DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

08 August 2008

DS Anwar Ibrahim layak bertanding 26 Ogos ini


BUKTI: Kakitangan SPR menunjukkan kenyataan media Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh di pejabat SPR, Putrajaya, semalam.




PUTRAJAYA: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, layak bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos ini selagi tidak disabitkan kesalahan jenayah. Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata pada masa ini Anwar sudah bebas daripada larangan untuk bertanding berikutan sabitan kesalahan rasuah lalu.


"Dari segi undang-undang pada masa ini, beliau layak bertanding pada pilihan raya kecil 26 Ogos ini," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Wan Ahmad diminta mengulas kelayakan Anwar bertanding pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh berikutan keputusan Pejabat Peguam Negara untuk mendakwa beliau di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.


Mengikut Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan, seseorang itu hilang kelayakan untuk bertanding sebagai Ahli Parlimen jika sudah disabitkan atas suatu kesalahan oleh mahkamah dan dihukum penjara selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang RM2,000 dan tidak mendapat pengampunan. Semalam, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, mengumumkan hari penamaan calon pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh ditetapkan pada Sabtu, 16 Ogos manakala hari pengundian pada Selasa, 26 Ogos, jika ada pertandingan.


Mengenai hari pengundian yang bukan pada hujung minggu atau cuti sekolah, Wan Ahmad berkata, SPR berpendapat ia tarikh sesuai selepas mengambil kira semua aspek. "Kita memilih hari pengundian pada 26 Ogos dan tempoh berkempen 10 hari bermula tarikh penamaan calon 16 Ogos selepas mengadakan perbincangan terperinci... tidak berbangkit soal cuti sekolah atau diadakan hujung minggu kerana bukan semua sekolah terbabit sebagai pusat pembuangan undi," katanya.

No comments: