DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

29 April 2009

BERSEDIAKAH KITA UNTUK MENGHADAPI PILIHANRAYA

Pimpinan Parti Keadilan Rakyat diperingkat Bahagian mahupun Negeri harus sedar bahawa menjatuhkan kerajaan umno/bn bukan tugas yang mudah. Penyusunan gerak kerja yang teratur, membimbing ahli tentang gerak kerja pilihanraya dan yang paling penting adalah penubuhan cawangan2 yang aktif di dalam bahagian tersebut merupakan salah satu elemen penting dalam gerak kerja mencapai kemenangan.

Adalah amat memalukan jika PKR di sesuatu kawasan DUN atau Parlimen umpama " hidup segan mati tak mahu" namun bila tiba musim pilihanraya mahu bertanding di kawasan tersebut. Apa perasaan parti komponen dalam PR yang lain...?? Mereka yang sejak dari dulu lagi mendominasi kawasan tersebut dengan program2 serta gerak kerjanya, namun bila tiba pilihanraya PKR pula yang bertanding.

Tidak salah jika Presiden parti mensyaratkan bahawa jika PKR Bahagian mahu bertanding disesebuah kawasan, paling kurang 5 cawangan aktif telah berjaya ditubuhkan dikawasan tersebut. Syarat ini secara langsung mendesak setiap Ketua2 Bahagian atau mereka2 yang berniat untuk bertanding membuat kerja yang lebih keras dan gigih.

Mungkin persoalan2 dibawah ini "bisa" menyedarkan Ketua2 Bahagian yang masih lena dibuai mimpi dan mengharapkan "tsunami" pada PRU-13 nanti... :-

1. Siapakah calon pada PRU-12 yang masih aktif berkhidmat dikawasannya walaupun tewas??? Adakah kita mencontohi rakan2 kita dari DAP dan PAS...???
2. Sudah lengkapkah Oragnisasi Wanita, AMK dan Bahagian masing2..???
3. Selepas PRU-12, berapa cawangankah yang berjaya kita wujudkan..???
4. Berapa kalikah kita turun ke kampung2 atau ke taman bertemu masyarakat..???
5. Sudah lengkapkah data2 mengenai pengundi di kawasan kita...???
6. Sudah dibuatkah "Post Moterm" kekuatan dan kelemahan kawasan kita...???
7. Sudah tetapkah sasaran dan stratergi untuk mencapai kemenangan..???
8. Sudah terlaksanakah segala perancangan yang telah ditetapkan...??

Janganlah adanya sentimen kepentingan peribadi yang mengatasi prinsip parti dan nilai diri. Perlu diingat bahawa politik mestilah berpaksikan prinsip dan bersendikan nilai. Kita perlu fokus bahawa sasaran kita adalah Umno/BN bukan rakan seperjuangan. Kita mahu menjatuhkan lawan bukan kawan. Paling penting Ketua Bahagian/AMK dan Wanita perlu ada pengisian terhadap tugasan dan rasa tanggungjawab pada jawatan. Bukan berseronok dan bermegah dengan jawatan yang dipegang. Jika tidak mampu memikul dan melaksanakan tanggungjawab, adalah lebih mulia jika berundur sebelum ahli bawahan menolak kamu keluar.

PERANAN BLOG DALAM USAHA MENAWAN NEGERI JOHOR

Jika peranan bloggers selama ini menjadi faktor kepada kecemerlangan pencapaian Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Umum ke-12 dan juga beberapa pilihanraya kecil, maka semua parti dalam Pakatan Rakyat perlu mewujudkan blog masing2 diperingkat cawangan, bahagian mahupun negeri. Kekurangan maklumat dari setiap Bahagian menyukarkan penyaluran maklumat kepada masyarakat yang selama ini bergantung kepada akhbar harian milik BN. Kebergantungan kepada Suara Keadilan, Harakah, Wasilah dan lain2 hanya untuk berita yang umum sahaja. Kekurangan wartawan adalah punca permasalahan rakyat diceruk-ceruk kampung tidak terbela. Bahkan peranan ahli2 serta penyokong2 Pakatan Rakyat hanya bersikap tunggu dan lihat.

Angkatan Muda Keadilan Bhgn. Gelang Patah dalam usaha memperkukuhkan lagi kesepakatan Pakatan Rakyat Parlimen Gelang Patah dan dalam usaha mengambil pendekatan "PEDULI RAKYAT" seperti yang sering disebut oleh Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan mengadakan perbincangan dengan Saketeriat Pakatan Rakyat Parlimen Gelang Patah bagi mewujudkan satu Laman Blog Khas Pakatan Rakyat khusus untuk isu2 sekitar Parlimen Gelang Patah termasuk 2 DUN dibawahnya iaitu DUN Nusajaya dan DUN Skudai. Blog ini akan berperanan sebagai media alternatif rakyat di Parlimen Gelang Patah menyuarakan permasalahan dan ketidakpuashatian mereka. Selain dari itu, Blog ini juga akan bertindak sebagai pemaklum setiap aktiviti Pakatan Rakyat di Parlimen Gelang Patah.

Sehubungan dengan itu, kami berharap agar kerjasama dan idea AMK Bhgn. Gelang Patah dalam usaha menawan Parlimen Gelang Patah dan DUN Nusajaya serta mengekalkan kemenangan di DUN Skudai ini, dapat diperbincangkan dengan lebih lanjut diperingkat Pakatan Rakyat Negeri dan seterusnya diselaraskan serta dilaksanakan disetiap Bahagian. Ini amat penting jika kita mahu menawan negeri Johor daripada pemerintahan haprak Umno/BN.

27 April 2009

PILIHANRAYA KECIL DUN PENANTI

Suruhanjaya Pilihanraya telah menetapkan bahawa Hari Pembuangan Undi pada Pilihanraya Kecil DUN Penanti adalah pada 31 Mei 2009 dan Hari Penamaan Calon pada 23 Mei 2009.

Jentera AMK Gelang Patah hendaklah bersedia dari sekarang untuk dikerah bertugas di Pilihanraya Kecil DUN Penanti itu nanti.

Ayuh kita kekalkan kerusi DUN Penanti.

Ketua AMK
Bahagian Gelang Patah

24 April 2009

PENJELASAN "SEMBAH DERHAKA"

Walaupun video ini agak lewat disiarkan namun ianya perlu disiarkan agar dapat meberi penjelasan maksud "sembah derhaka" yang dilafazkan oleh Datuk Seri Ir. Nizar kepada DYMM sultan Perak.

23 April 2009

SIAPAKAH SEBENARNYA PENDERHAKA RAJA2 MELAYU

Ini bukti pengkhianatan Umno dizaman pemerintahan Mahatir Muhammad yang jelas ingin memperkotak-katikkan Raja2 Melayu. Adakah pada masa itu Pemuda Umno yang kononnya begitu mengasihi Sultan berdemontrasi membantah tindakan Mahatir... Adakah pada masa itu Pemuda Umno membuat laporan polis berhubung pemimpin Umno yang jelas menghina raja2 melayu...




MAKLUMAN

Berikutan adanya pihak yang menggunakan nama Parti Keadilan Rakyat untuk tujuan tertentu dan kemudian program tersebut gagal diadakan maka bermula dari hari ini semua AJK AMK, Wanita atau Bahagian PKR Gelang Patah adalah diminta untuk memaklumkan kepada Ketua Bahagian jika ingin mengadakan apa juga bentuk program bagi diperbincangkan dan diperhalusi dengan lebih lanjut.

Sehubungan dengan itu, sebarang aktiviti yang melibatkan Parti Keadilan Rakyat di Parlimen Gelang Patah samada program tersebut anjuran Cawangan, NGO dan mana2 pihak sekalipun, Ketua Bahagian perlulah dimaklumkan untuk mengelakkan sebarang kemungkinan dan tuntutan dari pihak tertentu yang boleh mencemarkan nama Parti dan Pimpinan Parti.

BLOG PKR BAHAGIAN GELANG PATAH

Sekalung Tahniah kepada PKR Bahagian Gelang Patah kerana telah mempunyai blognya sendiri di alamat --->> http://keadilan4gelangpatah.blogspot.com

LEBUHRAYA UTARA SELATAN : TOL KEMPAS

AMK Gelang Patah menerima e mail dari seorang pembaca yang mahukan pihak PLUS membuat tindakan segera. Antara kandungan email tersebut adalah seperti berikut :-

Lorong S06 Tol Kempas (Skudai - Johor Bahru) terdapat lubang di Lorong tersebut yang harus ditampal untuk mengelakkan kerosakan kepada kenderaan/kereta2 kompak seperti kancil, viva dan sebagainya. Bagi mereka yang menyedari adanya lubang disitu mungkin akan mengelak namun bagi mereka yang tidak menyedari dan terlanggar lubang tersebut, mungkin akan menyebabkan kerosakan pada 'rim' tayar.

Teguran telah dibuat kepada kakitangan tol terbabit seminggu yang lepas, namun tiada tindakan yang dibuat. Tindakan segera harus diambil. Kami pembayar tol mahukan jalan yang baik dan selesa.

Suara Hati
Viva Hitam.

21 April 2009

PERGADUHAN DI PEKAN NANAS - ORANG RAMAI DINASIHATKAN BERTENANG

Semalam (20/04/2009 @ Isnin) telah berlaku satu pergaduhan yang membabit pelajar sekolah di Pekan Nanas, Pontian. Pergaduhan yang pada mulanya hanya melibatkan pelajar2 sekolah antara pelajar melayu dan pelajar cina telah menimbulkan ketidakpuashatian bapa seorang pelajar cina yang terbabit dalam pergaduhan tersebut. Melihat situasi yang agak tegang, seorang guru lelaki bertindak menenangkan keadaan, malangnya guru tersebut telah dibelasah oleh bapa pelajar tersebut bersama rakan2nya sehinggakan menyebabkan kecederaan.

Polis telah pun menahan bapa pelajar berkenaan namun akibat dari sentimen perkauman yang diapi-apikan oleh pihak tertentu, penduduk2 melayu disekitar Pekan Nanas keluar dan berhimpun di Balai Polis Pekan Nanas. Mereka menjerit slogan2 yang boleh membangkitkan semangat kemarahan orang melayu terhadap kaum cina. Sewajarnya perkara ini tidak boleh dipandang dari sudut perkauman.

AMK Gelang Patah mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak2 yang tidak bertanggungjawab cuba mengapi-apikan isu ini. Tahniah kepada PDRM kerana berjaya mengawal keadaan. Namun isu ini perlu ditangani secara berterusan. Jika pemantauan tidak dibuat secara berterusan, kami percaya situasi yang sama akan berlaku seperti mana di Kg. Medan dan Taman Cendana.

AMK Gelang Patah mendesak agar Menteri Dalam Negeri sendiri datang ke Pekan Nanas bagi menyelesaikan isu ini. Kami tidak mahu penduduk berada dalam ketakutan untuk menjalankan apa juga aktiviti.

AMK Gelang Patah menyeru kepada orang ramai bertenang dan menjalankan aktiviti seperti biasa serta menasihatkan agar kita tidak terpengaruh dengan sms2 dan juga khabar2 angin dari pihak yang tidak bertanggungjawab yang boleh menyebabkan perselisihan faham antara kaum berlaku.

SALAM TAKZIAH

Ketua Bahagian Tenggara, Sdr. Abd. Jalil telah memaklumkan bahawa Bonda kepada Ketua AMK Bahagian Tenggara yang juga Ketua Penerangan AMK Johor telah kembali ke Rahmatullah pada kira2 jam 7.00 pagi (Selasa @ 21 Mac 2009) tadi dirumahnya yang beralamat 106 Jalan Biru 4, Felda Pengeli Timur, Kota Tinggi.

Kepada yang beragama Islam marilah kita sama-sama menghadiahkan Al-Fatihah untuk Allahyarhamah Hjh. Ja'imah bte Hj. Mashud. Semoga rohnya berada dan bersama-sama roh orang2 yang beriman. Insya-ALLAH.

Al-Fatihah.....

Setiausaha
AMK Bahagian Gelang Patah

MESYUARAT AMK BAHAGIAN GELANG PATAH

Untuk makluman semua Ahli Jawatankuasa Angkatan Muda Keadilan Bahagian Gelang Patah, bahawa satu mesyuarat akan diadakan berdasarkan butiran berikut :-

Tarikh : 04 Mei 2009 (Isnin)
Masa : 08.45malam
Tempat : Pejabat Parti Keadilan Rakyat
Taman Teratai, Skudai.

Sehubungan dengan itu, semua AJK AMK Bhgn. Gelang Patah adalah diwajibkan hadir.

Azlan Ishak
Ketua AMK
Bahagian Gelang Patah

20 April 2009

KURSUS STRATEGIK PILIHANRAYA

Parti Keadilan Rakyat Bahagian Gelang Patah akan mengadakan Kursus Strategik Pilihanraya berdasarkan butiran berikut :-

Tarikh : 17 Mei 2009 (Sabtu dan Ahad)

Masa : 09.00 pagi hingga 04.00 petang

Tempat : Pejabat PKR Negeri, Taman Teratai, Skudai, Johor.

Oleh yang demikian, semua AJK AMK Bhgn. Gelang Patah adalah diwajibkan hadir. Kursus ini adalah sebagai persediaan awal bagi menghadapi sebarang pilihanraya samada pilihanraya kecil atau pilihanraya umum.

Ketua
Angkatan Muda Keadilan
Bhgn. Gelang Patah

CATATAN MESYUARAT AMK JOHOR

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Bahagian Gelang Patah telah menjadi tuan rumah Mesyuarat EXCO Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor (AMK Johor). Mesyuarat yang diadakan di Pejabat PKR Negeri, Taman Teratai, Skudai telah di Pengerusikan oleh Ketua AMK Johor Sdr. Zabidie bin Abas dan mesyuarat bermula jam 2.45ptg.

Ketua AMK Gelang Patah tidak dapat hadir ke mesyuarat tersebut berikutan beliau terpaksa bergegas ke Muar kerana masalah keluarga. Namun begitu AMK Gelang Patah diwakili Sdr. Choong manakala Sdr. Azman bin Hj. Idris mewakili Sdr. Azlan sebagai Ketua Zon 4. Menurut Sdr. Azlan, walaupun Sdr. Choong merupakan AJK baru AMK Gelang Patah namun beliau diberi peluang untuk duduk bersama Exco AMK Negeri sebagai pendedahan serta pengalaman dan pendedahan ini akan diberikan kepada semua AJK yang benar2 komited. Sdr. Azlan juga mengucapkan terima kasih kepada Sdr. Ramli, Sdr. Zainalhelmi dan Sdr. Amer kerana banyak membantu menjayakan mesyuarat tersebut. Sokongan dan kerjasama seperti inilah yang amat diharapkan dimana semua AJK mengambil peduli setiap program yang diadakan di Gelang Patah.

Mesyuarat semalam juga menerima kedatangan Sdr. Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ketua AMK Malaysia bersama Tn. Hj. Ramlan (Exco AK Malaysia) dan Sdr. Hamuzair (SUK AMK Malaysia). Kedatangan Sdr. Shamsul disambut dengan nyanyian lagu "Arus Perjuangan" oleh Exco AMK Johor dengan penuh semangat. Banyak yang diperkatakan oleh Sdr. Shamsul antaranya beliau mahukan semua Ketua2 AMK Bahagian memulakan gerak kerja pilihanraya. Penerangan berbentuk ceramah umum, ceramah kelompok juga pengedaran risalah harus dilakukan seberapa segera dan kerap agar rakyat tidak termakan dengan berita2 yang telah diputarbelitkan oleh media arus perdana yang terus menerus berkempen untuk Umno/bn.

Selepas itu kami berkonvoi mengiringi Sdr. Shamsul Iskandar ke Kg. Baru Pletong Tengah. Setiba disana kami lihat semua rumah sudahpun dirobohkan dan suasana hiba dan sedih apabila melihat suasana kampung tersebut seperti dilanda gempa bumi. Diberitakan bahawa sejumlah penduduk akan disaman oleh Pemaju (Bkt. Lenang Development sdn Bhd) sebanyak RM1juta seorang. Setelah rumah penduduk yang daif dan miskin ini dirobohkan kini mereka berdepan pula dengan saman oleh pemaju. Apa yang Umno buat jika mereka mengatakan bahawa Umnolah pejuang orang2 Melayu...?? Mana Khalid Nordin... Mana Ghani Osman... Inikah dia pembela melayu. Untuk makluman penduduk Kg. Baru Plentong Tengah adalah 100% Melayu.

Selepas menunaikan Solat Maghrib di Surau Kg. Baru Plentong Tengah kami kemudiannya bergerak untuk menuju ke rumah Timb. Ketua Bahagian PKR Pasir Gudang (Sdr. Shukor) untuk bersiap bagi ceramah perdana bersama pimpinan Pakatan Rakyat di Bandar Seri Alam, Pasir Gudang.

Kedatangan Ketua AMK Malaysia amat bermakna untuk kami. Terima Kasih Sdr. Shamsul Iskandar.

18 April 2009

GURU BERPOLITIK : HALAL UNTUK UMNO SAHAJA

Dasar yang membenarkan guru2 dari Kumpulan A aktif dalam politik seperti yang dicadangkan oleh Hishamuddin Tun Hussein memerlukan penjelasan yang cukup terperinci. Apakah guru2 yang pro kepada Umno sahaja dibenarkan aktif berpolitik ataupun guru2 ini diberi kebebasan memilih untuk memilih parti politik mana yang mereka ingin sertai...?? Jaminan perlu diberikan agar guru2 yang pro kepada pembangkang tidak 'ditendang' ke sana ke mari. Guru2 harus diberikan kebebasan berpolitik. Jika kepimpinan Umno/bn benar2 telus dan adil, pasti golongan pendidik ini akan memberi sokongan penuh kepada Umno/bn namun jika sebaliknya guru2 ini sudah pasti tidak mahu 'melacur'kan dirinya bersama-sama Umno/bn.

15 April 2009

IBRAHIM ALI 'BANGSAT' ATAU 'BANGSAT' IBRAHIM ALI

Sukar untuk membaca gerak politik Datul Ibrahim Ali. Dahulunya beliau seperti suami kematian isteri sehinggalah beliau ditawarkan bertanding atas tiket PAS pada PRU 12. Namun madu yang diberi kini dibalas dengan racun. Inilah politik Ibrahim Ali.

Kini beliau sibuk memperkatakan kekuatan orang melayu dan menyeru orang melayu menyokong Umno agar parti yang dianggap membela kaum melayu ini menjadi kuat. Kenapa baru sekarang?? Kenapa setelah Umno yang telah lari matlamat perjuangan harus diperkuatkan. Apatah lagi Umno sekarang diketuai oleh pemimpin yang dipalit dengan pelbagai isu dan skandal. Mengapa begitu mudah Ibrahim Ali menjilat kahak hijaunya yang telah diludahkan kepada Umno. Apakah ini wajah sebenar Ibrahim Ali.

Tidak dinafikan, bahkan saya cukup menghormati Ibrahim Ali sebelum ini namun setelah beliau banyak melukakan hati rakan2 Pakatan Rakyat yang pernah mengubati sawan "meroyan" rasa hormat kini kian pudar. Jika beliau boleh memaki hamun Umno setelah di"talak"kan oleh parti tersebut, adalah tidak mustahil beliau boleh melemparkan cercaan kepada Pakatan Rakyat setelah beliau mendakwa bahawa "Ibrahim Ali adalah Ahli Parlimen BEBAS" walaupun bertanding atas tiket PAS. Ibrahim Ali boleh dianggap sedikit bermaruah jika hendak dibandingkan dengan Osman Jailu dan Jamaluddin Md Radzi namun 'kebangsatannya' tetap sama.

Tuntutan Parti Komponen BN dalam pemilihan Menteri Kabinet bukan kerana faktor orang melayu lemah tapi kerana pemimpin utama negara adalah terdiri dari mereka yang tidak 'bersih', kotor, jijik lagi haprak. Apabila kreadibiliti pemimpin boleh dan mula dipersoalkan, maka inilah yang bakal terjadi. Mereka kurang rasa hormat kepada pemimpin apatah lagi mereka2 hanya dibezakan oleh pangkat. Kenapa pula kurangnya sokongan orang melayu kepada Umno dipersoalkan sedangkan pembesar2 melayu dalam Umno terus menerus mengaut dan mengumpul harta kekayaan. Apakah mereka peduli kepada masalah rakyat. Jika pun mereka peduli, berapa peratuskah kepedulian mereka.

Pembesar dalam Umno juga seperti Ibrahim Ali yang lupa diri. Setelah rakyat mengangkat pembesar Umno ini menjadi pemimpin, mereka lupa untuk membalas jasa rakyat. Mereka terus alpa mengaut dan mengumpul harta kekayaan selagi mereka bergelar Yang Berhormat (YB). Namun dimata rakyat, pemimpin seperti mereka wajar digelar 'Yang Bangsat'.....

14 April 2009

BERHATI-HATI DENGAN KEMENANGAN DI 4 PRK

Saya ada menulis tentang kemenangan Pakatan Rakyat pada 2 PRK sebelum PRK di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai dan bagaimana kegagalan "puak laknat" ini membawa masuk pengundi hantu apabila pergerakkan dan kemasukan pengundi berjaya dikesan oleh petugas2 dan sukarelawan Pakatan Rakyat. Namun mereka mencuba lagi di 2 PRK terkemudian ini dan kita tidak mendapat berita mengenai pengundi hantu di Batang Ai. Mereka hampir2 berjaya mengelirukan kita. Dikhuatiri sekiranya berlaku sekali lagi PRK di mana2 negeri mereka pasti akan mencuba untuk membawa masuk pengundi hantu ini dengan pelbagai cara. Yang pastinya 'puak2 laknat' ini akan mencuba dan terus mencuba. Tidak keterlaluan jika kegiatan 'haram jadah' ini dilindungi oleh pihak2 tertentu yang sanggup menjadi pelindung kepada 'pembesar2' yang mahu terus berkuasa tanpa memperdulikan dosa. Nasihat kepada pelindung2 kegiatan haram ini supaya memikirkan rezeki yang bakal diterima hasil dari kerja2 haram ini bakal disuapkan kepada anak isteri di rumah. Boleh diumpamakan pelindung2 ini diberikan daging babi oleh yang dilindung, daging babi tersebut telah dipotong2 agar sesiapa tidak mengetahui daging tersebut adalah daging babi lalu diberikan kepada isteri untuk dimasak kemudian dimakan bersama sekeluarga. Fikirlah sendiri.....

Yang pastinya, jentera Pakatan Rakyat sewajarnya diberikan latihan, penerangan dan ilmu yang cukup untuk menghadapi situasi politik kotor sebegini. Jangan tunggu berlakunya pilihanraya kecil atau pilihanraya umum baru kita mahu bertindak. Dikhuatiri tindakan kita agak terlewat. Justeru, AMK Gelang Patah menyeru, meminta dan merayu agar semua AMK di seluruh Negeri Johor diberikan latihan secukupnya. Ketua AMK Johor dan Exconya serta dengan sokongan Ketua AMK Bahagian seharusnya merencana sesuatu bagi mencari formula penambahbaikan AMK itu sendiri. Kesedaran ahli tentang perjuangan harus dipertingkatkan. AMK tidak harus leka dan lesu. Kita harus bergerak dan terus bergerak, berkerja dan terus berkerja.

Saya yakin dan pecaya bahawa setiap kepimpinan AMK baik diperingkat Cawangan, Bahagian, Negeri dan Pusat mempunyai perancangan sendiri. Namun perancangan sahaja tidak cukup jika tiada perlaksanaan. Kita sewajarnya berganding bahu, berkongsi idea serta mempereratkan lagi hubungan dengan PAS dan DAP.

Berbalik semula kepada isu pengundi hantu, saya amat berkeyakinan bahawa jika berlakunya pilihanraya umum dalam tempoh terdekat, pengundi2 hantu ini pasti akan dibawa masuk ke kawasan2 penting demi untuk BN terus kekal berkuasa. Mereka sudah mencuba di 4 pilihanraya kecil dan mereka telahpun mengetahui cara mana untuk mengelak kemasukan pengundi hantu ini dikesan.

Justeru, Angkatan Muda Keadilan mesti bersedia untuk berdepan dengan taktik kotor mereka. Yang pastinya mereka akan menggunakan apa juga instrument kerajaan untuk mereka terus kekal berkuasa.

13 April 2009

ULANGTAHUN PERTAMA PENUBUHAN AMK GELANG PATAH

Hari ini adalah ulangtahun pertama penubuhan Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah yang ditubuhkan atas semangat anak muda yang mahukan kepimpinan negara di pimpin oleh pemimpin yang benar2 berkualiti, telus, adil dan saksama. Anak muda yang sentiasa inginkan perubahan dari segi pentadbiran dan pengurusan serta berintergriti.

Saya selaku Ketua Angkatan Muda Keadilan Bahagian Gelang Patah mengucapkan tahniah kepada Ahli Jawatankuasa AMK Gelang Patah samada yang dipilih atau dilantik diatas semangat kerjasama dan komitmen yang diberikan. Walaupun adakalanya kita berselisih faham dan pendapat, namun anggaplah ianya sebagai asam garam hidup berkeluarga. Saya amat2 mengharapkan AJK AMK Gelang Patah kembali bersatu dan berpadu untuk kita bersama-sama mencapai matlamat, visi dan misi parti. Walaupun kita bergerak dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu namun tiada alasan untuk kita memberhentikan perjuangan kita. "Perjuangan mesti diteruskan".

Kita telah menunjukan sikap prihatin kita kepada masyarkat apabila kita membantu mangsa banjir di Kampung Laut. Kita menyelamatkan beberapa keluarga. Kita juga berupaya menghantar jentera ke PRK Permatang Pauh dan beberapa PRK. Kita mampu mengurangkan majoriti dari 32000 undi kepada 7000 undi dan banyak lagi aktiviti2 yang berjaya kita adakan.

Insya-ALLAH pada hari2 yang mendatang ini saya akan cuba menjalankan tanggungjawap dengan lebih baik dan saya amat2 mengharapkan agar kesepaduan dan kesepakatan dapat dipereratkan lagi. "Buang yang keruh ambil yang jernih". Saya mengharapkan kepada semua AJK AMK agar kembali ke matlamat asal kita dan fokus. Ini amat penting bagi kita menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku di Johor ini. Kita harus mempersiapkan jentera bagi menghadapi pilihanraya akan datang. Tidak mustahil pilihanraya umum akan berlaku pada tahun hadapan. Justeru saya menyeru semua AJK AMK Gelang Patah untuk bersama-sama menggerakan jentera PKR Bhgn. Gelang Patah. Kita adalah sayap parti.

Akhir kata saya mengucapkan "TAHNIAH" kepada semua warga AMK Gelang Patah. "Nang tak Nang".... "Wan tak wan"... Jangan jadi orang Malaysia tapi mengaku orang siam..... "Jangan takut Mahluk".....

Azlan Ishak
Ketua AMK
Bahagian Gelang Patah

ULASAN "PENTAS ANAK MUDA 11/4"

11/04/09 - Pentas Anak Muda anjuran bersama AMK Johor dan AMK Gelang Patah telah berlangsung dengan jayanya walaupun kehadiran agak kurang memuaskan . Namun ia cukup menaikkan semangat AMK Gelang Patah termasuk AJK Cawangan Taman Damai Jaya yang mana mereka mengharapkan agar aktiviti/program kerap diadakan di cawangan tersebut.

En. Abd Manan selaku Pemangku Ketua Bahagian Gelang Patah memulakan ucapan alu-aluan mengucapkan jutaan terima kasih pada yang hadir dan kemudian dalam ucapannya beliau menyentuh tentang pembentukkan kabinet Najib yang pada pandangan beliau kurang adil dimana negeri/ahli parlimen yang menang dalam PRU-13 tidak dilantik dalam barisan menteri kabinet tapi Najip mengiktiraf negeri/individu yang tewas dalam PRU-13 untuk menjadi menteri/timbalan menteri.

Sdr. Shamsul Bakri (EXCO Pemuda PAS Johor) yang menggantikan Sdr. Khairul Faizi pula menyentuh tetang pilihanraya kecil di 3 kawasan baru2 ini. Beliau amat kagum dengan sokongan kaum tionghua di Perak yang sebahagian besar menyokong pakatan rakyat. Bahkan ada diantara mereka sudah mula berani memakai t-shirt PAS. Ini menunjukkan mereka sudah mulai menerima kehadiran Islam dalam kelompok masyarakat mereka.

YB. Dr. Boo (ADUN Skudai) menyentuh tentang isu "apartied" yang cuba dimainkan sebagai isu perkauman oleh Umno. Sedangkan isu sebenar adalah untuk membela pelabur Dana Johor yang kebanyakannya adalah melayu namun akibat "kecetekan" pemikiran maka pemuda Umno memainkan isu ini sebagai Isu Perkauman. Beliau juga menerangkan bahawa rakyat Johor sudah mulai menerima Pakatan Rakyat berdasarkan tinjauan dan maklumbalas yang beliau terima.

YB. Nik Nazmi (ADUN Sri Setia/Setiausaha MB Selangor) pula menerangkan faedah2 yang diterima oleh rakyat Selangor dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat. Perolehan dan pendapatan negeri Selangor juga jauh lebih baik dari sebelumnya. Kemudahan dan faedah diberikan kepada rakyat tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik. Bayi yang baru lahir sehinggalah pewaris kepada mereka yang meninggal dunia akan mendapat bantuan dibawah pelbagai skim dan kemudahan.

YB. Amiruddin (ADUN Batu Caves) antaranya menyentuh tentang isu Khairi Jamaluddin yang tidak dilantik sebagai Menteri walaupun telah dipilih sebagai Ketua Pemuda Umno pemilihan Agung Pemuda Umno baru2 ini. Beliau juga menyelar bahawa Najib seolah-olah dibonekakan oleh Tun Dr. Mahatir. Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-6 sewajarnya membersihkan dahulu dirinya sebelum menjawat jawatan tersebut. Beliau membawa kepada kes Tengku Razaleigh yang pernah dituduh menyalahgunakan kuasa satu ketika dulu oleh akhbar Hong Kong. Tengku Razaleigh menyaman akhbar tersebut dan menang dalam kes tersebut yang mana ianya telah membersih namanya dan beliau kembali ke arena politik semula. Namun Najib langsung tidak membuat penafian apabila wartawan perancis telah mendakwa bahawa beliau pernah dilihat bersama-sama Razak Baginda dan Altantunya makan bersama disebuah restoran di Perancis.

Sdr. Faris Musa (Timbalan Ketua AMK Malaysia) yang menggantikan Sdr. Shamsul Iskandar pula menerangkan pada pilihanraya kecil bukit Selambau sejumlah 2000 lebih pengundi hantu/ragu berjaya di kesan sedangkan pengundi yang layak mengundi mengikut senarai nama SPR berikan dikawasan taman tersebut berjumlah 3000 lebih. Bermakna kira2 60% pengundi berdaftar di Taman adalah pengundi hantu/ragu. Ianya langsung tidak dijawap oleh SPR. Beliau juga menyentuh hukuman gantung Azilah dan Sirul yang dituduh membunuh Altantunya. Beliau mencabar Najib menyaman beliau atas kenyataan beliau yang menuduh bahawa Najib dan Rosmah adalah perancang kepada pembunuhan Altantunya.

Ceramah berakhir jam 12tgh malam.

Sesungguhnya yang baik itu datang dari ALLAH dan yang buruk itu datangnya dari Umno.

10 April 2009

ALI RUSTAM KECEWA

Semasa Pak Lah menjadi Perdana Menteri, Melaka mempunyai 2 Timbalan Menteri dari negeri itu iaitu Datuk Wira Abu Seman (Kementerian Pertahanan) dan Datuk Idris Harun (Kementerian Pengajian Tinggi) namun harapan Ketua Menteri Melaka untuk melihat sekurang-kurangnya seorang menteri penuh dari negeri itu tidak kesampaian apabila Datuk Idris Harun digugurkan terus dari barisan menteri kabinet Najib manakala Datuk Wira Abu Seman Yusop dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Pembersihan 'orang2 Pak Lah' sudah dimulakan oleh Najib. Harus diingat bahawa Yang Dipertua Negeri Melaka berasal dari Pahang dan merupakan orang kuat Mahatir yang mana Mahathir adalah Tuan Penasihat kepada Najib. Mungkin selepas ini Ketua Menteri Melaka bakal menjadi ADUN biasa. Bersiap sedialah Ali Rustam.....

MELAYU DALAM UMNO AKAN BERPECAH

Selepas PRU-12 tahun lalu, saya ada berbual dengan seorang yang ingin digelar 'Man Puaka Kg. Pasir' yang mana dahulunya beliau adalah penyokong tegar Umno. Dalam perbualan itu, beliau ada mengatakan bahawa pada 2009 akan berlaku perpecahan melayu dalam Umno. Dan perpecahan itu akan berpunca dari Khairi Jamaluddin. Beliau menegaskan lagi, sekiranya Khairi menjadi Ketua Pemuda Umno Malaysia maka 2 kumpulan melayu akan terbentuk. 1 kumpulan akan mengikut Hishamuddin yang pro kepada Najib dan 1 kumpulan akan mengikut Khairi yang sudah tentu pro kepada Pak Lah. Pada ketika itu belum ada ura2 Pak Lah akan berundur. Bahkan tidak diketahui lagi siapakah calun yag akan bertanding bagi merebut jawatan Ketua Pemuda Umno. Namun telahan 'Man Puaka Kg. Pasir' ini seakan ada kebenarannya.

Setelah terbentuknya Menteri Kabinet Pilihan Najib, Khairi telah tersingkir. Apakah perasaan Khairi apabila Naibnya dipilih untuk menjawat Timbalan Menteri Belia Sukan. Mukhriz yang tewas kepada beliau dalam perebutan Ketua Pemuda Umno Malaysia pula dipilih sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Mungkin Khairi boleh memberi alasan bahawa Najib tidak melantik beliau ke dalam Menteri Kabinet kerana mahukan Khairi memberi tumpuan kepada gerak kerja Pemuda untuk menarik golongan muda ke dalam Umno namun kenapa Khairi sahaja. Kenapa tidak Razali bersama-sama beliau membuat gerak kerja tersebut.

Mungkin keputusan 'tegas' Najib tidak memilih Khairi kerana mahukan barisan menteri kabinetnya bersih dari rasuah betul walaupun jelas ianya dipengaruhi oleh 'mentor'nya Tun. Dr Mahathir namun apakah barisan kabinet Najib benar2 bersih dari pelbagai palitan skandal..??? Najib sendiri dipenuhi dengan pelbagai skandal yang belum dinafikan oleh beliau secara serius. Seharusnya Najib harus membersihkan dirinya dari sebelum menjawat jawatan Perdana Menteri. Bagaimana mungkin kabinetnya dapat menjadi pemimpin yang baik sedangan beliau sendiri kepelbagaian skandal. Muhyiddin Yassin pula perlu menafikan skandal dan tuduhan ke atas beliau semasa menjadi menteri brooker.. opsss... Menteri Besar Johor dahulu. Apakah beliau juga benar2 bersih... Tak di ketahui menteri manakah yang benar2 suci atau masih 'dara' dari palitan pelbagai jenis rasuah, penyalahgunaan kuasa dan pelbagai lagi.

Apakah bekas menteri yang tidak tersenarai dalam kabinet baru Najib merasa kecewa kerana disingkirkan dan mungkinkah mereka melompat masuk ke PR. Tunggu sajalah lakonan mereka. Yang pastinya ada yang meratap hiba kerana tidak bisa lagi "merompak harta rakyat" akibat disingkirkan dan kani barisan "perampok harta rakyat" yang baru di ketuai oleh Najib sudah dibentuk dengan mantap.

Untuk Man Puaka Kg. Pasir, ramalan mu benar belaka....

09 April 2009

UCAPAN TAHNIAH DAN TERIMA KASIH

Tahniah kepada YB Datuk Seri Ir. Nizar Jamaluddin (Ahli Parlimen Bukit Gantang) dan YB S. Manikumar (ADUN Bukit Selambau). Tahniah kepada pengundi Pakatan Rakyat di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan juga Batang Ai.

Sejuta tahniah kepada petugas2 yang datang dari setiap pelusuk negeri tanpa mengenal erti penat lelah, wang ringgit dan masa demi untuk memenangkan calon Pakatan Rakyat.

AMK Gelang Patah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Sdr. Zulkaria Ali (Ketua Penerangan) yang mengetuai wakil AMK Gelang Patah ke Bukit Selambau bersama-sama Sdr. Asrol Affandi, Sdr. Muhammad Aidil dan Sdr. Osman. Semoga pengalaman yang anda dapat dari gerak kerja yang di buat semasa bertugas di Bukit selambau dapat diterapkan kepada gerak kerja di Parlimen Gelang Patah.

Tahniah kepada semua...

Ketua AMK Gelang Patah

07 April 2009

PERSIAPAN CERAMAH "PENTAS ANAK MUDA"

Dikala ada teman2 yang bertugas dan berkerja keras membantu serta memantapkan lagi Jentera Pakatan Rakyat dalam usaha memenangi Pilihanraya Kecil DUN Bukit Selambau, kami di Gelang Patah juga berkerja hingga ke larut malam bagi menyiapkan banner dan poster bagi tujuan promosi untuk ceramah "pentas anak muda" pada 11 April 2009 nanti.
Kehadiran Sdr. Azlan (Ketua AMK Gelang Patah) dan Sdr. Helmi pada malam tadi seolah-olah memberi satu suntikan semangat bahkan beliau sanggup untuk bersama-sama AJK lain sehingga ke jam 3 pagi. Kehadiran Sdr. Noh dari PAS juga amat2 kami hargai. Bahkan semuanya nampak begitu bersemangat membuat persiapan ceramah tersebut.
Sdr. Yusree yang merupakan Ketua Program "Pentas Anak Muda" ini mengharapkan kehadiran orang ramai terutama penduduk Parlimen Gelang Patah untuk hadir bagi mendengar penerangan dari kepimpinan parti yang tidak disiarkan dimana-mana media arus perdana.

01 April 2009

"PENTAS ANAK MUDA"

Angkatan Muda Keadilan Bahagian Gelang Patah (AMK GP) dengan kerjasama Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor (AMK J), akan mengadakan program "Pentas Anak Muda" pada 11 April 2009 nanti yang turut disertai oleh wakil Dari PAS dan DAP. Antara penceramah undangan yang dijangka hadir adalah :-
  • Sdr. Samsul Iskandar - PKR (Ketua AMK Malaysia)
  • YB Amiruddin Shari - PKR (ADUN Batu Caves)
  • YB Nik Nazmi - PKR (ADUN Sri Setia/Setiausaha MB Selangor)
  • YB Dr. Boo Cheng Haw - DAP (ADUN Skudai)
  • Sdr. Khairul Faizi - PAS (Ketua Dewan Pemuda PAS Johor)
Menurut Ketua Program Sdr. Yusree Abd Hamid, ceramah yang bakal diadakan adalah untuk menerangkan isu-isu politik semasa tanahair yang perlu diperjelaskan kepada penduduk Parlimen Gelang Patah yang mana isu2 ini sering diputarbelitkan oleh media2 arus perdana. Program tersebut yang akan diadakan di : Perlaluan Makmur 72, Taman Damai Jaya, Skudai, Johor iaitu dihadapan Bilik Gerakan Pakatan Rakyat, Cawangan Taman Damai Jaya. Program yang akan bermula pada jam 8.30malam.

Beliau juga menyeru kepada penduduk sekitar Parlimen Gelang Patah dan sekitarnya agar datang beramai-ramai untuk mendengar penjelasan dari pimpinan Pakatan Rakyat mengenai situasi politik negara apatah lagi program tersebut diadakan selepas Pilihanraya Kecil (PRK) Bukit Gantang/Bukit Selambau dan Batang Ai.

SUARA KEAMANAN GANTI SUARA KEADILAN


Disebabkan permit penerbitan Suara Keadilan telah digantung selama tiga bulan bermula 23 Mac lepas, Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) mengambil keputusan untuk tidak menerbitkan akhbar itu selama tempoh tersebut.

Sebagai ganti, akhbar Suara Keamanan akan menemui pembaca, secara mingguan setiap hari Selasa mulai hari ini.

Suara Keamanan adalah sebuah penerbitan tidak berkala dari segi namanya, oleh itu tidak memerlukan permit penerbitan dari KDN.

Pembaca boleh mendapatkan akhbar tersebut dari pengedar-pengedar dan penjual yang sama yang mengedar Suara Keadilan sebelum ini.


Jabatan Editorial Suara Keamanan