DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

15 July 2008

Polis Mengawal Hantu!

ENTAH berapa ribu bakul maki hamun yang disumpahkan oleh pengguna jalan raja di sekitar ibu Kota Kuala Lumpur hari ini khasnya mereka yang terpaksa melewati jalan-jalan yang menghala atau melalui jalan ke Parlimen. Orang yang bertanggungjawab mengadakan sekatan jalan raya itu perlu menerima sumpahan itu.Kesesakan teruk berlaku berjam-jam sejak dari awal pagi hingga ke saat ini - 4:14 pm.

Keadaan bertambah buruk apabila sebelah petang hujan turun dengan lebatnya. Semua jalan melewati bangunan Parlimen dipenuhi kereta ada kalanya tidak bergerak langsung. Suasana ini sungguh merimas dan memualkan. Kesesakan yang sedia ada ditambah dengan apa yang berlaku hari ini!Semuanya berlaku kerana sekatan jalan raya dilakukan oleh polis. Semua jalan, lorong dan denai menunju ke Parlimen dikawal rapi oleh polis. Bangunan Parlimen sudah menjadi seperti zoo yang mana seolah-olah di dalamnya menghuni binatang buas yang membahayakan kepada orang ramai.Orang ramai juga tidak dibenarkan sama sekali memasuki ke bangunan Parlimen. Sepanjang jalan dari simpang memasuki ke Parlimen dipenuhi anggota polis. Sekatan jalan raya lengkap dengan trak dan anggota polis baik yang berpakaian seragam atau pakaian biasa berbaris dan bergelewatan di sepanjang jalan menuju ke bangunan Parlimen. Sekatan jalan raya berlapis-lapis.

Kalau tengok kepada kawalan rapi dan begitu ketat, semut pun tidak boleh lolos masuk ke Parlimen hari ini. Apakah tujuan dan maksud sekatan itu sebenarnya?Gara-gara itu bukan saja orang ramai terhalang, para petugas, ahli Parlimen dan wartawan juga terseksa dengan tindakan polis itu. Bahkan Speaker sendiri turut disusahkan oleh sekatan itu apabila ditahan seketika oleh anggota polis. Wartawan pula tidak dibenarkan membawa masuk kenderaan ke perkarangan Parlimen dan terpaksa jalan kaki sejauh hampir satu kilometer untuk masuk ke bangunan Perlimen.Kawalan ketat dan sekatan jalan raya diadakan kononnya akan berlaku satu himpunan tunjuk perasaan di perkarangan Parlimen pada hari ini. Entah dari mana maklumat yang diperolehi oleh pihak polis. Malangnya tunjuk perasaan yang didakwa itu tidak ada sama sekali. Yang ada hanyalah anggota polis dengan segala peralatan termasuk pasukan FRU, trak water cannon yang disembunyikan di suatu tempat tidak jauh dari Parlimen.

Yang berdemon hari ini bukan orang ramai tetapi anggota polis!Apa yang berlaku hari ini sesuatu yang anih. Polis berkawal tanpa ada sebab yang jelas. Menjaga keselamatan yang tidak ada apa-apa kemungkinan berlaku ancaman. Mungkin juga polis mengawal hantu, tidak pula dapat dipastikan. Tetapi tengok gayanya begitulah.Selalunya polis sangat bijak dalam mengesan apa-apa bakal berlaku, tetapi hari ini meleset. Hari ini polis menjadi pandir dan membuat kerja sia-sia!Jadi apakah tujuan dan faedah kawalan itu diadakan. Ataupun ianya hanya gimik pihak polis saja. Apakah polis ingin mengugut orang ramai agar tidak berhimpun.

Sampai minta perintah mahkamah sekali, pelik. Melihat caranya seperti serius benar. Seolah-olah nyawa negara dalam bahaya.Justeru berbagai tanggapan mengenai tindakan polis itu. Ada yang mengatakan ia sebagai satu gurauan disamping untuk menakut-nakutkan orang saja. Ada juga yang berangapan sasaran polis bukan perhimpunan hari ini tetapi hari-hari seterusnya.Dan paling munasabah sekatan dan kawalan itu diadakan ialah mengenai desas desus polis akan menahan Anwar Ibrahim hari ini.

Apa kaitan sekatan dan kawalan itu dengan penahanan Anwar?Mungkin kawalan itu bagi mengelakkan berlaku perarakan beramai-ramai penyokong Anwar ke Parlimen sekiranya Anwar terus ditahan sewaktu hadir ke balai polis untuk diambil kenyataan.Apapun alasan dan tujuannya tindakan polis itu menyusahkan orang ramai. Ia tidak seharusnya menyulitkan rakyat hanya disebabkan oleh satu warganegara sahaja.

No comments: