DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

21 August 2008

Insiden yang lebih buruk akan berlaku di Permatang Pauh?


Jangka saya lagi, calon BN akan kalah seperti mana Chong Wei kalah straight set dengan Li Dan di sukan Olimpik baru-baru ini. Anwar akan mendapat majoriti yang lebih daripada Wan Azizah perolehi semasa PRU 12 kecuali ada taktik yang tidak bersih digunakan semasa kempen. Tekaan saya, Anwar akan mendapat majoriti lebih 18, 000.

Sesuatu yang mengejutkan akan berlaku di Permatang Pauh P044
Saya menjangkakan akan berlaku insiden yang amat mengejutkan dan lebih hebat impaknya daripada insiden di Rusila semasa PRU 12 baru-baru ini. Saya harap semua penyokong, baik Pakatan Rakyat dan juga barisan Nasional janganlah emosional. Jaga kelakuan anda ! Jangan kerana kelakuan anda semua orang malu. Orang Melayu malu !

Jangka saya lagi, calon BN akan kalah seperti mana Chong Wei kalah dengan Li Dan straight set di sukan Olimpik baru-baru ini. Anwar akan mendapat majoriti yang lebih daripada Wan Azizah perolehi semasa PRU 12 kecuali ada taktik yang tidak bersih digunakan semasa kempen. Tekaan saya,Anwar akan mendapat meajoriti lebih 18, 000.Kepada pihak polis, diharapkan pihak polis meletakkan CCTV yang gambarnya jelas dan boleh dizoomkan di lokasi-lokasi panas agar memudahkan siasatan nanti. Harap jumlah anggota polis yang mencukupi dibawa ke Permatang Pauh untuk memastikan sebarang kekecohan boleh diredakan lebih awal.Kepada pemimpin BN di Permatang Pauh, inilah masanya anda semua meminta yang terbaik untuk kawasan Permatang Pauh. Jangan jadi seperti Kuala Berang yang tidak begitu bijak mempergunakan Pilihanraya Kecil untuk memacu kemajuan Kuala Berang.

Amat bertuah masyarakat di kawasan yang diadakan pilihanraya kecil kerana pelbagai janji-janji manis akan dihulurkan kepada mereka. Jadi gunakan PRK ini sebaik mungkin untuk menagih janji daripada pemimpin atasan. Cuma saya berharap janganlah janji dibuat hanya untuk menagih undi, berikan sahaja apa-apa yang patut diperolehi oleh rakyat Permatang Pauh tidak kira siapa pun yang menang.

Rakyat Permatang Pauh ! Adakah kamu semua berjiwa kental atau berubah prinsip sekelip mata ? Perubahan untuk rakyat Malaysia bermula daripada tuan-tuan dan puan-puan. Saya tidak pasti benar atau tidak akan ada perubahan selepas 16 September nanti tetapi mengikut perkiraan saya rakyat Sabah dan Sarawak mahukan perubahan setelah sekian lama tidak ada perubahan yang signifikan bagi saya. Jika tuan-tuan dan puan-puan selesa dengan keadaan sekarang, apa yang boleh saya katakan tetapi fikirkanlah masa depan Malaysia yang masih kelabu. Wawasan 2020 yang berbaki dau belas tahun lagi seolah-olah hanya tinggal angan-angan. Remaja kita tenggelam dalam hiburan yang melalaikan. Penduduk kampung terus tertekan apabila nilai wang terus mengecut.
Saya cabar tuan-tuan dan puan-puan untuk merdeka dan berani membuat keputusan tanpa pancingan dan tekanan dari mana-mana pihak.

Kepada pemimpin Melayu UMNO, ramai-ramailah berhijrah ke PR untuk menyeimbangi agihan kerusi nanti. Lupakan dulu kedudukan yang tuan-tuan dan puan-puan ada sekarang sebaliknya fikirkan tentang rakyat. Seandainya ada nama-nama besar seperti Tengku Razaleigh, Muhyiddin, Zahid Hamidi, Ahmad Said dan Shahril Samad turut berhijrah pastinya semua akan membuka mata dan terkejut. Apa pun, sudah namanya politik, segalanya tidak mustahil ! (saya amat mengharapkan mereka ini berhijrah walaupun seakan pengharapan yang merepek.)
Apa-apa yang terjadi pada September ini, diharapkan semua pemimpin Melayu bijak berpolitik selepas ini dan bukan dikuasai oleh emosi bila bercakap dan berhujah. Jika pemimpin di dewan parlimen yang mulia dikuasai emosi janganlah hendak disalahkan penyokong yang bertindak diluar batasan kerana geram.

Sebenarnya, samaada BN atau PR yang memerintah, bangsa Melayu akan terbela sekiranya pemimpin Melayu pandai berpolitik dan tahu apa itu amanah dan tanggungjawab. Biar di mana anda berdiri, jadilah pejuang dan pemimpin yang adil. Masa depan agama, bangsa dan negara di tangan anda ! Masa depan anda di dunia dan di akhirat pula bergantung dengan kepimpinan anda !

Nadi REFORMIS
AMK Gelang Patah

No comments: