Anak VIP, DP Pas Klang

No comments: