DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

27 May 2009

CERAMAH PERDANA : DATO' SERI ANWAR IBRAHIM

Tanggal 25 Mei 09 akan menjadi kenangan kepada Parti Keadilan Rakyat Bahagian Gelang Patah apabila menjadi tuan rumah kepada Ceramah Perdana Dato' Seri Anwar Ibrahim. Sejak diberikan tanggungjawab sebagai Bahagian yang bertanggungjawab menguruskan ceramah tersebut, semua AJK Bahagian, AMK dan Wanita Bahagian Gelang Patah serta bantuan dari AMK Pasir Gudang, AMK Bahagian Tenggara serta AMK Simpang Renggam pula membantu dari segi logistik, telah bergabung tenaga, bertungkus lumus membuat persiapan ceramah termasuk promosi. Edaran "handbill" sebanyak 35,000 helai telah di edarkan diseluruh Parlimen Gelang Patah, Johor Bahru, Senai, Pasir Gudang dan Tenggara. Terima kasih kepada Timbalan Ketua AMK Bahagian Tenggara, Sdr. Zainal yang mana beliau bersama 4 AJK AMK Tenggara telah bersama-sama mengedarkan "handbill" sehingga ke jam 2 pagi.



Begitu juga ucapan jutaan terima kasih kepada Tn. Hj. Zulkifli Ahmad (Yang Dipertua PAS Kawasan Gelang Patah) yang mengizinkan kami menggunakan Dewan Ar-Razi sebagai tempat Ceramah tersebut. Bantuan dari Pemuda PAS Kawasan Gelang Patah kami amat2 menghargai dan kami ucapkan jutaan terima kasih.




Walaupun saya terpaksa berhadapan dengan pihak Polis yang pada mulanya tidak membenarkan kami meneruskan program ceramah tersebut, namun setelah saya dan Sdr. Azlan (Ketua AMK Gelang Patah) berbincang dan menerangkan keadaan sebenar, Alhamdulillah OCPD Johor Bahru Utara akhirnya telah membenarkan dengan syarat penceramah mesti berada di dalam bangunan. Khemah dan pentas yang telah tersergam gagah dan indah terpaksa dibiarkan kosong.





Perasaan kecewa kami yang terpaksa akur dengan kehendak pihak Polis akhirnya terubat dengan kehadiran kira-kira 7,000 orang. Penat jerih kami akhirnya terbalas dengan kehadiran penyokong PR yang terpaksa melalui laluan getir disebabkan "road block" yang merata. Saya percaya sekiranya tiada sekatan jalanraya, berkemungkinan lebih dari 10,000 orang akan hadir ke ceramah tersebut. Turut kelihatan beberapa orang ahli UMNO yang cukup popular di Gelang Patah dan ada yang menyuarakan hasrat untuk menyertai PKR.




Saya selaku Pengarah Program mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat khususnya Pengerusi Perhubungan Negeri (PPN) Johor (Tn. Hj. Mohd Annuar Salleh), Timbalan PPN Johor (Tn. Hj. Halim Dawam), Setiausaha PPN Johor (Pak Ngah), Ketua Bahagian Gelang Patah (Dr. Zaliha Mustaffa.. tetap memberi idea walaupun bercuti), Pemangku Ketua Bahagian Gelang Patah (En. Abd. Manan Othman.. U're the best), Roslee (Setiausaha Bahagian), Ketua AMK Bahagian Gelang Patah (Azlan Ishak.. U're the great leader), Timb. Ketua AMK Gelang Patah (Azman Idris.. Totok), Naib Ketua AMK Gelang Patah (Ramli Ahmad.. yang berjaya mengelirukan pihak lawan), Yusree Abd Hamid, Pengerusi Tetap AMK Gelang Patah (Zainal Helmi.. Jangan takut mahluk), Ketua Penerangan (Zulkaria Ali), Penolong Setiausaha AMK (Amir), Zainal, Saiful, Aidil, Ping, Chong, Hasbullah,Naim, Azman, Uncle Bala, Kapten Malik, Dewi, (Ketua AMK Pasir Gudang) Nor Hadi dan AJKnya, Timb. Ketua Bahagian Pasir Gudang (Abg. Shukor) dan AJKnya, Ketua AMK dan Timb. Ketua AMK Tenggara (Arbain dan Zainal) serta AJKnya, Sdr. Faizul Abd Ghani (Timb. Ketua AMK Johor) serta AJK AMK Simpang Renggam, Teman2 dari PAS dan DAP dan sesiapa juga yang membantu menjayakan program ini. (Minta maaf jika saya tidak menyebut nama anda.....).

Kepada Ketua AMK Johor, Sdr. Zabidi Abas... Terima kasih atas kepercayaan Sdr. kepada saya. Terima kasih banyak. Kepada teman2... Ayuh.. kita terus memperkukuhkan "team" kita. Insya-ALLAH, jika kita ikhlas dalam perjuangan pasti Allah akan memberikan kejayaan kepada kita. Ayuh... Kita teruskan perjuangan kita.

Mohd Nazri Ismail
Pengarah Program AMK Johor

21 May 2009

MESYUARAT KHAS

AMK Gelang Patah akan mengadakan mesyuarat khas pada malam ini (21/05/09) dan butiran adalah seperti berikut :-

Tarikh : 21/05/09 (Khamis)
Masa : 08.30 malam
Tempat : Pejabat PKR Taman Teratai.

Mesyuarat khas ini bagi membincangkan program Lawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Johor pada 25 Mei 09.

Harap semua AJK AMK Bahagian Gelang Patah hadir ke mesyuarat tersebut.

Azlan Ishak
Ketua AMK Bahagian Gelang Patah

CERAMAH PERDANA : DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

Ketua Umum, Datuk Seri Anwar bin Ibrahim akan mengadakan siri lawatan kerja ke Johor pada
25 Mei 2009. Pada sebelah malam beliau akan mengadakan Ceramah Perdana di Gelang Patah dan butiran mengenai ceramah adalah seperti berikut :

Tarikh : 25 Mei 2009 (Isnin)
Masa : 09.00 malam hingga 12.00 tgh malam
Tempat : Dewan Ar-Radzi
31 Jalan Kebudayaan 10
Taman Universiti
Skudai, Johor.

Seluruh rakyat Johor di jemput hadir ke ceramah tersebut.

Azlan Ishak
Ketua AMK Bahagian
Bahagian Gelang Patah

14 May 2009

Wancana Isu Semasa Anjuran AMK Wangsa Maju

MESYUARAT PAKATAN RAKYAT PARLIMEN GELANG PATAH


Mesyuarat Pakatan Rakyat Parlimen Gelang Patah akan diadakan berdasarkan butiran berikut :-

Tarikh : 20 Mei 09 (Rabu)
Masa : 08.30 malam
Tempat : Pejabat DAP, Taman Orkid, Skudai, Johor.

Sehubungan dengan itu Ketua Bahagian, Ketua AMK Bahagian, Ketua Wanita Bahagian, Ketua Penerangan Bahagian dan Setiausaha Bahagian diminta hadir ke mesyuarat tersebut.

Abdul Manan bin Othman
Pemangku Ketua Bahagian
PKR Bahagian Gelang Patah

KURSUS STRATEGIK PILIHANRAYA DITANGGUHKAN

Saketeriat Kursus Strategik Pilihanraya mengambil keputusan untuk menangguhkan kursus tersebut berikutan Dr. Zaliha yang merupakan Fasilitator Utama kursus ini diserang demam denggi dan keadaan beliau sekarang ini masih lemah.

Sehubungan dengan itu, kursus tersebut akan diadakan berdasarkan butiran berikut :-

Tarikh : 24 Mei 2009
Masa : 09am hingga 05pm
Tempat : Pejabat PKR Negeri
Taman Teratai, Skudai, Johor.

Pihak saketeriat memohon ribuan ampun dan maaf diatas penangguhan ini.

Marilah kita sama-sama berdoa agar Dr. Zaliha segera sembuh seperti sediakala.

BELUM BERJUANG DAH MENGAKU KALAH... BACUL BETUL

"Pilihanraya semula.. BN akan KALAH"


Mantan Perdana Menteri yang mungkin masih waras lagi dan belum diserang penyakit nyanyuk mengatakan dengan terang dan jelas bahawa tidak perlu pilihanraya negeri Perak untuk menyelesaikan perebutan kuasa antara Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat kerana Pakatan Rakyat akan memenanginya dan sebab itu tidak perlu BN memanggil satu pilihanraya negeri.

Mantan Perdana Menteri ini yang dulunya popular dengan sajak "Perjuangan Belum Selesai", namun inikah lagak pejuang Umno...??? Inilah adalah contoh pejuang Umno yang "bacul" dan mungkin Najib dan pimpinan Umno sekarang mewarisi "kebaculannya".

Menang atau kalah itu adat perlawanan namun yang penting adalah rakyat Perak wajar diberi peluang untuk memilih siapakah yang layak mentadbir Negeri mereka. Jika mereka memilih BN maka Pakatan Rakyat mesti akur dengan keputusan tersebut namun jika berlaku sebaliknya, hakikat itu harus ditelan oleh BN walaupun pahit.

dipetik dari blog keadilan4gelangpatah.blogspot.com

WAJAH2 BARISAN PENGECUT

Inilah wajah pemimpin Umno/Bn yang bongkak, sombong dan begitu angkuh. Disamping sifat dan sikap mereka ini yang begitu "jelek" rupa-rupanya mereka2 ini teramat-amat pengecut dan bacul. Setelah pelbagai pihak termasuk parti komponen BN mencadangkan "perlunya diadakan semula pilihanraya di negeri Perak bagi menyelesaikan kemelut politik di negeri tersebut" namun mereka masih diam membisu. Zamberi seolah-olah seperti Menteri Besar boneka. Beliau seoalah-olah menunggu "arahan" dari pihak tertentu.

Sewajarnya rakyat Perak perlu mempunyai kata putus dalam hal ini kerana setiap kerajaan memerlukan kesahihan dan keraguan hanya boleh diselesaikan menerusi pilihan raya semula.

Dan hari ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Najib mengadakan pilihanraya semula di Negeri Perak. Beliau berkata "Penyelesaian politik di Negeri Perak bukan pada istana atau mahkamah, tetapi mahkamah rakyat yang akan menentukannya".

Penyokong dan Pimpinan Umno diperingkat mana sekalipun harus merasa "malu" dengan tindakan "bacul dan pengecut" pemimpin tertinggi mereka. Anda nilailah sendiri keberanian pemimpin anda. Inikah pemimpin yang akan menjadi "Jeneral" dalam peperangan...?? Jika pemimpin sebegini dipilih, nescaya askar2 akan lari sebelum ke medan perang....

13 May 2009

MAS SELAMAT BERJAYA DITANGKAP, PENCULIK/PEMBUNUH NURIN DAN SYARLINIE????

Penjenayah paling dikehendaki "Mas Selamat" yang tempang kakinya telah berjaya dikesan dan ditangkap oleh Polis Malaysia setelah "beberapa bulan" lari dari buruan pihak berkuasa Singapura. Mas Selamat dipercayai berenang menyeberangi Selat Tebrau untuk ke Malaysia. Dipercayai setelah sebulan lebih bermastautin secara haram di Johor dan hasil pengintipan dan kecekapan anggota polis Malaysia, Mas Selamat akhirnya tertangkap. Kecekapan anggota Polis Malaysia harus mendapat pujian. Anggota Polis negara jiran yang dilengkapi peralatan canggih belum mampu mengatasi kecekapan anggota Polis Malaysia. Tahniah kepada Polis Diraja Malaysia. Namun........................


Setelah hampir 2 tahun kita 'kehilangan' adik Nurin Jazlin Jazimin dan sudah lebih setahun adik Sharlinie Mohd Nasir hilang dari pangkuan ibubapanya, namun penjenayah ini masih belum lagi ditangkap. Kenapa...???? Setelah FBI dan Interpool dilibatkan untuk membantu menyelesaikan kes ini, namun penjenayah "bangsat" lagi kejam ini masih bebas diluar sana. Bagaimanakah perasaan keluarga Nurin dan Sharlinie ketika ini...??? Marah, Dendam, Rindu, Syahdu dan seribu satu macam perasaan bergelut dalam hidup mereka seharian.

Bukan niat kami memperlekehkan anggota polis Malaysia tapi kenapa sehingga kini masih tiada lagi tangkapan penculik/penjenayah ini. Ibubapa sentiasa risau dengan keselamatan anak2 mereka. Kenapa tidak dikerahkan 10,000 anggota Polis untuk mencari dan memburu penjenayah ini ketika kes ini dilaporkan. Kenapa ribuan polis boleh dikerahkan ke Kuala Terengganu, Bukit Selambau dan Bukit Gantang semata-mata kerana menjaga "keselamatan dan ketenteraman awam" semasa pilihanraya kecil berlaku. Jika dilihat kedua-duanya sama, menjaga rakyat. Kenapa anggota polis cukup "mesra" dan tegas dengan orang awam terutama penyokong Pakatan Rakyat atau ahli2 politik Pakatan Rakyat. Kenapa pergerakan kami (Pimpinan Pakatan Rakyat) dipantau dan diintip sehinggakan Mesyuarat Bahagian pun pihak polis nak ambik tahu. Kenapa "prihatin" sangat kepada kami. Jika ada perkara2 yang berlaku melibatkan Pakatan Rakyat, maka "handphone" pimpinan Pakatan Rakyat Negeri akan sentiasa dihubungi... "berapa orang pergi", "pergi berapa kereta" dan macam2 lagi soalan "busy body" yang mereka tanyakan... Bagaimana dengan pimpinan Umno.. Adakah keperihatinan pihak polis terhadap mereka ini sama seperti mana keperihatinan pihak polis terhadap pimpinan Pakatan Rakyat??? Jangan "perihatin" sangat terhadap kami. Kami tidak akan bertindak diluar batasan undang2 dan kami bergerak dan bertindak mengikut perlembagaan parti dan undang2.

Sewajarnya pihak Polis Diraja Malaysia menumpukan untuk mencegah jenayah yang semakin meningkat. Penculikan, Pembunuhan, Mencuri, Merogol, Mencabul, Meragut dan pelbagai lagi bentuk jenayah yang memerlukan komitmen yang tinggi dari pihak Polis.

Semoga tahun ini tidak ada kes seperti Nurin dan Syarlinie berulang...

Dipetik dari blog : keadilan4gelangpatah.blogspot.com

KEMELUT POLITIK DIPERAK

Kadangkala jemu untuk mengulas kemelut politik di Perak. Setelah beberapa isu yang agak ada hubungkait dengan isu di Perak, rakyat sudah boleh menilai dan mengagak apa yang akan berlaku selepas ini. Ternyata rakyat semakin bijak. Bermula dengan keputusan kerajaan pusat membebaskan 13 orang lagi tahanan ISA, ramai mendakwa bahawa tindakan tersebut dilihat seperti "ada udang disebalik batu".

Setelah DS Nizar telah menang dalam tuntutan beliau di mahkamah tinggi dan seterusnya diistiharkan sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Maka ketika itu rakyat bersorak sehinggakan 'SB2 (polis)' turut menghantar SMS 'Takbir DS Nizar menang'. Samada SB ini tahu atau pura2 tak tahu, mereka turut meraikan dengan kemenangan ini. Rakyat serta penyokong Pakatan Rakyat bersorak gembira. Malahan ada yang berpelukkan dan bertangisan kegembiraan. Pada mereka "mahkamah telah BEBAS". Namun "ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan ditengahari", DS Nizar hanya sempat menjawat semula jawatan Menteri Besar kurang dari 24jam akibat tindakan Zamberi memfailkan permohonan untuk menangguhkan keputusan mahkamah. Tidak keterlaluan bahawa isu ini sememangnya telah diarah,diolah dan dirancang dengan cukup rapi oleh pihak yang benar2 "bangsat" kerana tidak memikirkan hal rakyat. Pada mereka maruah politik lebih penting dari membela kebajikan rakyat.

Jika benar perkara ini tidak dirancang, masakan Zamberi dan exconya yang berhadapan dengan situasi genting, menanti keputusan mahkamah yang menentukan "maruahnya" samada beliau adalah Menteri Besar yang "sah" atau Menteri Besar yang "Haram" telah pergi ke Kuala Lumpur bagi menyambut ulang tahun Umno. Seolah-olah tiada kerisauan dalam dirinya. Seolah-olah beliau telah diberi jaminan oleh pihak tertentu bahawa tiada apa yang perlu dirisaukan.

Puak "bangsat" ini mempermainkan kita, mempermainkan pemimpin kita.... Tidakkah anda semua sedar.

Bagi mereka yang benar2 arif dalam hal undang2 dan perlembagaan serta "sarjana" dalam hal Undang2 Tubuh Negeri, kemelut ini amat sukar untuk diselesaikan di Mahkamah. Walaupun Zambery kalah di Mahkamah Tinggi tapi beliau boleh merayu lagi sehingga ke Mahkamah Rayuan. Bilakah kemelut ini akan berakhir....???? Yang pastinya pihak yang kalah akan memfailkan rayuan. Yang tersiksa sudah tentulah rakyat.

Beberapa Individu, Ahli Politik, NGO2, Suhakam dan beberapa pertubuhan bahkan parti komponen BN sendiri (MCA dan Gerakan) telah mencadangkan dan mendesak agar diadakan pilihanraya semula di Negeri Perak bagi menyelesaikan kemelut politik di negeri ini. Namun akibat sikap angkuh, sombong, berlagak dan tidak mementingkan rakyat, puak "Bangsat Umno/BN" ini telah menolak cadangan pembubaran DUN Perak agar diadakan pilihanraya semula. Biarkan rakyat Perak menentukan siapakah yang layak diberi mandat untuk mentadbir negeri mereka.

Masih segar dalam ingatan, agenda pertama keluar dari mulut DS Nizar setelah dinobatkan sebagai Menteri Besar Perak yang sah adalah untuk memohon perkenan Sultan Perak bagi membubarkan DUN Perak agar pilihanraya diadakan semula sedangkan beliau sendiri tidak pasti apakah Pakatan Rakyat mampu menang. DS Nizar percaya, dengan izin Allah swt dan kuasa rakyat Perak sahajalah yang dapat menyelesaikan kemelut di negeri ini. Niat suci beliau belum kesampaian lagi.

Zamberi memfaikan rayuan penangguhan keputusan Mahkamah tinggi. Beliau terus memperlekeh DS Nizar dan kepimpinan Pakatan Rakyat. Golongan "Bangsat" ini yang takut kepada kekalahan jika diadakan pilihanraya semula, terus 'degil dan angkuh' telah menolak segala cadangan agar pilihanraya semula mesti diadakan di Negeri Perak ini. Namun pemimpin Umno/Bn ini terus-terusan menjadi pemimpin "Bacul lagi Pengecut". Sewajarnya penyokong Umno-Bn "malu lagi terhina" dengan tindakan pemimpin mereka. Layakkah pemimpin seperti ini digelar "Pahlawan" yang menjadi "pembela rakyat"..???

Rakyat harus sedar bahawa kemelut di Perak mungkin akan berlaku di Negeri2 lain dan jika terus mengekalkan Umno/Bn sebagai pemerintah maka demokrasi akan terus dilacur.

12 May 2009

BERITA MENGENAI KETUA PKR BAHAGIAN GELANG PATAH


Ketua PKR Bahagian Gelang Patah, Dr. Hajjah Zaliha binti Mustaffa telah dimasukkan ke wad Hospital Pakar Putri akibat mengalami demam denggi. Beliau telah dimasukan ke wad hospital tersebut sejak hari Sabtu.

Beliau kelihatan tidak berapa sihat sejak dari hari Jumaat dan pada malam perbincangan mengenai modul kursus, keadaan beliau dilihat begitu lemah sekali namun beliau tetap menggagahkan diri untuk memberi komitmen bagi menjayakan kursus ini. semangat beliau harus dijadikan contoh kepada semua.

Berikutan dengan itu, satu perbincangan akan dibuat samada kursus "Strategi Pilihanraya" akan diteruskan atau ditunda ke minggu hadapan.

Pihak urusetia akan memaklumkan kepada semua peserta selewat-lewatnya esok (13 Mei 2009).

Marilah kita sama-sama mendoakan agar Dr. Zaliha cepat sembuh.

11 May 2009

PENDEDAHAN : KRONISMA

Disini saya cuba dedahkan beberapa perkara tentang sikap,perangai dan egonya orang UMNO. Kes ini telah lama namun begitu tidak ada seorang pun dari kita cuba huraikan atau cuba ungkapkan agar perkara ini tidak terjadi secara turun temurun atau menjadi tradisi orang UMNO.

Kes pertama adalah seorang Ketua UMNO Cawangan Parlimen Gelang Patah yang menjawat jawatan Pembantu Kesihatan Awam Gred U17 di sebuah Klinik Kesihatan di Parlimen Gelang Patah. Apa yang berlaku disini adalah penempatan bertugas Ketua Umno Cawangan ini telah dirancang dan menggunakan kuasa dalaman dengan menggunakan kuasa UMNO itu sendiri dan beliau dengan megah memberitahu kepada anggota pekerja yang lain beliau akan bertugas disitu sampai pencen dan tidak ada orang yang boleh menukarkan beliau sedangkan staf lama sudah ramai yang bertukar tempat kerja namun tidak pada beliau.

Kes yang kedua Ketua Umno Cawangan ini juga telah banyak kali, acap kali, sering kali dan kerap kali cuti atas urusan UMNO dan urusan peribadi namum begitu tidak sekali pun memohon cuti, beliau menggunakan kuasa beliau cuti dengan sewenangnya tanpa pengetahuan pihak pengurusan, keluar ke Kuala Lumpur atas urusan anak ( belajar di K.Lumpur ), urusan perniagaannya dan urusan UMNO.

Kes ketiga Ketua Umno Cawangan ini sering kali tiada di ditempat kerjanya kerana membantu isterinya menjalankan perniagaan makanan ( Katering ) dan lain-lain.

Kes keempat Ketua Umno Cawangan ini juga telah menggunakan kuasanya untuk mendapatkan kerja anak saudaranya yang kini bertugas ditempat yang sama.

RENUNGAN PILIHANRAYA KE 12.

Sewaktu Pilihanraya Kali ke 12, ramai dikalangan pengundi-pengundi tempatan ( Bahagian Gelang Patah ) yang bertugas diluar kawasan telah balik mengundi. Mereka-mereka ini telah ditipu oleh Orang UMNO dengan berjanji memberikan ‘Wang Tambang’ namun begitu hanya 20% sahaja para pengundi dapat Wang tersebut dan yang lain hanya gigit jari kerana sebahagian Wang tersebut telah diambil oleh petugas-petugas UMNO. Bilik Gerakan Bahagian UMNO di Lima Kedai kecoh selam 4 jam, ada yang membaling kerusi, meja makanan, kasut dan banyak lagi kerana tidak puas hati dengan tindakan PEMBOHONGAN ini.

Luahan Rasa dari
- Ahli Umno Yang Dah Tak Umno -

PERJUMPAAN AJK BAHAGIAN, AMK DAN WANITA BHGN. GELANG PATAH

Untuk makluman semua AJK PKR Bahagian Gelang Patah, AMK Bahagian Gelang Patah dan Wanita Bahagian Gelang Patah bahawa satu pertemuan akan diadakan berdasarkan butiran berikut :

Tarikh : 11/05/2009 (Isnin)
Waktu : 08.45 malam
Tempat : Pejabat PKR Taman Teratai.

Perjumpaan adalah bagi membincangkan beberapa program yang telah disusun antaranya ialah :-

i) Kursus "Strategik Pilihanraya"
ii) Program "Dinner" Pakatan Rakyat
iii) Pilihanraya Kecil DUN Penanti
iv) Program Jejak Fakir
v) Hal2 lain

Sehubungan dengan itu, AJK yang terbabit adalah DIWAJIBKAN HADIR.

Pemangku Ketua Bahagian
PKR Bahagian Gelang Patah

07 May 2009

KEMELUT POLITIK DIPERAK

Raja Muda Perak telahpun merasmikan Sidang DUN Perak. Pelbagai kejadian yang nyata sekali telah memperkosa kemulian Dewan DUN Perak yang mana pecerobohan beberapa individu yang tidak dikenali (dipercayai Polis) telah bertindak mengheret YB Sivakumar keluar dewan dan tidak tahu dimanakah beliau sekarang. Apakah ini cara yang paling bertamadun...??? apakah Zambry bangga dengan tindakan beliau yang kelihatan begitu "terdesak". Nyata benar sekali Barisan "BANGSAT" Nasional akan menggunakan dan menghalalkan apa juga cara bagi mengekalkan mereka terus berkuasa.

Saya yang berada di Johor hanya mampu berdoa dan mengharap pertolongan dari ALLAH agar YB Pakatan Rakyat senentiasa diberikan kekuatan untuk menempuh dan merempuh apa juga rintangan yang akan mereka hadapi. Ingatlah bahawa janji ALLAH itu benar... Kami yakin Yang benar pasti akan menang...

06 May 2009

KOMEN UNTUK PIHAK POLIS

Sejak dari 1 Mei 2009 beberapa pimpinan AMK Gelang Patah telah dihubungi pihak Polis berkaitan dengan beberapa program AMK Gelang Patah.

Mereka menanyakan apakah program PKR Gelang Patah yang akan datang sehinggakan Mesyuarat Bulanan AMK pun mereka ingin siasat. Apakah kurang benar kerja anggota polis sekarang. Sewajarnya mereka lebih menumpukan usaha2 membenteras jenayah yang semakin berleluasa berikutan ekonomi yang merundum sekarang. Namun "kekepohan" mereka dengan terlalu mengambil berat program PKR amat2 dikesalkan. Apakah mereka2 ini dibayar gaji untuk mengekang kemaraan "aura" Pakatan Rakyat.

Kementerian Dalam Negeri dibawah pimpinan Menterinya Datuk Seri Hishamuddin sepatutnya lebih menitikberatkan keselamatan rakyat daripada sikap terlalu "prihatin" kepada pimpinan Pakatan Rakyat.

Kehilangan kanak2 yang meningkat kebelakangan ini sewajarnya menyedarkan pihak polis tentang kelonggaran keselamatan di Malaysia ini.

Sukacita dimaklumkan kepada bahawa kami masih lagi bergerak dilandasan undang2 negara. Setakat ini kami belum lagi bertindak diluar batasan undang2. Namun kami berharap agar pihak polis memberikan ruang agar sistem demokrasi dan hak2 berpolitik tidak dicabuli. Kami adalah sebuah organisasi politik yang sah dan berdaftar.

PIMPINAN PAKATAN RAKYAT DITAHAN POLIS

Chegu Bard masih ditahan di Ibu Pejabat Polis Putrajaya. Beliau ditahan kira2 jam 4ptg tadi. Beliau bersama kira2 30 aktivis Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) juga menyerahkan sepucuk surat daripada bapa mangsa bunuh itu Shaariibuu Setev dan memorandum kepada Datuk Seri Najib Razak.

Pada mulanya mereka dikatakan menyambut hari lahir wanita monggolia itu dihadapan Kompleks Perdana Menteri. Mereka membawa kek seberat 2 kilogram dan kain rentang yang bertulisan "Selamat Hari Jadi Altantuya".

Antara yang awal ditahan adalah Sdr. Sani, Yasir dan Saufi. Chegu Bard yang dinasihatkan untuk hadir ke Ibu Pejabat Polis Putrajaya telah hadir bersama Sdr. Azizi pada jam 4 petang tadi. Namun Sdr. Azizi telah dilepaskan setelah kenyataan diambil manakala Chegu Bard masih lagi ditahan di balai polis tersebut.

Manakala Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu ditangkap polis jam 3.10 petang tadi di hadapan Restoran Haslam, Jalan Pahang Barat dekat sini.

Beliau bersama Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat YB Salihuddin Ayub pada mulanya sedang minum petang di sebuah restoran namun ketika mereka hendak meninggalkan restoran tersebut untuk ke Pejabat Harakah beliau telah ditahan oleh sekumpulan polis yang dipercayai "Special Branch".

Penahanan Mohd Sabu dipercayai berhubung dengan program solat hajat di di Masjid Al-Ittihadiyah, Kampung Tengku Husin Baru,Manjoi bermula jam 5 pagi esok berkaitan persidangan DUN Perak tersebut.

04 May 2009

GERAK KERJA KEARAH PILIHANRAYA

Pada 17 Mei 09 nanti, Angkatan Muda Keadilan Bahagian Gelang Patah dengan kerjasama PKR Bahagian Gelang Patah akan mengadakan Kursus Gerak Kerja Pilihanraya yang mana ini adalah pendedahan peringkat awal mana2 ahli yang belum memahami sepenuhnya gerak kerja pilihanraya.

Kursus ini amat penting bagi setiap AJK Bahagian, Wanita atau AMK Bahagian masing2 demi untuk mengubah pendekatan tradisional yang selalu kita lakukan kepada pendedahan yang lebih berbentuk Teknologi Maklumat seperti Laman web, Blog, SMS, MMS dan macam2 lagi.

Kita perlu seiring denga kemajuan teknologi zaman moden. Jika dahulu kita melancarkan perang saraf melalui sepanduk, poster dan macam2 lagi namun kini boleh menggunakan SMS dan MMS terus ke tangan pengguna "handphone". Biro Unit IT dan Biro Strategik perlu diaktifkan semula. Pengarah Pilihanraya AMK Bahagian Gelang Patah perlu dilantik agar gerak kerja pilihanraya terus aktif sehingga PRU-13.

Namun harapan ini tidak dapat dilaksanakan tanpa kerjasama dari AJK2 yang telah dipilih dan dilantik. Harapan agar keakraban kita sentiasa dipereratkan lagi dari masa ke semasa. Perlu diingatkan bahawa "Tanggungjawab yang perlu ditunaikan lebih banyak daripada waktu yang diberikan kepada kita".

Jika kita dari generasi muda gagal untuk serius dalam perjuangan dan matlamat ini bermakna kita juga akan gagal dalam mencari kemenangan.

Setiausaha
AMK Bahagian Gelang Patah

RENUNGILAH

Firman ALLAH swt yang bermaksud :
"Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan ALLAH), samada dalam keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui." Surah At-Taubah : Ayat 41

Jelas dalam firman-NYA, Allah mengingatkan kita tentang ertinya perjuangan. Ia juga menuntut dari kita samada berjawatan atau tidak agar sama2 memikul tanggungjawab dan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita oleh rakyat. Kita telah menerima jawatan tersebut tanpa paksaan namun jika kita tidak melaksanakan tanggungjawab kita, maka Allah akan mencela kita. Dalam ayat ini juga Allah menerangkan bahawa kita diwajibkan untuk berjihad pada jalan ALLAH dengan harta benda dan jiwa kita. Demi untuk melihat Negara ini ditadbir dengan penuh ketelusan, berkebajikan, peduli nasib rakyat serta mentadbir dengan betul yang memberi jutaan manafaat kepada rakyat,maka wajiblah bagi kita untuk sama2 menetang dan memperbetulkan ketidakbenaran serta ketidaktelusan kerajaan pemerintah. Dan Allah akan memberi sejuta balasan kebaikan kepada setiap perjuangan ke jalan Allah yang penuh keikhlasan dan rasa tanggungjawab....