DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

31 July 2008

Wan Azizah lepaskan Permatang Pauh, Anwar bertanding



(Mutakhir) KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan beliau akan bertanding di kawasan Parlimen pada pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Ia berikutan tindakan isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengosongkan kerusi itu berkuat kuasa hari ini.

Ia diumumkan pada sidang media di sini sebentar tadi.

Dr. Wan Azizah merupakan Ahli Parlimen kerusi itu sejak pilihan raya umum 1999 iaitu selepas selepas Anwar dipecat daripada parti dan kerajaan setahun sebelum itu dan dihadapkan di mahkamah.

Kini Dr. Wan Azizah merupakan Ketua Pembangkang di Parlimen.

"Hari ini saya secara rasmi meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh bagi membolehkan Datuk Seri Anwar bertanding dalam satu pilihan raya kecil secepat mungkin," kata Dr. Wan Azizah.

Dalam pada itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman memberitahu mStar Online bahawa pihak "telah dimaklumkan secara informal" mengenai kekosongan tetapi menunggu makluman rasmi daripada Speaker Dewan Rakyat.
Kata beliau, SPR akan menentukan tarikh sesuai mengadakan pilihan raya kecil sebaik sahaja dimaklumkan mengenai kekosongan itu secara rasmi.

Jelas beliau, pihaknya akan mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari untuk mengisi kekosongan itu.

Ketika ditanya sama ada pilihan raya kecil akan diadakan meskipun kerusi itu dikosongkan atas 'kehendak sendiri', Abdul Rashid memberitahu, bagi pihaknya cara kekosongan itu tidak penting.

"Yang penting apabila ada kekosongan, kekosongan itu akan diisi (dengan diadakan pilihan raya kecil)," katanya.

Nadi REFORMIS
AMK Gelang Patah

Siasatan liwat Anwar selesai - Syed Hamid


(Mutakhir) PETALING JAYA: Polis telah melengkapkan siasatan dakwaan liwat melibatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan akan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.


Bagaimanapun beliau tidak tahu bila ia dihantar dan isi kandungan laporan berkenaan.
Beliau juga enggan mengulas lanjut isu itu kerana ia diuruskan oleh polis.

Nadi REFORMIS


AMK Gelang Patah

Ahli BN Sabah, Sarawak minat jalin kerjasama


KUALA TERENGGANU - Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di Sabah dan Sarawak menunjukkan minat untuk menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Rakyat (PR).


Pengarah Strategi PKR Pusat, Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkembangan positif tersebut turut melonjakkan keyakinan PR terhadap sasaran yang ditetapkan iaitu membentuk kerajaan pakatan pada 16 September depan. Menurut beliau, selepas Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) berlalu, pihaknya mendapati wujud perasaan tidak berpuas hati di kalangan Ahli Parlimen BN di kedua-dua negeri berkenaan sehingga memaksa pemimpin PKR berkunjung ke sana.


“Kita diundang untuk mendengar masalah mereka dan hasilnya kita membuat kesimpulan mereka menunjukkan minat yang terlalu tinggi untuk bekerjasama dengan kita dalam Pakatan Rakyat,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas hadir dalam satu ceramah penerangan berkaitan isu membabitkan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di pekarangan Pasaraya Mydin di Kuala Ibai, di sini malam kelmarin.


Menurut Saifuddin, Ahli Parlimen PR kini berada pada angka yang cukup munasabah untuk membentuk sebuah kerajaan baru seperti mana telah dimaklumkan sebelum ini dan ia bakal menjadi kenyataan walaupun pelbagai dugaan berlaku sekarang. Ahli Parlimen Machang itu memberitahu, Anwar juga turut membayangkan dirinya akan ditahan oleh pihak berkuasa ekoran pendedahan satu laporan perubatan bahawa Mohd Saiful Bukhari Azlan sebenarnya tidak diliwat sebagaimana dilaporkan.


Bagaimanapun katanya, rancangan untuk membentuk kerajaan baru pada 16 September akan diteruskan walau apa juga yang berlaku ke atas bekas Timbalan Perdana Menteri itu kerana PR digerakkan secara kata sepakat atau sebulat suara. Mengulas kenyataan berbeza Pengerusi DAP, Karpal Singh mengenai hasrat UMNO dan Pas bermuzakarah beliau menjelaskan perbezaan pendapat merupakan satu proses yang mampu mematangkan pakatan.


“Perbezaan pendapat itu sebenarnya proses mematangkan dan gambarannya adalah bagaimana pimpinan menguruskan perbezaan itu dan saya yakin pimpinan PR akan mampu menguruskan perbezaan pendapat ini dengan baik,” katanya.

Isu sebenar tidak dibincang, bermulalah “Character Assasination”…

Posted by aminiskandar@black

Hari ini, Hospital Pusrawi membuat sidang akhbar untuk menyatakan sokongan mereka terhadap konspirasi politik regim Abdullah - Najib untuk mengaitkan Anwar dengan kes liwat sekaligus untuk menutup peluang Anwar untuk bertanding dalam pilihanraya kecil dimana-mana kawasan.

Selain daripada itu, Pusrawi telah membantu kerajaan dalam usaha untuk melakukan “character assasination” terhadap Dr. Mohamed Osman, doktor dari Burma yang bertanggungjawab menggeluarkan laporan yang mengesahkan Saiful tidak diliwat.

Pengurus Besar Pusrawi turut menyatakan bahawa Dr. Mohamed Osman hanyalah seorang pegawai perubatan dan tidak menjalankan pemeriksaan berkaitan liwat terhadap Saiful. Akan tetapi, ketika ditanya wartawan tentang apakah laporan perubatan yang sedang beredar diseluruh negara tersebut benar atau tidak, pengurus besar Pusrawi tidak menolak kemungkinan salinan laporan itu sahih dengan berkata “ia kelihatan sama (dengan salinan asal).”
Nampak sangat Pusrawi cuba mengalihkan perhatian daripada isu utama. Persoalan tentang laporan perubatan hospital tersebut yang mengesahkan Saiful tidak diliwat tidak dijawab. Akan tetapi, fokus telah dialih kepada Dr. Mohamed Osman. Kredibiliti doktor dari Burma kini dipersoalkan.

Dr. Mohamed Osman juga dikaitkan dengan sebuah organisasi yang dinamakan Riseap. Menurut laporan beberapa laman blog pro Umno / BN, Anwar dikatakan pernah menjadi Ahli Majlis Tertinggi kepada organisasi tersebut.Akan tetapi, sehingga kini masih belum disahkan oleh Anwar atau pertubuhan tersebut.

Jelas sekarang isu sebenar ingin dialih! Perbincangan mengenai laporan perubatan Pusrawi tentang tiada kesan liwat terhadap Saiful tidak lagi dibincangkan. Yang dibincangkan ialah tentang Dr. Mohamed Osman yang dikatakan sedang menyorok daripada ditangkap oleh polis dan diperlakukan seperti P. Balasubramaniam.

Akan Datang:


Rakyat harus bersedia untuk menerima hakikat bahawa PDRM akan menangkap dan menyumbat Anwar kedalam penjara dalam jangkamasa terdekat ini.

Kemungkinan terbesar, Anwar akan dibunuh jika liwat tidak dapat dikaitkan dengannya. Ini tidak mustahil, kerajaan Barisan Nasional dan jentera-jenteranya pernah melakukan perkara yang lebih hebat lagidaripada ini seperti pembunuhan yang berlaku di Kampung Memali, Baling pada tahun 1985.

Kerajaan Cuba Kelirukan Rakyat

Bermula dengan penafian Najib Razak yang menyatakan beliau tidak pernah berjumpa dengan Saiful.Kemudian terbongkar timbalan presiden umno itu telah mengadakan beberapa siri perbincangan dengan Saiful beberapa hari sebelum Saiful membuat laporan polis tentang isu liwat.

Diikuti dengan penangkapan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan provokasi polis yang cuba menimbulkan ketegangan dan kemarahan rakyat.Diikuti pula dengan beberapa kenyataan pemimpin umno yang jelas curang dan bias telah memperkukuhkan lagi keyakinan rakyat bahawa terdapat unsur konspirasi dalam isu liwat Saiful.

Kehilangan penyiasat bebas, P.Balasubramaniam selepas mengubah pendiriannya dalam ‘akuan bersumpah’nya, telah berjaya menguatkan rasa gelisah rakyat terhadap mainan politik kotor sang penguasa.Pendedahan oleh blogger Raja Petra dinafikan tanpa terlebih dahulu membuat siasatan adalah dalil jelas double standard yang diamalkan oleh pihak polis.

Dokumen rawatan oleh seorang doctor dari Hospital Pusrawi yang telah menjelaskan tiada apa-apa kesan diliwat ke atas Saiful telah pada awalnya dikesampingkan dan dinafikan kesahihannya oleh polis dan umno.Semua urutan peristiwa ini telah berjaya menggambarkan betapa ketidaktelusan pihak yang dipertanggungjawabkan untuk membuat siasatan yang jujur, ikhlas dan berwibawa.

Penipuan yang disengajakan yang telah mencemarkan kerajaan BN dan institusi polis, peguam negara serta badan kehakiman dalam sandiwara “Linggam Correct Correct Correct” masih segar difikiran rakyat. Justeru, berpandukan kepada betapa jijik dan kotornya penipuan dan kezaliman yang sanggup dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional dan UMNO dalam kes Linggam Correct Correct Correct, maka rakyat MESTI meragui kaedah penyiasatan dan kemungkinan yang agak jelas berlakunya konspirasi kedua dalam isu liwat Saiful ini.

Dengan ikhlas saya ingin mengingatkan seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keadilan agar JANGAN mempercayai secara total apa-apa berita atau laporan yang dikeluarkan oleh media arus perdana. Mereka merajai penipuan dan kesongsangan berita.

Hari ini Malaysiakini melapor suatu berita yang telah diduga akan terjadi. Penafian oleh Hospital Pusrawi.

Oh Malaysia ku!. Betapakah kau telah dipermainkan oleh sang penguasa!!

Posted by Kerajaan Rakyat

30 July 2008

7 bekas ADUN BN bakal ikut jejak Fauzi!


Oleh: Cucu Mat Kilau


TAMPARAN hebat buat UMNO dan BN Pahang, maklumat terkini diterima tujuh lagi bekas Adun BN bakal mengikuti jejak langkah Datuk Fauzi Abd Rahman.


Memang inilah yang ingin disaksikan sejak sekian lama, evolusi kehancuran “Dinasti UMNO” di Pahang akan bermula.


Biarpun ada dikalangan pemimpin UMNO Pahang yang masih mempertahankan kononnya UMNO makin utuh biarpun tokoh UMNO Pahang itu menyertai PKR baru-baru ini.


Namun mereka harus ingat dan sedar bahawa Fauzi bukan sembarangan. Beliau merupakan bekas Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen, Ahli Parlimen, ADUN dan juga Ketua UMNO Bahagian. Bahkan, ayahandanya juga adalah merupakan bekas Menteri Pelajaran yang cukup terkenal di zaman PM Tuanku Abdul Rahman.


Maka itu, UMNO Pahang harus menerima kenyataan bahawa kemasukan Fauzi bakal mendorong lebih ramai lagi pemimpin UMNO Pahang berbuat demikian. MB Pahang, Tok Nan kini semakin kepanasan. Tidurnya juga mungkin tak lena. Mandi mungkin tak basah. Apa tidaknya, penyertaan Fauzi dalam PKR merupakan satu tamparan hebat buat kepimpinan beliau.


Sebelum ini UMNO Pahang dikecohkan dengan tindakan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri yang juga bekas Adun Lepar, Datuk Tajuddin Sulaiman meletakkan jawatannya. Kini angin semakin bertiup kencang bahawa negeri Pahang bakal menerima kejutan yang lebih besar selepas ini.


Umum sudah mengetahui bahawa, sebuah syarikat pembalakan telah menyaman dan menfailkan tindakan mahkamah untuk menyita negeri Pahang. Ini kerana kegagalan UMNO Pahang untuk mematuhi arahan mahkamah yang mengarahkan kerajaan negeri membuat bayaran ganti rugi jutaan ringgit terhadap syarikat terbabit, akibat penipuan isu balak.


Baru-baru ini juga turut didedahkan tentang penjualan tanah UMNO Pahang kepada syarikat asing dan juga pembalakan haram yang masih berleluasa di negeri ini. Entah apa nak jadi dengan negeri Darul Makmur ini, sejak sekian lama segala hasil mahsul negeri diceroboh oleh pemimpin-pemimpin yang rakus dan tamak.


Sebelum ini juga Fauzi pernah membuat laporan polis tentang penyelewengan yang dilakukan oleh bekas MB yang kini menjadi “Sultan” Melaka iaitu Khalil Yaakob terhadap isu pembalakan. Apa tidaknya, bagi memastikan Sabah jatuh ketangan BN, Khalil telah merompak hasil balak Pahang hingga ke tahun 2010. Habis hutan dara ditarahnya.


Akhirnya, beliau bertuah kerana dianugerahkan gelaran “Tun” dan menjadi “Yang Di Pertua Melaka” oleh PM Mahathir hasil jasa-jasanya itu. Entah mengapa, sejak sekian lama isu pencerobohan tanah dan balak Pahang tidak dapat dibenteras oleh pemimpin UMNO/BN ini?.


Apakah yang mereka lakukan selama ini agaknya. Difahamkan, sebenarnya pencerobohan balak di Pahang didalangi oleh pemimpin UMNO negeri ini sendiri. Ia sebenarnya pencerobohan berlesen yang langsung tidak diambil tindakan oleh pihak berkuasa. Apa tidaknya, jika ada pun pegawai perhutanan yang ingin menyiasat dan mengambil tindakan. Maka amaran keras akan diberikan oleh penceroboh itu sendiri, seolah-olah ada “lampu hijau” dari pihak atasan.


Jika tidak pun, semua pegawai terbabit akan disuap siap-siap dengan “imbuhan” untuk tujuan menutup mulut. Justeru itulah, dari sehari ke sehari kawasan hutan di Pahang semakin pupus. Jika UMNO/BN terus diberi kuasa, maka sudah pasti generasi akan datang tidak lagi dapat hidup aman dan makmur seperti yang terdapat dalam motto pilihanraya BN baru-baru ini.
Akibat kesedaran yang maha meluap-luap inilah menyebabkan rakyat sudah mula celik dan menuntut perubahan. Hasilnya, belum pernah tercipta dalam sejarah dua buah kawasan parlimen paling penting di Pahang telah berjaya ditakluki oleh Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum yang lalu.


Bahkan, lima buah DUN juga telah jatuh biarpun selama ini ianya terlalu sukar untuk diramalkan. Sokongan rakyat sebenarnya semakin melonjak, apatah lagi kini dengan isu “liwat” Anwar Ibrahim. Rata-rata rakyat sudah muak dengan “sandiwara politik” ciptaan UMNO ini.
Majoritinya sudah tidak yakin lagi dengan apa yang disajikan. Mereka melihat dan yakin bahawa kes terbaru Anwar ini adalah sememangnya satu tindakan drastik untuk menghalang Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk kepimpinan negara.


Mereka sedar, jika ini berlaku ramai pemimpin UMNO/BN ini akan “terkencing” di buatnya apabila sistem kehakiman di negara ini dirombak dan diperbetulkan kembali nanti.


Lantaran itulah kemarahan rakyat tidak dapat dibendung lagi kini !. Jika Anwar menjadi pencetus gelombang kebangkitan rakyat di seluruh negara. Maka, Fauzi bolehlah dianggap pencetus gelombang perubahan di negeri Pahang. Maka itu, hijrahnya Fauzi ke dalam PKR bakal menyaksikan lebih ramai pemimpin UMNO/BN Pahang berbuat demikian.


Harus diingat, Fauzi lebih hebat dari Adnan Yaakob, Tan Aminuddin, Sharkar Shamsuddin serta lain-lain exco kerajaan negeri sekarang. Mungkin boleh dikatakan ketokohan Fauzi berada setakuk di belakang Najib di bumi Darul Makmur ini.


Jika Najib mewarisi kepimpinan ayahandanya PM Tun Razak. Maka, apa kurangnya Fauzi, beliau turut mewarisi ketokohan ayahandanya Abd Rahman Talib, bekas menteri di zaman Tunku. kekuatan inilah yang diramalkan bakal menyaksikan satu gelombang kebangkitan yang lebih besar di negeri Pahang selepas ini.


Maklumat diterima daripada SB Cucu, tujuh lagi bekas Adun BN dari UMNO bakal mengucapkan selamat tinggal kepada parti karat itu. Mungkin masanya sudah tiba untuk mereka bersama rakyat, setelah berjuang sekian lama dalam UMNO.


Khabarnya, beberapa pertemuan “sulit” telah diatur di dalam dan luar negara sebelum ini. Pertemuan tersebut telah diuruskan oleh salah seorang bekas pemimpin kanan PKR Pahang, yang kini tidak mempunyai sebarang jawatan dalam parti lagi. Menurut laporan, hasil pertemuan tersebut kesemua mereka telah bersetuju untuk “mengganyang” pimpinan UMNO Pahang dalam pilihanraya umum akan datang.


Mereka kini hanya menunggu isyarat rasmi daripada pihak tertentu untuk tujuan ini. Sebelum ini UMNO Pahang telah dikecohkan apabila dua orang pemimpin UMNO yang berjawatan Menteri dan Timbalan Menteri dikatakan bakal bersama Pakatan Rakyat.


Laporan tersebut menyebabkan UMNO Pahang sedikit bergolak hingga memaksa individu terbabit membuat kenyataan terbuka yang mereka masih sayangkan UMNO. Begitulah nasib wakil rakyat UMNO ini sebenarnya, biarpun mereka sudah jijik berada dalam parti karat itu namun dek kerana tekanan akhirnya mereka terpaksa akur dan tidak tergamak untuk berpaling tadah.


Apapun, kita masih menantikan lebih ramai lagi pemimpin UMNO negeri untuk melakukan penghijrahan selepas ini. Mungkin ada yang membuat kenyataan secara terbuka dan ramai juga yang secara senyap-senyap. Inilah yang amat ditakuti oleh UMNO Pahang sebenarnya. Mereka tahu, Pahang masih selamat dari gelombang “Tsunami Pilihanraya” kerana paksaan, sogokan dan tekanan yang dibuat kepada golongan peneroka Felda dan orang asli di negeri ini.


Umum mengetahui bahawa negeri Pahang mempunyai skim rancangan Felda yang paling luas. Tambahan pula menteri yang ditugaskan menjaga Felda ialah, anakanda pengasas Felda (Tun Razak) itu sendiri iaitu Najib. Maka itulah ada yang mengatakan Pahang terlalu sukar untuk jatuh ke tangan pembangkang. bayangkan setiap kali musim pilihanraya, berbagai tekanan dibuat terhadap peneroka.


Itu belum termasuk “imbuhan ribuan ringgit” yang dihulur beberapa hari menjelang hari pengundian. Atas alasan inilah, Pahang dilihat terlalu sukar untuk ditakluki. Namun, manusia hanya merancang tapi Allah yang menentukan. Siapa sangka Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang boleh jatuh ke tangan Pakatan rakyat baru-baru ini?.


Semuanya kerana takdir dan perubahan minda rakyat yang berlaku sejak sekian lama. Maka itu, kemasukan Fauzi ke PKR diharap bakal meranapkan “rejim UMNO” di negeri ini.
Kita juga berharap agar tujuh bekas Adun yang kini sedang memanaskan badan di bangku simpanan sudah bersedia untuk masuk ke padang, bagi berjuang membela nasib rakyat. Soalnya, siapakah bekas Adun dan YB terbabit? Nantikan “pembongkaran” seterusnya selepas ini.


Apapun, lebih elok nama-nama mereka ini “dirahsiakan” terlebih dahulu, kerana kita khuatir mereka juga akan diberi tekanan oleh pemimpin UMNO negeri selepas ini. Mungkin mereka bakal melakukannya bila-bila masa sahaja mulai sekarang. Sama-sama kita nantikan dan berdoa agar pendirian mereka tidak akan berubah walau apa jua dugaan yang bakal mendatang.


Apakah kepimpinan PKR Pahang bakal berubah dengan kemasukan para pemimpin UMNO yang cukup berpengalaman dan amat dikenali ini?. Segalanya berkemungkinan sekarang.
Apapun Cucu ucapkan ribuan terima kasih kepada SB Cucu atas maklumat terkini ini. Mungkin beliau juga akan kembali bersama kepimpinan PKR Negeri tidak lama lagi.

Siapa bapa Saiful?

Perundingan perpaduan Melayu diantara Pas-Umno bukanlah sesuatu yang berlaku tanpa sengaja. Ianya telah dirancang dengan begitu teliti dengan matlamat untuk mengembalikan kuasa politik orang Melayu dan memastikan 'pendatang' bukan Melayu tidak akan mendominasi kuasa politik Malaysia. Sebahagian daripada perancangan ini ialah memastikan bahawa Pas akan kehilangan kepercayaan terhadap Anwar, dan kemuncak ketidakpercayaan ini ialah Pas akan merasakan bahawa masa depan Pas adalah bersama Barisan Nasional, bukan dengan Anwar.

Anwar telah pun dianggap sebagai pengkhianat kepada bangsa Melayu yang memperjuangkan Ketuanan Rakyat, bukan Ketuanan Melayu. Dan Anwar juga menentang Dasar Ekonomi Baru dan menggantikan dengan dasar yang lebih mementingkan kesamaan hak. dan Anwar juga dianggap sebagai ejen Amerika. Oleh itu, sebagai pengkhianat bangsa, Anwar mesti dihapuskan demi kebaikan bangsa Melayu.

Pernahkah terfikir, mengapa bapa saudara Saiful yang memanggil sidang akhbar untuk meminta Anwar bersumpah bahawa Anwar tidak pernah meliwat Saiful? Mengapa tidak bapanya? Sedangkan surat yang dibaca oleh peguam itu dikatakan ditulis oleh bapa Saiful. Satu lagi, Najib juga bersumpah dihadapan 900 ahli-ahli Umno mengatakan dia tidak pernah berjumpa ataupun mengenali Altantuya. Adakah rakyat percaya bahawa Najib bercakap benar bila dia bersumpah? Adakah sumpahnya itu mampu mengubah persepsi rakyat?

Sebenarnya, Saiful tidak begitu mengenali bapanya. ibu bapanya bercerai ketika Saiful masih kecil, dan ibunya berkahwin lagi. Bila ibunya meninggal dunia, bapa tirinya pula menghilangkan diri dan Saiful seterusnya dijaga oleh bapa saudaranya. Dan satu perkara penting didalam keseluruhan episod ini ialah 'ibu angkat' Saiful ialah Mumtaz Jaafar, yang merupakan proksi Rosmah Mansor dalam urusan perniagaanya.

Apakah ini dapat menerangkan mengapa Najib bersetuju berjumpa Saiful? Ramai yang tidak dapat memahami bagaimana seorang timbalan Perdana Menteri yang begitu penting dan sibuk , mahu membazir masa bertemu dengan seorang pelajar tercicir seperti Saiful. Ini adalah kerana Saiful adalah 'anak angkat' kepada Mumtaz Jaafar. Itu sebab Najib berjumpa dengannya.

Melihat kepada perawakan bapa saudara Saiful, kita boleh memahami mengapa lelaki ini istimewa. Apakah doktor menemui contoh air mani bapa saudaranya didubur Saiful, dan mungkin itu sebabnya mengapa polis tidak mendakwa Anwar? mungkin ini dapat menjelaskan, mengapa polis membebaskan Anwar selepas penahanan yang dramatik sehari sebelum itu.

Bapa Saiful ialah seorang daripada Ahli Jawatankuasa Perpaduan Melayu yang merancang perundingan diantara Pas-Umno. Seorang lagi ialah Pengarah Urusan Sapura, Rameli Musa, seorang kroni Anwar. Nampaknya, Anwar sendiri tidak sedar bahawa sahabatnya sendiri merancang menjatuhkan beliau. Jawatankuasa ini diketuai oleh seseorang dari Perisik tentera yang saya tidak akan beritahu buat masa ini.

Ya.. Perisik Tentera lagi! Sekarang anda boleh lihat mengapa Perisik Tentera membocorkan maklumat tentang laporan rasmi mengenai pembabitan Rosmah Mansor didalam pempunuhan Altantuya. Tujuannnya ialah untuk menjatuhkan Najib. Dan orang-orang sama ini juga terlibat didalam muzakarah Pas-Umno, yang mana diantaranya melibatkan orang-orang seperti bapa Saiful dan rakan baik Anwar, Rameli Musa.

Baru-baru ini, bapa Saiful, yang telah meninggalkan anaknya sejak kecil, kembali kedalam hidupnya. Mengapa, setelah lebih 20 tahun lalu, tiba-tiba bapa ini kembali muncul menemui anaknya? Senang saja. Dia mahu menghantar anaknya menemui Najib. Najib merasakan dia menghantar saiful kepada Anwar untuk dijadikan sebagai ejen. Apa yang najib tidak tahu ialah, budak ini dihantar untuk mengenakan Najib.

Itulah sebabnya mengapa bapa Saiful enggan menunjukkan mukanya dikhalayak ramai, terutamanya didepan kamera. Sekiranya wajahnya keluar dikaca TV, maka sudah pasti ramai yang mengenalinya. Dia sebenarnya tidak mempunyai pekerjaan tetap.Kerjanya ialah menjadi broker. Kalau anda mahukan sesuatu, dia boleh lakukan. Kalau mahukan kontrak kerajaan, kalau mahu memerangkap seseorang, kalau nak jumpa mana-mana menteri ataupun Timbalan Perdana Menteri, panggil saja bapa Saiful, dan dia akan melakukannya.

Kerjanya senang. cipta satu kes liwat terhadap Anwar. Ini akan menyebabkan Pas menjadi risau dan mereka akan berfikir dua kali tentang Anwar dan Pakatan Rakyat. Panggil Pas dan Umno duduk bersama dan bercakap tentang perpaduan Melayu. Biar Pas nampak bahawa masa depan Pas ialah bersama Umno dan bukan dengan PKR, yang mana akan dijatuhkan dengan kes liwat terhadap Anwar ini. Beritahu kepada Pas bahawa Umno bersetuju dengan pelaksanaan undang-undang Islam dinegeri-negeri yang dikuasai oleh mereka dan Umno akan bersetuju bahawa menteri besar akan diberikan kepada Pas.

Para perancang muzakarah Pas-Umno tentang perpaduan melayu ini juga sedar bahawa menawarkan jawatan Menteri besar kepada Pas dan pelaksanaan undang-undang Islam , masih belum cukup. Mereka juga perlu memusnahkan kredibiliti Anwar untuk membuktikan kepada Pas bahawa masa depan Pas terletak bersama Umno dan bukan dengan PKR. Tidak menghairankan, jawatankuasa muzakarah Umno-Pas adalah orang yang sama dengan 'jawatankuas memusnahkan Anwar' dan bapa Saiful, bersama dengan perisik tentera adalah pelakon penting dalam keseluruhan drama ini.

(Ramai daripada member-member yang terlepas cerita ini. Dan ramai juga yang meminta aku terjemahkan cerita ini supaya senang difahami.)

(Artikel asal: The Malay Unity Sodomy Conspiracy oleh Raja Petra)

Siapa Dr. Mohamed Osman?

PETALING JAYA: Daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mohd. Saiful Bukhari Azlan, kini individu yang menjadi perhatian ialah pegawai perubatan Hospital Pusrawi - Dr. Mohamed Osman Abdul Hamid - doktor pertama menerima kunjungan bekas pembantu khas itu pada 28 Jun lalu.

Sumber-sumber memberitahu mStar Online, Dr. Mohamed Osman mula bertugas di hospital berkenaan sejak setahun lalu.

Beliau merupakan pegawai perubatan yang berasal dari Myanmar dan pernah berkhidmat di beberapa buah hopsital kerajaan sebelum menjadi pegawai perubatan di Pusrawi.

Tambah sumber itu, Dr. Mohamed Osman telah mengambil cuti sejak seminggu yang lalu dan tidak diketahui di mana beliau berada sekarang.

Dr. Mohamed Osman menjadi perhatian kerana dikatakan telah mendapati tiada kesan Mohd. Saiful telah diliwat.

Semalam, portal berita Malaysia Today mendakwa polis telah menahan seorang doktor bagi membantu siasatan kes liwat membabitkan Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Malah, portal berkenaan juga mendedahkan salinan laporan pemeriksaan doktor di sebuah pusat rawatan swasta di Kuala Lumpur, menjelaskan tiada kesan meliwat terhadap bekas pembantu kepada Anwar, Mohd Saiful.

Bagaimanapun Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menafikan polis menahan seorang doktor yang didakwa oleh portal berkenaan.

Ismail berkata polis telah pun merakamkan kenyataan Dr. Mohamed Osman berhubung laporan tersebut sebelum ia nya tersebar di internet semalam.

Beliau berkata, doktor lelaki tersebut antara 18 saksi yang sudah dipanggil untuk direkodkan keterangan sebelum ini.

Selepas gesa polis henti siasatan, Anwar hadapi JAWI pagi ini




Selepas gesa polis henti siasatan, Anwar hadapi JAWI pagi ini


(Mutakhir) PETALING JAYA: Kira-kira 12 jam selepas meminta polis menghentikan siasatan berhubung dakwaan meliwat, yang dihadapinya buat kali kedua, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan muncul di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di ibu negara bagi memberi keterangan berhubung laporan di bawah peruntukam qazaf (tuduhan palsu) mengenai dakwaan tersebut.


Pagi tadi Anwar, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, pendedahan laporan doktor Pusrawi, yang disebar meluas menerusi portal berita semalam, membuktikan dakwaan meliwat terbaru terhadapnya hanya bermotifkan politik dan tidak berasas sama sekali.


Peguam Kamar Ainiah Kamaruzaman yang mewakili Anwar mengesahkan mengenai perkara itu ketika dihubungi mStar Online malam ini.


“Ya, Datuk Seri Anwar akan ke JAWI esok bagi memberi keterangan berhubung laporan yang dibuat dulu,” kata beliau yang menganggotai pasukan pembelaan Anwar.


Anwar dijangka memberi keterangan di JAWI pada pukul 10.30 pagi.


Ini kali pertama Anwar membawa isu berkenaan kepada JAWI. Beliau berhadapan dengan dakwaan meliwat 10 tahun yang lalu.


Pada 9 Julai lalu Anwar telah memfailkan laporan tersebut di Unit Siasatan, Bahagian Penguatkuasaan JAWI mengikut Seksyen 41, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997.


Mengikut seksyen itu, sesiapa yang menuduh orang lain melakukan zina tanpa mengemukakan empat saksi lelaki atau ikrar (pengakuan) orang yang dituduh, dia boleh dituduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum denda RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.


Bekas Timbalan Perdana Menteri itu membuat dakwaan tersebut terhadap bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat atas nasihat ulama dan peguam mengikut undang-undang Syariah.


Nadi REFORMIS
AMK Gelang Patah

28 July 2008

ANWAR AKAN DIHADAPKAN KE MAHKAMAH DAN TIDAK DIBENARKAN IKAT JAMIN - YB SAIFUDIN

Ahli Parlimen Machang yang juga Perancang Strategi PKR, Saifuddin Nasution mendedahkan bahawa laporan Doktor untuk pemeriksaan kesihatan Saiful Bukhari Azlan menjelaskan bahawa tidak ada kesan penembusan di duburnya walaupun beliau mendakwa Anwar Ibrahim meliwatnya sebanyak sembilan kali

"Doktor telah memeriksa Saiful dan mendapati bahawa tiada penembusan dikesan di dubur Saiful, Laporan penuh tersebut akan disiarkan oleh media internet hari ini dan Suratkhabar Keadilan hari Selasa" .

"Kita yakin bahawa dengan laporan ini maka pihak terbabit akan cuba mencari helah dan taktik baru untuk membuktikan berlakunya liwat tersebut" kata Saifudin.

Sementara itu Saifudin juga menjelaskan bahawa Anwar telah mengumumkan akan bertanding di Pilihanraya Kecil Parlimen Kulim-Bandar Baharu jika mahkamah memutuskan bahawa kerusi tersebut kosong pada 19 Ogos ini.

"Beliau telah mengesahkan akan bertanding pada pilihanraya kecil Kulim-Bandar Baharu jika kerusi tersebut kosong. Pengumuman ini dibuat sebentar tadi di mana sekarang ini Anwar sedang berceramah di depan ribuan pendengar di Kulim" tegas Saifuddin.

Kita yakin Anwar akan menang kerana keputusan Pilihnaraya Umum lalu jelas menunjukkan bahawa rakyat menolak BN secara total di kerusi tersebut. Katanya calon PKR, Zulkifli Nordin menang lebih dari 5,000 undi sedangkan sebelum ini pembangkang tidak pernah menang di situ.
Menurutnya, rakyat mesti turun habis-habisan membantu Anwar jika ditakdirkan pilihanraya kecil berlaku di Kulim-Bandar Baharu.

Zulkifli Nordin katanya, telah bersetuju memberi laluan kepada Anwar untuk berdepan dengan calon BN di kawasan tersebut. Malah PAS Kedah telah awal-awal lagi telah membuat kenyataan akan turun habis-habisan untuk membantu Anwar.

Saifuddin berkata demikian ketika menyampai ceramah umum di Dataran Pejabat PAS Bukit Katil malam tadi.Beliay juga mendakwa pelbagai usaha akan dilakukan oleh pihak tertentu untuk mengagalkan usaha Anwar untuk kembali ke parlimen dan akhirnya membentuk kerajaan pusat yang baru menjelang 16 September ini.

Usaha pertama ialah menuduh beliau meliwat Saiful Bukhari Azlan dengan menjadi Saiful sebagai pelakon utamanya.

"Tuduhan liwat merupakan usaha untuk menggagalkan perancangan Pakatan Rakyat untuk merampas kerajaan pusat".

"Kalau diibaratkan keretapi Butterworth ke Kuala Lumpur, keretapi kita sudah sampai ke Rawang dan tergelicir sedikit dari landasan, maka sudah tentu ia memakan masa untuk diperbaiki" .

"Saya yakin keretapi kita akan sampai ke Kuala Lumpur dan Pakatan Rakyat akan menjadi kerajaan baru menggantikan Barisan Nasional" kata Saifudin ketika berceramah di Dataran Pejabat PAS Bukit Katil malam tadi.

Menurutnya Umno dan Barisan Nasional cukup takut kalau-kalau Anwar dapat memasuki Parlimen sebab itulah pelbagai usaha dirancang untuk menghalang beliau.

Jadi usaha terakhir mereka untuk menghalang kemaraan Anwar dan Pakatan Rakyat ialah menghadapkan Anwar ke mahkamah dan hakim akan membuat keputusan tidak membenarkan Anwar diikat jamin.

"Kita kena ingat bahawa hakim adalah hakim politik, Peguam negara adalah lantikan politik, ini terbukti apabila perkara sama berlaku dalam kes liwat tahun 1998 dahulu" kata Saifuddin yang merupakan Ahli Parlimen Machang dan Perancang Strategi PKR.

Ceramah beliau tersebut mendapat sambutan yang diluar dugaan apabila orang melimpah sehingga keluar dataran Pejabat PAS Bukit Katil.

Anwar harap sokongan rakyat Bandar Tun Razak


CHERAS - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim malam semalam menyatakan minat untuk mengambil alih kerusi Parlimen Bandar Tun Razak yang kini disandang Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.


“Saya akan bertanding dalam pilihan raya kecil yang akan saya umumkan dalam beberapa hari ini. Mungkin saya akan pilih di sini (Bandar Tun Razak) dan berharap mendapat sokongan pengundi di sini. “Pasti orang UMNO di luar sana terpukul dengan kenyataan saya. Walau apa yang berlaku, saya harap sokongan anda tidak akan berbelah-bahagi dan terus-menerus menyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR),” katanya.


Beliau berkata demikian di hadapan kira-kira 2,000 penyokong yang membanjiri kawasan Masjid Isaniah, Bandar Tun Razak untuk mendengar ucapan bekas Perdana Menteri itu sempena siri jelajah ke seluruh negara sejak isu meliwat timbul sebulan lalu. Kata Anwar, beliau akan mengumumkan kerusi mana yang menjadi pilihan minggu depan. Selari dengan pengumuman itu, Anwar juga berkata, Pakatan Rakyat (PR) yakin akan membentuk kerajaan baru 16 September ini.


“Kita semakin hampir dengan tarikh itu dan jarak kita untuk ke Putrajaya juga semakin dekat. Saya tidak akan menghentikan perjuangan ini walaupun dipenjarakan,” katanya. Minggu lalu, Anwar dalam satu kenyataan memberitahu beliau mungkin memilih Kulim-Bandar Baharu sebagai kerusi yang bakal ditandinginya. Anwar mendedahkan beliau telah berbincang mengenai perkara itu dengan penyandang kerusi berkenaan, Zulkifli Noordin.


“Saya sudah berbincang dengan Zulkifli dan beliau memaklumkan bersedia untuk memberi laluan kepada saya jika pilihan raya kecil diadakan,” katanya. Mengenai nama empat Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang disebut-sebut akan menyertai PR, Anwar berkata, ia akan diumumkan sebaik sahaja beliau menang kerusi Parlimen pada pilihan raya kecil yang diadakan nanti. Anwar yang memperoleh ‘lampu hijau’ untuk aktif berpolitik dua bulan lalu memberitahu, beliau sudah berbincang dengan pemimpin PKR, Pas dan DAP bagi sebarang kemungkinan menghadapi pilihan raya kecil yang pengumumannya ditangguhkan oleh mahkamah sehingga 16 Ogos ini. Pada 26 April lalu, calon Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir yang kalah kepada Zulkifli dengan perbezaan 5,583 undi memfailkan petisyen mendakwa Zulkifli gagal mengemukakan penyata perbelanjaan pilihan raya pilihan raya umum ke-11.


Sementara itu, penyandang kerusi Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini menyatakan kesudiannya untuk mengosongkan kerusi tersebut bagi memberi laluan kepada Anwar bersuara di Dewan Rakyat.


Kata Abdul Khalid, beliau tiada halangan sekiranya kawasannya menjadi pilihan atau kawasan lain yang paling sesuai dan dapat menjamin kemenangannya. Selain Abdul Khalid, Ahli Parlimen Kelana Jaya Loh Gwo Burne juga sedia berbuat demikian semata-mata memberi laluan kepada 'boss'nya itu.

Doctor on the run: police want him to fabricate evidence against Anwar





Raja Petra Kamarudin








On 21 July 2008, I published an article in this same column called HOW, YET AGAIN, THEY ARE TRYING TO FABRICATE EVIDENCE AGAINST ANWAR. (Read the article here ).In that article I mentioned as follows:You see, they asked a certain doctor from a certain hospital to conduct an examination on Saiful.




The doctor did so and he came out with a report that said there is no evidence Anwar had ever penetrated or sodomised the young man. The police then picked up the doctor and detained him for three days. As much as they tried to force him to change his report to implicate Anwar he refused to do so.Until today, the doctor stands by his report that there is no evidence Anwar had sodomised Saiful. He knows he is going to be made to pay for this but he doesn’t care. He is not going to change his report and say that Anwar sodomised Saiful whatever they do to him. Exasperated, the police had to release Anwar on personal bond or police bail.




The doctor refuses to doctor his report and neither does Anwar want to volunteer his new specimen.Well, that doctor’s name is Dr Mohamed Osman Abdul Hamid from the Hospital Pusrawi and he has now taken his entire family and has gone into hiding because the police are looking for him and they want him to change his medical report.At 2.00pm on 28 June 2008, Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan went to see Dr Mohamed Osman to complain about a pain he is suffering in his anus.




Saiful told the doctor that he had been assaulted by ‘a very important person’ -- meaning, of course, sodomised by Anwar Ibrahim.Dr Mohamed Osman examined Saiful but found no evidence that he had been sodomised, either by Anwar Ibrahim or anyone else for that matter. The doctor’s report (which can be viewed below) says that there is zero (0) skin tearing, zero (0) active bleeding, zero (0) traces of pus, etc., which basically means he can’t be suffering from a pain in the anus as what he alleges.The doctor’s diagnosis is that he rules out or TRO (to rule out) assault (sodomised).




In short: Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan is not suffering any pain in the anus and neither was he assaulted or sodomised in the anus.Saiful then said he would like to make a police report so Dr Mohamed Osman suggested he go for a second medical examination at a government hospital. Saiful did so and the doctor at the government hospital also came out with the same diagnosis. Nevertheless, Saiful still made his police report at the pondok police in the hospital.




In spite of the doctors all confirming that Saiful was never sodomised, the police still pursued the case. Anwar Ibrahim was subsequently arrested by about 20 SWAT members in Balaclavas and armed to the teeth in a dramatic movie-style action-packed drama in front of his house after he had confirmed he would be reporting to the police station at 2.00pm as required.The police detained Anwar in the lockup until the next morning and even brought him to the hospital for examination and to try to obtain his specimen for what the police say are for purposes of doing a DNA profile.




The fact that the police already have Anwar’s DNA profile from 1998, plus the doctors from both hospitals confirm that Saiful was never sodomised, did not seem to matter.Clearly the government is attempting to fabricate evidence against Anwar and is trying to indict him on trumped-up charges of sodomy. And who but the slime-ball AG and scumbag IGP, the same two players in the 1998 episode, can be behind this latest travesty of justice.




The doctor’s report says it very clearly. Saiful was never sodomised, either by Anwar or anyone else. Why is the government still pursuing the case against Anwar? And why are they looking for the doctor who has now gone underground with his whole family?Civil society movements, NGOs and the Malaysian Bar Council must not remain silent. The police have already detained the doctor for three days but he still refuses to doctor his medical report. Anwar did not sodomise Saiful and the doctor’s report says it very clearly.




And the police also have a copy of this same report that I have published below so they know what I know. And now Malaysians also already know what I and the police know -- that Saiful was never sodomised by anyone.


ADDENDUMS

23 July 2008

Fauzi Abdul Rahman sertai PKR



Bekas ahli parlimen Kuantan, Datuk Fauzi Abdul Rahman yang menyertai parti itu hari ini berkata, ramai lagi pemimpin Umno Pahang akan menyertai parti itu dalam tempoh terdekat ini.


"Kami dapat meramalkan penyertaan pemimpin Umno secara beramai-ramai ke dalam PKR dan fenomena ini adalah berterusan.


"Sebenarnya tidak ada tempoh tertentu untuk mereka menyertai PKR kerana kami tidak menetapkan sebarang syarat kepada mereka," katanya kepada Malaysiakini.
Penyertaan Fauzi dalam PKR itu diumumkan oleh ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.


Fauzi pernah memegang jawatan setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan pada Oktober 1990 sehingga 1995, setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi (1995-1997) dan timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri (1977-99).
Beliau yang juga bekas ketua Umno bahagian Kuantan, mula bertanding kerusi Parlimen Kuantan pada 1990. Pada 1995 beliau bertanding kerusi Beserah (DUN) dan menyandang kerusi tersebut sehingga 2004.


Hadir sama dalam sidang akhbar hari ini ialah dua lagi bekas pemimpin Umno yang telahpun menyertai PKR. Mereka ialah bekas ketua Umno bahagian Kota Setar, Datuk Abdul Hadi Derani dan bekas timbalan ketua Umno bahagian Mentakab, Datuk Mat Lazim Derani.
"Rakyat termasuk ahli dan pemimpin Umno marah dengan cara kerajaan melayan Anwar yang sedang menghadapi tududan liwat sekarang.


"Jangan naik kerana keburukan orang lain kerana ini bukan budaya rakyat Malaysia, sebaliknya perlu menampilkan kewibawaan diri.


"Isu liwat itu akan menjadi senjata makan tuan, rakyat akan semakin benci kepada Umno dan masuk PKR," katanya lagi.


Sementara seorang pemimpin Umno di Pahang yang dihubungi hari ini berkata, dakwaan Fauzi bahawa ramai pemimpin Umno akan menyertai PKR sukar dipercayai.
Katanya, mungkin beberapa pemimpin veteran akan berbuat demikian tetapi ia tidak menjejaskan kekuatan Umno.


"Saya tidak dengar ada pemimpin utama negeri atau bahagian akan menyertai PKR dalam masa terdekat ini.


"Jadi dakwaan Fauzi itu mungkin hanya seronok didengar tetapi belum tentu kesahihannya," katanya yang enggan namanya disiarkan.

Anwar sedia bertanding di Kulim


Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan bertanding di kerusi parlimen Kulim-Bandar Baharu jika mahkamah memutuskan kemenangan calon PKR tidak sah.Zulkifli Noordin, yang berkelebihan majoriti 5,583 undi, kini berdepan dengan petisyen pilihanraya daripada calon BN, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir.


Mahkamah Pilihanraya akan mendengar petisyen itu bulan depan selepas menangguhkan prosiding itu yang asalnya dijadualkan minggu ini.


Menurut mantan timbalan perdana menteri itu, beliau telah membincangkan perkara itu dengan Zulkifli.Anwar juga sering disebut-sebut bertanding di kerusi asalnya Permatang Pauh yang dimenangi isterinya dan juga presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Bandar Tun Razak (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) dan Lembah Pantai (anaknya Nurul Izzah).Abdul Khalid, kini menteri besar Selangor, juga memenangi kerusi negeri Ijok.


Anwar berkata, belilau juga telah memberitahu pucuk pimpinan PAS dan DAP mengenai perkara tersebut.Katanya, beliau memutuskan untuk bertanding kerusi Kulim-Bandar Baru tiga minggu lalu sebelum Mahkamah Pilihanraya membuat keputusan Ahad lalu.Bercakap dalam dalam sidang media di ibu pejabat parti di Petaling Jaya hari ini. Anwar berkata, bagaimanapun, mahkamah telah menangguhkan petisyen itu didengar pada 19 Ogos depan.Dalam sidang media itu juga, Anwar mengumumkan penyertaan bekas Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Fauzi Abdul Rahman dalam PKR.


Anwar juga diminta mengulas mengenai perbincangan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan pucuk pimpinan PAS sejak pilihanraya umum lalu."Tiada sebab untuk mempersoalkan kepimpinan PAS, mereka mahu kekal dalam Pakatan Rakyat.


"Kerjasama dan komitmen mereka masih kuat dan Pakatan masih kuat," katanya.Sementara itu, Anwar sekali lagi menegaskan, beliau tidak mahu DNA-nya diambil kerana sudah mempunyai pengalaman buruk mengenai perkara tersebut.Oleh kerana itu, katanya, beliau mempunyai sebab untuk merasa syak wasangka jika DNA-nya diambil.

Akibat sokong pembangkang, kontraktor disenarai hitam

KUALA LUMPUR,23 Julai (Hrkh) - Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrisnan mendakwa seorang Ahli Parlimen Umno di Johor telah menulis surat kepada seorang jurutera sebuah agensi kerajaan agar menyenaraihitamkan kontraktor yang menyokong pembangkang.

Semasa mencelah ucapan Dr Mohd Puad Zarkahsi (BN-Batu Pahat) dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan pada 16 Julai lalu, Gobalakrishnan berkata, "Saya ada satu surat di mana ditulis oleh seorang Melayu kepada jurutera daerah yang berbangsa Melayu, kononnya surat ini menyatakan dengan segala hormatnya, pendaftaran Kontrak Kelas F, (Melayulah), di atas dirujuk.

"Bersama-sama ini dilampirkan senarai nama-nama kontraktor yang sudah kami semak dan perlu disenaraihitamkan kerana mereka adalah penyokong dan bersimpati kepada PartiPembangkang," kata Gobala memetik salinan surat yang diperolehinya itu.

"Ini adalah surat daripada Yang Berhormat Batu Pahat. Jadi adakah Yang Berhormat Batu Pahat menafikan ini? Ini Yang Berhormat Batu Pahat seorang Melayu, mahu senarai hitamkan kontraktor-kontraktor Kelas F, kesemuanya kontraktor Kelas F, mereka adalah orang-orang Melayu. Jadi, apa surat ini?,"soalnya.

Sementara itu, Puad dalam menjawab isu itu berkata, beliau hanya meyatakan soal keadilan kerana baginya ada sesetengah kontraktor yang mendaftar 50 syarikat di bawah satu pemilik yang sebenarnya.

Namun, Gobala yang tidak berpuas hati dengan ulasan Puad itu berkata, dalam surat itu tidak disebutkan soal pendaftaran 50 syarikat di bawah satu nama, sebaliknya isu menyokong pembangkang yang menjadi alasan senarai hitam

Nadi REFORMIS
AMK Gelang Patah

Den Cabar Kau Sepul!!!

Assalamu'alaikum...Alhamdulillah bertuah si sepul dapat sorang bapak yang prihatin amat dengan nasib & maruah anak jantannya.bertuah jugak sebab dapat sorang tunang yang amat-amat memahami akan masalah si sepul & juga sorang "Uncle Pet" yang jugak prihatin pada nasib,maruah & masa depan anak sedarenya yang gagah perkasa tetapi kecundang ditusuk keris tumpul milik pahlawan tua...Semalam dalam sidang media melalui wakil depa, pak si sepul berkali-kali menyatakan kekesalannya kepada DSAI yang didakwa berdolak-dalik dalam isu meliwat anaknya ini.

pak si sepul jugak mencabar supaya DSAI menyerahkan DNA nya kepada pihak polis untuk memudahkan siasatan.Adoih...aku pening...Sape pulak yang berdolak-dalik? DSAI ke PDRM yang berdolak-dalik?nak cerita pasal DNA lagi ke?terang-terang la yang aku nampak sekarang sebelah DSAI tak de la pulak berdolak-dalik.

kan polis dah angkut DSAI pi IPK hari tu ( sejam lebih awal dari deadline )...HKL pun dah pergi untuk pemeriksaan...pas tu dah tahan pulak dalam lokap...jadinya tang mana yang berdolak-dalik tu?Tak bagi DNA?ni part yang paling-paling aku malas nak cerita...ulang yang sama je, tapi ada lagi BANGANG-BANGANG yang tak reti bahase.Ni aku attach berita dari Best News Website supaya korang pikir balik...

New 5:52PM Tuesday July 22, 200

MELBOURNE - A court charged a man Tuesday with the murder of a woman and her young daughter whose strangled bodies were discovered in their home in southeast Australia 24 years ago, police said.

Russell Gesah, 43, appeared at Sale Magistrates Court in Victoria state where he was charged with the 1984 murder of 35-year-old Margaret Tapp and her 9-year-old daughter Seana, police spokeswoman Vicki Vass said. Each charge carries a potential life sentence.

The child had also been sexually assaulted. Vass had no details on whether Gesah was to be charged with sexual assault.

Gesah was linked to the crimes after new technology allowed DNA found on the child's clothes to be compared with tens of thousands of genetic profiles held in a national DNA database, Detective Senior Sgt. Jeff Maher said in a statement. Gesah's DNA came up as a match, Maher said.

Detective Senior Sgt. Jeff Maher alleged in a statement that Gesah had made a random attack on the Tapps, whom he did not know.
"We had already eliminated all the known suspects in the case through a DNA sample, but because this man was never a suspect, he was never tested," Maher said.

Vass said Gesah did not enter a plea to the charges and will remain in custody. He is scheduled to appear Monday at the Melbourne Magistrates Court.ha..

.itu kes yang berlaku 24 tahun lepas...

DNA depa ambik dari pakaian budak pompuan tu & dah disimpan selama 24 tahun.dengan adanya teknologi sekarang DNA tersebut yang dah berusia lebih dari 10 tahun ( aku ambik statement Pak Lah PM ) digunapakai untuk dianalisis & hasil dari analisis tersebut...

selesai kes 24 tahun lepas...Dah la...malas nak citer banyak-banyak...

Sekarang AKU CABAR PIHAK PDRM & PAK SEPUL supaya DEDAHKAN LAPORAN POLIS YANG DIBUAT OLEH SAIFUL!

Kita tengok siapa yang berdolak-dalik...Khak Ptuih!!! amik kau DNA aku!!!

Posted by Topengperak

Abdullah nafi hak perwakilan Umno pilih Perdana Menteri


MANTAN Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Sanusi Junid mmepersoalkan tindakan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi yang tidak menghormati hak perwakilan Umno dalam memilih Perdana Menteri seperti yang termaktub dalam plan peralihan 2010 kepada timbalannya, Dato' Seri Najib Tun Razak.Tegas Sanusi, hak untuk menentukan siapakah Perdana Menteri dan Presiden Umno bukan berada ditangan Abdullah tetapi ada pada perwakilan Umno seluruh negara. Katanya, adalah tidak adil Abdullah mengambil hak perwakilan tersebut.


Beliau memperkatakan isu plan peralihan kuasa 2010 yang dicetuskan oleh Perdana Menteri pada satu interbiu Harakah di pejabatnya, dekat sini baru-baru ini.Sanusi turut sependapat dengan mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad bahawa keupayaan salah seorang Naib Presiden Umno, Mahyuddin Yassin mampu untuk menewaskan Najib jika Timbalan Perdana Menteri itu tidak berganjak dalam mempertahankan kerusi Timbalan Presiden Umno.Beliau mendakwa, Mahyuddin adalah antara pemimpin Umno paling berani memperkatakan sesuatu yang bertentangan dengan kehendak Abdullah. Sanusi yakin, jika Najib terus terikat dengan kemahuan Abdullah, kemaraan Mahyuddin pastinya akan memusnahkan karier politik anak Perdana Menteri yang kedua itu.


"Umno hari ini memerlukan pemimpin yang berani. Bukan yang kurang keberaniannya. Mahyuddin dilihat berani," tegas beliau.


Bagaimanapun, dalam perkambangan lain, Abdullah ketika berucap pada majlis perasmian kelompok persidangan cawangan-cawangan Umno Bahagian Kepala Batas menegaskan, pelan peralihan kuasa antara beliau dan timbalannya, mendapat sokongan besar di kalangan ahli Umno diperingkat akar umbi.

Nadi REFORMIS
AMK Gelang Patah

22 July 2008

Welcome to join SUARAM Human Rights Roadshow!


Kepada semua rakan-rakan ahli


Disyorkan agar dapat meluangkan masa dan menyertai bengkel berkenaan Hak Asasi seperti makluman dibawah.

Khasnya kepada AMK (supaya lebih senang utk lawan polis-polis bodoh yang ada...)

Tarikh tutup penyertaan adalah sebelum 7 Ogos 2008. Penyertaan adalah percuma.

Sila isikan borang (akan disediakan di pejabat Taman Teratai - tindakan biro Sekretariat)

Terimakasih

21 July 2008

Datuk Ahmad Shabery Resign Latter

To: Perdana Menteri of Malaysia.
Date: 15 July 2008
Time: 2201hrs

Via: Wireless Internet - Blackberry (Hak Kerajaan Malaysia).

Re: Voluntary Resignation

My name is, Datuk Ahmad Shabery Cheek, Mycard No: (erm, Dato Seri can check inside my personal folder, i dont remember all the digits), would like to VOLUNTARY resign from my current position as the Minister of Information of Malaysia w.e.f. The following suggest my resignation:

1. I did not know how to reply properly in a debate, which had famously tarnished my reputation publicly.
2. I did not want to be the person responsible for Malaysia anymore.
3. I always have flashbacks and re-lapsed problem when I get utterly nervous.
4. I think my cheating during my History exam during my Primary & Secondary, is coming back to haunt me.
5. I only learnt on the existence of the word 'populist' one hour before the recent debate. According to the dictionaries available at that time (via wireless internet, I was on my blackberry): pop·u·list - a supporter of the rights and power of the people.

(http://www.dictionary.com/)populist - a noun; a member or supporter of a political party whoseeks to appeal to or represent the interests and views of ordinarypeople.

(http://www.askoxford.com/)I regretly informed that I have wrongly used & misinterpret this word during my recent debate, to my disadvantage.

6. I'm genetically suffering from halitosis and some salivary defect which prevent my pleasant appearance during public events.
7. It is a mistake to trust young former university lecturer to debate on the grounds of politic & country's economy with a reputable & educated ex-minister.
8. I always get emotional during Q&A session.
9. I always dont get it, the questions thrown at me, hence #no 1.

I would like to extend my gratitude to Dato Seri and your respective members of the Cabinet for your trust and support during my stint tenure.

Sincerely yours,

Datuk Ahmad Shabery Cheek

p/s: I would like to keep my 'Datuk-ship' can or not??

HKL minta Anwar isi borang mangsa rogol



(Mutakhir)PUTRAJAYA: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pegawai kesihatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) meminta beliau mengisi borang mangsa rogol semasa menjalani pemeriksaan kesihatan di hopital berkenaan minggu lalu.

“Anda tahu borang apa yang digunakan oleh HKL? Borang mangsa rogol. Saya diarah untuk mengisi borang sebagai 'mangsa rogol',” katanya kepada media selepas menyambung keterangan di Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR) di sini hari ini.

Anwar sekali lagi menegaskan ketika itu beliau masih belum melihat laporan polis yang dibuat oleh bekas pembantunya, Saiful Bukahri Azlan mengenai dakwaan liwat terhadapnya.

“Pada masa itu saya masih belum melihat laporan itu, saya tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku,” katanya.

Bagaimanapun beliau menjelaskan terpaksa akur dengan arahan itu bagi memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak berkuasa serta bimbang dengan pihak media yang akan melaporkan kononnya beliau enggan memberikan kerjasama.

Beliau bersetuju dan menganggap pemeriksaan itu sebagai prosedur biasa.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu turut menafikan dakwaan oleh sesetengah pihak termasuk Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar yang mengatakan beliau cuba untuk mempolitikkan isu beliau dibogelkan.

“Siapa yang besarkan isu ini? Saya bersedia dan saya patuh pada arahan untuk dibogelkan termasuk pemeriksaan terhadap alat sulit saya...itu yang penting,” katanya.

Khamis lalu ketika sidang media yang diadakan di rumah beliau di Segambut selepas dibebaskan dari tahanan polis, Anwar memberitahu media bahawa beliau diarahkan untuk berbogel semasa menjalani pemeriksaan kesihatan di HKL.

Alat sulit beliau turut diperiksa dan diukur namun enggan untuk diambil gambar kerana bimbang maruahnya akan tercemar di internet.

Nadi REFORMIS
AMK Gelang Patah

Anwar sambung keterangan di BPR, serah bukti

PUTRAJAYA: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyambung keterangan berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan di Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Anwar yang ditemui selepas memberikan keterangan hampir tiga jam kepada BPR berkata kehadirannya buat kali kedua dalam tempoh seminggu adalah bagi memperkemaskan hujah dan bukti mengenai dakwaan pemalsuan fakta yang dilakukan oleh Abdul Ghani dan Musa pada tahun 1998.

“Hari ini saya memberikan semua dokumen yang ada di tangan saya sebagai bukti seperti yang diminta oleh BPR,” katanya.

Beliau berpuas hati kerana BPR menjalankan proses secara profesional dengan merekod dan mencatatkan setiap keterangan yang diberikan.

“Secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan keterangan yang diberikan kepada BPR, mereka merekodkan semua keterangan saya.

“Mereka (BPR) juga berpuas hati dengan kenyataan saya. Saya juga memberitahu mereka yang saya bersedia untuk kembali jika mereka masih memerlukan sebarang maklumat,” katanya yang mengesahkan proses memberi keterangan itu selesai.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu meminta BPR menyiasat berhubung dakwaan menutup jenayah yang dilakukan oleh bekas Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Rahim Noor (isu mata lebam), pemalsuan serta menghilangkan keterangan dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) beliau yang diambil pada tahun 1998 digunakan untuk merekacipta bukti bagi mendakwanya.
Beliau hadir bersama peguamnya, R. Sivarasa kira-kira jam 9.50 pagi tadi.

Anwar memberitahu media sampel darahnya telah diambil pada tahun 1998 serta sehingga tahun 2004, sampel darahnya telah diambil sebanyak lima kali.

“Sudah tentu saya benarkan mereka mengambil sampel darah saya kerana ia adalah keperluan bagi menjalankan pemeriksaan kesihatan saya,” katanya.

Tambahnya lagi apa yang ingin ditunjukkan sekarang ialah kaedah yang sama telah digunakan oleh mereka yang terlibat untuk mengaibkan dirinya seperti yang didakwanya terdapat unsur khianat dalam kes 1998.

Diminta mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung Musa dan Abdul Ghani tidak akan terbabit dalam siasatan kes dakwaan liwat terhadapnya, beliau menghargai langkah sedemikian.

“Sama amat hargai perhatian yang diberikan Abdullah walaupun ia telah satu bulan lewat setelah proses siasatan bermula dan beberapa maklumat telah dikeluarkan,” katanya.
Namun katanya sekurang-kurangnya ia menunjukkan kedua-dua mereka tidak boleh dipercayaai untuk menguruskan kesnya.

Ditanya mengenai Pas dan Umno yang menjalankan muzakarah, beliau berkata “itu bukan satu masalah. Azizah (Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail) dan Azmin Ali pun jumpa Abdullah.”
Beliau turut mengakui bahawa kehadirannya diangap sebagai satu ancaman politik kerana kekuatan perancangan yang sedang dilakukan oleh Pakatan Rakyat.

“Saya percaya kami (Pakatan Rakyat) boleh lakukannya. Kami akan teruskan perancangan untuk perubahan dan pengumuman mengenainya akan dibuat dalam tempoh terdekat,” katanya.

Penasihat Umum Pakatan Rakyat itu juga memberitahu. semalam Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekali lagi memaklumkan pendirian parti itu untuk bersama Pakatan Rakyat.

Nadi REFORMIS
AMK Gelang Patah

Anwar dakwa hakim kendali kes liwat terbaru sudah dilantik


BATU PAHAT: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini mengadakan program jelajah ke seluruh negara mendakwa, tiada siapa lagi yang kini percaya dengan sistem perundangan negara ini.Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, ketidakpercayaan itu timbul dan dapat dilihat selepas terbongkarnya kes pita video V.K. Lingam.


"Saya tidak mahu lagi tertipu dua kali," kata Anwar yang dipetik Bernama ketika berceramah pada kira-kira 33,000 penyokong parti itu di Parit Raja di sini malam tadi.


Anwar ditahan polis Rabu lalu berhubung kes itu dan dibebaskan dengan jaminan polis keesokan hari.
Beliau juga mendakwa bahawa hakim yang akan mengendalikan perbicaraan kes dakwaan liwat terhadapnya oleh bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 23, (gambar) telah pun dilantik.


Mengenai keengganannya untuk memberi sampel DNA kepada pihak berkuasa, Anwar berkata, pelbagai pihak termasuk pakar DNA dari luar negara termasuk dari Amerika Syarikat telah menasihatkannya daripada memberikan sampel berkenaan.


Penasihat PKR itu turut mendakwa menerima sokongan daripada ulama dan pemimpin luar termasuk Sheikh Yusuf Qardawi dari Mesir, perdana menteri Afrika Selatan serta Imam Mekah berhubung perkara itu.

Nadi REFORMIS
AMK Gelang Patah

Manipulasi fakta: Anwar sambung keterangan di BPR, Musa fail saman


(Mutakhir) PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir di Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR) di sini pagi ini untuk kali kedua dalam seminggu untuk memberi keterangan berhubung laporan polis dibuatnya 1 Julai lalu manakala Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pula hari ini saman bekas Timbalan Perdana Menteri itu.


Anwar telah memberi keterangan Rabu lalu berhubung laporan polis yang dibuat terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tiba di BPR kira-kira pukul 9.50 pagi dengan ditemani peguam R. Sivarasa.


Dalam pada itu, Musa memfailkan saman malu terhadap Anwar berhubung laporan polis terhadapnya atas dakwaan memalsukan keterangan dalam kejadian "mata lebam" 10 tahun lepas.Saman itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini melalui peguamnya Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Redzua Merican.Musa menuntut ganti rugi dalam jumlah yang tidak dinyatakan dan juga injunksi untuk melarang Anwar daripada mengulangi dakwaan itu.
Bekas Timbalan Perdana Menteri itu mendakwa Musa dan Gani terlibat dalam memalsukan fakta beliau dipukul Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Rahim Noor pada 1998.
Abdul Gani pada ketika itu merupakan Timbalan Pendakwa Raya manakala Musa ialah pegawai penyiasat kes itu.


Rabu lalu Anwar memberikan keterangan lebih dua jam dan kemudian ditahan polis berhubung dakwaan meliwat.


Bercakap kepada pemberita selepas memberikan keterangan itu minggu lalu, Anwar berkata, beliau telah memberikan semua keterangan yang diperlukan dan bukti berhubung laporan itu kepada BPR.


"Saya berasa puas hati kerana pegawai-pegawai BPR telah mencatat semua dan mengesahkan, tetapi belum selesai kerana banyak keterangan lain yang dikehendaki.


"Tapi saya memohon maaf kerana saya telah menerima waran tangkap untuk segera hadir di IPK (Ibu Pejabat Polis Kontinjen) Kuala Lumpur dan saya tidak mahu lambat," katanya.
Beliau berkata keterangan yang diberikan oleh beliau meliputi tiga aspek utama iaitu pemalsuan fakta, penghilangan fakta dan pemalsuan laporan perubatan dari Jabatan Forensik.


"Saya akan kembali seberapa segera (untuk menyambung memberi keterangan)," katanya

Anwar pertahan ditelanjangkan, PM jamin Musa, Gani tidak campuri siasatan


(Dikemas kini) KUANTAN: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang dalam siasatan polis atas tuduhan meliwat, tetap mempertahankan bahawa beliau telah ditelanjang dan diaibkan ketika menjalani pemeriksaan perubatan pada Rabu lepas.


"Hospital (Kuala Lumpur) kata saya tak ditelanjang, (tapi) dia suruh buka baju, buka seluar, kemudian suruh buka seluar dalam, itu bukan namanya telanjang atau ada nama lain, bogel bukan telanjang," katanya ketika menyampaikan ceramah politik di kampung Razali, dekat sini, malam Sabtu.Anwar berkata beliau hairan bagaimana pihak Hospital Kuala Lumpur (HKL) mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak pernah ditelanjangkan ketika menjalani pemeriksaaan perubatan itu."Ini kita nak percaya macam mana, saya tak buat salah tapi saya ditelanjangkan, sebab saya menjadi jurucakap rakyat, dan inilah hukumannya, diaibkan, difitnah, ditelanjangkan," kata Anwar.


Semalam, Pengarah HKL Datuk Dr Zaininah Mohd Zain berkata sebelum pemeriksaan itu, dua pakar menerangkan secara terperinci mengenai prosedur pemeriksaan itu kepada Anwar dengan kehadiran peguam beliau.Beliau kemudian diperiksa oleh dua orang pakar itu mengikut prosedur klinikal tertentu semasa keseluruhan pemeriksaan berkenaan dijalankan.


Tidak pernah sama sekali kesopanan dan ketertiban beliau dinafikan sepanjang tempoh pemeriksaan itu," kata Dr Zaininah dalam kenyataan semalam.Anwar, 61, dibawa ke HKL pada malam Khamis, hari beliau ditangkap untuk menjalani ujian DNA berhubung aduan liwat oleh bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23.Beliau kemudian dibawa balik ke Ibu pejabat Polis Kuala Lumpur pada pukul 10.34 malam selepas menjalani pemeriksaan perubatan.


Berucap di hadapan lebih 5,000 orang itu, Anwar berkata beliau enggan untuk membenarkan sampel darahnya diambil pihak HKL kerana beliau tidak percaya dalam sistem itu kerana bukti DNA yang diambil polis dalam kes liwatnya 10 tahun lepas didakwa telah dimanipulasi pihak polis.


"DNA tidak berubah, darah saya (telah) diambil (dulu), mereka usung tilam (kes 1998), ambil darah saya percik atas tilam, jadi janganlah ulang tayang cerita ini," dakwa Anwar.

Cara menjimatkan belanja tahunan Mat Said




Kerajaan negeri Trengganu dibawah pimpinan Ahmas Said sudah mula menunjukan sikap tembelang dan temberangnya apabila membeli 14 kereta Mercedes E200 Kompressor sebagai kenderaan rasmi anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri dalam usaha menjimatkan kos perbelanjaan tahunan. ---rasa nak muntah baca yang tuh!


Alasan temberangnya ialah :Gear box selalu rosak dan perlu di repairKos membaikinya mahal - contoh diberikan boleh mencecah RM50 ribu!Walaupun harga Merce itu mahal, tetapi ekonomik dari segi masa panjang.Pembelian tidak melibatkan wang royalty minyak, kerana belum dapat lagi.Alasan bodoh Ahmad Said ini seolah-olah semua orang boleh telan bulat-bulat semua apa yang dia cakap.


Patutlah tidak ada penganugerahan Datuk kepada sessiapa pun semasa Hari Ulangtahun Tuanku Sultan Trengganu kelmarin.Agak-agak sebab kes inikah?Kalau ikut kata Rocky , pembelian 14 Merce yang mencecah RM3.43 million itu sama dengan harga 34 Proton Perdana V6 Executive. Kalau begitu adalah lebih ekonomik membeli Perdana.Berikan setiap anggota exco itu 2 buah Perdana – yang satu itu sebagai spare; bermakna kerajaan negeri Trengganu hanya perlu beli 24 Perdana sahaja dan mereka boleh kata mereka hemat berbelanja kerana dapat jimat dari berbelanja lagi 10 Perdana!Oooops cop dulu!


Peruntukan baki untuk harga 10 Perdana itu Ahmad Said boleh masukan ke tabung ‘Bencana Gear-Box Perdana’. Mana-mana Exco yang bangang sangat yang hanya cerdik merosakan Gear Box, bolehlah mendapatkan bantuan dari tabung tersebut.Yang paling kerap rosak gear-box nanti siapalah agaknya kalau bukan Ahmad Said sendiri!Ah! Itu belum lagi dapat wang royalty RM5 Bilion, kalau dapat nanti , lagi rakus mengalahkan mana-mana Maharaja dalam dunia berbelanja dan masing-masing boleh pakai heli lagi baik!


Apa nak berkira sangat ...keropok lekor , batik dan songket banyak di Terengganu , mari...mari kita pakat-pakat majukan rakyat Terengganu...

Nadi REFORMIS
AMK Gelang Patah

Sultan Terengganu Masih Murka...?



Tiada pingat kebesaran daripada Sultan Terengganu. KUALA TERENGGANU - Tiada darjah dan pingat kebesaran akan dianugerahkan sempena Hari Keputeraan Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin ke-46 hari ini.Bagaimanapun, beliau tidak mengetahui kenapa keputusan itu dilakukan dan tidak pasti anugerah tersebut akan diberikan pada majlis lain selepas ini.


Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mokhtar Nong, keputusan mengenai perkara tersebut dikeluarkan pihak istana sejak lebih sebulan yang lalu dan ini merupakan kali pertama anugerah kebesaran itu tidak diberikan.


"Setakat ini, apa yang diberitahu pihak Istana memang tidak ada kerana hanya majlis tahlil dan doa selamat sahaja yang akan diadakan di istana Maziah esok (hari ini)," katanya di sini, semalam.


Apabila kita mengungkit kembali sejarah di awal pemerintahan Kerajaan Pas di Terengganu, Tuanku Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin dengan berbesar hati telah berkenan mengurniakan pelbagai Darjah Kebesaran kepada pimpinan kerajaan negeri. Setuasi ini menggambarkan betapa Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengiktiraf dan menyanjung tinggi jasa pimpinan kerajaan PAS.


Namun, selepas terbaca berita di atas "ini merupakan kali pertama anugerah kebesaran itu tidak diberikan" terdetiklah di fikiran saya bahawa kemungkinan Tuanku Mizan Zainal Abidin terasa hati dengan insiden "Kami nak Deris, NATANG".Oleh yang demikian, saya berharap tidak ada lagi mulut celupar dan tangan-tangan kotor daripada BN Terengganu yang telah mempertikai keputusan baik daripada Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin

Fitnah untuk memecah belahkan PAS dan Pakatan Rakyat

Kepada Semua Ahli-ahli Pas,Berhati-hati dengan permainan kotor UMNO ini. Mereka bertujuan untuk memecahbelahkan PAS dan menggugat kekuatan Pakatan Rakyat. Kenyataan Tuan Guru Presiden PAS telah memperjelaskan bahwa PAS akan tetap terus dengan PAKATAN RAKYAT dan akan terus komited bersama Pakatan Rakyat. Maka kita sebagai ahli hendaklah akur dan patuh dan jangan mudah dihasut dengan isu kerjasama dengan UMNO ini.Berikut saya perturunkan satu artikel.

Baca tapi jangan mudah percaya..Kalau apa yang ditulis dibawah ini terjadi, hancurlah PAS. Anda boleh percaya ke Mustapha Ali, Nasha dan Hasan Ali nak buat kerja sebodoh macam itu? Artikel ini mengandungi pendedahan kepada dalang-dalang yang sekarang ini berusaha bersungguh-sungguh untuk membawa PAS keluar dari Pakatan Rakyat dan masuk ke dalam Barisan Nasional.

Kemuncak dari usaha ini adalah perjumpaan antara Najib Tun Razak bersama Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin Mat Isa dan Cikgu Mustafa Ali di London. Najib Tun Razak telah menyatakan tawaran mereka kepada PAS.

Tawaran tersebut adalah:

a. Jawatan Menteri Besar kepada PAS di Selangor, Perak, Kedah dan Kelantan.
b. Jawatan exco kepada PAS di Terengganu, Pahang, Perlis dan Johor.
c. PAS akan mendapat kesemua kerusi yang dimenangi oleh PKR dan DAP untuk ditandingi dalam PRU ke 12 kelak.
d. PAS akan mendapat jawatan Timbalan Perdana Menteri ke 2
e. PAS akan diberikan 5 jawatan Menteri Kabinet penuh
f. Sejumlah jawatan Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen
g. Sejumlah jawatan Senator dan Ahli Majlis dalam GLC
h. Dan berbagai2 lagi tawaran yang dibuat.Usaha untuk membawa PAS masuk Barisan Nasional adalah didalangi oleh dua jenis pimpinan dalam PAS:

a. Mereka yang sudah menghampiri zaman akhir hayat politik mereka dalam PAS
b. Mereka yang terlampau kepingin jawatan dalam PASMereka yang sudah hamper jangkahayat politik mereka adalah:

1. Cikgu Mustafa Ali:
Beliau adalah dalang no wahid dalam usaha ini. Oleh kerena jangkahayat politiknya sudah menghampiri noktah akhir, maka beliau perlu untuk melakukan sesuatu yang drastik
a. Beliau telah dijanjikan jawatan Senator seterusnya duduk semula dalam Kabinet sekiranya PAS bersetuju untuk masuk Barisan Nasional
b. Beliaulah yang menjadi “contact point” utama antara UMNO dan PAS dan beliau bertanggungjawab.
c. Malahan, Mustafa Ali adalah orang yang memulakan usaha berjumpa dengan UMNO bagi membincangkan kerjasama UMNO-PAS dan kemasukan PAS ke BN.
d. Segala temujanji dan perjumpaan termasuk perjumpaan di London adalah atas usaha Mustafa Ali
e. Beliau sekarang ini mengasak Presiden parti, Tuan Guru Haji Abdul Hadi bagi membolehkan Presiden parti menggerakkan PAS menyertai BN
f. Lihatlah betapa sukanya UMNO kepada Mustafa Ali sehingga UMNO sedia memberikan hak penerbitan Harakah dua kali seminggu hanya kerana Mustafa Ali dilihat sebagai “kawan” kepada UMNO
g. Hanya Mustafa Ali sahaja yang telah membawa Perhubungan Negeri pimpinan beliau berjumpa dengan Menteri Besar UMNO. Sedangkan Menteri Besar UMNO di Terengganu lebih zalim kepada PAS berbanding dengan DAP dan PKR. Jelas betapa rendahnya taraf Mustafa Ali sanggup menjual maruah beliau demi kepentingan politik pribadi beliau.

2. Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman:

Beliau juga sudah menghampiri zaman gelap beliau dan memerlukan satu kejutan usaha yang begitu kuat bagi menyelamatkan karier politik beliau.
a. Beliau sudah tidak ada apa2 lagi dalam PAS Kelantan dan dalam kerajaan Kelantan
b. Jawatan Ahli Parlimen ini hanya sekadar jawatan terakhir sebelum beliau bersara secara terus dari politik
c. Ini adalah peluang beliau untuk membuat “comeback” dlm politik kerana ada jawatan tertentu yang dijanjikan kepada beliau

3. Ustaz Harun Taib:

Semenjak kekalahan beliau di dalam merebut jawatan Timbalan Presiden, beliau sudah semakin dilupakan. Khabarnya, beliau dijanjikan jawatan exco sekiranya PAS masuk semula ke dalam BN. Oleh kerana itulah beliau adalah antara ang begitu kuat berusaha di dalam membawa PAS ke dalam Barisan Nasional.

a. Beliau berjaya mempengaruhi Dewan Ulama PAS Pusat bagi menyokong usaha kerjasama ini.

b. Beliau juga berjaya mempengaruhi Dewan Muslimat PAS Pusat melalui isteri beliau yang menjadi Ketua Dewan Muslimat Terengganu.Dan, antara mereka yang terlibat kerana kepingin jawatan adalah:

1.Dato Dr. Hasan Ali:
Beliau sememangnya terlampau kepingin jawatan Menteri Besar Selangor.

a. Malahan semenjak malam pengisytiharan keputusan PRU ke 11 lagi, beliau sudahpun menghubungi Khir Toyo bagi tujuan untuk membina sebuah kerajaan campuran PAS-UMNO di peringkat Selangor.
b. Malangnya, usaha beliau gagal kerana Tuan Guru Presiden tidak bersetuju sama sekali
c. Selepas usaha pertama gagal, beliau secara berterusan meracuni pemikiran Presiden dengan membawa khabar-khabar yang tidak benar berkenaan kerajaan negeri Selangor.
d. Beliau cuba memberi gambaran kepada Tuan Guru Presiden kononnya kerajaan Negeri Selangor sedang dalam usaha untuk mengkhianati Melayu dan Islam. Sedangkan cerita2 beliau tidak lebih dari penipuan dan separuh benar.
e. Dato’ Hasan Ali masih menaruh harapan untuk menjadi Menteri Besar dan beliau tidak kesah kalau kerajaan Pakatan Rakyat jatuh.
f. Sedangkan kebanyakan polisi kerajaan Selangor ini adalah mirip kepada polisi kerajaan Kelantan dan polisi PAS.
g. Tuan Guru Presiden baru sahaja memberi temuramah dengan majalah Siasah yang mana Tuan Guru telah mengkritik kerajaan Selangor dengan begitu hebat berdasarkan maklumat salah yang diberikan oleh Dato Hasan Ali kepada beliau.

2. Ustaz Nasaruddin Mat Isa:

Beliau semenjak dahulu senang diperngaruhi oleh Mustafa Ali. Kali ini, bukan sahaja Mustafa Ali mempengaruhi beliau, tetapi beliau juga telah dijanjikan jawatan Timbalan Perdana Menteri ke Dua.
a. Beliau adalah antara yang terlibat berjumpa dengan Najib Tun Razak di London padahal beliau telah dinasihatkan jangan berbuat demikian.
b. Ustaz Nasaruddin juga dilihat sentiasa bersama-sama dengan Ahli Parlimen UMNO semasa di Parlimen berbanding menghabiskan masa beliau bersama MP PAS atau PR.
c. Sewaktu Anwar dituduh meliwat dan ditangkap pun beliau masih diliat begitu mesra bersama-sama MP UMNO/BN berbanding dengan MP PR.
d. Ustaz Nasaruddin seharusnya faham bahawa beliau sedang dipergunakan oleh Mustafa Ali yang mana Mustafa Ali tidak pernah menghormati beliau sebagai pemimpin.Nasib baiklah pimpinan Ikhwan telah menyatakan rasa tidak senang hati mereka terhadap cadangan puak2 ini untuk menyertai UMNO dan Barisan Nasional. Juga, antara yang menentang cadangan ini adalah Mursyidul Am sendiri, Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat.Tok Guru amat tidak bersetuju dengan usaha ini kerana:

a. UMNO akan belot kepada PAS seperti yang mereka pernah lakukan dahulu. PAS adalah saingan kepada UMNO. Sekiranya UMNO sudah kembali gagah dan perkasa, apa perlu lagi UMNO kepada PAS. Dan, PAS kelak terpaksa dibersihkan oleh UMNO kerana PAS adalah saingan semula jadi UMNO
b. PAS juga akan mungkir janji kepada mereka yang memberi mandat kepada PAS, terutamanya orang bukan Islam yang telah mula berjinak dengan PAS. Sifat mungkir janji bukan sifat yang diajar oleh IslamSaya amat yakin majoriti ahli PAS tidak bersetuju dengan tindakan drastik ini. Tindakan ini adalah satu tindakan yang tidak matang, begitu bersifat khianat dan juga bersifat mungkir janji kepada mereka yang mengundi kita.Juga, UMNO itu sendiri tidak boleh dipercayai dan kekalahan mereka baru-baru ini adalah disebabkan sifat korup dan zalim mereka.

Tiada apa yang PAS dapat capai sekiranya PAS mengikut kehendak UMNO selain dari mengekalkan sebuah rejim yang korup dan tidak berguna seperti UMNO.PAS juga akan kehilangan kepercayaan orang bukan Islam buat selamanya sekiranya PAS mengkhianati kepercaayan mereka. Dan apabila PAS dikhianati oleh UMNO nanti, dimanakah PAS akan bergantung harap?Hujjah Ustaz Nik Aziz itu amat benar. PAS telah pun dikhianati sekali, tiada jaminan yang PAS tidak akan dikhianati sekali lagi.

Marilah kita semua ahli PAS mengambil tindakan yang drastik bagi memastikan pimpinan kita tidak mengkhianati kepercayaan yang kelak akan merugikan PAS di masa hadapan.PAS harus disedarkan bahawa PAS adalah sebuah parti yang berpegang teguh dengan janji dan PAS tidak seharusnya memungkiri janji mereka.

Ahli PAS Dalaman18/07/2008

Nadi REFORMIS
AMK Gelang Patah

Lagi jaminan Abdullah: Musa, Gani tidak campuri siasat liwat Anwar


ANWAR Ibrahim ketika memberi ceramah di hadapan penyokong di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat di Kuala Lumpur petang tadi. - foto The Star oleh KAMARUL ARIFFIN


(Dikemas kini) KEPALA BATAS: Selepas memberi jaminan keselamatan dua minggu lalu, hari ini Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi jaminan bahawa Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail tidak akan terlibat dalam siasatan berhubung tuduhan liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Perdana Menteri berkata, berikutan laporan oleh Anwar kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung tuduhan pemalsuan fakta melibatkan Musa dan Abdul Gani, maka adalah wajar bagi kedua-dua mereka dikecualikan daripada siasatan terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu."Ketua Polis Negara dan Peguam Negara tidak akan mengambil apa jua peranan berkaitan kes Anwar," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan tawaran melanjutkan pengajian dan pembiayaan pelajaran kepada 350 pelajar MARA ke Island College of Technology (ICT) di Dewan Millenium Kepala Batas, di sini hari ini.Rabu lepas Anwar memberikan keterangan kepada BPR di Putrajaya, yang meliputi tiga aspek utama iaitu pemalsuan fakta, penghilangan fakta dan pemalsuan laporan perubatan dari Jabatan Forensik, yang membabitkan Musa dan Abdul Gani.


Sebelum itu pada 1 Julai lepas, Anwar membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam, mendakwa Musa dan Abdul Gani terlibat memalsukan keterangan dalam siasatan kes beliau dipukul pada tahun 1998, oleh Ketua Polis Negara ketika itu Tan Sri Abdul Rahim Noor.Abdul Gani ketika itu merupakan Timbalan Pendakwa Raya manakala Musa ialah pegawai penyiasat kes.


Anwar ditahan oleh sepasukan polis berhampiran rumahnya pada hari Rabu lepas dan dibebaskan dengan jaminan polis pada keesokkan harinya, bagi membantu siasatan berhubung laporan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, kepada polis pada 28 Jun lepas, mendakwa dirinya diliwat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
Abdullah telah pun memberikan jaminan keselamatan Anwar mencari perlindungan di rumah Duta Turki akhir bulan lalu dan ketika ditahan polis Rabu lalu.


Ketika ditanya sama ada Musa dan Abdul Gani akan digantung tugas berikutan laporan polis yang dibuat oleh Anwar terhadap mereka, Abdullah berkata, beliau tidak nampak keperluan untuk menggantung perkhidmatan mereka. Abdullah berkata, pegawai yang membuat siasatan ketika ini tidak akan merujuk hasil siasatan kes itu kepada mereka. "Pegawai itu tidak membuat sebarang rujukan kepada mereka dan (saya) tidak nampak (mengapa) mereka perlu digantung perkhidmatan," kata Abdullah dipetik Bernama.Mengenai cadangan kerajaan Pulau Pinang supaya kerajaan Persekutuan menggantikan kos pembinaan projek Jalan Lingkaran Luar Pulau Pinang (PORR) dan monorel yang ditangguhkan sebanyak RM4.7 billion dalam bentuk pemberian wang tunai, Abdullah berkata kerajaan persekutuan tidak berhasrat untuk melaksanakan permintaan itu.


"Tak ada cita-cita pun. Tidak ada cadangan untuk laksanakan permintaan seperti itu," katanya. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebelum ini meminta supaya kerajaan persekutuan memberikan wang tunai RM4.7 bilion sebagai ganti projek yang ditangguhkan pelaksanaannya semasa kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) barubaru ini.Mengenai laporan kononnya UEM Berhad tidak lagi menjadi kontraktor bagi pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang, Abdullah meminta supaya perkara itu tidak dibincangkan secara terperinci, kerana kerajaan tetap akan melaksanakan pembinaannya.


"Jangan pergi terlalu terperinci, walau apapun kerajaan akan tetap membina jambatan itu, itu sahaja yang ingin diketahui orang ramai," katanya.Sementara itu merujuk kepada hasrat Naib Presiden MCA, Datuk Ong Tee Keat untuk bertanding ke jawatan presiden parti itu berikutan penyandangnya, Datuk Seri Ong Ka Ting tidak mempertahankan jawatan itu, Abdullah berkata terpulang kepada anggota parti berkenaan untuk menentukan pemimpin mereka.

Nadi REFORMIS
AMK Gelang Patah

19 July 2008

Persamaan Dan Perbezaan Anwar Ibrahim dan Najib






Kala ini 2 orang individu ini merupakan tokoh yang popular di Malaysia. Ini kerana kedua - duanya ini merupakan calon Perdana Menteri Malaysia yang ke - 6. Bila kita amati kedua - duanya mempunyai persamaan dan perbezaan. Mari kita lihat persamaan dan perbezaan yang terdapat di dalam 2 individu ini tanpa kita sedari. Perbezaan dan persamaan tersebut bolehlah kita jadikan ianya batu pengukur kepada apa yang bakal berlaku dan siapakan yang paling layak menjadi Perdana Menteri Malaysia yang Ke-6.





Anwar Ibrahim




1.Merupakan calon Perdana Menteri dari Pakatan Rakyat setelah terdapat dakwaan bahawa terdapat ramai ahli parlimen yang akan menyertai PKR dan Pakatan Rakyat bagi membolehkan PR membentuk kerajaan.




2.Bekas Timb. Perdana Menteri yang ke-3 di era pemerintahan Mahathir Mohamad




3.Dikaitkan dengan dakwaan salah laku liwat pada 1998 dan 2008 (dalam jangka masa 10 tahun).




4.Menafikan segala dakwaan tersebut dan rakyat Malaysia umumnya secara majoriti mempercayai beliau tidak bersalah.




5.Telah beberapa kali ditangkap oleh anggota polis terhadap tuduhan tersebut malah pernah dipenjarakan sebagai tahanan ISA dan pesalah jenayah liwat meskipun perbicaraan yang berat sebelah dan tidak masuk akal.




6.Sekiranya sabit kesalahan boleh dipenjarakan 20 tahun dan boleh juga disebat mengikutSeksen 377C, Kanun Keseksaan




7.Merupakan tokoh yang paling popular dikalangan rakyat untuk meneraju kerajaan.




8.Tidak ditentang oleh rakan di dalam PR.




9.Seseorang yang bijak berpidato dan dapat menarik minat orang yang mendengarkannya kerana lengkap dengan fakta ketika berhujah




Najib Tun Razak




1.Merupakan calon Perdana Menteri setelah Perdana Menteri sekarang (Abdullah Ahmad Badawi) mengumumkan peralihan kuasa pada Jun 2010 nanti




2.Timb. Perdana Menteri Malaysia yang pertama (setakat ini) semasa era pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi




3.Dikaitkan dengan dakwaan pelbagai salah laku skandel dengan artis dan terkini skandel pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya.




4.Menafikan segala dakwaan tersebut dan secara umumnya rakyat Malaysia mempercayai beliau terlibat dengan kontroversi pembunuhan tersebut yang mana mengaitkan juga isteri beliau, kakitangan ATM berpangkat kolonel serta perbicaraan yang sedang berlangsung sekarang melibatkan penasihat beliau dan 2 anggota UTK yang bertugas di pejabat beliau.




5.Tidak pernah masuk penjara walaupun dituduh dengan pelbagai tuduhan salah laku.




6.Sekiranya terdapat bukti dan disabitkan bersalah boleh dihukum gantung sampai mati mengikut Seksen 302 Kanun Keseksaan.




7.Merupakan tokoh yang diragui untuk menerajui kerajaan.




8.Mungkin akan ditentang oleh rakan di dalam BN




9.Kurang bijak berpidato dan tidak menarik minat pendengar kecuali sesetengah orang yang taksub di dalam BN.




Marilah kita renung dan fikir - fikirkan.

Nadi REFORMIS
AMK Gelang Patah