DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

21 August 2008

Anwar tuntut Timbalan Menteri mohon maaf

KUALA LUMPUR: KETUA Umum KeADILan, Anwar Ibrahim telah menghantar notis kepada Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Hamzah Zainuddin menuntut maaf di atas kenyataan yang menyentuh peribadi beliau.Anwar akan mengemukakan saman sebanyak RM10 juta sekiranya Hamzah gagal berbuat demikian dalam tempoh 48 jam dari tarikh notis tersebut.

“Kalau dalam tempoh 48 jam Hamzah tidak meminta maaf kepada anak guam kami, kita akan meneruskan tindakan undang-undang untuk menyaman beliau,” peguam Anwar Sankara Nair memberitahu Suara Keadilan.Beliau berkata notis tersebut telah di hantar melalui faks kepada pejabat Hamzah kira-kira pukul 5.15 petang semalam.

Notis yang dihantar melalui peguam beliau, S N Nair & Partners pada 20 Ogos 2008 memetik akhbar bahasa Cina, Kwong Wah Jit Poh yang menyatakan Hamzah menuduh Anwar mengganggu isteri beliau di bawah tajuk ” Anwar Harrassed My Wife” bertarikh 19 Ogos 2008.Artikel itu menyatakan Hamzah mendedahkan Anwar mengacau isterinya pada 1998 dan mengambil kesempatan ke atas isteri beliau walaupun mereka adalah sahabat baik.Menurut notis itu kenyataan Hamzah telah mencemarkan imej Anwar dan memberi gambaran beliau seorang yang bermoral rendah dan berkarektor buruk.

Hamzah,51, yang merupakan bekas Pengerusi Felcra Bhd dan mantan Ketua Umno Bahagian Ipoh Barat sebelum ini mengejutkan negara apabila diperintah Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh membayar tuntutan cerai bekas isterinya, Nooraini Abdul Rashid sebanyak RM11.206 juta dalam tempoh sebulan pada April 2004.

Pengerusi DAP, Lim Kit Siang di dalam blog beliau pernah mempersoalkan bagaimana Hamzah seorang pengerusi sebuah agensi kerajaan mampu mempunyai harta berjuta ringgit sehingga mahkamah berpendapat beliau berkemampuan untuk membayar jumlah tuntutan mutaah yang besar kepada bekas isteri beliau.

No comments: